30 April 2008

Trying hard to understand...

I noticed that my life is a classic example of the saying:

KITA HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKANNYA.

Life, it seems, after leaving UITM, has been some sort of roller-coaster for me. While in school, everything seemed so easy. Even though life was much of a routine there, everything was laid out. All I had to do was live and pass through each day. Then I graduated and the realities started to sink in. Especially as I saw my friends and other people my age moving on - working, moving out from their parents' homes, buying cars, getting engaged, getting married and having babies. And I started to wonder what I want to do with my life. What are my plans?

But being me, I always have everything figured out in life. My job, my friends, even my future. But always, always, Allah has other plans for me. Yes, I do have a lot of things in life - a great family, a good career (the chance of doing something I really like), good prospects and opportunities to further my studies, wonderful friends - and I am thankful for all that HE has given me. But most of the time, things never occur according to my plans.

I know that Allah knows what is best for me. I know that He has everything mapped out for me. He has arranged for how my life should be. And even if I want one thing so badly, He will not give it to me if it does not bring me any good. Alhamdulillah for the Love and Blessings He showers me with. But being the weak person that I am, I always wonder the reasons behind everything that happened in my life - the tragedies, the events, the failures and successes, the quarrels, the arguments and even the people I meet. I have this believe that everything happens for a reason yet I always fail to fathom these reasons. My brain, it seems, fail to understand a lot of things. And because of that, I am a very weak person.

And this weak person is deeply wondering, desperately trying to understand everything that has been going on in her life and everything around her. Easier said than done.

"Kuatkanlah hatiku, semangatku, Ya Allah. Berikanlah kepadaku ketenangan untuk menghadapi apa jua yang telah Engkau takdirkan untukku. Sesungguhnya, aku selemah-lemah manusia..."

luka lama berdarah kembali

malam tadi aku kuar ngan S, sembang punya sembang dia citer pasal awek dia... erm...aweks to be exact...

hahhhhhh! maknanya dia ada dua org awek sekarang ni... sorang dia dah couple lama dan sorang lagi baru declare bulan lepas... what the s***...

sakit ati betullll, bukan pe, baru je post citer pasal ikan (baca : Refer tajuk Cinta Dalam Hati), tak sangka aku jumpa orang yang betul-betul seperti pemancing ikan yang kejam itu... furthermore, aku sendiri pernah mengalami situasi yang sama, dan akulah si ikan itu... wah!... sangat-sangat sadis dan aku benci tu semua...

Semua ni mengingatkan aku pada kisah lalu lantas luka lama berdarah kembali. I am suffered enough not because he left me but because at the end I discovered he already got new one a month before we broke up.

Maknanya di sini, dia dah kapel ngan orang lain masa dia kapel ngan aku, then absolutely he will choose the best,he has the option so that aku ni bukan yang terbaik and knowing this are very painful to me. How cud i met this kind or person? aiyok!

i hate this momento...benci benci benci!

29 April 2008

Happy Birthday My Lil Bro, Amin!

Erm, tak sangka, bulan April ni ramai jugak yang beday termasuklah adik bongsu aku, Amin.

To Amin, Happy Birthday!
jangan nakal-nakal,
jangan main-main...
be the best among the best!

go go chaiyok!

28 April 2008

cinta dalam hati

Aku suke banget ngan rencana ni yang aku copy, paste and alter dari blog frenster Khairul...

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.

Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan. Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada
mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan,untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.

Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokan kepada hamba-hamba- Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan air mata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita...

Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan.... Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya. .. Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu... Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya....

Renungkanlah...

dia yang hati batu dan aku yang buntu

ahahaha... macam kejam je statement aku nih... HATI BATU.... tapi dia memang hati batu... selepas apa yang aku dah buat, takkan dia tak paham yang aku suka dia, aku concern pasal dia, aku admire dia...ah...bosan lahhhh.... aku selalu sangat jumpa ngan spesies macam ni.

tapi salah aku gak, sape suh mengharap?
kalau aku nak mengharap pun patutnya aku kena bagitau dia apa yang aku rasa tapi aku tak pernah pun luahkan semua tu kat dia...
dan memang salah aku sebab suka kat orang yang bukan-bukan...
tak sedar diri sungguh...
memang salah aku sebab benarkan hati aku terusik dengan kehadiran dia...
salah aku juga izinkan hati aku dilukai lagi...

duhai hati,
jangan marah aku... aku cuma seorang aku yang perlukan sahabat yang memahami siapa aku...

duhai hati,
jangan merajuk ngan aku... aku cuma seorang aku yang perlukan perhatian

duhai hati,
jangan tinggalkan aku... aku cuma seorang aku yang masih perlukan engkau untuk menyayangi dan merasa disayangi...

Jumaat, sabtu dan ahad yang lalu

jumaat petang, balik aku sempat tidur kejap... ngantuk sangat-sangat... malam keluar ngan skandal (read : let me called him as L). ahax... ntah nape malam ni aku sensitif...erk, nak period kot. Aku amik hp dia, ingat saje nak belek-belek, bila dia rampas dari tangan aku, terus aku nangis...apa? nangis? ah yesssss... aku nangis...huwaaaa.... hmm, ingat balik it sound ridiculous tapi itulah yang terjadi. aku nangis sampai teresak-esak siot! hampeh sungguh.

dan untuk memujuk aku yang dah menggila dalam kereta, L bawak aku lepak tengok live band kat Bukit Bintang. Kebetulan malam tu L nak jumpa adik dia. Maka melepak lah aku dekat Bistro. Luckily malam ni performance agak menarik, tak macam sebelum ni dengan lagu yang entah apa-apa entah... L tinggalkan aku bersembang women to women ngan adik dia dan mengenal adiknya... aku terasa seronok punya abang macam L. He such a gud man i've ever met. Tak macam abang aku...hehehe! but life is always like dat, we adore people more than what we already have.

Tak sangka jugak aku jumpa ngan Iqram Dinzly kat sini, pemegang watak Darius dalam dunia baru dan Zahar dalam siri Bella. Iqram memang tak banyak beza dari apa yang kita lihat di kaca TV. Tak macam kebanyakan artis wanita. Sempat gak senyum kat aku...wah!...BEST BEST BEST!

L hantar aku balik bila jam menghampiri angka 1 pagi. Aku pun dah mengantuk, rajukku pada L dah reda tapi dek kerana ego dan ade sisa-sisa sedih, sepanjang perjalanan balik aku menyepikan diri biarpun L cuba sedaya upaya menceriakan aku. Alih-alih aku tertidur dan hanya sedar bila kereta L betul-betul berhenti didepan rumah. fuhhhh... janganlah aku berdengkur dalam kereta...malu siot... ahax!

Sabtu pagi aku dikejutkan dengan mesej Maya yang mengajak aku turut serta ke PD. the programme was like this...

10.00am, aku sampai NIOSH, lepak2 kejap before proceed ke Seremban. 10.45am sampai kat umah maya kat AMpangan, sarapan pagi Nasi Lemak Rendang Ayam kat sana... borak-borak ngan Mak maya a.k.a 'Mak Mertua Tak Jadi' sebelum bergerak ke PD.

