29 August 2008

penangan nasi kandar

pang!!!

tu lah ibaratnya penangan nasi kandar kat Nilai ari ni.

1st, aku sesat barat kat Nilai, tak tau kat mana harus dituju untuk pergi ke lokasi nasi kandar tersebut. Dah waste 30 minit dalam kete.

2nd, dah sampai tapi terpaksa beratur panjang hampir satu jam semata-mata nak buat order... bapakkk ramai!... dua tiga kali aku nampak orang keluar dari restoran ni bawak berbondong-bondong nasi kandar bungkus... kenduri apeeeee!

3rd, bila dah nak sampai turn kitaorang, kakak yang jaga tu pun amik order, pastu dia suh duduk... aku agak cuak jugak bila dia dengan konfidennye suh kitaorang duduk tanpa bawa apa-apa...

4th, nasi dah sampai...yeay yeay...erks...tapi ada 3 je, kuah pun takde lagi... sabar-sabar...hati aku berkata... kak A & Kak B bangun nak g cuci tangan...
tetiba...

5th, aku terkedu seketika bila pelayan restoran tu angkat dua pinggan nasi kitaorang bawak ke meja lain... nasib baik tak jamah lagi nasi tu... musykil gak sebab orang yang duduk kat meja yang diorang hantar tu sampai kemudian dari kitaorang, cane diorang ble dapat dulu? cane lak makanan yang dah letak kat meja kitaorang boleh selamba je amik bubuh kat meja customer lain... nasib aku tak buat perangai ludah nasi tu... kalau tak confirm diorang muntah kat situ jugak... tu sabar lagi... tapi dah terasa bahang dah...

6th, nasi pun sampai untuk kali kedua, selamba aku tanya pelayan tu, "nasi ni tuk kitaorang ke atau u ols nak amik balik?", dan dengan selamba beruk juga pelayan tu cakap "orang tadi dah order dulu" sambil jeling kitaorang.... what the he**!!! aku sumpah dalam hati je ... babi betullll... hilang selera aku.

Sudahnya, kitaorang makan sambil komplen2 teknik melayan pelanggan diorang yang sungguh hampeh + buat comparison kedai diorang ngan Restoran Beriani Gam Anje kat seksyen 15 nunnn... jauh lebih efisyen... pastu Kak A lak cakap, kalau melayu memang macam ni... huhhhh!

aku seboleh-bolehnya taknak salahkan melayu dalam hal ni, tapi aku rasa dah banyak kali masalah-masalah sebegini dibuat oleh orang melayu... betul tak? amik kontraktor melayu nak renovate rumah, finishing biasanya tak sama dengan yang dikehendaki dalam plan terdahulu, buat tender cenderahati ngan melayu, janji hari ni, esok lusa baru dapat, buat tender printing pun sama, masa nak dapatkan tender, bersungguh kata boleh kejar deadline, at the end, dia yang mampos... hangpa ingat tak kes makmal komputer yang kerajaan kita sub kan pada kontraktor melayu dulu? apa jadi? banyak kes makmal tak siap, bertangguh, 'bankrupsi' atau 'kurapsi'...

apepun, nak cakap nih, nasi kandar tu memang sedap siot. aku rekemen je kalau korang nak cuba tapi timing kena betul... aku tak tau lah diorang bubuh ape dalam kuah kari tu... walaupun aku dah declare ngan juju tak nak g kedai tu jadi kalau teringin nak makan maknanya aku kena kirim ngan dia je laaa... hehehe... aci tak?

28 August 2008

27 August 2008

ku pilih DIA

yeay yeay! pilihanraya kecil Permatang Pauh sudah sampai ke penamat. Semua orang pun tahu siapa yang menang dengan undi majoriti lebih 15 ribu... wah!

