20 April 2008

Solehah vs E

Semalam aku ke Rumah Solehah lagi. Buat masa sekarang, Rumah Solehah masih di Cheras... entah bilalah untuk mereka pindah ke rumah baru yang lebih selesa... erk...selesa ke? aku pun tak pernah tengok rumah kat Kg Pandan tu. Tapi, bila aku tau IKEA nak sponsor perabot kat rumah tu, aku boleh bayangkan macamana transformasi yang bakal terjadi sepertimana rumah Nursalam di Chow Kit. Harap-harap, rumah yang bakal diduduki oleh adik-adik ini nanti lebih luas dan selesa untuk mereka.

Pagi morning aku dah bersiap, pukul 10 gerak amik Sarah kat Sg Jelok. 30 minit perjalanan ke Bandar Tun Razak, kami sampai jam sudah melepasi pukul 10.30 pagi... adik-adik ini tengah gembira sebab diorang nak pergi ke library. Memandangkan kami (aku dan sarah) baru saja sampai, kami hanya menunggu dan bermain dengan adik-adik yang tidak ke library bersama dua orang lagi volunteers. Melayan karenah seorang demi seorang anak-anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa namun amat memerlukan perhatian dan kasih sayang menyebabkan aku tak cukup tangan melayan karenah mereka. Shuhada yang asyik merengek nak tido, Ucop yang suka tengok TV dan menyanyi,Nazif dan Aiman yang asyik berebut Pooh, siti yang sering menghulurkan pensil warna dan kertas lukisan ditangannya... mamu pula yang merajuk kerana ditinggalkan... hmmm... tu baru dua tiga orang adik-adik solehah yang perlu diawasi. Macamanalah ceritanya mereka yang pergi ke library... aku bermonolog sendiri lantaran mengerti masalah yang dihadapi oleh adik-adik ini.

Habis program bersama adik-adik di Rumah Soleha, aku balik ke rumah. Kepala jadi berat dan berdenyut-denyut. Faktor cuaca yang agak terik mungkin penyebab sakit kepala ni. Sampai rumah, siap menukar pakaian, aku terus tidur dan tersedar ketika jam menghampiri 6.30petang... 3 jam selepas aku merebahkan badan ke katil. Kepala masih berdenyut... aduhhh... dah lama aku tak mengalami gejala sakit kepala seperti ini.

Selepas menelan 2 biji Panadol Active Fast, aku membersihkan diri, membasahi rambut moga-moga denyut dikepala semakin berkurangan. Usai mandi, Ijam menghantar mesej mengatakan flight mereka dari KK-KL telah bertolak jam 6 petang tadi. Maknanya aku ada masa lebih kurang sejam untuk bersiap mengambil Ijam dan kawannya di KLIA.

Denyut berkurangan... alhamdulillah. Selepas mengambil Ijam dan menghantar mereka ke Ampang, aku balik ke rumah... iyelah, haripun dah lewat. E call, ajak keluar... uiks... tak tengok jam ke mamat ni... memikirkan E yang kurang stabil emosinya sekarang, aku terus setuju. Mungkin dengan cara ini aku boleh meringankan beban yang E tanggung. Siapa lagi tempat dia mengadu kalau bukan kita sahabatnya...(baca : bila masa dia jadi sahabat aku ni?)... lagipun aku cukup percaya pada "wut goes around comes around", aku tidak mengharap E untuk berada disamping aku andai aku punya masalah sedemikian rupa, cukup ada orang lain yang akan memberi sepertimana yang aku telah lakukan pada E...

Hahhh E, besar tau pengorbanan aku tuk ko... jangan tak ingat ekkk... hai...ntah napelah nama ko paling banyak dalam blog aku sekarang... aku kena cari nama lain dan cerita lain lepas ni untuk lebih adil... hehehe.

No comments: