aiyok... aku ngantuk gile pagi nih. tak tau nape lately aku selalu malas nak bangun pagi... asal terjaga je bende pertama aku pikir is nak amik MC... kalau sebulan aku niat macam tu rasanya akan ada hari lah aku amik MC gamaknya...erk...apa aku cakap ni? aku tak tau, sebab aku ngantuk dan aku tetiba hilang mood.
cerita pasal bangun pagi... memang aku takde masalah nak terjaga on time tapi masalahnya bila aku taknak bangkit dari pembaringan. Biasanya aku akan tunggu hp a.k.a alarm aku nyanyi lagu "Hadapi dengan senyuman"... lagu tu la yang selalu boost energy aku pagi morning... huhhhh... masa tu baru terpisat-pisat bangun,duduk then minum air yang memang aku dah letak kat sebelah katil, iron baju kemudian mandi, berangan dan bersiap g keje.
Kat opis lak lain ceritanya, biasanya pagi-pagi aku akan set dalam hati untuk ceria sepanjang hari namun kadang-kadang bila masuk opis, tengok muke sorang-sorang...wah... gue lagi stress jadinya... dan bercerita tentang mood, aku memang selalu sangat moody semenjak dua menjak ni... 2008 memang tahun yang mencabar kekuatan mental... sedaya upaya aku cuba abaikan perasaan-perasaan tersebut namun aku hanya manusia biasa. Ada masanya aku masih boleh tersenyum walau seribu masalah membelenggu diri, namun ada ketikanya aku akan secara tidak sengaja mengekspresi mood tidak baik tersebut melalui raut wajah mahupun secara verbal. susahnya menjadi seorang aku ni kan...
dan pagi ni jugak cuaca agak gelap... awan mendung melatari langit dipagi isnin ini. Harap-harap hujan turun mampu meredakan keresahan hati ini... chewahhhh....
No comments:
Post a Comment