Seminggu sebelum tu, tiapkali aku melihat berita baik di TV1, TV2 (baca: tipulaaa...aku mana faham mandarin dan tamil), TV3, NTV7, TV9 dan sebagainya semua mencanangkan keterukan (baca : ada ke perkataan ni?) yang berlaku di sana dek kerana pemerintah yang dipilih dahulu tidak menjalankan apa-apa pembangunan, lantas tersiarlah keluhan-keluhan hati yang keciwa dan berlakulah proses kasihan mengasihani... etcetera etcetera...

aku disini? lidah kelu tak bisa berbicara... aku pun bukan minat sangat pasal politik ni...

melihat ini, aku tersenyum lebar :D


Walaubagaimanapun, aku tetap pilih DIA, Erkz.. bukan DSAI, bukan jua DASOS apatah lagi HM...aku pilih DIA laaa... eiii korang ni tak paham lagi la tueee... hehehe

cinta ini membunuhku

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolak ku acuhkan diri ku

Bagaimana, caranya untuk,
meruntuhkan, kerasnya hati mu
Ku sadari, ku tak sempurna,
ku tak seperti, yang kau inginkan

Kau hancurkan aku dengan sikap mu,
tak sadarkah kau telah menyakiti ku
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku

25 August 2008

suatu malam

last week, tengah sedap-sedap tidur, henpon aku ringing... tapi dah jenis aku malas nak angkat tepon bila kepala dah letak kat bantal so that aku bior je laaa...

1.30 am, tetiba rasa sejuk semacam... rasa mendesak je pundi kencing aku ni... nak tak nak kena lah bangun...kang tragedi 24 tahun lepas berulang kembali (baca : mimpi berenang tapi rupanya kencing atas tilam)... pastu sempat belek henpon, ada 3 miscall.

Satu dari DIA, dua dari DIA dan tiga dari DIA (baca : bukan nama sebenar)

aku pun pilih la nak call DIA yang kedua sebab DIA ni cam sikit special laaaa...

Aku : Hello, ada call ke tadi? sowwi la dah tido, nape?
DIA : Oh Hai, ha'ah call tadi... erkz...
Aku : Ada masalah ke? (baca : aku sindir baik punyeeee)
DIA : Erk, takdelaaa... takkan la sy call sebab ada masalah je
(baca : nak cover line konon)
Aku : yo laaaa... nape ngan dia? (baca : aku merujuk kepada "gf to be" dia lah)
DIA : ha, ni la... nak tanya awak, pakaian Smart Casual tu cane ye?
(Baca : aku dah agak!...)
Aku : Sape nak pakai? awak ke dia? (baca : tetiba aku cam naik hangin...tadaaa)
DIA : Dia la, dia nak konvo, jadi ada Dinner Class.
Dress Code, Smart Casual, dia x tau.
Aku : Owh, hmm...pakai baju yang selesa tapi bukan t-shirt,
jeans pun jgn, better pakai skirt labuh and blouse.
(baca : dalam hati aku tya "kenapa tak google je")
DIA : Oh ye ke?
Aku : Ha'ah, awak nak belikan dia baju ke? erm kat Mines banyak choice.
DIA : Apa? Mines? takde laaa (baca : tergelak...siot je)
Aku : laaa... betullaaa... kat Mines byk pilihan... kat sg wang pun ada gak,
kat BB kat KLCC tapi suma tu yang seksi2 ble la pakai... awak memang
nak yang macam tu ke?
(baca : papppp! aku imagin tampar muke dia... bagi sedar sikit)
DIA : Erk, takderlaaa... bukan nak beli tapi dia yang tanya

dan sekali lagi dalam hati aku... "tak reti nak google ke?"

