30 June 2008

apa yang penting...

Hmmm… sepanjang minggu lepas, aku gumbira, sedih, ceria, sentap, baik, gila-gila, sihat, ketawa, menangis, lalala, lalala, huhuhu, huhuhu, erk…

Tu semua kisah ordinary seorang aku.
Macam-macam ada…
dari perihal simpati kepada empati…
dari hidup kepada yang mati…
dan dari seorang aku kedalam kehidupan mereka…

yang penting, hidup mesti terus bernafas
kerana setiap helaan nafas memungkinkan kita untuk hidup…
cuba korang berhenti bernafas dalam 5 minit…
aku tak gerenti korang boleh tahan selama itu… hahaha
pssst..kalau ada juga yang degil dan berusaha membuktikannya…
jumpa aku di SANA sahaja lah yeee… hehehe… ngeri ngeri…

Sekali sekala timbul kisah babi
Namun babi hanyalah babi
Mana mungkin sama dengan lembu…
Ops… kisah lembu akan kuceritakan dalam entri yang lain…

Yang penting, hidup mesti terus bernafas
kerana setiap helaan nafas memungkinkan kita untuk hidup…
kerana itu yang bisa membuat aku gumbira, sedih, ceria, sentap, baik, gila-gila, sihat, ketawa, menangis, lalala, lalala, huhuhu, huhuhu, erk…

candat oh candat

20 Jun 2008

Pagi Morning, bangun pagi dengan azam baru… mencandat sotong dengan banyaknya tanpa mabuk-mabuk… hahaha… statement angkuh seorang aku… buzz!

Urm, ari ni ada misi harus diselesaikan, membuat laporan kerosakan di kedai HLK kat Fasa 4 tambahan nunnn… Masuk ofis, kena berlagak biasa, tak mo la tengok muka sedey atau boleh juga ditafsirkan sebagai muka sentap… buat invoice dan masukkan brosur conference untuk proses pengeposan.

Tengahari, aku ingat nak balik rumah,nak pack-pack baju pegi Terengganu mlm ni tapi terasa agak malas. Mood di ofis juga kurang memberahikan untuk aku berlama-lama disana. Mujur ada banyak kerja, jadi fokus sedikit terganggu untuk moody-moody nih.

Petang, balik umah, aku paksa diri untuk tido walaupun aku tau tidur selepas Asar sangat-sangatlah tidak sesuaiiii.…ZZZzzzz… pukul 7.30petang, tatkala azan maghrib berkumandang, mata aku otometik buka, ngan fenin-fenin lalat, kucuba lelapkan mata lagi tapi tak boleh. Mandi, cuci rambut, pastu lepak-lepak, pilih-pilih baju-seluar, tengok tv, lepak lagi…

Dapat mesej dari Alisah bagitau ada delay dalam program disebabkan kelewatan Jaja yang kena stay kat opis sampai kul 10 malam… yadey yadey!… takpe, jangan rush.. kul 10.40malam baru gerak dari Bangi.. tu pun cuak-cuak gak, kereta si ida ni selamba tak diservis lebih 2000km… ni nak jalan jauh ni … tawakkal je laaa…hehehe

Jumpa Erme n d Gang kat BH Petrol selepas tol gombak, kemudian kitaorang ke next pitt stop untuk bertemu grup dari kete Alisah n Timah kat Stesen Petronas Dusun Eco, Bentong. Perjalanan diteruskan menuju Kuala Terengganu…Cerita seterusnya, aku dah rasa malas nak tulis sebab entri kengkawan yang lain dah banyak…aku paste kan link je lah yeee… hehehe…

1. Pengalaman menarik erme dalam 13 ribu patah perkataan
2. Jaja bercerita
3. Trip Ina ke Terengganu
4. Nany MyVi bercerita & bercerita lagi
5. Nu3k pun nak kongsi cerita

Apapun, ingin aku simpulkan disini;

--> Aku tak mabuk laut, tapi aku mabuk darat

--> Aku orang terakhir yang berjaya mendapat sotong… masa tu mood nak gumbira sudah tiada jadi so-so laaa… walaupun demikian, aku tetap meneruskan pencandatan walaupun sambil tidur dan laut tengah bergelora (Baca : Tekong cakap tu cuma angin
barat…pergh!…apekah?)

-->Aku berangan je nak beli kain batik kat Pasar Payang, penyudahnya, aku masih membeli 2 helai blous sahaja, sama seperti dolu-dolu.berangan je lebih…

-->Aku terjebak membeli tikar kecil yang cantik kerana terpengaruh dengan tawaran harga, Cuma RM5… wah!
-->Aku tiada kena mengena dengan mengambil gambar di kawasan larangan terutama di NACC

-->Aku tak demam…lalala lalala lalala…

Peti ais aku rosak

19 Jun 2008
Aku menghitung hari nak kelaut…erk… bukankah aku dah biasa kelaut zaman kecik-kecik dulu? Sampai sanggup tipu mak bapak lagi dek kerana malas nak kelaut… huhuhhh…nampaknya aku tetap tak boleh dilepaskan dari menjadi orang laut…urm… adakah tulang rusukku juga akan kutemui dilaut nanti? Erk… apekah? (baca : aku telah terjangkit gaya penulisan kasut-gombak dan kawan-kawan...)

Petang balik umah… haus… erm, teringat ada pepsi lagi dalam peti ais… tanpa syak wasangka, aku bukak peti ais, aik! Kenapa panas je botol air ni? Aku amik tin Nescafe, panas… sah, peti ais aku rosak… merajuk kah sebab berhari-hari kutinggalkan? Dalam hati aku agak panas jugak… mana mungkin peti ais yang baru kubeli sebulan sudah rosak… erk…cuak sehhh…

Malam, operasi mencari warranty card peti ais ku bermula lewat malam, ini disebabkan aku kuar lagi ngan skandal… bekalan sebelum kelaut…ces! Erk…aku berangan rupanya… sebenarnya aku g Rumah Solehah, Mak Azira meninggal pagi tadi. So malam ni kitaorang datang untuk meramaikan majlis tahlil di surau belakang Rumah Solehah tu. Kesian Azira, dia terlalu kecil untuk mengetahui hakikat dia seorang anam yatim sekarang.

Aku cari warranty card kat ruang tamu, takde… dalam bilik iron, takde, dalam bilik aku… pun takde…sudahhhhhh… mana pulak dia menghilang… "Ok Nani, tarik nafas dalam-dalam"… aku memujuk diri… dugaan apakah ini? Erm, aku belek rak buku, tiada, aku lihat dalam almari baju juga tiada… apekesss? Aiyooo!.. gulp… rupanya terselit dalam timbunan barang dicontainer biru hujung katil aku rupanya…fuhhh… lega… tengah malam juga baru bisa kulelapkan mata…

19 June 2008

kes ragut dan sesat

17 Jun 2008

Pukul 6 pagi lagi dah bangun. Pagi ni kena gerak ke Seremban. Ada pameran di Perpustakaan Negeri sempena Safety week diorang. Malas kalau nak ikut kan sebab malam ni kena tidur rumah maya kat ampangan. Bukan pe, dah lama aku biarkan rumah tak berpenghuni. Kalau aku ada pun tak sempat nak bermanja-manja sorang diri… sob sob sob… yeah… sometimes you need to be lonely…

Sampai kat Seremban sebelum jam mencecah angka 8.00 pagi.. hehehe, laju tak laju aku bawak keta tak hengat dari Bangi pukul 7.30…erk… perkarangan perpustakaan masih lengang, Cuma ada dua tiga orang abang dan kakak berpakaian pejabat duduk disana.