12.30pm, sampai kat PD, Hotel Legend, tak jadi jumpa sales person dia so we all terus terjah tengok-tengok keadaan hotel untuk seminar. Rasa tak best, we move to next hotel, Corus Paradise, kebetulan pada masa ni ada krew untuk slot Samarinda TV3 sedang membuat penggambaran, Sempat say Hi and take picture ngan Umie AIda dan Tony Eusoff. Kat Corus ni rase best sebab dengar bunyi air so memang rasa tenang. Dari Corus, kitaorang pergi ke Ilham Resort... jumpa Zamani, representative Ilham. Bawak we all jalan-jalan tengok kawasan... not bad cuma tak selesa dengan pakej penginapan.... agak hampa dengan ketiga-tiga hotel yang telah dilawati ditambah dengan bahang laut yang amat merengsakan.Kebetulan dari pagi aku memang kurang selesa dengan diri sendiri, asyik memikirkan dia... insan yang telah bertakhta di hati...(baca : aku dah start jiwang ni)

3.00pm appointment dengan Avilion ditangguh ke pukul 3.30 sebab nak minum air kelapa sebelah Hotel Selesa. Selepas minum, kami terus menuju Avilion PD, sempat gaduh ngan guard nepal sebab tak puas hati kena suruh parking kat tempat lain. Alih-alih, Avilion yang sepatutnya kami tuju terletak bersebelahan Marina Court, hotel baru Avilion Admiral Marina... hahaha... setelah bertemu dengan Zaki, Sales Person Avilion Admiral Marina, setelah sempat mengambil pose-pose menarik (baca : masa ni aku banyak tengok je sebab dah migrain jadi takde mood langsung nak amik gambar).Akhirnya, sebulat suara bersetuju melilih Avilion sebagai lokasi Seminar Mental Health yang akan diadakan pada awal penghujung bulan Mei nanti.

4.30pm, singgah di Pasar malam PD, beli macam-macam amakan sebab perut dah lapar. Kak D sempat beli durian. Then we all makan kat tepi pantai.

6.30pm, balik ke seremban, next destination is Jusco Seremban 2. AKu tidur dalam kereta sementara menunggu diorang shopping. Baru dapat gaji, joli sakan lah gamaknya...

9.30pm, balik ke bangi. Punch out... balik umah, mandi, berangan, baca buku, then tidur.... ZZZZ

Pagi ahad, bangun agak lewat, mesej sarah ajak g Salam. Mandi, bersiap then terus g umah Sarah. Sampai kat Salam dalam kul 11, terus suh diorang cuci kete aku.,..dan aku ikut sekali cuci kereta sendiri... hehehe... ari ni tak banyak kereta yang minta dicuci, termasuk aku cuma ada 3 buah kereta, tu pun kereta volunteer... tapi tu semua tak mematahkan semangat kitaorang untuk meneruskan cuci kereta amal hingga 10 mei nanti.

2.00pm balik dari Salam terus menuju Carrefour Subang, nak beli hadiah untuk Baby baru Nadia, sepupu aku yang duduk kat Subang. Then lepak umah Nadia, sempak cebokkan Najiha dan bautkan sup ayam untuk Nadia, aku dan Sarah balik ke Bangi.

On d way nak hantar Sarah, aku dilanda kebuluran lalu aku ajak Sarah singgah di Kopitiam. Walaupun masa tu perut dah penuh tapi dengan tamaknya aku meng'order' double toast ngan Chicken Curry Toast... membazir je sebab tak abih tapi ape boleh buat.... aku kaya aku kaya!!!

9.30malam, hantar sarah balik umah, pastu aku pun balik lah... takkan nak melencong. Penat gile ada hati nak jalan-jalan lagi...hehehe.

Malam, lepas mandi, bincang ngan abang pasal kenduri kawin dia. Confirm aku yang sponsor bunga telur untuk dia... erk, sape nak teman aku beli bunga telur nih? nak ajak diorang Maya alamat pokai lah aku... taste diorang sume yang mahal-mahal... taknak laa.. nanti nak kene tanya Jue kalau dia boleh temankan aku nanti. Pasal rumah lak aku dah tak payah risau, Abang tak kasik aku keluar rumah sebab dia tak suka kebanyakan penyewa tak jaga kebajikan rumah. So rumah setel, everymonth aku cuma bayar RM270... dan rm30 lagi untuk maintenance. Lepas ni nak kene beli TV, peti ais dan Mesin basuh...erk...nak mesin basuh ke? ... hehehe. Oklah kan. Hidup sorang-sorang, bahagia lah aku nanti...

Pagi yang gelap

aiyok... aku ngantuk gile pagi nih. tak tau nape lately aku selalu malas nak bangun pagi... asal terjaga je bende pertama aku pikir is nak amik MC... kalau sebulan aku niat macam tu rasanya akan ada hari lah aku amik MC gamaknya...erk...apa aku cakap ni? aku tak tau, sebab aku ngantuk dan aku tetiba hilang mood.

cerita pasal bangun pagi... memang aku takde masalah nak terjaga on time tapi masalahnya bila aku taknak bangkit dari pembaringan. Biasanya aku akan tunggu hp a.k.a alarm aku nyanyi lagu "Hadapi dengan senyuman"... lagu tu la yang selalu boost energy aku pagi morning... huhhhh... masa tu baru terpisat-pisat bangun,duduk then minum air yang memang aku dah letak kat sebelah katil, iron baju kemudian mandi, berangan dan bersiap g keje.

Kat opis lak lain ceritanya, biasanya pagi-pagi aku akan set dalam hati untuk ceria sepanjang hari namun kadang-kadang bila masuk opis, tengok muke sorang-sorang...wah... gue lagi stress jadinya... dan bercerita tentang mood, aku memang selalu sangat moody semenjak dua menjak ni... 2008 memang tahun yang mencabar kekuatan mental... sedaya upaya aku cuba abaikan perasaan-perasaan tersebut namun aku hanya manusia biasa. Ada masanya aku masih boleh tersenyum walau seribu masalah membelenggu diri, namun ada ketikanya aku akan secara tidak sengaja mengekspresi mood tidak baik tersebut melalui raut wajah mahupun secara verbal. susahnya menjadi seorang aku ni kan...

dan pagi ni jugak cuaca agak gelap... awan mendung melatari langit dipagi isnin ini. Harap-harap hujan turun mampu meredakan keresahan hati ini... chewahhhh....

25 April 2008

aku buat apa minggu ni?

Isnin
pagi morning yang ceria, g opis, buat keje-keje clerical, dari menghantar fax kepada client, mengupdate database dalam sistem pendaftaran COSH2008, kemaskini emel yang slalu sangat full, borak, makan-makan, lepak... ehehe... petang, ingatkan dah selamat... sekali boss confirm lak nak g Hotel Istana...aduhhh... nampak gaya kene berkampung kat hotel istana lah malam ni.

Balik umah kejap amik baju. Pukul 6.30 gerak dari bangi... jalan maha sesak baik dari arah KL ke selatan mahupun sebaliknya. Jiwa tengah kacau dek mendengar Smart Tunnel ditutup bagi sistem banjir, lagi haru bila Jalan Sultan Ismail turut ditutup bagi memberi laluan kepada larian obor. Aduhhhh... mana aku nak pergi ni? aku bukan familiar pun ngan KL especially kawasan-kawasan sesak sebegitu... ironinya, kitaorang stuck in the jammed almost 2 hours. aiyokkkkkk....

Letak beg terus turun ke Ballroom Mahkota II untuk setup tempat event esok. Selepas makan malam, kami memulakan kerja memasukkan souvenior untuk delegasi yang datang esok pagi.

Jam menghampiri 2.00 pagi (baca : dah selasa) baru selesai segala persiapan... balik ke bilik, mandi, tidur... bangunkan aku esok pagi ya Allah...

