hmmm... betul-betul apa yang aku plan hujung minggu ni tak menjadi. Hari sabtu pegi Mines ada bowling tournament NIOSH. Balik dari main boling aku ingat nak buat keje dulu kat opis, tapi tak jadi, tiba-tiba hilang mood, mungkin penat sangat membuat balingan ke longkang untuk 3 games, mungkin juga sindrom after natal ... (erk ape bende after natal ni?), mungkin juga hilang mood melihat orang-orang sekeliling...ah! tak kuasa makkkkk....
Balik umah tukar baju, pakai t-shirt longgar yang maha lusush tapi sedap bila dipakai, rase berangin je...hehehehe...cuci muka, kaki semua, terus baring langsung terlelap. Tapi sempat gak mimpi...erm...
Bangun-bangun tengok jam dah pukul 6.00petang. Badan ni rasa malas je nak bangun tapi mengingatkna malam ni ju dan sarah nak datang tengok AF kat umah, terpaksalah bangun dan kemas bilik. Kemudian keluar ke Pasar Malam Bangi dekat Shell. Beli Yong Tau Fu dan skarf kepala. Skarf sebelum ni tercicir kat mane tah.... Abih la jugak dalam RM20...
Sampai umah, makan sikit, takde selera. Lepak-lepak sambil tengok TV. Mane la Juju ni tak sampai-sampai lagi, kata tadi nak datang pukul 8.30malam. AF pun dah nak mula... nampak gaya opening concert aku tengok sendorang la... kene mengutuk dalam hati la jawabnya. hehehe
Juju sampai masa pelajar ke-4 membuat persembahan... sape aku dah tak ingat (baca : skrg ni daya ingatan aku dah semakin kurang, byk tgk maksiat kot). Overall concert memang kurang memuaskan. Rasa menyesal tengok pun ada, sekejap-sekejapa aku tu7kar channel lain.
Pukul 10.45malam, lepas mengetahui Faisal terkeluar dalam konsert kali ini, dengan perasan puas hati kami keluar untuk makan malam di Tasik Idaman, Bangi. Lepak-lepak sambil mengumpat then pukul 1.00pagi kitaorang balik rumah selepas hantar Sarah ke Sg Jelok, Kajang.Aku dan juju terus masuk tidur sesampainya di rumah, penat sangat kot jadi tak sempat bersembang panjang.
Keeseokannya (hari ni laaaa), aku bangun macam biasa tapi dek melihat Juju tidur dengan culasnya sambil peluk bantal yang takde sarung (baca:pemalas betul...aku dah kasik sarung semalam suh dia pasang sendiri), aku pun layan balik tidur. 2 kali aku keluar g tandas nak terkencing, pastu sambung tidur...ape punye anak dara daaaaa.... hehehe
10.30 pagi masing-masing terpisat-pisat bangun. "Wei, kata nak tengok Definitely Maybe", aku menyindir Juju... hehehe , akhirnya kami setuju tengok wayang kat Alamanda. uiks... lama sungguh aku tak lepak alamanda... semenjak aku ada skandal dengan orang putrajaya nih, aku dah membataskan pemergian aku ke sana...hehehe...kantoi kang susah... penat je aku berlakon selama nih. kui kui kui...
Sampai kat Alamanda, tempat pertama yang dituju adalah GSC, malangnya Filem Definitely Maybe tu takde lak ditayangkan di GSC, dengan hampa aku dan juju bersantap di Rasaria Food Court sambil membincangkan aktiviti seterusnya selepas makan. Bile dh kenyang, mulalah malas nak buat sebarang aktiviti. Last-last shopping kat carrefour, then juju anta aku balik umah.
AKu pulak, takut bosan duduk rumah, sanggup masuk ofis. Baik aku buat keje sikit, fakskan surat jemputan pada peserta seminar lebih baik dari duduk rumah yang hanya menonton tv dan tidur...(arghhh...boringnyaaa)...
and now, im in the office, blogging and sending an Invitation Letter via prospect to our next seminarat at the same time. After this, i'll drive to Jusco Cheras, i had an appouintment at Thai Odysssey. Relaxing my mind and my soul after a month having inferiority complexion in my life... everything has mixed up and broke my heart
Aiyoooo... aku tak tau lah kalau 2008 sebenarnya banyak mengundang air mata dan derita. Malang sungguh nasib aku... baik dari hubungan keluarga, kawan serta kekasih...(erk...ada hati lagi tu nak ada kekasih...ahax)..
Apepun, hidup mesti diteruskan waima apa pun yang terjadi. go go chayok nani!!!
No comments:
Post a Comment