Belum sempat punggung memanaskan kerusi, seorang kakak menjerit…”pencuri!”…sambil berlari mengejar pencuri.. aku tergamam dan terkesima melihat insiden yang baru berlaku sekelip mata… rupa-rupanya, lelaki yang kulihat menaiki motor sebentar tadi adalah kaki ragut… kesian kakak tu, dahla dalam beg ada duit nak bayar bil-bil bernilai lebih RM1000, ada pula rantai dan gelang emas beserta handphone dan kunci kereta.Kejadian tersebut membuatkan aku fobia dan rasa kecewa kerana lelaki yang meragut kakak tadi adalah seorang lelaki melayu yang nampak baik pada zahirnya namun tak kusangka, muka yang baik itu mencuri pula mata pencariannya… such a su**! Apa dah jadi pada kaum melayu ni? Eeuuuu…

Pameran berjalan agak membosankan, tak ramai yang datang melihat pameran, kesempatan dibuat untuk melayari blog orang lain… selebihnya meng’update’ blog aku yang sudah agak lama ditinggalkan…erk… baru je 3-4 hari aku update…hahaha…

Petang, aku balik sendiri kerumah maya, boleh pulak tersesat sampai senawang…kelakar gile bile mengingat aku terlepas jalan ke ampangan… tu laaa… berangan lagi… lepas tu kuar ngan maya g seremban 2, kononnya nak g karaoke tapi rate RM28 seorang tu macam tak berbaloi… kami beransur ke TGV tapi tiada cerita yang menarik. Selebihnya kami berjalan-jalan dan berangan-angan di Jusco… berangan nak beli tu, beli ni, hehehe…

Malam, lepas makan dan tengok cerita Sindarella, aku terus masuk bilik. Mengantuk la pulak… malam ni nak tidur awallah… esok ada pameran lagi… daaaaa…

hati senang

16 Jun 2008

Aku bangun awal, baju pun dah siap iron jumaat minggu lepas, bukan apa, baju tu asalnya nak dipakai berjalan-jalan tapi aku tak jadi. Sudahnya itu jadi pakaianku ke pejabat hari ni.

Tak banyak berlaku dipejabat.. mendung, gerimis, hujan, ribut…ahhh! Pergi jahanam semua itu, hari ini hari ceria biarpun ada awan mendung yang cuba melatari… Kak Nett dengan annual reportnya, boss dengan bapak-bapaknya, kak D dengan 2 seminarnya… maya dengan exhibitor, mak ety pula dengan sakit giginya… aku? Urm, aku buat bodo je laaa… paling tidak aku key-in registration form kemudian tolong kak nett buat penghantaran annual report… kemudian keluarkan dan fax invoice kepada peserta berdaftar kemudian lepak-lepak, makan, minum, sembang lagi, buat keje lagi… tunggu sampai cukup hour… balik…

Malam ni Arip ajak tengok Kungfu Panda ngan kareem ngan Sarah… oleh kerana aku seorang yang sangat payah mengatakan tidak, maka aku pun pegi laaaa… ala-ala terjebak la kan… Aku balik umah, mandi, bersiap, tunggu sarah sampai, kemudian g Alamanda, sementara menunggu pukul 9.50, kami makan-makan di Rasa Foodcourt.

Best gile tengok citer nih, aku tak tahan part bila Po nak kena naik atas bukit… terbayang masa aku daki gunung, macam tu lah agaknya… beza sedikit, aku masih boleh melihat kedua-dua belah kaki dengan senang… belum sampai tahap boroi…. Erk…pompuan ada boroi ke? Entah laaa… tapi, apa yang aku suka, pilem ni seumpama menaikkan semangat aku sebagai orang ‘besar’. Maklum saja, orang-orang seperti aku hakikatnya punya ‘inferiority complex’ yang tinggi. Nampak je cam cool, confident dan macho…gulp…macho? Uish… tadi boroi, sekarang macho… sudah…aku kelaut lagi rupanya…

Balik umah almost 12midnite, sarah dah meniarapkan diri dekat hall… aku cakap kat dia, “g la tidur kat dalam, aku dah bentang tilam tu”… tapi dia boleh buat dek jeee…cesss! Pastu aku buat psycho, “Sarah, ko nak tido kat luar ekkkk… nanti aku bentang toto, ko tidur tutup lampu tak? Aku nak tutup lampu ni”… dan selepas ayat terakhir tu sarah terus bangkit dari pembaringan dan masuk ke bilik… fuhhh…selesai satu masalah… lepas membersihkan diri dan menukar baju, aku masuk bilik, sarah masih diposisi terbaring… “Sarah, ko nak bangun kul bape esok? Aku nak setkan jam ni”, aku bertanya… sarah cakap dia nak bangun kul 6… erm… nampaknya aku bangun awal lagi lah esok…hehehe…
Dah ready nak tido, aku pun letakkan kepala kat bantal, pastu terus tak sedar apa-apa dah… kuat jugak penangan penat ni ekkk… ZZzz…

suka-suka bersama ASDAF

15 Jun 2008

Hari ni Akmal genap 28 tahun 2 bulan… 2 bulan lebih tua dari aku… hehehe… tapi akmal hanyalah memori lama… ntah wujud ntah tidak.. teringat text ucapan selamat yang dititipkan Niyah “Amit, Happy Belated Beday… semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan cepat-cepat kawin…” lantas aku membalas “TQ, Aku sedih akmal tak wish aku…huhuhu”… urm, harapan hanya tinggal harapan… dan Niyah membalas lagi “Sabar, ko try la contact dia”… uh! Nak kontek akmal? No dia pun aku takde… dulu penah gak nak salahgunakan kerja kawan aku sebagai pegawai bank untuk menjejak dimana akmal… tapi tak kesampaian pun niat tu. Sudahnya sehingga hari ini aku masih tak tau status akmal… dah kawin ke, dah mati ke, erk… mati? Kalau mati mana kuburnya? Sekurang-kurangnya izinkan aku menitipkan jambangan bunga dipusaranya… ah! Aku dah kelaut…

Urm, pagi ni aku bangun lebih awal dari kebiasaan… sebabnya pagi ni ada program sukaneka di ASDAF. Aku kena bangun awal dari kebiasaan sebab nak angkat barang dari Salam ke ASDAF. Semalam Arip suh aku datang kul 7.30pagi, maknanya aku kena bergerak dalam pukul 7.00, dan untuk itu juga aku kenalah bangun sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tu. Ida pulak pesan suh kejutkan dia pukul 6 pagi… satu hal pula tu…hehehe… kesudahannya aku bangun kul 6, lepas tu g dapur buat cekodok bilis untuk dibawa ke Salam. Pukul 6.55 baru terkocoh-kocoh mandi dan bersiap… tu pun bila Ida cakap dia dah ready. Pukul 7.15 aku jumpa Ida kat tol Kajang dan kami memulakan perjalanan ke Salam hanya dalam masa 15 minit… erk… aku bawak keta ferrari ke tadi? Huhhhh! Kesian bibah…

Sampai kat Salam, lepak-lepak, borak-borak, makan-makan, kemas-kemas, jalan-jalan erk…. Apesal lak nak jalan-jalan… kata tadi ada program Sukaneka di ASDAF… ah! Mood kelaut lagi rupanya… Urm… aku kena angkat white board…hehe sesuai la ngan Bibah putihku… dan aku pun bergerak ke Stesen LRT Bangsar untuk mengambil Sham sebelum bersarapan pagi di kedai mamak kat bangsar. Huhhhh!...

Sampai kat ASDAF hanya Alisah yang kukenali… ramai jugak adik-adik yang menjadi penghuni rumah dibawah kelolaan PERKIM. Seperti semalam, adik-adik ini jugak agak ramah dan banyak cakap jika dibandingkan adik-adik dari Teratak Syifa’. Sukaneka ASDAF berjalan dengan jayanya, aku sempat melompat dan bertepuk tangan sikit-sikit je… hehehe…. Kali ni kena pandai save energy…kang jadi macam semalam, migrain and collapse… nguah nguah nguah… aku bertindak sebagai tukang karut yang mengarut disetiap permainan terutamanya part tiup dan pecahkan belon..kui kui kui… dan part yang paling best lagi masa makan buah lai… apelah kakak yang jaga kumpulan ayam tu, diorang bior je adik-adik tu share makan lai…. Memang la cepat abih… hehehe… takpe, yang penting semangat untuk menang tu kena ada walaupun hamper yang diorang dapat sumer sama isi kandungannya

Balik dari sukaneka ASDAF dan lepas menghantar barang ke pejabat Salam, aku, Aniza, kareem, Erme, Ina, Arip, Zam, Diana, Elly dan fakri ber’ala-ala’ konvoi ke HKL untuk menziarah seorang volunteer Salam Temerloh yang koma. Sampai kat sana, aku jadi sebak, En. Hasmadi ni baru je berusia 30 tahun tapi dah dapat penyakit macam ni… tapi hanya Allah yang amat mengetahui tentang setiap apa yang terjadi. Buat isteri En. Hasmadi, kami titipkan semangat agar dia terus tabah mengharungi ujian yang Allah berikan. Sebak bila teringat yang beliau dulunya seorang yang peramah dan sanggup menyediakan apa saja demi keselesaan kami sepanjang berada di Temerloh semasa Misi Banjir hujung tahun lepas, kini terlantar di atas katil tanpa bisa mengetahui kami datang menziarahi. Tanpa bisa menyapa waima berkata hai… Begitulah kehidupan, andai hari ini kita bangga dan gembira dengan apa yang kita ada, sekelip mata ia bisa berubah menjadi tiada…