Selasa
Lenaku dikejutkan dengan bunyi iron...uish..kak Ita marah ke sbb aku tak reti nak bangkit dari pembaringan? erk...takotttttttttt! cepat-cepat aku bangun meluru ke bilik air...konon-konon aku rush laaa.... hehehe

Delegasi dari 10 buah negara ASEAN, wakil ILO, Korea dan Jepun sudahpun masuk dan berada didalam dewan ketika Datuk Noraini, Timbalan Menteri Sumber Manusia datang untuk merasmikan majlis.

Tengahari, dah takde keje. online kejap and blogging. Petang, ngantuk, balik bilik tidur. Malam, lepas dinner, balik bangi. Boring gile... huwaaaaa....

Rabu
Ari ni pakai kebaya,ahax... tapi aku tak pakai ngan kain sebaliknya aku padankan ngan seluar itam je. Senang nak bergerak sementelah sekejap lagi aku kene bawak delegasi dari Indonesia tour KL.

10.00am, amik bapak-bapak dan ibu-ibu kat EQ. bawak jalan-jalan tengok Putrajaya,KLCC , CM, PS, Chowkit... ahhhh...lenguh kaki aku...dah la kene jadi supir, jadi lak pemandu pelancong. Malam, selepas puas makan durian, hantar bapak-bapak dan ibu-ibu pulang ke EQ.

Sampai rumah, mandi dan dan makan ubat batuk...oooooo... dia mula balik!!! penat sangat-sangat sebab samapi umah pun almost 11.45pm, cepat2 mandi dan bersihkan diri... pakai lotion, cukup ngan t-shirt longgar, tutup lampu then landing... masa tu baru capai hp wish E happy birthday, lepas tu call dia kejap, end call terus collapse... im so exhausted!

Khamis.. beday E!
9.00am dah ada kat EQ, ni hari terakhir delegasi Indonesia berada kat Malaysia. Flight diorang kul 2.40pm tapi kul 11.00am dah gerak ke KLIA. Pitty to Bapak Topo, tak nampak border langsung terjatuh. Berdarah gak bibir.

Petang, keadaan sudah semakin reda bila tiba-tiba En Zul minta tolong pegi ke Hotel Istana balik untuk pick up barang... aiyoooook... pukul 5.00pm jumpa Zura kat HP, kemudian beransur ke Ikea dan sempat membeli vase... ber vase barulah bunga-bunga aku lepas ni... cantik cantik cantik...

Balik dari Ikea baru ke Hotel Istana...mak aih...banyak gile barang... nasib baik bawak Unser... pekerja Hotel Istana juga banyak membantu. Balik ofis, tinggal je barang-barang dalam unser, tukar kereta, punch out dan balik umah.

10.00pm...lepas mandi, dinner ngan skandal...ahax... abih je makan cepat-cepat je aku suh dia antar aku balik...hakikatnya aku dah letih yang amat dan perlukan rehat. Batuk yang hampir seminggu tiada kini kembali... takut tak takut?

Sampai rumah, nak baca buku tapi mata ni tak larat langsung tertidur...ZZZZzzzzzzz

Jumaat
Pagi-pagi aku rasa macam ank amik MC je... malas gile nak bangkit dari katil aku yang cantik nih...tapi masa bangun nak tutup jam loceng, aku terpandang bunga ros merah, dan pink yang digubah bersama bungan lain... segar sikit mata... nak kene bangun jugak nih... bunga tu dah boost mood baik pagi ni... Thanx god!

Pagi ni mood boss ok jadi takde sape yang akan makan hati...eheheh... namun pagi ni aku dikhabarkan gaji tak masuk lagi...hampa? erm, aku takde lah nak pakai duit pun... tapi yang bestnya gaji kali ni beserta performance bonus dan increment... seronok-seronok...

11.00am, g PKNS bayar duit maintenance umah. Balik opis boring takde buat apa, semuanya sudah disiapkan pagi tadi. Pegi HR amik Slip gaji dan Surat kenaikan gaji yang baru... gembira dalam hampa... too many things to think, to consider...

now, im sitting here.surfing the net and blogging... tak lama lagi nak balik... yes yes yes... aku nak balik... nak tido... penat lah, 5 hari ni asyik pikir pasal orang lain... enuf!...

apa yang aku rasa nak blaja dan kenapa...

Minggu lepas, Kareema, kenalan yang kutemui di Yayasan Salam minta tolong bagitau apa bende yang we wish to learn...well...Life is never ending learning process...

here we go...

1. Nak further study ... buat masa skrg, aku plan nak amik master dulu... master in Corporate Comm... walaupun dulu aku budak IT, tapi aku lebih rela bercakap dan bercakap dan mendengar orang bercakap dan bercakap lagi ngan orang daripada aku bercakap ngan gadjet IT... Aku suka deal ngan org2 keparat nih, gain their knowledge, experience etc tapi skil untuk 'well conversation' tu takde.

2. Nak serius blaja main gitar n nak enhance piano skill ... aku nak masuk kelas muzik tapi ntah bile nak sign up. Tunggu bonus 5 bulan kot... ble bayar lump sum... aku tension bila tengok adik aku main gitar best giler, tapi bila minta tolong ajar dia bulih buat bodo...sakit ati betulllll... dulu reti la jugak main lagu 'tum pas di air' (versi hindustan) dan lagu pergilah sayang tu... tapi ari tu balik kampung try main balik dah lagu tu dah tumpah pergi ke mana tahhhhh.... bosan aku... sampai sekarang aku tak ble lupa muka adik aku ketawa terbahak2 bila aku main gitar sumbang... siot jerrr... tak padan ngan jari aku yang sakit... ah tension!

3. Aku boleh berenang, tapi aku tak reti menyelam... jadi aku nak enhance teknik berenang and also nak blajar scuba diving . Belajar berenang supaya aku boleh berenang dengan teknik yang betul. Belajar menyelam sebab aku memang gila g snorkell, bila tengok coral cantik2 aku tanam impian nak tengok dasar laut pulak lebih2 lagi negeri aku memang kaya ngan khazanah tu, tak pe, aku nak amik course beginner dulu, dapat license yang 100m pun dah kira bagussss gitoooooooo... Yang pasti, aku suka ngan alam... tak kira hutan, laut, gunung, sungai...semua aku suka....

4. Aku pandai memasak, aku boleh mengemas rumah, aku suka dan reti jaga kanak-kanak dan aku independent orangnya, tapi aku tak cukup yakin nak jadi seorang isteri dan ibu yang baik...diulangi...jadi isteri dan ibu yang baik... oleh itu, aku nak amik kursus kawin (baca : antara pra-syarat sblm mendaftar pernikahan) dan aku nak blajar kaunseling rumahtangga ...semuanya sebagai persediaan menepuhi alam baru yang entah bila masanya akan tiba... hahaha... aku dah terbiasa hidup sorang-sorang jadi aku ni susah nak sharing everything in my life... kadang-kadang aku pikir aku boleh je hidup tanpa ada famili sendiri tapi tu semua pemikiran seorang aku yang penuh keakuan... jadi aku nak blajar jadi orang dan blajar untuk terima orang seadanya,belajar untuk sabar, belajar berkongsi, belajar untuk mengerti orang lain... ah... bukan ke tu semua learning process yang semua orang wajib amik tau? ...

erm, buat masa ni, tu je yang aku rasa aku nak blajar... mungkin nanti ada lagi benda lain yang aku nak blajar... hehehe...

Happy Birthday E!

24.04.2008 (12.12am)
me : I may not be the 1st but i hope im the 1st 50 to wish you happy 30. A year older n wiser, but still looks good.

