Aku memang suka baca blog orang. Disamping mencari idea, aku suka lihat perjalanan hidup mereka yang kadang-kadang hepi, kadang-kadang tak hepi... tapi aku sangat-sangat gemar membaca blog orang yang optimis dengan diri. Ia mampu membuat aku gembira sepanjang hari walau seribu masalah membebani diri. Chewah...
Terkadang aku kagum dengan hidup orang lain hinggakan aku lupa bahawa kehidupan masing-masing sudah ditentukan turun naiknya semenjak azali. Yang pasti hidup tak selamanya indah dan kerana itu juga ada tangis dan airmata... (aku dah mula merapu ni)...
Semalam, aku menelusur laman-laman bisu di internet...erk, kalau tak bisu pun pc aku mana ada speaker... ada dua tiga buah blog dan laman web yang seringkali mendapat perhatian dariku... ntah nape lak ble gatal nak lihat susur galur pengirimnya...
wut a suprise... A dan B dari satu kilang pembuatan engineer rupanya... hahaha... kecik jugak dunia ni. Mana la aku tau yang aku dah teradmire kat tulisan orang-orang macam diorang (baca: masa aku blaja dulu aku cukup tak suke ngan budak2 engin)... tapi tu cuma perspektif kolot dari seorang aku.
Tuhan tu maha adil, dulu aku pernah ditemukan dengan kekasih hati seorang engineer yang kasihnya seketika cuma...jadi salah kah aku membenci mereka yang berjawatan ini? ah... apa ada pada jawatan? bila-bila masa ia bisa terlucut andai itu kehendak-Nya. Kalau dulu masa belajar aku cukup anti dengan golongan ini, sekelip mata juga Allah berikan hati aku pada mereka. Ah... tiada yang mustahil untuk terjadi sekarang ini.
Sejarah mengajar kita untuk lebih dewasa, pengalaman juga banyak mempengaruhi siapa kita. Andai itu hakikat yang mesti aku hadapi... maka A dan B tetap akan menjadi sumber inspirasi buat aku. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk aku terus menghadapi kehidupan fana ini.
No comments:
Post a Comment