Sejam lebih di HKL, kami beransur ke Taman Tasik Titiwangsa, lepak-lepak dan bual-bicara, berbincang tentang program seterusnya, tentang isu semasa, tentang cita-cita dan tentang cinta…ahax…kelaut lagi… oh yaaa, tentang aktiviti mencandat sotong… urm… betul ke aku nak pegi ni? Aku bermonolog sendiri… dan bila jam mula menunjukkan angka 6.30, aku, erme, dan Aniza meminta izin mengundur diri. Aku perlukan rehat yang tuntas malam ini…ops… Sarah sms kata nak datang rumah… aku kata ok je… tetamu nak datang, kita terima apa adanya…

Sampai rumah, keluarkan nasi kandar yang Jue beli semalam dari peti ais, tak lama lepas tu Sarah datang bawak kek… “Happy Birthday!”… sarah cakap sekali lagi…. Wah! Ada kek gitu, sirna seketika lelahku… mood pun bertukar menjadi lebih baik. Aku transform nasi kandar menjadi nasi goreng ayam dan menjamu sarah dengannya beserta rambutan yang juga sudah siap dikupas dan di chill kan oleh Jue…thanx dude. Lepas tengok OPRAH, sarah balik… ada jugak aku ajak tidor kat umah tapi sarah lebih betah tidur dengan bantal busuknya…wakakaka!

Oleh kerana tiada aktiviti merayap atau merende ditengah malam, maka aku telah menidurkan diri dengan awalnya iaitu pada sekita jam 10 malam dengan harapan, esok pagi boleh bangun dengan segar bugarnya… ZZzzz

sambutan hari lahir yang bermakna

14 Jun 2008

Seperti yang aku ceritakan didalam entri sebelum ini, aku telah mengikuti program anjuran Yayasan Salam Malaysia iaitu Program Pertandingan Mewarna dan Perasmian Projek Bekalan Elektrik dan Air ke Perkampungan Orang Asli, Kampung Bukit Manchung, Rawang, Selangor.

Perjalanan bermula dari pejabat Salam di Petaling Jaya. Kami berkonvoi 3 buah kereta. Bibah aku tinggalkan di Salam. Sampai di Perkampungan Orang Asli, dari jauh kedengaran suara kanak-kanak menyanyi… erk… ada sessi karaoke ke?... sungguh meriah kedengarannya… sesuatu yang berbeda di perkampungan ini. Ya, ku kira penduduknya sudah lama menerima perubahan baik dari segi kemudahan infrastruktur, penempatan dan pembangunan kendiri. Anak-anak orang asli di sini lebih mesra dan berani berbanding tempat-tempat yang pernah aku lawati sebelum ini. Begitu juga dengan ibu bapa mereka. Biarpun tipikal mereka yang pemalu masih menghiasi diri namun aku cukup senang dengan penerimaan ini.

Hanya kanak-kanak berusia 5 & 6 tahun mengikuti pertandingan Mewarna, selebihnya lagi mengerumuni kami untuk sesi suka-suka yang beraneka cerita dan warna, ada kuiz, ada permainan, ada nyanyi-nyanyi, ada makan-makan biskut dan gula-gula. Sakan aku melayan karenah mereka… Azinah misalnya beria-ia mengajak aku berjalan-jalan keliling kampung… cuak jugak, kang dibuatnya aku tak balik-balik…macamana ngan kekasih-kekasih gelapku di luar sana? Ah! Cepatnya aku berprasangka…

Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pukul 2.00 petang bermula agak lewat dek kelewatan YB perasmi… huh! Mentaliti sebeginilah yang amat memigrainkan kepala aku. Patutnya sebagai pemimpin, dia kena bagi contoh yang baik pada rakyat. Kesian tau kat anak-anak orang asli ni dah kelaparan sebab bajet makan sepatutnya pukul 2.30pm… YB perasmi semestinya sudah kenyang makan hidang dan lauk suap tengahari tadi.

Jam menghampiri angka 3 bila YB perasmi datang. Anak-anak orang asli dikumpulkan satu tempat kerana acara perasmian kali ini akan disudahi dengan gimik pancuran air ke atas anak-anak kecil ini. Haaaa…. Part ni aku suka laaa… sebab adik-adik ni memang happening… diorang selamba je berebut-rebut nak mandi air pancuran tu sampai kitaorang cuak-cuak takut batang paip tu tumbang ke patah ke dek kena serbu.

Usai majlis, sesi makan-makan… aku lihat semua penduduk menyerbu meja makan di belakang khemah… terkejut gak…. Tadi aku lihat menunya sekadar mee dan ayam goreng yang bagiku biasa-biasa saja… tapi mungkin amat berbeza bagi pandangan mereka… ya! Dunia kita mungkin sedikit berbeza kannnn…kemudian aku perasan sesuatu, seoarang anak kecil lingkungan 4-6 tahun membawa pinggan yang penuh dengan mee… mak aih! Kata aku dalam hati, biar betul budak kocik ni, makan banyak… kalah aku zaman kocik-kocik dulu… ku ekori lagi telatahnya melalui ekor mataku… ops… dia bagi pinggan tu kat mak dia…. Kemudian dia berlari lagi meyusup didalam rimbunan orang untuk mengambil makanan dan perkara yang sama berterusan sehingga pinggan ke-3… selepas itu mak dia blah macam tu je dan adik tadi menyusup semula mungkin mencari makanan untuk dirinya pula… aku mengandaikan dalam hati, makanan yang diambil ibunya tadi mungkin untuk adik-adik dirumah, atau mungkin jua untuk santapan makan malam mereka… insaf aku seketika… ternyata, dunia mereka jauh bezanya dengan duniaku dan aku patut bersyukur dengan itu.

Sebelum meninggalkan Perkampungan Orang Asli, kami sempat berziarah dan melihat rumah-rumah mereka sambil memberikan t-shirt seorang satu sponsor dari kompeni Zam bekerja… sempat juga kurembat sehelai t-shirt biru… sebab zam cakap “takpe, ada banyak lagi”…hahaha… aku turut berkesempatan merasai ‘Nasi Buluh’ yang mati-mati aku ingatkan lemang… persamaannya cuma ia dimasak di dalam buluh dan dibakar, namun ia tidak menggunakan daun pisang tapi cukup sekadar daun hutan seperti daun kunyit, bahannya pula hanya beras biasa dan bukan beras pulut serta santan. Rasanya? Erm… macam nasi kukus pun ada, tapi aroma daun tu memang sedap… makan dengan sambal dan ayam goreng… makan lak ramai-ramai sambil berdiri… ahahahah… urm, gud experience ape…

Balik dari sana, kami singgah lepak-lepak kacau uncle David kat kedai dia Cafe Cow ape tahh…ekkk aku dah tak hengat. Arip kata roti telur peanut butter kat situ sedap…jadi aku pun orderlaaa… kemudian order kopi o ais… pastu diorang order roti bakar, roti steam (baca: first time jumpa nih tapi memang sedap), then bihun goreng, mee seafood masak lomak kari berkunyit (baca : ni yati yang order, dia pun tak ingat nama jadi aku bagi lah nama baru sebab tak sedap…. Kan yati kan kan kan), kue teow kungfu wacchhhaaa kak mas, erk fries, owh! Ah Kit telah memesan Sosej dan telur… pergh! Sedap je aku tengok diorang pow sosej tu …hehehe… nasib baik aku sudah diserang migrain jadi keinginan untuk merasa setiap makanan tu sedikit terbatas… nasib baik jugak … aku tak bawak bibah aku bersama… kalau tak dengan dia-dia sekali migrain… ahax

Abih sumer skali, lepak kejap kat pejabat salam, asalnya nak dengar citer pasal program Sukaneka Asdaf esok tapi sebab masing-masing dah penat jadi aku dan Ida pun undur diri… biarpun lelah tapi aku puas hati, aku berjaya mengisi hari-hari istimewaku dengan sesuatu yang bermakna…

18 June 2008

Today is my birthday!


