Tak sampai dua bulan selepas pembedahan kecil pembuangan appendic tahun lepas, aku buat come back dengan mendaki Gunung Angsi. Gunung ni takde la tinggi mana tapi dengan keadaan kesihatan aku masa tu kire azab juga nak menakluk puncak Angsi. Tambah-tambah lagi bila sampai satu tahap gunung yang terletak di Kuala Pilah ini terus mencanak. Sekali dongak, sayup kelihatan kerdil orang yang sudah mendahului aku di atas sana. Ah tidak! semuanya amat mencabar dan memeritkan. Ada kalanya aku seolah-olah give up. Mujur Hafiz (kalau aku tak silap ler) setia memberi semangat kat aku sambil bercerita pengalamannya mendaki gunung-gunung lain di Malaysia.
Pengalaman tersebut tak mungkin dilupakan, biarpun lelah namun aku puas bila berjaya menjejak kaki di puncak Angsi. Cuaca agak panas di puncak namun tiupan angin sungguh melegakan, buah tembikai yang dibawa juga sangat-sangat lazat tika dan saat itu. Setelah berehat hampir dua jam, kami bergerak turun ke kaki gunung di kawasan peranginan Ulu Bendul. Kalau nak tau, gambar header blog ini merupakan gambar yang aku ambil dari puncak Angsi.
Hmmm... tu semua kenangan yang pasti tidak akan aku lupakan. Begitu juga pengalaman mendaki Gunung Kinabalu, Gunung Irau dan Gunung Nuang. Tidak dilupakan ekspedisi ke air terjun Berkelah dan Jerangkang di Maran, Pahang. Pastinya aktiviti-aktiviti sebegini menguji kecekalan dan ketabahan hati dalam mengharungi liku-liku kehidupan disamping memberi kedamaian dan kepuasan dalam hidupku.
Aku rindu saat-saat ini...
No comments:
Post a Comment