E : TQ, FYI u r the 1st...

what? and then i called him up... juz to bliss his day(read:night actually).

******************************************************************************


It was a story of yesterday!... while im very busy doing this and that until I've forgotten to write down a word or two wishing E a very Happy Birthday in my blog as i did to my bestfren, Akmal.

by the way, Happy Birthday E!!!...

Keghairahan yang seketika

tengah-tengah menaip tadi aku sakit perut, nak terkentut pun ada tapi memikirkan akma yang tengah menyantap hidangan tengaharinya, kubatalkan niat... hahaha...

Aku keluar menuju toilet setelah menahan desakan angin...yucks...why shud i said those thing hahhhhhh!...

Sebenarnya nak citer, masa kat toilet tadi aku tiba-tiba terfikir sesuatu... keghairahan yang kita alami ni sebenarnya seketika sifatnya. Baik ghairah nak kentut, nak berak...wowwwww.... nak main...ahax... nak ada pasangan hidup, nak punya kekayaan, punya segala-galanya... semuanya sebentar kali cuma... selagi tak dapat tu la dia dok gila tak tentu hala... bila dah dapat, rasa biasa-biasa saja...

nape aku cakap macam tu, contoh paling dekat dan baru je aku alami, pasal kentut... tahan sikit punye baikkkk... bila aku dah buang... aku dah tak rasa apa-apa...

moral of the story, kalau ada yang kata dia tengah berghairah, maka dengan tenang katakanlah, itu semua sebentar cuma... takde maknenye... kekeke...

Hari ni dapat gaji

urm... seronok je tengok title post kali ni... tapi bila melihat kepada pay slip yang diterima... muka kembali murung... "banyaknya potongan kali ni", aku berkata di dalam hati...takpelah, investment untuk masa depan jugak.

Tu semua tak tolak duit kereta, kad kredit, bil utiliti serta deposit dan sewa rumah untuk bulan ni...huwargh!!! tu tak kira lagi nak kasik kat mama and bapa... abang nak kawin lagi... ah tidak... macamana ni?

Namun, bak kata Kak Di, andai duit punca masalah, kita sebenarnya tak punya masalah... erk, betulke macam tu? kadang-kadang benar saja falsafah sebegini namun disaat-saat aku memerlukan ongkos untuk segala segi, duit banyak menggugat senyum untuk terus menghiasi hari.

erm, shall i call today is a bad day?...ahax!

22 April 2008

Did I marry the right person?

This is a very good article. Those who are still single may learn something from here...Those who are already marrieded may take it as a guideline to improve your marriage & relationship ...

------------------------------------------------------

During one of our seminars, a woman asked a common question. She said, 'How do I know if I married the right person?' I noticed that there was a large man sitting next to her so I said, 'It depends. Is that your husband?' In all seriousness, she answered 'How do you know?

Let me answer this question because the chances are good that it's weighing on your mind.Here's the answer.EVERY relationship has a cycle. In the beginning, you fell in love with your spouse/partner. You anticipated their call, wanted their touch, and liked their idiosyncrasies (unconventional behavior/habit).

Falling in love with your spouse wasn't hard. In fact, it was a completely natural and spontaneous experience. You didn't have to DO anything. That's why it's called 'falling' in love... Because it's happening TO YOU.

People in love sometimes say, 'I was swept off my feet.' Think about the imagery of that expression. It implies that you were just standing there; doing nothing, and then something came along and happened TO YOU.

Falling in love is easy. It's a passive and spontaneous experience. But after a few years of marriage, the euphoria (excitement) of love fades. It's the natural cycle of EVERY relationship. Slowly but surely, phone calls become a bother (if they come at all), touch is not always welcome (when it happens), and your spouse's idiosyncrasies, instead of being cute, drive you nuts.

The symptoms of this stage vary with every relationship, but if you think about your marriage, you will notice a dramatic difference between the initial stage when you were in love and a much duller or even angry subsequent stage.

At this point, you and/or your spouse might start asking, 'Did I marry the right person?' And as you and your spouse reflect on the euphoria of the love you once had, you may begin to desire that experience with someone else. This is when marriages breakdown. People blame their spouse for their unhappiness and look outside their marriage for fulfillment.

Extramarital fulfillment comes in all shapes and sizes. Infidelity is the most obvious. But sometimes people turn to work, a hobby, a friendship, excessive TV, or abusive substances.

But the answer to this dilemma does NOT lie outside your marriage. It lies within it. I'm not saying that you couldn't fall in love with someone else.

And TEMPORARILY you'd feel better. But you'd be in the same situation a few years later. Because (listen carefully to this):

The key to succeeding in marriage is not finding the right person;
It's learning to love the person you found.


SUSTAINING love is not a passive or spontaneous experience. It'll NEVER just happen to you. You can't 'find' LASTING love. You have to 'make' it day in and day out. That's why we have the expression 'the labor of love.

Because it takes time, effort, and energy. And most importantly, it takes WISDOM. You have to know WHAT TO DO to make your marriage work. Make no mistake about it. Love is NOT a mystery. There are specific things you can do (with or without your spouse) to succeed with your marriage.

Just as there are physical laws of the universe (such as gravity), there are also laws for relationships.Just as the right diet and exercise program makes you physically stronger, certain habits in your relationshipWILL make your marriage stronger. It's a direct cause and effect. If you know and apply the laws, the results are predictable... you can 'make' love.

Love in marriage is indeed a 'decision'... Not just a feeling.
Remember this always:

God determines who walks into your life. It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let go.

21 April 2008

lelaki baik semakin pupus


waaaa.... mane aku nak cari laki kalau macam ni gayanya... they are actually an endangered species nowadays. help!!! anyone out there with 5C wanna marry me? (C : Cash, Career, Credit Card, Car & Condom...erk condominium)... ahax...
huhhh... patut tak jumpa-jumpa Mr Right sampai ari ni... memilih macam tu gaya... padan la muka aku... nampaknya kene revise lah SOP pemilihan calon suami ni... kui kui kui...

20 April 2008

Solehah vs E

Semalam aku ke Rumah Solehah lagi. Buat masa sekarang, Rumah Solehah masih di Cheras... entah bilalah untuk mereka pindah ke rumah baru yang lebih selesa... erk...selesa ke? aku pun tak pernah tengok rumah kat Kg Pandan tu. Tapi, bila aku tau IKEA nak sponsor perabot kat rumah tu, aku boleh bayangkan macamana transformasi yang bakal terjadi sepertimana rumah Nursalam di Chow Kit. Harap-harap, rumah yang bakal diduduki oleh adik-adik ini nanti lebih luas dan selesa untuk mereka.

Pagi morning aku dah bersiap, pukul 10 gerak amik Sarah kat Sg Jelok. 30 minit perjalanan ke Bandar Tun Razak, kami sampai jam sudah melepasi pukul 10.30 pagi... adik-adik ini tengah gembira sebab diorang nak pergi ke library. Memandangkan kami (aku dan sarah) baru saja sampai, kami hanya menunggu dan bermain dengan adik-adik yang tidak ke library bersama dua orang lagi volunteers. Melayan karenah seorang demi seorang anak-anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa namun amat memerlukan perhatian dan kasih sayang menyebabkan aku tak cukup tangan melayan karenah mereka. Shuhada yang asyik merengek nak tido, Ucop yang suka tengok TV dan menyanyi,Nazif dan Aiman yang asyik berebut Pooh, siti yang sering menghulurkan pensil warna dan kertas lukisan ditangannya... mamu pula yang merajuk kerana ditinggalkan... hmmm... tu baru dua tiga orang adik-adik solehah yang perlu diawasi. Macamanalah ceritanya mereka yang pergi ke library... aku bermonolog sendiri lantaran mengerti masalah yang dihadapi oleh adik-adik ini.