14 Jun 2008

Ari ni beday aku,yeay yeay! Usiaku bertambah setahun lagi, mengharap ketenangan dan kebahagian melatari hari-hariku. Tapi mana mungkin… kerana hidup ini perlu ada suka dan duka, ada naik dan turun, yang pasti ada pasang dan surutnya... lantas aku meng‘ejas’ impian, mengharap aku menjadi lebih matang dan tabah menjalani kehidupan, lebih tegar berdepan dengan pelbagai situasi mendatang, lebih sabar melayani karenah manusia yang pelbagai ragamnya. Bagaimanapun, ada sesuatu yang harus kekal dalam kehidupanku… sesuatu yang namanya KUNTUM…hehehe

Banyak juga ingatan dan ucapan selamat hari lahir yang aku terima, orang pertama adalah Oneng diikuti Za yang dihantar sehari sebelum hari lahir… konon-konon nak jadi orang yang terawallah tu..hehehe…

Tatkala jam beranjak ke pukul 12.00tengah malam, aku mula menerima sms dari Abang, Kak Syima, Zai, Lia, McNa, Kakak dan akhir sekali E… erm… aku memang menunggu sms darinya agar malam ini aku boleh tidur dengan senyuman.biarpun hanya sekadar ucapan “Happy Beday cik adik”…

Bangun pagi dihari ulang tahun masih sama dengan hari-hari yang lain, bezanya kali ini aku bangun dengan misi, pergi Yayasan Salam untuk ke Pertandingan Mewarna dan Perasmian Program Bekalan Elektrik dan Air di Perkampungan Orang Asli Bukit Manchong, Rawang.

Asalnya nak ajak E celebrate beday berdua sahaja tapi dia macam tak suka… aku nak kata apa… erk…betulke tak suka? Aku tak pernah tanya pun…memandai je tuduh E, kronik betul prasangka burukku… ops… lupa, semua tu kan dalam fikiran luar sedarku sahaja…patut la…hehehe

Aku mengalami keletihan dan migrain yang agak kritikal namun hatiku puas, setidak-tidaknya aku masih boleh merasa bahagianya. Aku memulakan hari pertama diusia 28 tahun dengan sesuatu yang bermakna, tidak menjurus terus kepada aku namun mungkin untuk adik-adik yang telah aku ceriakan hari mereka. (baca : aku akan buat satu entri lain tentangnya)… bermakna kan…

Malam itu, usai mandi dan membasahkan kepala, aku ajak Jue teman aku pegi buat refleksologi, malang sekali kedai indoChina yang aku selalu jadi regular customernya itu penuh lalu kupusingkan steering dan roda Bibah menghala ARASTU… (baca : macam jenama barang dapur daaaa) dan disana aku telah membuat terapi urutan selama satu jam dengan kos hanya RM45…erk…melayang jugak duit aku…

Sebelum tidur, kubuka semula henpon-henponku dan membaca semula ucapan selamat hari lahir yang aku hanya sempat ucapkan terima kasih… untuk kesekian kalinya… zillion thanx kepada semua yang wish aku… ucapan terima kasih ini aku rungkupkan sekali untuk;

Babu Minah, Kak D, Kak G, Maya, Akma, Ct, Leha, Mama, Bapa,Ujie, Abg Yus, Pakcik Salim, Bad, Amin, Ema dan Niyah. Tak ketinggalan untuk member-member sesalam yang turut mengucapkan Selamat untuk aku…

13 June 2008

aku bunga yang menguntum



Beginilah diriku sekarang... sedang menguntum...Oh lalala

Gambar-gambar ini diambil di sebuah halaman rumah orang di Sepang. Oleh kerana teruja, penulis telah lupa dia berada di rumah dan kampung orang. Nampak gaya, penulis sudah menemukan semula cintanya kepada alam... mewarisi kegemaran mama suatu masa dulu... bunga... dan kini menambah lagi dengan kuntum...

wussup wussup!

Pagi ni mood ok

Tengahari mood baik

Petang mood… biasa-biasa saja


Aku baru je lepas menghadiri taklimat Kod Pencegahan Gangguan Seksual… dan baru sahaja keluar dari dewan theateratte selepas si Songkok mengambil alih majlis, memberi ceramah tentang Integriti… ah! aku malas… borang pendaftaran peserta sudah berkepuk belum kuhabiskan… ini pula mendengar kata-kata bongkak dari dia? Tuiiii…aku meludah dalam hati…

Sampai di workstation, ini pula kerja yang aku lakukan… baru sehelai data di borang pendaftaran kumasukkan…selebihnya melihat emel dan relaksasi sahaja…waduh! Itu mengular namanya…

Malam ini? Apa projek ya? Urm, mungkin melihat wayang gambar… (baca: iya udah, kalau nggak ada gambar nggak bisa deh dilihat)… atau mungkin saja hanya duduk dirumah, mengemas dan membersihkan rumah, atau mungkin pergi ke Thai Odyssey membuat urutan Aromaterapi… atau paling tidak ke kedai cina tempohari mengurut kaki lagi… owh.! Itu membuang duit namanya …aku kan sudah menanam tekad untuk berjimat... yannadeee...

Sudah lah Nani, lepas ni balik je lah rumah…tak payah melencong kemana-mana. Kemas rumah, packing baju dan dapatkan tidur yang tuntas. Esok pagi ada program Salam di Kuala Kubu, Pertandingan mewarna Kanak-Kanak di Kg. Bukit Manchong… lusa pula ada Sukaneka ASDAF di Bangsar… aku memarahi diri sendiri… haha, padan muka… berangan lagi...

Oklah, baru kejap tadi ada meeting tergempar, ada 2 seminar akan dibuat pada bulan Julai nanti. Seminar Mental Health di PD dan Seminar OSH Best Practise di KL. Kebarangkalian untuk aku berpoya-poya selepas berakhirnya bulan Jun ini amatlah tipis. Arghhh!…sengal jugak… tapi ini mungkin masanya untuk aku mula memikirkan tentang diri, tentang dia dan tentang cinta…

Ahhhh…mood kuntum kini menjelma…

Nenong nenong nenong…
Pagi…
Sejuk, nyaman terasa…


Menjelang tengahari…
sejuk mula menggila,
jaket biru kusarungkan…ah! lega…
Petang menjelma…
sejuk lagi
menggigit sampai ketulang…

Aku tak bisa lagi
Berhijrah ke negara beriklim sejuk
Ops… sejak bila aku ada hati nak kesana?
Aku berangan rupanya…


satu malam di KLIA

Malam tadi satu kejadian sengal telah berlaku… aku terjebak ikut abang ngan kakak ipar g KLIA. Stuck kat sana almost 3 hours… haram betullll! Asalnya nak g umah abang aku tukar decoder astro, pastu nak ajak diorang makan chicken chop best kat serdang. Alih-alih apa yang jadi was about like tis..

Aku followlah abang aku g klia anta kawan dia naik Bibah aku… kitaorang amik kawan dia kat vista permai then shoot ke klia. Sembang punye sembang ngan wani … laaaa…sebenarnya bukan nak nganto si budak wani tu tapi ni nak mengiringi pemergian orang lain, kawan mereka gak aaaaa… yang sengal tu kitaorang sampai dulu daripada orang yang nak fly nih… kakak ipar aku dah merungut kebulur… aku lak bila dah tau cerita sebenar terus sentap… terjebak nyahhhh… ko nak buat mcmana? Kalau aku selamba anjing je balik kang sapa lak nak anta diorang balik?

Lagi sengal bila abang aku pegi langgar lubang di simpang nak masuk Petronas KLIA. Mmg s*** la malam tadi… kuat gile bunyi hentakan… kesian Bibah aku… wah! Nak nangis niiiii…. Nyesal pulak suh dia drive… pas kejadian tu aku terus tukar driver… tobat taknak kasi orang lain bawak… lebih-lebih kalau abang aku yang nak bawak, aku dah pangkah… sape tak sayang Bibah kannn…

Pukul 11.00 malam, abang aku ni tak balik-balik lagi. Aku dah 2 3 kali kuar masuk kereta… bayangkan je aku g KLIA for nothing, mmg boring gile arrr… masa decide nak ikut diorang tadi mati-mati aku ingat nak antar orang je, pastu balik… rupa-rupanya aku dah kena tipu… Geram punya pasal, aku hantar msg beracun

“Lama lagi tak? Takkan nak hantar orang tu sampai pintu kapal terbang. Bukan tak ble jumpe lagi. 2 tahun je dia g Dubai, lainla kalau dia ni nak mati. Dengan keluarga sendiri tak buat lak sampai macam ni. Sedarlah sikit nanti aku nak balik Bangi sorang-sorang. Pompuan pulak tu. Ingatkan tadi Wani tu yang nak terbang, lepas drop dia terus g makan… but now satu hal pulak nak kena hantar dia balik, hantar abang lagi, dah jadi 2 tempat. Kalau macam ni, pukul 1 pagi pun belum tentu sampai Bangi.”

