15 April 2008

Happy Birthday Akmal!

hari ni beday Akmal, dia ni kawan aku masa blajar kat Limauan dulu... masa form one kitaorang sebelah kelas, pastu masa form 2 & 3, kitaorang jadi kamceng dan duduk sekelas... One thing yang aku suka pasal akmal sebab dia ni jenis yang prihatin, dia jadi tempat budak-budak perempuan mengadu masalah waima senggugut pun nak cakap ngan dia... dan yang lagi best tu, boleh pula la si akmal ni mengoffer bam fortune dia... hahaha

Penghujung tingkatan 2, orang gossip aku ngan dia .... gossip tu berlarutan hingga ke tingakatn 3... ei... tak best langsung. Lagi tak best bila aku ngan akmal dah tak geng macam dulu-dulu. Malu, segan, marah, benci..semua bercampur baur....

Masa form 4 aku pindah skola ke SMAKK. Hmmm... bye-bye Limauan, bye-bye akmal... tapi... argh! akmal pun pindah ke SMAKK ke? tapi takpe, mungkin kat skolah baru kami boleh berkawan semula... semuanya mungkin sebab hakikatnya kami tetap digossip... perang lagi lah nampaknya...hingga suatu pagi, aku terima surat dalam buku teks (baca : teknik lapuk daaaa)... dari tulisan pun aku dah cam tu tulisan dia... dan bermula lah episod berutus2 surat... best jugak masa nih...

Habis form 5, masing-masing bawa diri. Aku amik diploma dan akmal entah kemana, tau-tau terserempak ngan dia kat Sogo, itu pun seketika cuma. Masa sambung degree, aku jumpa budak Zul, masa tu dia tengah jual bussiness MLM dia... bila diajukan soalan diaman akmal, aku pulak dengan mulut yang takde insuran cakap "akmal dah mati"... hakikatnya nak bagitau akmal tu dah lama mati dalam hidup aku... bukan betul2 mati meninggal dunia. huhuhu

dan kerana kata-kata yang takde insuran tu lah menyambung semula kisah aku dan akmal... ahax... tapi sekejap je pun. Lepas tu masing-masing bawa haluan masing-masing dan sekarang, inilah aku...

Biarpun begitu, tarikh 15 April tetap aku pahat dalam hati, antara tarikh istimewa dalam hidup sebabnya ialah, ni tarikh aku konvo masa degree, pastu ni tarikh beday akmal, besfren aku kat skola yang pastu jadi musuh yang pastu penah kapel ngan aku sekejap...wah! Then, genap 40 hari dari tarikh ni jugaklah tarikh keramat dalam hidup aku.... tarikh aku dilahirkan kedunia...

Kepada Akmal (kalau lah ko baca blog aku nih), happy 28th Birthday... wish you a very happy, healthy and wealthy year ever after...

No comments: