huh!..frust gile smpi plan macam-macam tapi tu semua rancangan yang poyo je. Alih-alih this weekend aku tak kemana... saturday g ofis, ada gotong-royong bersihkan bilik multimedia, Klinik Komputer, bilik srver etc... kurang gak beratus-ratus kalori aku dek mengangkat CPU, monitor, server dan macam-macam benda alah yang berkaitan dengan dunia IT. Bilik-bilik yang dikosongkan ni sebenarnya nak diubahsuai menjadi sebuah bilik server yang besar dan kebal dari panahan petir serta mempunyai Power Failure Backup System yang canggih(baca : jangan cuba lawan kuasa allah). Ini semua merupakan salah satu projek besar di Bahagian aku apabila berjaya mendapat peruntukan 5 juta (baca : kalau tak silap aku) dalam RMK9. Fuhhh... takdelah besar mane projek ni kalau nak dibandingkan dengan projek-projek kerajaan yang lainnya. Aku masuk ofis pukul sembilan suku, balik pukul 5 petang. Yang best dan terasa dihargai bila our boss, En Ayop, datang petang tu. Walaupun sekadar tolong tengok-tengok je bila nampak dia bawak bucket of KFC...Pergh... beribu-ribu kalori lak aku telan...
Sunday morning, Ah! malasnya nak bangun pagi tapi mengingatkan nawaitu semalam nak ke Yayasan Salam. Ada program cuci kereta amal untuk mencari dana bagi program 3R adik-adik Syifa ke Penang bulan Mei nanti. Proposed budget 10K...mak aih! mana nak cari cuit tu? surat-surat sudah dihantar ke company-company besar yang mengaku prihatin, tapi nampaknya mendapat feedback yang kurang menggalakkan. Oleh itu, sukarelawan Salam memerah otak memikirkan jalan alternatif. Selain berharap kepada penaja, Sukarelawan Salam bersetuju membuat Program Amal Cuci-cuci kereta (http://www.salam.org.my) pada setiap hujung minggu selama 5 minggu. Kemudian, kami juga mengumpulkan barang-barang terpakai untuk dijual. Tadi petang masa lepak-lepas sambil tunggu kereta nak dicuci, ada pulak yang memberi cadangan supaya kami menjadi penyanyi jalanan di Bukit Bintang...wah!... menarik jugak tapi boleh ke?...
Hmmm, macam mana penat sekalipun, aku tetap puas dengan pencapaian selama dua hari di hujung minggu ini... tak jadi g Bagan Lalang pun takpelahhhh.... better than nothing!
No comments:
Post a Comment