Habis program bersama adik-adik di Rumah Soleha, aku balik ke rumah. Kepala jadi berat dan berdenyut-denyut. Faktor cuaca yang agak terik mungkin penyebab sakit kepala ni. Sampai rumah, siap menukar pakaian, aku terus tidur dan tersedar ketika jam menghampiri 6.30petang... 3 jam selepas aku merebahkan badan ke katil. Kepala masih berdenyut... aduhhh... dah lama aku tak mengalami gejala sakit kepala seperti ini.

Selepas menelan 2 biji Panadol Active Fast, aku membersihkan diri, membasahi rambut moga-moga denyut dikepala semakin berkurangan. Usai mandi, Ijam menghantar mesej mengatakan flight mereka dari KK-KL telah bertolak jam 6 petang tadi. Maknanya aku ada masa lebih kurang sejam untuk bersiap mengambil Ijam dan kawannya di KLIA.

Denyut berkurangan... alhamdulillah. Selepas mengambil Ijam dan menghantar mereka ke Ampang, aku balik ke rumah... iyelah, haripun dah lewat. E call, ajak keluar... uiks... tak tengok jam ke mamat ni... memikirkan E yang kurang stabil emosinya sekarang, aku terus setuju. Mungkin dengan cara ini aku boleh meringankan beban yang E tanggung. Siapa lagi tempat dia mengadu kalau bukan kita sahabatnya...(baca : bila masa dia jadi sahabat aku ni?)... lagipun aku cukup percaya pada "wut goes around comes around", aku tidak mengharap E untuk berada disamping aku andai aku punya masalah sedemikian rupa, cukup ada orang lain yang akan memberi sepertimana yang aku telah lakukan pada E...

Hahhh E, besar tau pengorbanan aku tuk ko... jangan tak ingat ekkk... hai...ntah napelah nama ko paling banyak dalam blog aku sekarang... aku kena cari nama lain dan cerita lain lepas ni untuk lebih adil... hehehe.

stuck

I cudn't believe 4 wut happen to me recently... i've never expect by applying the Law of attraction, everything comes very fast...

1. Almost everytime i go somewhere and need for parking space, i'd imagine there are space for me...and yes... i got it... in my office, in my residence, in the shoppling mall...

2. I think about E, wondering how is he doing rite now and start messaging him, after an hour he replied, "onl9 kejap boleh, saya tengah sedih".... hahhhhh!... wut happen? but yeah... we dont know how this situation coincidently work but there must something triggered in E's mind which intsruct the universe to send the wave to me to contact him.

3. After 3 days, I wonder about him... I go online only if i cud see him but he didnt. I imagine he was here... let say "balik kampung" or maybe he come to see his ex-gf so called to setle their problem... and last nite, he called, asked me to go out with him. wowowowowoooo!... i can't believe it but its true .

hmmm... and now im stucking... im afraid to imagine... afraid of shocking ...afraid of losing him...
Gosh... what should i do?

16 April 2008

tentang hidup

Hidup ni penuh dengan kejutan... andai sebentar tadi aku bersedih, kini hapus sudah air mata. Bukan kerana aku gembira, tapi aku memikirkan ada lagi orang lain yang lebih derita dari aku. Sungguh tidak pernah aku menduga mempraktikkan apa yang tercatat di dalam buku The Secret tulisan Rhonda Bryne mampu mengubah persepsi aku terhadap sebuah cita-cita, tentang cinta... aiseymannnnn....

E mengadu... menyatakan cintanya tidak kesampaian. Aduhai, baru dua tiga minggu yang lepas dia bercerita dengan ceria tentang dia... dia yang telah membuka hati E untuk punya keluarga... dia yang telah menukar pendirian E. Tapi kita hanya mampu merencana sedangkan Dia yang Esa yang memberi kata muktamad.

E, aku harap kau tabah menghadapi saat-saat ini.

Kisah E memberi semangat untuk aku terus percaya pada diri sendiri... Harus!!!
percayalah pada diri dengan harapan dan keyakinan...

bukan siapa-siapa

Aku memang suka baca blog orang. Disamping mencari idea, aku suka lihat perjalanan hidup mereka yang kadang-kadang hepi, kadang-kadang tak hepi... tapi aku sangat-sangat gemar membaca blog orang yang optimis dengan diri. Ia mampu membuat aku gembira sepanjang hari walau seribu masalah membebani diri. Chewah...

Terkadang aku kagum dengan hidup orang lain hinggakan aku lupa bahawa kehidupan masing-masing sudah ditentukan turun naiknya semenjak azali. Yang pasti hidup tak selamanya indah dan kerana itu juga ada tangis dan airmata... (aku dah mula merapu ni)...

Semalam, aku menelusur laman-laman bisu di internet...erk, kalau tak bisu pun pc aku mana ada speaker... ada dua tiga buah blog dan laman web yang seringkali mendapat perhatian dariku... ntah nape lak ble gatal nak lihat susur galur pengirimnya...

wut a suprise... A dan B dari satu kilang pembuatan engineer rupanya... hahaha... kecik jugak dunia ni. Mana la aku tau yang aku dah teradmire kat tulisan orang-orang macam diorang (baca: masa aku blaja dulu aku cukup tak suke ngan budak2 engin)... tapi tu cuma perspektif kolot dari seorang aku.

Tuhan tu maha adil, dulu aku pernah ditemukan dengan kekasih hati seorang engineer yang kasihnya seketika cuma...jadi salah kah aku membenci mereka yang berjawatan ini? ah... apa ada pada jawatan? bila-bila masa ia bisa terlucut andai itu kehendak-Nya. Kalau dulu masa belajar aku cukup anti dengan golongan ini, sekelip mata juga Allah berikan hati aku pada mereka. Ah... tiada yang mustahil untuk terjadi sekarang ini.

Sejarah mengajar kita untuk lebih dewasa, pengalaman juga banyak mempengaruhi siapa kita. Andai itu hakikat yang mesti aku hadapi... maka A dan B tetap akan menjadi sumber inspirasi buat aku. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk aku terus menghadapi kehidupan fana ini.

15 April 2008

Happy Birthday Akmal!

hari ni beday Akmal, dia ni kawan aku masa blajar kat Limauan dulu... masa form one kitaorang sebelah kelas, pastu masa form 2 & 3, kitaorang jadi kamceng dan duduk sekelas... One thing yang aku suka pasal akmal sebab dia ni jenis yang prihatin, dia jadi tempat budak-budak perempuan mengadu masalah waima senggugut pun nak cakap ngan dia... dan yang lagi best tu, boleh pula la si akmal ni mengoffer bam fortune dia... hahaha

Penghujung tingkatan 2, orang gossip aku ngan dia .... gossip tu berlarutan hingga ke tingakatn 3... ei... tak best langsung. Lagi tak best bila aku ngan akmal dah tak geng macam dulu-dulu. Malu, segan, marah, benci..semua bercampur baur....

Masa form 4 aku pindah skola ke SMAKK. Hmmm... bye-bye Limauan, bye-bye akmal... tapi... argh! akmal pun pindah ke SMAKK ke? tapi takpe, mungkin kat skolah baru kami boleh berkawan semula... semuanya mungkin sebab hakikatnya kami tetap digossip... perang lagi lah nampaknya...hingga suatu pagi, aku terima surat dalam buku teks (baca : teknik lapuk daaaa)... dari tulisan pun aku dah cam tu tulisan dia... dan bermula lah episod berutus2 surat... best jugak masa nih...