Msg diatas selepas dialih bahasa yeee… yang aku kasik kat abg aku off course la guna bahasa ibunda kitaorang. Aku tulis kat sini kang ada yang melongo…. Hahahaha… dan selepas beberapa minit, kakak ipar aku msg “kitaorg ondway g kete”… ngeh ngeh ngeh… berjaya jugak taktik aku kali ni… nape laa aku tak buat masa kul 10 tadi… cessss!

Dan selepas itu, aku hantar diorang, hantar wani, then abang aku, baru balik umah. Masa drive antar diorang aku pecut sampai cecah 140km/jam, tapi bila aku dah sensorang dari Taman Equine nak ke Bangi, aku selamba bawak 60 - 70km/jam… bukan pe, aku nangis… so dat drive sambil layan blues lah. sedih wei abang sendiri buat adik dia macam ni… huwaaaa…


Ni lak disebabkan aku lapar + geram, g turun kat food court beli Nasi Goreng Telur Dadar Thai Style... yang seumpama ngan Nasi Goreng Cina... tapi sedap...kalau tak, cano ble licin pinggan tu...hehehe

Moral of the story, kalau ada sesapa ajak korang g hantar kawan dia kat memana, tanya betul-betul… jangan misunderstanding cam aku ngan kakak ipar aku… sudahnya aku buat muka ketat, kakak ipar aku pulak kebulur… naya jeee… huhuhu

Babi

Babi!
babi babi babi
Hari ni aku ingin membabikan mereka…
memang babi lah…

Apa hak mereka untuk melihat apa yang aku buat?
Apa hak mereka untuk merasa apa yang aku peroleh?
Apa hak mereka untuk bercerita tentang semua itu?
Mereka semua kan babi… babi babi babi…

Hari ini,
Ada sekelompok babi telah dibabikan oleh aku…
Kerana babi ini telah membuat airmataku mengalir
Kerana babi ini telah menghuru-harakan perasaanku
Kerana babi ini telah membuatkan hari-hariku suram…kelam…
Dan kerana babi ini jugalah aku mengambil keputusan…
Tidak akan ada lagi cerita berunsur celaka
Kerana lumrahnya babi inginkan kotoran yang jijik semata…
Supaya mereka boleh merasa lega diatas setiap apa yang mereka alami
Supaya mereka merasakan semua yang buruk adalah tanggungjawabku semata-mata…
Babi!


**Penulis memohon maaf kalau ada yang terkejut beruk atau terlompat katak seketika membaca perihal babi ini…

**Penulis ingin mengingatkan, siapa yang makan cili, dia yang rasa pedas… tapi ada banyak cili dipasaran yang tidak pedas sekalipun yang makan itu adalah penulis sendiri yang sangat tidak suka makan pedas.

**Entri ini dibuat ketika penulis berada dalam situasi kemurungan yang melampau melebihi tahap gaban dan hulk hogan, kerana itu penulis turut mengalirkan ari mata kerana perasaan sebak yang teramat sangat biarpun tidak berubah warna kulit dan bentuk badan.

**Watak babi diatas adalah ilusi penulis semata-mata dan tiada kena mengena dengan mereka yang telah mati ketika entri ini dibuat.

**Penulis telah merasa lega dan sudah boleh tertawa kerana berjaya meluahkan apa yang terpendam dijiwa...keh keh keh...

11 June 2008

cerita satu hari

Ari ni? Pagi-pagi aku bangun macam biasa, mula-mula agak malas, kemudian macam lipas kudung mencapai baju segala… ari ni nak mekap sikit… hehehe… saje nak melawa sebab ari ni ada kerja luar… Aku kena buat pameran di Permata-INSTEP. Tengah-tengah pakai baju tu terasa sesuatu yang kurang menyenangkan…. Laaaaa…. Aku p***** lak… huhhh patutlah moody dua tiga menjak ni… PMS rupanya…

Tengahari makanan disediakan… save duit makan tengahari aku…ahax… sekarang ni kenalah berjimat. Kena buat simpanan sebab hujung tahun nak pegi Kemboja, nak sambut Aidl-Adha disana bersama orang-orang Islam Cambodia yang pemalu orangnya (baca: bak kata Kak Lang), dua bulan sebelum Aidil-adha lak aku balik Sabah meraikan Aidil Fitri, pasti banyak duit yang harus diguna ketika itu… so that, from now on kena saving banget… lagi pula aku dok berangan nak bercuti di Langkawi… aku kan telah mewajibkan kakiku untuk ke Langkawi setiap tahun…hehehe… Orang kata tempat lahir lagikan dikenang, ini pula tempat bermain… erk…betul ke bidalan aku tu?

Now, aku kat opis, lepas print invoice dan mengecek email yang penuh, aku melepak layan blues… ahax…aku kan kuntum. Mood kurang baik untuk bersembang-sembang… tapi takpe, tadi masa kat Permata aku dah digembirakan dengan hamper dan goodie bag… wah! Seronok gak buat keje sorang-sorang, no one cares!.

Tadi boss singgah ke territory aku, dia cakap sok pagi dia nak buat meeting ngan kitaorang berempat. Hmmm… apa lagi lah yang hendak disuarakan boss kali ni… Konsep blocking aku kurang berfungsi dikala ini… tu yang asyik sentap… sengal betullah… huhhhh!

Kejap lagi nak balik, aku teringin nak tengok wayang tapi tak tau nak tengok citer apa… Balik umah pun aku tak tau nak buat apa, sebenarnya boleh je kalau aku nak kemas umah, tapi MALAS…. Ahhh… malaslaaaa…. Tolong!

back to daily life

9hb Jun

Hari pertama masuk ofis setelah sekian lama bercuti. Agak janggal namun aku berjaya menghadapi hari-hari iasa dipejabat. Memasukkan data peserta Konferen hujung bulan Ogos nanti, mengemaskini emel yang sudah penuh.

Mood agak kurang baik, penat sebelum ini masih belum habis. Tapi aku belum sampai ke tahap gerimis... masih boleh berlagak biasa walaupun setiap orang yang kutemui mengatakan mukaku agak sembab dan tidak bermaya...

Tepat 5.30 petang, aku melarikan diri dari kesibukan dipejabat. Hajat dihati ingin mencuci Bibah. Kesian dia kena lenjan pegi Terengganu. Tapi hati berubah tatkala melihat Pasaraya Bintang... kebetulan tadi abang sudah mengambil dapur gas beserta tongnya sekali, baik aku beli regulator, cerek elektrik dan mungkin rice cooker.

Namun, aku hanya membeli gas regulator dan cerek elektrik. Sempat juga kurembat syampu Sunsilk...wah! malam ini bisa mencuci rambut dengan seronoknya...sudah dua minggu rambutku tidak diurus dengan betul...it looks oily and greasy... euuuuu... tapi masih wangi dan weavy yeeee, kite pakai leave on moisturizer laaaa... hehehe...

Niat nak mencuci kereta kubatalkan kerana ingin mengejar masa. Takut kedai yang jual tong gas tutup. Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan gas di Taman Intan... harga setong RM50 ditambah RM22 untuk gas dan RM2.50 untuk upah mengangkat ke tingkat 5. Ku kira-kira bajet pembelianku tidak sampai RM150... alhamdulillah... Aku Cuma perlu membeli periuk nasi bila dapat gaji hujung bulan nanti. Selepas itu lengkaplah sudah dapurku... ops... aku tertinggal ketuhar microwave...urm... dats only an option kannn, yang tu kena tunggu bonus lah nampaknya... yeay yeay...

Sampai-sampai je kat rumah,tak lepas lelah lagi abang yang hantar gas tu pun tiba... aku minta tolong pasangkan gas regulator sekali. Terima kasih pada mama sebab belikan aku dapur gas yang baru. Mama cakap itu hadiah hari jadiku... I really appreciate it. Mama tau anaknya baru memulakan hidup baru, mama juga tau anaknya ini sangat cerewet makan di luar dan gemar memasak di rumah, mama juga tau anaknya kini tengah risau dan mengira bajet yang lari semenjak dua kebelakangan ini. Terima kasih mama…

Erm, dapur sudah semakin lengkap tapi aku terasa malas untuk memasak. Selepas mandi dan mencuci rambut, aku bermalas-malas diruang tamu sambil mlihat TV. Seketika kemudian aku terlelap… dan seketika itu adalah pada pukul 12.00 tengah malam.… hari baru… uiks… lewatnya aku tidur… bagaimana mungkin aku mendapatkan rehat yang tuntas kalau tidur pun agak lewat?