Aku : OOOOOOOooooo, okay. How was ur new job anyway? (baca : aku tukar topik)
DIA : I kat sini lagi, next month baru g sana.

perbualan seterusnya berkisar tentang keje dia yang baru, pasal rumah baru, pasal nak beli kelengkapan rumah yang baru, pasal hidup baru... semua baru, tapi DIA bila tah nak jadi pengantin baru... penat aku tunggu...

pastu aku cakap la, sebelum dia masuk plant, for sure dia kena g training kat opis aku dulu tapi dia berlagak, lantak laaa... aku malas nak pikir (baca : konon je tu).

dan pastu lagi, aku dah tak boleh nak tidur... tergolek-golek la cari posisi selesa tapi debar dihati masih terasa...hehehe...

aku nak masukkan entri ni sehari selepas kejadian tu tapi disebabkan pc aku masuk klinik, aku tunggu hari ni baru menjoyah...

erkz... aku joyah rupanya... huwahahahahahahahaaaa!

Life is about choosing

after wut had happen to me recently...

i choose to be happy instead of being sad
i choose to love and be loved instead of being lonely
i choose to smile instead to frown
i choose to live because i know i'll die someday... gulp!

20 August 2008

corporate culture

are these happen in ur workplace? Lu pikirlah sendiri!

this,


and this,


and this,



and this, ahax! like this pix so much...
teknik mengampu paling berkesan... erkz

19 August 2008

tentang dia

hari itu
hati ku berlagu riang
dia milikku...

seketika
aku mula risau
menangis
meratap sedih
menyesal...mungkin


kini
aku pasrah
apapun berlaku harus dihadapi dengan tabah
mesti diharungi dengan senyuman

13 August 2008

Teambuilding Sesi 1 : Pulau Langkawi

Aku tak sabar nak bercerita tentang pemergianku ke Langkawi minggu lepas namun hingga ke saat ini aku masih belum menerima sebarang gambar dari empunya kamera (baca : ni la malangnya takde kamera, tapi yang seronok sebab aku yang sakan menumpang amik gambar)... tapi aku tak kire, aku nak citer gak...

5 Ogos 2008
Tayar bas mula bergolek jam 10.00malam, destinasi : Kuala Perlis

6 Ogos 2008
Selamat tiba di Jeti Kuala Perlis pada jam 5.55pagi, check-in di T Hotel, solat subuh, mandi, sarapan dan sambung tidur...

10.00 pagi, berkumpul di jeti Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi, sejam sebelum tu aku dah makan ubat tahan mabuk... aku sangat alah naik feri nih sebab dia confined, kalau naik bot masa candat sotong dulu aku tahan la pulak...

11.30 pagi, Selamat mendarat di Jeti Pulau Langkawi... here i come! sangat seronok... sms mama bagitau dah sampai, mama siap bagi semangat lagi...maklumlah, ni kan tempat aku menimba ilmu dulu... miss dat moment so much... Langkawi dah banyak berubah hakikatnya...

12.30 tengahari, sampai kat Pantai Chenang, we stay at Malibest Resort & Chalet... memang best lah sebab sampai2 je mata dijamu ngan pandangan yang diluar kebiasaan... hangpa imagine la mat & minah saleh tengah sunbath kat tepi pantai...pergh!... meremang bulu roma aku tengok... lunch then rehat... aku masih dilanda mabuk laut...kwang kwang kwang

3.30 petang, brkumpul semula di dewan utama, ada briefing dan penyerahan kepada Layang Adventure, team ni yang akan conduct kitaorang lepas ni... petang ni lebih pada ice breaking, form a group, buat nama kumpulan, cipta war cry and prepare persembahan untuk mendapatkan sebuah Perdana V6 dan duit RM100 untuk Race esok.

5.30 petang, aku ngan 9 orang yang lain bergerak ke Kuah semula untuk mengambil kereta.

8.00 malam, makan malam pastu ada briefing pasal program esok... dapat t-shirt, pastu 'reiki' checkpoint.

7 Ogos 2008
7.00 pagi, Morning exercise menari poco-poco, kalau dulu miss the oppurtunity dekat Rumah Sinar Salam, now i got the chance! Best gak, happening sehhh... penat jugak... Then sarapan, prepare for the race!