Habis form 5, masing-masing bawa diri. Aku amik diploma dan akmal entah kemana, tau-tau terserempak ngan dia kat Sogo, itu pun seketika cuma. Masa sambung degree, aku jumpa budak Zul, masa tu dia tengah jual bussiness MLM dia... bila diajukan soalan diaman akmal, aku pulak dengan mulut yang takde insuran cakap "akmal dah mati"... hakikatnya nak bagitau akmal tu dah lama mati dalam hidup aku... bukan betul2 mati meninggal dunia. huhuhu

dan kerana kata-kata yang takde insuran tu lah menyambung semula kisah aku dan akmal... ahax... tapi sekejap je pun. Lepas tu masing-masing bawa haluan masing-masing dan sekarang, inilah aku...

Biarpun begitu, tarikh 15 April tetap aku pahat dalam hati, antara tarikh istimewa dalam hidup sebabnya ialah, ni tarikh aku konvo masa degree, pastu ni tarikh beday akmal, besfren aku kat skola yang pastu jadi musuh yang pastu penah kapel ngan aku sekejap...wah! Then, genap 40 hari dari tarikh ni jugaklah tarikh keramat dalam hidup aku.... tarikh aku dilahirkan kedunia...

Kepada Akmal (kalau lah ko baca blog aku nih), happy 28th Birthday... wish you a very happy, healthy and wealthy year ever after...

14 April 2008

ada apa dengan hujung minggu 2

Aku buat traditional body massage kat Thai Odyssey, Jusco Cheras Selatan selama 2 jam... Entah kenapa aku boleh buat keputusan drastik sebegini akhir-akhir ini. Lepas park kereta (Thank god i got space), aku terus meluru ke Kaunter Tiket TGV yang terletak sebelah atas bangunan Jusco. Appointment yang sepatutnya dibuat pada pukul 5.30 petang di anjak ke pukul 6.00. Sempat juga lah buat keputusan drastik sekali lagi, wathcing movie at 9.40pm... ahax...

Usai terapi relaksasi, aku menhitung masa, ada 1 jam 40 minit lagi sebelum wayang bermula. Erm, aku menapak ke kedai buku Popular. Terjebak jadi member seterusnya membeli 2 buah buku yang nilai kesemuanya lebih dari RM100... worth it or not? ah... untuk ilmu apa salahnya...

Perut berkerocnong, lapar la pulak tapi seleraku seolah-olah mati semenjak dua menjak ini. Teringat Kak D pernah makan di Secret Recipe seorang diri sebelum ini.... Hmmm...Secret Recipe...not bad...

Caramel Macchiato and Pan-Grilled Dory Fish with Lobster Sauce... sound so delicious... sengaja aku pilih menu yang mahal dan mengada-ngada... entah...banyak duit kot...hahahha

Tengah menjamu selera, duduk seorang mamat selang sebuah meja dari tempat aku bersantap. Macam pernah kulihat mamat mata kuyu ni tapi dimana ya? OH... aku baru bertembung dengan dia masa turun dari eskalator tadi. Hmmm... yes... and he was a VJ in 8TV Quickie, also pelakon dalam Good Bye Boys dan Gol & Gincu. Ah...sape nama dia? Tak sangka aku masih boleh bergembira dengan apa yang aku alami sekarang.

9.30pm, selesai membayar bil secret recipe yang nilainya kurang 10sen menjadi RM30, hentian seterusnya adalah TGV, di dewan bernombor 8 dan kerusi J7... cukup selesa untuk aku bersenang lenang dan ketawa menangis seorang diri melihat filem terbaru Adam Brooks, Definitely Maybe... lakonan Ryan Reynolds dan Isla Fisher. Ceritanya sangat menyentuh jiwa dan raga, dan akulah April yang mengharap sesuatu yang tak pasti... dan aku akan berceruita lagi tentang ini...

13 April 2008

ada apa dengan hujung minggu 1

hmmm... betul-betul apa yang aku plan hujung minggu ni tak menjadi. Hari sabtu pegi Mines ada bowling tournament NIOSH. Balik dari main boling aku ingat nak buat keje dulu kat opis, tapi tak jadi, tiba-tiba hilang mood, mungkin penat sangat membuat balingan ke longkang untuk 3 games, mungkin juga sindrom after natal ... (erk ape bende after natal ni?), mungkin juga hilang mood melihat orang-orang sekeliling...ah! tak kuasa makkkkk....

Balik umah tukar baju, pakai t-shirt longgar yang maha lusush tapi sedap bila dipakai, rase berangin je...hehehehe...cuci muka, kaki semua, terus baring langsung terlelap. Tapi sempat gak mimpi...erm...

Bangun-bangun tengok jam dah pukul 6.00petang. Badan ni rasa malas je nak bangun tapi mengingatkna malam ni ju dan sarah nak datang tengok AF kat umah, terpaksalah bangun dan kemas bilik. Kemudian keluar ke Pasar Malam Bangi dekat Shell. Beli Yong Tau Fu dan skarf kepala. Skarf sebelum ni tercicir kat mane tah.... Abih la jugak dalam RM20...

Sampai umah, makan sikit, takde selera. Lepak-lepak sambil tengok TV. Mane la Juju ni tak sampai-sampai lagi, kata tadi nak datang pukul 8.30malam. AF pun dah nak mula... nampak gaya opening concert aku tengok sendorang la... kene mengutuk dalam hati la jawabnya. hehehe

Juju sampai masa pelajar ke-4 membuat persembahan... sape aku dah tak ingat (baca : skrg ni daya ingatan aku dah semakin kurang, byk tgk maksiat kot). Overall concert memang kurang memuaskan. Rasa menyesal tengok pun ada, sekejap-sekejapa aku tu7kar channel lain.

Pukul 10.45malam, lepas mengetahui Faisal terkeluar dalam konsert kali ini, dengan perasan puas hati kami keluar untuk makan malam di Tasik Idaman, Bangi. Lepak-lepak sambil mengumpat then pukul 1.00pagi kitaorang balik rumah selepas hantar Sarah ke Sg Jelok, Kajang.Aku dan juju terus masuk tidur sesampainya di rumah, penat sangat kot jadi tak sempat bersembang panjang.

Keeseokannya (hari ni laaaa), aku bangun macam biasa tapi dek melihat Juju tidur dengan culasnya sambil peluk bantal yang takde sarung (baca:pemalas betul...aku dah kasik sarung semalam suh dia pasang sendiri), aku pun layan balik tidur. 2 kali aku keluar g tandas nak terkencing, pastu sambung tidur...ape punye anak dara daaaaa.... hehehe

10.30 pagi masing-masing terpisat-pisat bangun. "Wei, kata nak tengok Definitely Maybe", aku menyindir Juju... hehehe , akhirnya kami setuju tengok wayang kat Alamanda. uiks... lama sungguh aku tak lepak alamanda... semenjak aku ada skandal dengan orang putrajaya nih, aku dah membataskan pemergian aku ke sana...hehehe...kantoi kang susah... penat je aku berlakon selama nih. kui kui kui...

Sampai kat Alamanda, tempat pertama yang dituju adalah GSC, malangnya Filem Definitely Maybe tu takde lak ditayangkan di GSC, dengan hampa aku dan juju bersantap di Rasaria Food Court sambil membincangkan aktiviti seterusnya selepas makan. Bile dh kenyang, mulalah malas nak buat sebarang aktiviti. Last-last shopping kat carrefour, then juju anta aku balik umah.

