Pagi tadi aku jenguk-jenguk kat tingkap sambil tengok jam... isk! lambat lak mamat ni gi keje. Biasanya 7.30 tu dia dah turun bawah. Dah belek-belek kete hitam kesayangan dia tu.
Aku seboleh-bolehnya mengelak untuk bertembung dengan dia. Malu? tak laaa, cuma aku tak tau nak cakap apa kalau terpaksa berhadapan dengan dia. Nak buat muka? dia tak pernah salah apa-apa pun. Cuma insiden yang berlaku kebelakangan ini banyak mengundang inferiority complex dalam diri aku. Cesssss!!!
Dek kerana jam sudah menunjuk angka 7.35, hp aku pun dah keluar lagu "How DO You Do" nyanyian Roxette (baca : alarm dah lewat la tu), jadi aku terus pakai tudung, lipat-lipat tudung, pin tudung, belek-belek muke balik, puas hati dengan penampilan, turun bawah.
Sampai kat bawah, aku bukak kete, kelibatnya masih tak kelihatan. Tak boleh tidur ke malam tadi risau pasal kereta dia? atau memang dia sengaja tunggu aku sebab nak marah April Foolkan dia malam tadi... atau... ahhh...aku memang selalu buruk sangka.
Tengah-tengah panaskan enjin kete, aku nampak dia turun tangga. Alamak! dia pandang kat kete aku lak. Oh...dia senyum, kussss semangat... aku pun siap angkat tangan sambil sengih bodoh. Huhuhu...
Masa tu seluruh urat saraf aku tegang tapi bile nampak dia ok je, terus kendur balik...hahahah... lega juga akhirnya.
** Moral of the story, jgn sesekali mengApril Foolkan orang...
No comments:
Post a Comment