10 Jun

Bangun pagi, agak malas hari ini. Namun bila mengingat Kak Bayah nak tumpang g keje, dengan malasnya aku bangkit dari pembaringan...erk...baju apa nak pakai ari ni? Nak iron masa dah suntuk, belek-belek koleksi baju di dalam almari semuanya tidak sesuai dipakai... takkan nak pakai t-shirt...tak pasal-pasal kena sound kang... aku bermonolog sambil terbayangkan maya... hehehe...akhirnya aku memilih sepasang baju kurung hitam... kenapa hitam? Supaya orang tak perasan baju ni tak digosok...wakakaka...

Sampai kat ofis, mood masih so-so... tak gembira tak berduka, tengah mengemas meja an territory baru, Pengurus Fasiliti datang… ni mesti pasal nak pecah dinding... nampak gaya aku tak payah lah mengemas sakan tempat baru ni sebab pasti dua tiga minggu lagi kerja-kerja pengubahsuaian pejabat akan dilakukan... ni semua gara-gara reshuffle hari tu... dan aku mula merembeskan mood sentap... kenapa sentap? Sebab tempat aku ni akan berubah menjadi laluan dari IT ke Library. Dengan itu, sekali lagi aku akan berhijrah lagi..entah dimana aku pun tak pasti... ni lah nasib jadi kuli...huwaaaa... L

Sepanjang hari aku menyepikan diri... takut kalau aku bersuara ada yang akan terasa hati...aku kan laser... kebencian pada TuBoKu bertambah-tambah dan hari ni bertambah lagi senarai orang yang aku ingin pangkah... Tapi siapalah aku? Saat-saat macam ni terasa nak berenti keje pun ada... tapi masalah pasti ada dimana-mana... ”jangan lari dari masalah”... itu pesan seorang kawan... ”hadapilah dengan senyuman” .... hmmm... mampukah aku untuk tersenyum?

Petang, aku menghabiskan masa hampir dua jam di Pusat Refleksologi IndoChina di Sungai Chua untuk membuat urutan Refleksologi dan juga Pedicure... agak lama aku tidak memanjakan diri begini. Agak kurang selesa disini namun untuk membawa diri ke Thai Odyssey di Jusco Balakong, aku terasa malas.

Usai memanjakan diri, tiba masa untuk aku memanjakan Bibah, di H&H Bibah dimandikan... mesti best kan Bibah, kena sabun, kena gosok, kena sental, geli tak? Kesian Bibah dah 2 minggu tak dimandikan dengan betul... malam ni Bibah boleh tidur dengan lena... tiada lagi tompokan dan kotoran dibadan Bibah... kan Bibah kannnn... bulan depan usia Bibah genap setahun... apa hadiah aku nak bagi agaknya? Eh Bibah, beday aku minggu ni tau... Bibah tak nak bagi ape-ape ke? Ngeh ngeh ngeh...terasa macam lesbian lak aku nih...

FYI, Bibah ni kereta viva aku... nak sebut VIVA tu terasa janggal sebab aku ni agak kekampungan, maka Bibahlah nama kete putih aku yang comel itu... erk, tak sesuai ke? Abih tu nak bagi nama apa? Takkan nak panggil Baby... erm... baby pun best gak...dia ni first baby aku, pastu 2nd baby TV aku, 3rd baby Peti ais, 4th Baby... erk takkan sume nak panggil baby... kang laki aku kang nak gak kena panggil baby ke hubby ke... uish... tak mo laaa... ada cadangan tak?

Balik kerumah aku terus menghadap TV melihat cerita Sindarela... sudah 3 episod aku terlepas melihat cerita ni... kali ni aku nak concentrate tengok apa kesudahan cerita zoela... erk... tapi aku dah keliru... aku dah tak tahu hujung pangkal cerita ni, tiba-tiba Zoela sambung belajar, Hussien dan jadi raja Hussien, Tengku Haidar pulak menyamar jadi orang lain... si Tasya yang gedik tu pula dah muflis...hahaha.... apa ni? Aku tak paham dongengan ini tapi dek kerana aku minat ngan lakonan mamat Thai ngan si mulut takde insuran Norkhiriah dan Amani, maka aku teruskan jua... aku memang kagum ngan lakonan diorang ni... natural je...

Abih tengok Sindarela, aku layan tengok Mr.Mama pulak...hehehe... Tapi tak banyak yang aku sempat lihat sebab aku sibuk nak mandi... habis cerita Mr.Mama, aku terus masuk tidur... malam ni aku tidur agak awal... saje nak balas dendam... poyos je...hehehe... penat tau menahan perasaan sentap siang tadi... hehehe....

The end.... ZzzZ

Kuala Terengganu in Memories

5 Jun
Minyak naik sebanyak 78sen menjadikannya RM2.70 seliter bermula hari ini… aduhhh! Kenapalah naik masa aku nak memulakan perjalanan jauh… tapi aku tahu, Allah mengerti perasaan yang melanda seluruh rakyat Malaysia… Allah memahami bebanan yang semakin menghimpit kami… dan hanya pada-Nya aku berserah… kerana Allah juga mendengar rintihan dan tangisan hamba-hambanya…

Mama, bapa, Amin dan Babu Maimun datang dari Sabah hari ni. Aku sudahpun mengambil cuti awal-awal sempena kedatangan mereka. Selepas menghantar kakak ke Taman Equine, aku memecut Bibah Putihku ke LCCT.

Selepas mengambil mereka di LCCT, kami kembali ke Jusco, kakak telah sedia menunggu di Stesen Petronas dan konvoi pun bermula. Kakak membawa wira hitamnya dengan ditemani mama dan babu maimun, manakala aku membawa cik Bibah bersama bapa dan Amin…sapa lagi jadi lead…aku lah… ngeh ngeh ngeh

Kami singgah di Ana Edar, mama dan babu bershopping sakan membeli keperluan seperti tonik rambut dan Bam Syifa’. Perjalanan diteruskan menuju Raub, Pahang. Mujur hari ni hari bekerja jadi jalan agak lengang. Kami sampai di Balai Polis Hulu Dong ketika jam menghampiri pukul 6 petang. Adegan berpeluk cium antara mama, babu maimun dan babu Nor bermula… maklum saja, sudah lebih 20 tahun mereka tidak bersua muka.

Malam ini, kami tidur di rumah Lina, anak Babu Nor. Panjang sedikitlah masa untuk mama dan babu-babu ini bersembang. Aku pula kena menidurkan diri sebab esok pagi kena bangun awal dan memandu ke Kuala Terengganu. Cuak gak, ini kali kedua aku pergi ke sana dan pertama kali aku menjadi tour guide… kalau sesat ampun ya!

6 Jun
Bangun pagi dan bersiap. Babu Nor buat nasi goreng dan sambal ikan bilis… pergh… sedap tapi pedas… pukul 9.00 pagi tayar wira dan viva bergerak meninggalkan Hulu Dong.

Kami bertemu dengan Igol n family di RnR Temerloh. Bertambah ahli konvoi menjadi tiga buah kereta. Oleh kerana hari ini hari Jumaat, kami berhenti untuk bersembahyang jumaat di Cherating dan kemudian makan tengahari di Kijal.

Lebih kurang pukul 6 petang, kami selamat tiba di Kuala Ibai. Setelah check in, membersihkan diri dan menunaikan sembahyang, Abg Yus bawa kami makan di restoran apa tah…tapi sangat tidak sedap… lapar punya pasal… abis jugak semua pesanan….hahaha…

Abg Yus bawa kami meronda sekitar Kuala Terengganu, sempat singgah dan mengambil gambar di Dataran Syahbandar, beli durian di depan Pasar Payang, melihat masjid Kristal diwaktu malam, melalui jambatan yang menghubungkan Kuala Terengganu dengan Pulau Duyung dan Seberang Takir… erk… aku boleh ingat ke jalan ni esok? Aku bermonolog sendiri….