9.30 pagi, berkumpul depan restoran India, belek-belek keta, pasang sticker, owh! group aku ada 10 orang, dan setiap group dibahagi lagi kepada dua kumpulan a.k.a 2 kereta, grup A & B. Aku satu kete ngan Zaki, Azri, Kak Ton & Kak Fiza, Kereta satu lagi Sham, Shaffuan, Shahrul, Kak Lina & Kak Yan. Pagi ni ada Amusing Race, ada 7 checkpoint, 3 barang perlu didapatkan dalam race ni...

10.00 pagi, acara bermula, oleh kerana kereta geng aku no 10, maka group kami merupakan group paling last berlepas. CP pertama dituju Pantai Kok, kemudian kami mula menuju Pekan Kuah ke pejabat Belia & Sukan Daerah , selesai tugasan disana, kami bergegas ke Kampung Buku Malaysia di Lubuk Semilang sebelum mengambil makan tengahari dan meneruskan perjalanan ke Nusantara Gamat. Kemudian, kami bergegas menuju Pekan Kuah semula mencari lokasi CP di Shopping Arcade. Jenuh siot cari semua kedai tiang hijau... kedai Ismail Group pula merata-rata... Lepas dari Kuah, kami ke Ladang Kerbau di Nyior Cabang... tugasan paling menarik sebab kitaorang kena suruh bagi makan kerbau, pindahkan kerbau dan minum susu kerbau... euuu... hangpa pernah ke minum susu kerbau? dahla bau kat kandang tu sangat machemmm...fenin tau... Menuju Tg Rhu, CP terakhir dalam Amusing Race ni, En Johari memberi laluan chortcut maka merasalah lalu di atas empangan... best tau... Sampai kat Tg Rhu, selesai melapor diri, kami terus balik ke starting point di Lighthouse. Makan tengahari dan kembali ke Pekan Kuah, shopping time!

6.00 petang, sampai kat Malibest, rehat sekejap, kemudian mandi laut... orang lain sibuk menjahit baju untuk fachion show malam ni, kumpulan aku lak bersenang lenang, shopping la, main go-kart la, mandi laut laa..... lalala lalala...

8.00 malam, makan malam.menu : BBQ, macam-macam ada!... perut sebu mungkin sebab terlalu penat Amusing race ditambah shopping sakan ditambah main-main ombak...

9.00 malam, acara Fashion Show bermula, masing-masing gelakkan pakaian renang muslim masing-masing, group aku lagi sempoi, takde jahit2 jadi model ala-ala duyung dan orang g Umrah... Malam ni gak keputusan Amusing Race, group aku no 4 dari 5 kumpulan....kah kah kah!, untuk fashion show lak, kitaorang dapat no.3.... ok arrr kannnnn...


8 Ogos 2008
7.00 pagi, jenuh Kak Lina kejut aku ajak pegi morning exercise tapi aku lebih rela melayan mata. Tetiba, sayup-sayup kedengaran lagu poco-poco berkumandang, dan dan tu gak aku bangun... hehehe... sempatlah setengah jam memanaskan badan. Lepas sarapan terus pack barang sebab lepas ni terus check out.

9.00 pagi, bertolak ke Oriental Village, yay yeyyy! naik cable car lagi... fyi, cable car ni dibina menuju puncak Gunung Mat Cincang, mengikut sejarah, pada zaman dahulu ada dua gergasi, Mat Cincang & Mat Raya, diorang ni bersahabat baik, satu hari tu mereka bergaduh kerana berebutkan Dayang (Baca : akhirnya menjadi Dayang Bunting), gaduh punye gaduh, akhirnya si Mat Raya berkecai lalu menjadi Gunung Raya, Mat Cincang lak berkecai lalu membentuk Gunung Mat Cincang. Owh! kecerunan pendakian cable car ni sehingga 45 darjah, jadi masa ni agak lucu bila melihat muka-muka cuak orang yang stratosphobia... yang rasanya ganteng pun dah jadi cam kentang...wakakaka! uiks! Kat atas, kitaorang buat Deklarasi NIOSH...agak-agak ble masuk dalam sejarah tak? urm, sejarah hidupku je lah...