AKu pulak, takut bosan duduk rumah, sanggup masuk ofis. Baik aku buat keje sikit, fakskan surat jemputan pada peserta seminar lebih baik dari duduk rumah yang hanya menonton tv dan tidur...(arghhh...boringnyaaa)...

and now, im in the office, blogging and sending an Invitation Letter via prospect to our next seminarat at the same time. After this, i'll drive to Jusco Cheras, i had an appouintment at Thai Odysssey. Relaxing my mind and my soul after a month having inferiority complexion in my life... everything has mixed up and broke my heart

Aiyoooo... aku tak tau lah kalau 2008 sebenarnya banyak mengundang air mata dan derita. Malang sungguh nasib aku... baik dari hubungan keluarga, kawan serta kekasih...(erk...ada hati lagi tu nak ada kekasih...ahax)..

Apepun, hidup mesti diteruskan waima apa pun yang terjadi. go go chayok nani!!!

10 April 2008

bila nak daki gunung?

Tak sampai dua bulan selepas pembedahan kecil pembuangan appendic tahun lepas, aku buat come back dengan mendaki Gunung Angsi. Gunung ni takde la tinggi mana tapi dengan keadaan kesihatan aku masa tu kire azab juga nak menakluk puncak Angsi. Tambah-tambah lagi bila sampai satu tahap gunung yang terletak di Kuala Pilah ini terus mencanak. Sekali dongak, sayup kelihatan kerdil orang yang sudah mendahului aku di atas sana. Ah tidak! semuanya amat mencabar dan memeritkan. Ada kalanya aku seolah-olah give up. Mujur Hafiz (kalau aku tak silap ler) setia memberi semangat kat aku sambil bercerita pengalamannya mendaki gunung-gunung lain di Malaysia.
Pengalaman tersebut tak mungkin dilupakan, biarpun lelah namun aku puas bila berjaya menjejak kaki di puncak Angsi. Cuaca agak panas di puncak namun tiupan angin sungguh melegakan, buah tembikai yang dibawa juga sangat-sangat lazat tika dan saat itu. Setelah berehat hampir dua jam, kami bergerak turun ke kaki gunung di kawasan peranginan Ulu Bendul. Kalau nak tau, gambar header blog ini merupakan gambar yang aku ambil dari puncak Angsi.
Hmmm... tu semua kenangan yang pasti tidak akan aku lupakan. Begitu juga pengalaman mendaki Gunung Kinabalu, Gunung Irau dan Gunung Nuang. Tidak dilupakan ekspedisi ke air terjun Berkelah dan Jerangkang di Maran, Pahang. Pastinya aktiviti-aktiviti sebegini menguji kecekalan dan ketabahan hati dalam mengharungi liku-liku kehidupan disamping memberi kedamaian dan kepuasan dalam hidupku.
Aku rindu saat-saat ini...

09 April 2008

Period Pain punye story

Menstrual cramps are sharp pains in a woman's lower abdomen that occur when her menstrual period begins and may continue for 2-3 days. Symptoms can range in severity from a mild annoyance to severe pain that interferes with normal activities. Menstrual cramps are the leading cause of absenteeism in women younger than 30 years. Although over half of women who have menstrual periods experience some discomfort, 10% are temporarily disabled by symptoms.

Rujukan :http://www.emedicinehealth.com/menstrual_pain/article_em.htm


Hampir 6 kali turutan 'keuzuran' namun gejala sakit senggugut tidak aku alami. Sekadar perubahan sikap dan perasaan yang agak kurang stabil dan lebih sensitif tatkala tiba saatnya.

Senggugut merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Biasanya disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.
Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_senggugut

Awal seminggu aku sudah didatangi PMS (Pre-Menstual Syndrome), jiwa gelisah, sakit perut, sengal-sengal pinggang,badan dan tuttttt, sensitif atau lebih tepat lagi jiwa kacau, hilang ceria, suka memencilkan diri dan macam-macam perkara pelik berlaku. Sah! ini semua petanda aku nak period...

period? bukan satu isu pun, namun kedatangannya kali ni membawa sakit yang teramat sangat pada bahagian bawah perut. Masa-masa beginilah aku amat berharap ada jejaka diluar sana yang sudi mengambil aku menjadi isteri yang kemudiannya akan membuat aku mengandung dan melahirkan anak...erk.... sebab dari cerita yang aku dengar, gejala senggugut ini hanya dialami oleh perempuan muda yang belum berkahwin dan belum melahirkan anak. Maknanya, once dah dapat baby, masalah ni akan selesai melainkan kita menghidap endometriosis. (yang ni lain pulak penyakitnya)

ah!...sakit menyerang lagi...tak tahan la.... adui....

06 April 2008

cerita hujung minggu

huh!..frust gile smpi plan macam-macam tapi tu semua rancangan yang poyo je. Alih-alih this weekend aku tak kemana... saturday g ofis, ada gotong-royong bersihkan bilik multimedia, Klinik Komputer, bilik srver etc... kurang gak beratus-ratus kalori aku dek mengangkat CPU, monitor, server dan macam-macam benda alah yang berkaitan dengan dunia IT. Bilik-bilik yang dikosongkan ni sebenarnya nak diubahsuai menjadi sebuah bilik server yang besar dan kebal dari panahan petir serta mempunyai Power Failure Backup System yang canggih(baca : jangan cuba lawan kuasa allah). Ini semua merupakan salah satu projek besar di Bahagian aku apabila berjaya mendapat peruntukan 5 juta (baca : kalau tak silap aku) dalam RMK9. Fuhhh... takdelah besar mane projek ni kalau nak dibandingkan dengan projek-projek kerajaan yang lainnya. Aku masuk ofis pukul sembilan suku, balik pukul 5 petang. Yang best dan terasa dihargai bila our boss, En Ayop, datang petang tu. Walaupun sekadar tolong tengok-tengok je bila nampak dia bawak bucket of KFC...Pergh... beribu-ribu kalori lak aku telan...

Sunday morning, Ah! malasnya nak bangun pagi tapi mengingatkan nawaitu semalam nak ke Yayasan Salam. Ada program cuci kereta amal untuk mencari dana bagi program 3R adik-adik Syifa ke Penang bulan Mei nanti. Proposed budget 10K...mak aih! mana nak cari cuit tu? surat-surat sudah dihantar ke company-company besar yang mengaku prihatin, tapi nampaknya mendapat feedback yang kurang menggalakkan. Oleh itu, sukarelawan Salam memerah otak memikirkan jalan alternatif. Selain berharap kepada penaja, Sukarelawan Salam bersetuju membuat Program Amal Cuci-cuci kereta (http://www.salam.org.my) pada setiap hujung minggu selama 5 minggu. Kemudian, kami juga mengumpulkan barang-barang terpakai untuk dijual. Tadi petang masa lepak-lepas sambil tunggu kereta nak dicuci, ada pulak yang memberi cadangan supaya kami menjadi penyanyi jalanan di Bukit Bintang...wah!... menarik jugak tapi boleh ke?...

Hmmm, macam mana penat sekalipun, aku tetap puas dengan pencapaian selama dua hari di hujung minggu ini... tak jadi g Bagan Lalang pun takpelahhhh.... better than nothing!

04 April 2008

Kenapa ini harus terjadi?

X : Saya ada satu perkara yang saya simpan dari awak,menyebabkan saya xnak jumpa awak.

Y : Apa dia? awak cacat ke? atau awak ada yang lain?