Sempat juga aku suruh kaka dan Abg Yus possing dekat taman... dan anak-anak Igol sekadar terkedu melihatnya...ngeh ngeh ngeh

Sampai kat rumah, masing-masing dah penat dan mengantuk namun durian tidak dilupakan… aku jugak yang kena menahan nafas… ketat jugak muka aku… bukan tak boleh makan tapi aku sangat alah dengan bau buah…hahaha…cano la kalau mengandung…

7 Jun
Pagi-pagi dah kena kejut, diorang ajak g Pasar Payang… malasnya kalau nak diikutkan…tapi sempat merembat 2 helai baju…ahahah…dah nama pun perempuan… kemudian aku turun ke bahagian bawah, beli dodol dan sagun untuk ofismet… kena jimat-jimat…hahaha…

Tapi ada satu insiden yang membuat muka aku ketat… masa tu sepupu aku nak beli telur penyu, jadi kitaorg g la kat satu kedai ni, kalau tak silap nama kedai tu abang janggut ape tah…tapi mmg orang yang jaga tu berjanggut dan berjambang dan berkopiah… apa yang membuat aku sentap bila kitaorang tanya harga telur penyu, dia cakap dengan tak pandang kitaorang. Pastu bila tanya lagi telur tu dari mana, dia jawab balik “orang tak belajar je banyak tanya ni”…eiiiii …. Hangin satu badan aku masa tu, terus dengan selamba aku ajak cousin aku pergi dari situ. Pastu aku siap cakap kat pakcik tu… “Pakcik, kitaorang tak hadap nak makan telur penyu yang pakcik jual ni. Saja nak tanya kalau-kalau pakcik ni lagi bodoh dari kami…” erk…. Tak,…bukan tu yang aku cakap… aku sebenarnya cakap macam ni “erm, dah la kak, kita cari lah kedai lain”…pastu apa lagi blah aaaa… dan kitaorang dapat beli telur penyu dengan harga yang sedikit murah dari tempat pakcik tu… moral of the story, jangan makan telur penyu, kalau tak kelaut jadinya…hahahah

Balik ke apartment, mandi-mandi dan bersiap untuk menghantar kakak ke rumah Abg Yus… nama pun Majlis Sambut Menantu… mesti time ni kakak aku berdebar… alhamdulillah, pukul 12.30 tengahari kami sampai di rumah pengantin. Selepas makan, kami beransur pergi. Lepas ni tempat yang dituju adalah Masjid Kristal.

Selepas berpanas dan bersejuk di masjid kristal, kami ke Kg Losong membeli keropok losong. Sedap dimakan begitu saja…hahaha…Pukul 5.00 petang baru bergerak pulang ke KL…

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Kelulut membeli air Nira, kemudian singgah makan malam di Kuantan. Perjalanan pada waktu malam tidak memenatkan tapi letih jugak kalau drive all the way dari Kuala.

Sampai di Bangi lebih kurang pukul 2 pagi. Masing-masing menidurkan diri selepas itu kerana esok pagi ada program lain menanti…

8 Jun
Pukul 11pagi, selepas sarapan keropok losong dan bihun goreng, aku bawa mama, bapa, amin dan babu ke warta. Asalnya sekadar membeli Healin Gamat namun bapa sempat membeli handphone baru, amin pula membeli thumdrive. Kami bertemu dengan Faizal dan Izul, anak babu Nor. Kami makan nasi beriani gam di restoran Anje berhampiran dengan ofis. Diorang kagum tengok restoran ni meriah, pastu pilihan lauk pun banyak. Usai makan tengahari, aku bawa mereka ke Alamanda, sempat ku bawa mama mengurut kaki di OSIM…

Pukul 5 petang, bergegas balik ke rumah, ambil beg dan barang-barang terus shoot ke LCCT… aku kan suka terkejar-kejar…hahaha… cuak gak, takut terlepas flight. Alhamdulillah… kini semuanya sudah selesai… mama tinggalkan aku dengan pertanyaan “bila lagi turn aku? Bulan ogos?”…aduh… mana bisa ku jawab soalan ni dong, calonnya juga belum ada...gimana ni?…

Feel gud indeed

Before leaving for 5 days off, I was helping Ina and Arif organizing their program Bermain Layang-layang bersama adik-adik Rumah Solehah by applying the transportation from NIOSH to bring the children to Bagan Lalang. With Puspanita, I manage to get the bus and authority to send the email to all NIOSH staff.

Credit to Kak Maria for helping and guiding me to make all this work for me. It is a very short notice program, lucky for those children coz the process was very easy, from issuing the memo to Pengerusi Puspanita, Booking the bus, get the approval form ES for the driver etc… Zillion thanx to NIOSH staff for contributing some money for this programme. Thanx to Kak D, Linda and Maya..also to Beego who at-last be part of them in this event.

Eventhou I cant join this program but I do feel that Allah were blessing me too. I was in a gud mood while in Sabah, and my journey to Kuala Terengganu was very smooth. Come back to work was sometimes awkward but I can control myself from get mad and being cruel to people around me. Yeay yeay…macam orang gila!

Looking at those picture taken by arif also bright my day. Thanks Allah, for letting me feel this memorable moment… feel the satisfaction …feel gud indeed.

Wedding Abang

It’s been so long I’ve never put any entries in my blog… I was not in ‘my life’ for almost two weeks, been in Sabah and Terengganu, purposely attending my bro and sis wedding ceremony. There are stories I wanna share beginning wiv my brother’s wedding and the ‘Majlis Sambut Menantu’ at my sister’s side.

28th May, I fly to KK with Air Asia airlines AK5112 and has been landed on 11.45pm at Terminal 2, Kota Kinabalu International Airport. My sis and her fren, Salbiah was already there when I arrived. I asked her to buy some ‘Kepak Ayam’ , ‘must do’ while you’re in Sabah. We go to Pantai Tg Aru hoping there’s another gerai yang still jual dat kepak ayam. Lucky me, ada one gerai yang dah nak tutup but still have 4 kepaks (read : urgh…shud I put ‘s’ for many?). More than enuf for me. I only makan seketul, the rest was giving to Amin and his kawan.

29th May, it is a big day for my brother. Majlis Akad Nikah will be held at our house… wut? In bride’s house? Why is that so? Alaaa… this is wut we called ‘pembaharuan’… if my sister’s wedd dulu takde sanding-sanding so that my brother nikah kat rumah pengantin lelaki lah… hahaha… The majlis was smooth, only the rombongan pengantin perempuan came late and the Father in-law was nervous during the akad nikah. He was tersasul said the mas kahwin only RM1 instead of hundred? Hahaha… here are some pictures of the bride and bridegroom…and their newly parents-in-law.




30th May, I’ve been planning to ‘jalan-jalan cuci mata’ since mom has kursus in Penampang. Unfortunately, she never wake me up this morning, when I woke up, mom and sis already gone…huhuhu.. but lucky me, the kursus has been canceled… mom and sis drive all the way from home for nothing…kui kui kui… tu laaa… lain kali ajak la aku skali… kan dah sentap ..urgh...well, in my family, I was the very stubborn and sensitive and hati kering and out-spoken etc…

Since my so-called JJCM was cancelled, I go visit nenek at Kg Takis, Papar. Near to Hospital Papar so that it was easy for mom and my aunt to send grandma for her monthly treatment. Nenek was not in a good condition, few months ago, she was suffering a colon cancer and was undergone the operation to remove the affected colon. Last week, she was demam and a few rash affected some of her skin especially her back and her hand… kesian nenek kannnn… I went back to home after visiting nenek. Preparing the bunga telur for tomorrow’s ceremony. Zzzz

31st May, I woke up late because I was staying late nite boiling the egg, lepaking wiv the youngsters and mengemas pelamin. Tonight will have Majlis Berinai for my brother.

1st June, wake up early, get ready for sending my Bro to meet his bridegroom. It took 2 hours drive from our house to Kak Syima’s house at Kuala Penyu and on our way, we berselisih with 4 wedding convoi… hahaha… too many couple yang akan pecah dara malam nanti…ahax…

At nite, I go visit nenek again and get her bless since I will going back to KL tomorrow. Kemas-kemas dapur, preparing meals for members yang masih berkampung mengemas pinggan mangkuk. And Zzzzz… im so sleepy…

2nd June, packing my stuff, ops…all my baju was not laundry yet… 5 days in Sabah and I never wash my cloth…hahaha… I was thinking to send it to kedai dobi when I was in Bangi. Tonight, with AK5115, I fly back to KL.

This time, I’m so happy because during my bro’s wedd, I manage to control my anger, my sentap-sentap and my muka ketat. I only redha and try to hide or sleeping whenever I feel uncomfortable… alhamdulillah…

04 June 2008

aku kena tag lagi

updated : 8th June 2008

adushhh... ape aku nak karang ekkk? erm, menelusuri blog blogger yang lain, aku rasa idea aku sudah diadaptasi sedari awal. Gimana ya? erm... here u go!