12.00 tengahari, kitaorang selamat turun ke bawah. Lepak-lepak kejap sambil masing-masing bercerita pengalaman menaiki cable car. Lepas ni kami semua di lepas bebas kemana-mana sementara menunggu masa bertolak jam 3.00 petang. Tiba-tiba Zaki dapat panggilan emergency, dia kena fly balik ke Kuching hari ni juga disebabkan ayahnya terpaksa dimasukkan ke hospital. Kami menghantar Zaki di airport sebelum menuju pekan Kuah, selepas hantar Azri untuk solat Jumaat, aku, Kak Fiza dan Kak Ton layan jalan-jalan kat Langkawi Fair... McD masih sama macam dulu, air terjun buatan pun masih tak berubah, jika dulu Samudera, kini telah menjadi Pasaraya Billion...food court masih terletak di tingkat 2 tapi aku tak sempat pekena Nasi Goreng Tomyam kat sana sebab tadi dah melantak kat McD. Kemudian, kami bergerak ke Kg Kuah, menziarah Mak Long.

2.30 petang, amik Azri, terus menuju jeti Kuah, unload barang, hantar kereta, terus masuk ke jeti untuk pemeriksaan Kastam. Tepat pukul 3.00 feri mula bertolak ke Kuala Perlis. Aku apa lagi, cepat-cepat lah tidur...hehehe, takut mabuk.

4.05 petang, selamat sampai di Jeti Kuala Perlis, load barang, bas mula bergerak meninggalkan Jeti pada pukul 5.00 petang. Perjalanan balik lebih lama disebabkan banyak berhenti... nasib baik esok tak keje... hmmmm..


9 Ogos 2008
2.30 pagi, kami selamat sampai di NIOSH Bandar Baru Bangi... masing-masing mamai + mengantuk + jet leg (baca : naik bas pun ada jet leg ke? mengarut-mengarut....), lepas antar kak Netty kat umah dia, aku terus balik umah. Sampai umah, keluarkan barang-barang yang lembab, masukkan coklat dalam fridge, cuci muka, cuci gigi, cuci kaki, tukar baju... terus tidur... bangun pukul 7.30 pagi, awal lagi...sambung balik, pukul 10.30 pagi, erm... sambung lagi, 12.30 tengahari... sakitnya kepala... tapi bila teringat kisah-kisah sepanjang berada di Langkawi, hatiku berbunga riang... ibarat centaku tertinggal di Langkawi arrrr... hehehe....

-----------------------------------------------------------------------
So guys, ni lah cerita perjalananku sepanjang mengikuti program Teambuilding kat Langkawi. Kalau hangpa nak tau lagi, sebenarnya nama aku tak tersenarai pun dalam list yang akan pergi ke Langkawi disebabkan boss lama tak bagi, tapi kalau dah nama pun rezeki, aku bertukar department, kemudian seorang kakak tak dapat pergi... ape lagi? akulah yang ganti...lalala lalala... kuat jodoh ni...hehehe...later aku bubuh pix lak k... sabar....

12 August 2008

lama betul

urm... lama aku tak belek diri... tadi pagi, bila pakai baju, terasa longgar...ahax... hatiku berlagu riang... ops... telupa, aku sebenarnya pakai baju kurung, memang la longgar...

erm... lama aku tak bukak fenster... baru tadi, bila aku bukak dengan niat nak menghapdet, aku perasan, a few members missing... ni mesti kes dah delete aku... dengki betul!

burp... lama betul aku tak pekena nasi beriani gam anje kat seksyen 15 B.B.Bangi merangkap kat bawah opis aku ni je... tadi, ada meeting, nampak gaya ari ni makan kat kafe lagi lah... bukan free yee...kene bayar tau... jadinya aku masih belum melangsaikan niat makan nasi beriani gam lagi...

hmm... lama betul aku tak mensyukuri nikmat yang aku alami setiap hari... setiap masa dok merenung nasib yang kononnya malang... hakikatnya, kita semua ni sama sahaja, lebih tang situ, kurang tang sini, bahagia hari ini, esok lusa belum pasti... betul dak?