X : Sebenarnya saya ada kekasih hati,kami jarang jumpa, sebulan sekali je. Bile sunyi je saya cari awak, bile sdih je saya cari awak, saya gunakan awak. Dalam masa yang sama saya suka kawan ngan awak tapi saya tak boleh teruskan sebab saya dah ada dia.

Y : Oh!... I got it! Saya selalu sangat bertemu dengan orang-orang yang sudah berpunya. Saya sangat-sangat terluka tapi takpe, nak buat macamana. Sekurang-kurangnya saya tahu jugak akhirnya. Terima kasih sekali lagi.

Z : Tapi saya masih nak berkawan dengan awak, boleh ke? Maafkan saya buat macam ni tapi awak istimewa juga buat saya.

Y : Saya tak rasa ini satu idea yang baik untuk kita. Bagi saya ruang untuk bersendiri. Saya tak faham kenapa awak sanggup lakukan semua ni pada saya. Seketika, saya akur dengan apa yang pernah saya katakan dulu “Men will use women for their own sake, for their own happiness” hmmm…

Z : Sorry to tell you da truth.Atleast im not lying anymore . Itulah kawan sebenarnya. If start fromnow im not your friend, I just wanna say take care of yourself. Saya jahat bukan untuk kamu.

Y : Yeah!, you telling me da truth at last, after a year we have those shit relationship. u admit playing fool around me,u'll find me whenever you feel lonely and far away from your beloved one. Who do u think I am? slut? slave? ah shit! I hate you!

dan malam pun berlalu dengan esakan dari seorang perempuan yang telah dihancur-leburkan hatinya. Tangisan yang mengundang dendam...

03 April 2008

I hate waiting!

arghhhh! Last time diorang dah buat macam ni. Janji nak datang tapi pukul 12tghmalam baru call kata tak jadi... smlm pulak diorang dah ada kat sini dalam pukul 10malam tapi haram pukul 12 tengah malam baru nak ajak keluar...sekali lagi pertemuan dibatalkan. Janji pulak petang ni nak jumpa...

Sekarang, jam menghampiri 10.00 malam, Jangankan muka, cahaya lampu kereta diorang pun tak nampak lagi. Sangat-sangat hampeh! alasannya sesat sampai ke Semenyih ...pastu aku cakap la jumpe kat Kopitiam Oldtown kat Sg Chua nun, diorang cakap OK.... KO kot.... suck!...

Aku tak kisah menunggu biarpun sejam lewat tapi biarlah bersebab yang boleh diterima akal logik alasannya. Lagi satu, jgnlah biar aku ni dah ready siap pakai tudung , sampai cair2 mekap (erk! pakai mekap ke?), alih2 hampir 5 jam menunggu, baru terhegeh-hegeh call kata tak jadi. Tak boleh SMS ke sekalipun awak tu sibuk? Ada teknologi buat mende lain... hampehhhh...

Sepatutnya sekali terkena aku surrender tapi aku bagi muke lagi... padan muke aku sendiri...hahaha (gelak ye korang!)

apepun, betullah, penantian tu satu penyeksaan... dan aku sangat-sangat benci menanti sesuatu yang tak pasti

02 April 2008

Lega : Bahagian 3

Pagi tadi aku jenguk-jenguk kat tingkap sambil tengok jam... isk! lambat lak mamat ni gi keje. Biasanya 7.30 tu dia dah turun bawah. Dah belek-belek kete hitam kesayangan dia tu.

Aku seboleh-bolehnya mengelak untuk bertembung dengan dia. Malu? tak laaa, cuma aku tak tau nak cakap apa kalau terpaksa berhadapan dengan dia. Nak buat muka? dia tak pernah salah apa-apa pun. Cuma insiden yang berlaku kebelakangan ini banyak mengundang inferiority complex dalam diri aku. Cesssss!!!

Dek kerana jam sudah menunjuk angka 7.35, hp aku pun dah keluar lagu "How DO You Do" nyanyian Roxette (baca : alarm dah lewat la tu), jadi aku terus pakai tudung, lipat-lipat tudung, pin tudung, belek-belek muke balik, puas hati dengan penampilan, turun bawah.

Sampai kat bawah, aku bukak kete, kelibatnya masih tak kelihatan. Tak boleh tidur ke malam tadi risau pasal kereta dia? atau memang dia sengaja tunggu aku sebab nak marah April Foolkan dia malam tadi... atau... ahhh...aku memang selalu buruk sangka.

Tengah-tengah panaskan enjin kete, aku nampak dia turun tangga. Alamak! dia pandang kat kete aku lak. Oh...dia senyum, kussss semangat... aku pun siap angkat tangan sambil sengih bodoh. Huhuhu...

Masa tu seluruh urat saraf aku tegang tapi bile nampak dia ok je, terus kendur balik...hahahah... lega juga akhirnya.

** Moral of the story, jgn sesekali mengApril Foolkan orang...

01 April 2008

Lega : Bahagian 2

Malam tu jugak aku call E, saja nak bersembang dengan dia pasal sidia. Kebetulan sebelum ni aku berhutang cerita dengan dia..cerita pasal sidia... yang sebenarnya sudah berpunya...(sengalllllll) . Apepun, E tak angkat pun call aku. BZ kot ngan awek-awek dia...erm, kata kat Muar, ade keje ke lagi tengah-tengah malam ni? (keje ape hah E?)

Tak lama kemudian, hp aku berdondang lagu Roxette (Tajuk lagu dirahsiakan),sah E call aku balik...sempatlah aku seringkas mungkin bercerita dari A-Z tentang aku dan dia. Tentang harapan yang sebenarnya takde dan kini memang benar-benar sudah tiada...(huwaaaa!!!) ...end of the story

Kemudian aku tanya Iwan tujuan dia berkunjung ke Muar...

"Sebenarnya saya g Muar ni ada cerita, saya nak jumpe parents awek saya (named Liyana - bukan nama sebenar)..."


Ape? E? nak melamar anak orang? Oh...E? oh tidak... there must something happen to him... terngiang-ngiang lagi E pernah cakap taknak ada komitmen dengan mana-mana aweks setelah dikecewakan.oh! lelaki...

"Entahla, i fikir, i'm not stay younger. Im getting older yearand year so i need someone to complete my life. Liyana ni i baru kenal dua tiga bulan lepas,adalah 3 4 kali jumpa dia. Not badlah, baik orangnya. Masih belajar kat KL...."


oh gosh!... aku pun tak tau nak cakap ape... frust? E ngan aku bukan ada ape2pun... namun jauh disudut hati...aku lega... lega sangat-sangat dengan pengakuan E. Setidak-tidaknya aku tak perlu menunggu esok untuk dia...juga untuk dia...

i feel free now!... yes!!!

Lega : Bahagian 1

Aku : "Hye, awak buat ape? dine wiv me at Oldtown Kopitiam. Ajak lah hsemate sekali..."

Dia : Sori la.. i baru balik tadi. Penat la, lagipun hsemate I kuar..Susah sukit klu bedua ni, i dah berpunya..hope u understand"....

Gulp... laaa... nape la tak cakap awal-awal. Kan senang aku tak payah nak usya-usya, takde nak menempek kat tingkap setiap pagi. Tak perlu nak berlari-lari melihat ke bawah setiap kali terdengar bunyi remote kereta..hahaha. lawaknye bile ingat balik...

Apepun, satu perasaan lega menusuk dijiwa. Tenang dan aman... baru aku perasan, selama ini aku dibebani dengan bayang sidia... tapi kini, semuanya sudah lepas bebas...

hmmm...

*sigh