7 fakta mengenai diri saya

1) Saya seorang pemakai cermin mata semenjak tingkatan 2 dan menjadi pengguna contact lense yang tegar ketika berusia 18 tahun.
2) Saya anak ke-3 dari 5 beradik.
3) Saya ada mama dan bapa (baca : tak termasuk mak dan bapak mertua) ada seorang abang, kakak dan dua orang adik lelaki... maknanya saya bongsu perempuan...hahaha
4) Saya seorang yg sangat simple, sukakan konsep minimalis dan berjimat cermat, pakai asalkan selesa dipakai, makan asalkan mampu tekak menelan (baca : ops...kecuali buah-buahan...saya sangat alergik dengannya)...
5) Saya seorang yg agak peramah... dan sangat peramah pada orang yang saya kenal
6) Saya seorang yg suka berprasangka...jeng jeng jeng... sensitif taw... tapi ada baiknya, atleast saya tapis apa yang saya nak buat...
7) Saya seorang yg sangat suka manjakan budak...maknanya saya tidak garang... tapi sesetengah kenalan mengatakan saya agak suka sentap, ketat dan tegas...dan erk...kuntum jugak...ya betul...saya cuma suka manjakan budak-budak tapi yang tahap bapak dan mak budak...sorry yerrr...


7 perkara yang menakutkan saya

1) Mati
2) Mengandung...aduhhh... mengandung tu bisa sekali tapi gimana dong mau bersalin? caeser? tapi orang cakap caesar lebih susah dari bersalin normal... urgh...
3) Bila saya terlebih bercakap...sebab orang lain akan pandang pelik kat saya... saya seorang yang pendiam ke? oh tidak...saya suka berkata-kata tapi cuma dalam hati.
4) Bila saya melihat bil kad kredit saya sudah menghampiri had maksimum... tiap kali hujung bulan berazam untuk melimitkan penggunaan, tapi saya juga tipikal perempuan, pantang bener ada kemudahan... erk...orang lelaki pun mcm tu kan... ye takkk?
5) Bila saya tersentap ngan bapa and mama, takut sangat2 kalau terlukakan hati mereka, sebabnya dalam keluarga saya adalah yang paling lantang bersuara... asal tak suka je saya cakap... and i know i owez buat mama dan bapa terasa ati... tolong! ada tak sesapa yang boleh bantu memperbaiki perangai saya yang satu ini?
6) Bila saya tidak punya banyak masa untuk 'join' aktiviti-aktiviti di SALAM. Hidup saya pasti kelam dan saya selalu terketat dengan cerita-cerita gempak mereka...wah! terlebih sudah...
7) Bila saya berada dalam keadaan PMS, saya sangat takut duduk sensorang... boleh bikin gila gitooo...mulalah saya buat aktiviti merayap kemana-mana tempat tanpa hala tuju... menakutkan tak.... yo ooo je...alih-alih tempat yang dituju adalah tet.... kekeke

7 lagu buat masa sekarang yang terngiang2 / diminati

1) Ingat kamu by Maya ape ekkk...penyanyi Indon tuuu
2) Matahariku by Agnes Monica
3) With You by Chris Brown
4) Four Minute by Madonna feat Justin Timberlake...
ntah nape aku suke banget dengar lagu nih... catchy kot..
5) Broken by Amy Lee feat sape tak hengat daaaa
6) Here In My Home by Malaysian Artistes For Unity
7) Hadapi dengan senyuman... erk...lagu sape tak hengat jugak.... tapi pagi-pagi aku akan dengar lagu ni sebab dah setkan jadi bunyi alarm... dan berharap setiap pagi lagu tu boleh boost mood aku untuk menghadapi segala kemungkinan dengan senyuman.

7 perkara / perkataan yang selalu saya sebut

1) Ko hinggat ko chantek!
2) Ke laut
3) Ketat
4) Tahu tak per
5) Terkejut mak nyah
6) Sentap
7) Sengal... ahhh... memang sengal kannnn...

7 perkara yang amat bernilai buat saya

1) Pengorbanan Mama & bapa saya.
2) Kasih sayang Mama & bapa saya.
3) Kasih sayang adik-beradik saya...erk iye keee? saya selalu kene buli taw... dari kecik sampai dah besar gedabak macam ni... huwaaaaa.... sentap nyahhh..
4) Perhubungan persahabatan yang terjalin di antara saya & kawan-kawan (x kira kat mana kita kenal, kat mana kita bersua & bersembang....).tapi kan, saya pun selalu sanagt lupa kawan-kwan saya ni...hahahahha
5) Jam tangan pemberian Mama yang saya pakai selama 5 tahun tapi dah jatuh dalam lubang tandas kat umah.wah! sangat sedey... ade tak mak orang lain nak belikan jam pulak? nak tanya kat mama...terasa malu...ngeh ngeh ngeh
6) Segala-galanya yang Allah swt kurniakan kepada saya.
7) Ingatan yang masih baik walaupun ari tu terkehel jap dek terkena ubat bius masa dioperasi... sampai henpon pun ble hilang, g bayar kat kaunter tak amik balance...uikss...

7 pertama kali dalam hidup

ni dah citer sebelum ni kat sini... tapi nak tambahan 2 lagi...

6)pertama kali bernafas sendiri... masa baru lahir... saya lahir tak cukup minggu, mama bleeding jadi terpaksa buat caesar, songsang pulak tu... mama ckp saya ni tak menyempat2, orang lain ikut pintu saya kena ikut tingkap... nak wat cane kan...

7)pertama kali dapat ipar... ahax...tahun ni... sekali masa bulan mac, kakak aku kawin, jadi dapat abang ipar... pastu bulan mei, abang aku lak naik pelamin, aku dapat kakak ipar lak... seronoknyeee... tak sabar nak dapat anak sedara pulak...ahax...

7 orang yang saya mahu tag

1) Kareem ---> tak payah
2) Kasut Gombak ---> tak payah
3) Dewi Maya a.k.a Elly ---> tak payah
4) Diana ---> tak payah
5) Sara ---> tak payah
6) Nani ---> lagi lah tak payah...
7) Jaja---> tak payah jugak...

03 June 2008

bermain layang-layang bersama adik-adik Rumah Solehah

Aku sangat sedih menulis entri ni sebab aku tak dapat nak join program bersama adik-adik Soleha bulan ni... it suppose to be done by next week... bukan minggu ni...patutnya diorang buatla masa beday aku...huhuhu... tapi takpe... nama pun bukan rezeki... yang penting adik-adik Rumah Solehah dan kakak abang sukarelawan tu hepi... betul tak? lagipun, siapalah aku ini....

Walaupun tak pegi, sedaya upaya aku usaha dapatkan yang terbaik untuk adik-adik nih... Kredit to Kak Maria yang follow-up ngan Pengerusi Puspanita, NIOSH.. Masa mula-mula aku utarakan cadangan ni kat Kak Maria, harapan sangat tipis...maklum saja, 2 minggu masa yang diberi amat pendek untuk mendapatkan kelulusan dan tempahan bas. Pengalaman Kak Maria banyak membantu, dari membuat memo hinggalah kepada menempah kenderaan dibahagian admin. Thanx gak ngan Kak D sebab take over tempat aku uruskan keje kontek mengontek ngan Ina semasa ketiadaan aku.

Pastinya, adik-adik yang naif tu tersangatlah bertuah sebab masih ada kakak-kakak dan abang-abang sukarelawan yang sanggup berhabis masa, tenaga dan wang untuk menggembirakan mereka semua. u ols meme hebat dehhh... erkkk...

kepada mereka-mereka yang akan 'kelaut' nanti.... jangan lupa update kat blog citer main layang-layang korang ekkk... harap-haraplah masa tu angin kuat dan air surut... memudahkan layang-layang naik dan adik-adik tu pun bebas main kat pantai... seronok-seronok...

new day... new month... new mision

hari pertama masuk keje lepas bercuti...seronok? urgh! sangat tak seronok... walaupun boss aku takde for the whole week, kes reshuffle minggu lepas masih belum berakhir.

Hari ni dan pagi ni... aku pening kepala lagi memikirkan fengshui dan ciri-ciri ergonomik tempat baru aku... selepas 3 kali membuat perubahan (baca : untuk hari ni je), akhirnya aku berjaya menempatkan PC dan meja aku berada dalam keadaan yang selesa di wilayah ku... hehehe...this is my new territory yaaa... i've got very spacious place, ble tido bawah meja lagi(baca : as long as tak berdengkur), i will have my own workstation yang telah sengaja di'isolate'kan ngan orang lain... Satu je takde, line internet... hmmm...aku cuma ada extranet... tapi takpe, semua tu tak mencacatkan feel baru diwilayah baru. Internet boleh surf mana-mana maaaa...ahahahaha...

I've got new territory, and I want to conquer all i wanted to... pedulik ape orang cakap...kan kan kan.... tamak tamak...