11 August 2008

minggu ni

urgh! its too early to tell wut happen tis week... yang pasti aku weak minggu ni :(
Lots of problem appear as I came back from Langkawi. Yeah! orang cakap, kalau ada suka, pasti ada duka...

sekembali dari langkawi, a man in my life buat hal... he promise to meet me last week but he cancelled it... penat aku merajuk tapi dia boleh buat dek je... pastu masa jumpa on sunday pun dia lengah2... sentap mak nyahhhhh! But then, jumpa malam tadi tu kire ok la kan... dah ble rujuk kasih balik kan... lalalalalalala...

2day, nothing much happen in my off... owh, ari ni apply cuti tanpa rekod tis friday, nak g course kat PJ...alaaa yang ASIAWORKSTRAINING buat tu... training ape aku pun tak berapa nak pasti. Petang, tolong kak Ani buat fail latihan untuk confined space esok. Sambil buat keje tu dia citer pasal COSH...kak ani kata dah ada AJK yang akan terlibat untuk COSH... then aku cek la emel kot-kot aku tak terima pagi tadi tapi takde.... aku refer kat kak ani, rupa-rupanya nama aku memang takde dalam senarai yang akan ke KLCC minggu hadapan...

erm... wut does it mean? it means, i really left behind... yeap... betul-betul pemergianku ke bahagian latihan dinanti oleh mereka... sedih? memang la sedih... kalau dulu, im one of the tulang belakang COSH tapi kenapa bila aku berpindah ke department baru, AJK lain dipanggil... kalau alasannya taknak ganggu department lain, kenapa dari department aku mereka meminjam ramai kakitangan? kenapa tidak aku? wah...sedihnyeee...

Tapi takpelaaa... aku pun bukan bagus sangat... ketiadaan aku tak mencacatkan penganjuran COSH pun. So let it be... seorang sahabat memberi kata semangat;

"awak sabar je, tuhan ada tau, Dia akan balas juga nasib diorang nanti, awak tengok je la. Sekarang, biar diorang buat atas kita, esok luasa sape tau"

tu la cite aku minggu ni setakat hari ni...alahaiiiii...cane hari isnin dah dapat bad news... bosan!

minggu tu

minggu lalu, minggu penyesuaian ... kononnya... sabtu aku dah siap memindahkan barang-barang dari workstation lama ke tempat baru. Ahad, ada program main boling ngan rumah nur salam dan rumah sinar salam, pastu tengok wayang, pastu window shopping kat Ikea, pastu g umah mamat dan Izalina kat USJ. pergh...pack jugak!

Isnin, tak g memana..tak buat apa-apa melainkan melangut sahaja... belek emel sambil dengar-dengar orang sembang... wargh! mau stress kalau duduk begini saja, tapi inilah nasib orang baru, memang macam ni kot, keje takde lagi... aku sedapkan hati..hehehe... petang, redzuan minta aku pegi PERHEBAT esok pagi... alamak! macamana ni? tapi ni lah masa aku nak expose diri sendiri kan... pegi je laaa...

Selasa... pagi morning lagi dah pegi opis, sementara tunggu ofis bukak nak amik hard disk, aku buat silap lagi... aku g langgar tiang kecik depan QMD masa nak reverse...sudahnya, belakang Imran aku kemek...huwaaaa! sedih... nasib baik kecik je kemek tu tapi kesian kat Imran kannn...

Kat PERHEBAT, takde ape yang menarik dan mampu menyedapkan hati aku yang sudah runsing memikir kesakitan Imran. Dah la sume yang join SHO kali ni sezen-sezen tapi baik2 and peramah... tak ble nak cuci mata...erkz... aku dah kelaut rupanya... ni dah lari dari matlamat kerja ni... lalalala...nenong nenong nenong....

Dari Sg Buloh, aku berkejar ke Puchong, sesat barat kat sana baru ketemu dengan lokasi dituju...hampeh...hehehe... lepas makan tengahari, rush semula ke Sg Buloh, pukul 4.30pm, redzuan dah suh aku balik bangi...yes yes yes... ble cepat balik umah, packing-packing barang, malam ni nak g langkawi... yea yeay

01 August 2008

ari ni

urm... ari ni, ari pertama aku kat department baru. So far so good, aku pun tak sure keje ape aku kena handle tapi buat masa sekarang aku akan bekerjasama dengan Redzuan untuk program in-house...kire bantu tolong dia sambil-sambil belajar dan membiasakan diri... shud i called it on-job training?. lebey kuang laaa... hmm... bila keje inhouse, seems dat aku kena keluar-keluar jugak laaa... owh!... takpe... pengalaman... jumpa-jumpa orang... mana tau aku akan jumpa empunya tulang rusuk yang aku miliki sekarang... yade yade!

apelah aku ni, tak sampai sehari dah berangan nak jumpe si tulang rusuk... owh! kalau macam tu aku nak cari orang nama Haikal sebab dalam bahasa arab tulang rusuk adalah Haikal... erk...betulke? urm, kalau cenggitu Imran (baca : nama kete aku) aku pun kena tukar jadi Haikal la ye? ngeh ngeh ngeh...

ari tu

ari tu, seminggu lepas aku dapat pertukaran bahagian, dengan hati yang masih berbelah bahagi, aku dapat emel beracun... tersentak aku baca emel tu... dan apa lagi mak sentap lah nyahhhh...

korg tau tak? urm, mesti korg tak tahu kannnn... aku disuruh beri penjelasan lisan dan bertulis atas suatu kesalahan yang aku rasa aku tak buat... dah la sentap, rasa sengal pun ada. dengan linangan air mata aku siapkan surat tunjuk sebab berserta bukti-bukti sekali... tapi memang pagi isnin tu pagi s**l buat aku. dalam pada tu hati aku dah mula membara... dalam hati dah tersemat dendam dan tekad. Jadilah hari Isnin ari tu hari moody aku... (baca: setelah sekian lama aku tak buat perangai kan)

Selasa, dek kerana sakit hati yang melampau, aku amik MC... Tak sanggup aku jumpa orang yang sanggup tikam aku dari belakang... dan orang yang sanggup hina aku, u sound sceptical to me... ko memang b**i

Rabu, aku masuk ofis macam biasa, dua orang yang ingin aku hindari sudah pergi ke PD... "Fuhhh"!"aku merasa lega seketika... tengahari tu aku sembang-sembang, rupa-rupanya aku tersilap marah orang daaa... tuBoKu tu punye keje rupanya... ah! aku doakan dia dipanah petir suatu hari nanti... bodek kuat yeeee.... takpe-takpe...

dan ari tu, aku rasa lega, sebab aku dah tau dimana punca kejahatan ini berlaku. Mungkin ini hikmahnya, disaat-saat aku berat hati berbelah bagi, mereka membuat sesuatu yang keji... should i say that? yes... memang keji perbuatan itu sebab ibarat dia menjilat bontot orang itu...eeuuu...yucks!.. oh! dia gay ke? atau biseks? owh... spesis sama ngan yang telah mengaku telah diliwat rupanya... and...should i doakan dia bersanding kena panah petir jugak? owh... doa orang yang teraniaya itu makbul bukan? lalalalalalala...

takpelaaa, aku doakan dia sedar akan kesilapan yang telah dia lakukan, menyesali dengan setiap perbuatan khianat yang telah dia buat, menginsafi bahawa janji tuhan itu benar... ungkapan "Allah bayar cash" juga benar...

ari ni... aku sudah merasa lega, kerana kemarahan yang sekelip mata ari tu dah semakin reda dibawa masa... aku kan pemaaf orangnya...owh! aku puji diri sendiri lagi...hehehe.

am I frust? urm...