11 June 2008

Kuala Terengganu in Memories

5 Jun
Minyak naik sebanyak 78sen menjadikannya RM2.70 seliter bermula hari ini… aduhhh! Kenapalah naik masa aku nak memulakan perjalanan jauh… tapi aku tahu, Allah mengerti perasaan yang melanda seluruh rakyat Malaysia… Allah memahami bebanan yang semakin menghimpit kami… dan hanya pada-Nya aku berserah… kerana Allah juga mendengar rintihan dan tangisan hamba-hambanya…

Mama, bapa, Amin dan Babu Maimun datang dari Sabah hari ni. Aku sudahpun mengambil cuti awal-awal sempena kedatangan mereka. Selepas menghantar kakak ke Taman Equine, aku memecut Bibah Putihku ke LCCT.

Selepas mengambil mereka di LCCT, kami kembali ke Jusco, kakak telah sedia menunggu di Stesen Petronas dan konvoi pun bermula. Kakak membawa wira hitamnya dengan ditemani mama dan babu maimun, manakala aku membawa cik Bibah bersama bapa dan Amin…sapa lagi jadi lead…aku lah… ngeh ngeh ngeh

Kami singgah di Ana Edar, mama dan babu bershopping sakan membeli keperluan seperti tonik rambut dan Bam Syifa’. Perjalanan diteruskan menuju Raub, Pahang. Mujur hari ni hari bekerja jadi jalan agak lengang. Kami sampai di Balai Polis Hulu Dong ketika jam menghampiri pukul 6 petang. Adegan berpeluk cium antara mama, babu maimun dan babu Nor bermula… maklum saja, sudah lebih 20 tahun mereka tidak bersua muka.

Malam ini, kami tidur di rumah Lina, anak Babu Nor. Panjang sedikitlah masa untuk mama dan babu-babu ini bersembang. Aku pula kena menidurkan diri sebab esok pagi kena bangun awal dan memandu ke Kuala Terengganu. Cuak gak, ini kali kedua aku pergi ke sana dan pertama kali aku menjadi tour guide… kalau sesat ampun ya!

6 Jun
Bangun pagi dan bersiap. Babu Nor buat nasi goreng dan sambal ikan bilis… pergh… sedap tapi pedas… pukul 9.00 pagi tayar wira dan viva bergerak meninggalkan Hulu Dong.

Kami bertemu dengan Igol n family di RnR Temerloh. Bertambah ahli konvoi menjadi tiga buah kereta. Oleh kerana hari ini hari Jumaat, kami berhenti untuk bersembahyang jumaat di Cherating dan kemudian makan tengahari di Kijal.

Lebih kurang pukul 6 petang, kami selamat tiba di Kuala Ibai. Setelah check in, membersihkan diri dan menunaikan sembahyang, Abg Yus bawa kami makan di restoran apa tah…tapi sangat tidak sedap… lapar punya pasal… abis jugak semua pesanan….hahaha…

Abg Yus bawa kami meronda sekitar Kuala Terengganu, sempat singgah dan mengambil gambar di Dataran Syahbandar, beli durian di depan Pasar Payang, melihat masjid Kristal diwaktu malam, melalui jambatan yang menghubungkan Kuala Terengganu dengan Pulau Duyung dan Seberang Takir… erk… aku boleh ingat ke jalan ni esok? Aku bermonolog sendiri….



Sempat juga aku suruh kaka dan Abg Yus possing dekat taman... dan anak-anak Igol sekadar terkedu melihatnya...ngeh ngeh ngeh

Sampai kat rumah, masing-masing dah penat dan mengantuk namun durian tidak dilupakan… aku jugak yang kena menahan nafas… ketat jugak muka aku… bukan tak boleh makan tapi aku sangat alah dengan bau buah…hahaha…cano la kalau mengandung…

7 Jun
Pagi-pagi dah kena kejut, diorang ajak g Pasar Payang… malasnya kalau nak diikutkan…tapi sempat merembat 2 helai baju…ahahah…dah nama pun perempuan… kemudian aku turun ke bahagian bawah, beli dodol dan sagun untuk ofismet… kena jimat-jimat…hahaha…

Tapi ada satu insiden yang membuat muka aku ketat… masa tu sepupu aku nak beli telur penyu, jadi kitaorg g la kat satu kedai ni, kalau tak silap nama kedai tu abang janggut ape tah…tapi mmg orang yang jaga tu berjanggut dan berjambang dan berkopiah… apa yang membuat aku sentap bila kitaorang tanya harga telur penyu, dia cakap dengan tak pandang kitaorang. Pastu bila tanya lagi telur tu dari mana, dia jawab balik “orang tak belajar je banyak tanya ni”…eiiiii …. Hangin satu badan aku masa tu, terus dengan selamba aku ajak cousin aku pergi dari situ. Pastu aku siap cakap kat pakcik tu… “Pakcik, kitaorang tak hadap nak makan telur penyu yang pakcik jual ni. Saja nak tanya kalau-kalau pakcik ni lagi bodoh dari kami…” erk…. Tak,…bukan tu yang aku cakap… aku sebenarnya cakap macam ni “erm, dah la kak, kita cari lah kedai lain”…pastu apa lagi blah aaaa… dan kitaorang dapat beli telur penyu dengan harga yang sedikit murah dari tempat pakcik tu… moral of the story, jangan makan telur penyu, kalau tak kelaut jadinya…hahahah

Balik ke apartment, mandi-mandi dan bersiap untuk menghantar kakak ke rumah Abg Yus… nama pun Majlis Sambut Menantu… mesti time ni kakak aku berdebar… alhamdulillah, pukul 12.30 tengahari kami sampai di rumah pengantin. Selepas makan, kami beransur pergi. Lepas ni tempat yang dituju adalah Masjid Kristal.

Selepas berpanas dan bersejuk di masjid kristal, kami ke Kg Losong membeli keropok losong. Sedap dimakan begitu saja…hahaha…Pukul 5.00 petang baru bergerak pulang ke KL…

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Kelulut membeli air Nira, kemudian singgah makan malam di Kuantan. Perjalanan pada waktu malam tidak memenatkan tapi letih jugak kalau drive all the way dari Kuala.

Sampai di Bangi lebih kurang pukul 2 pagi. Masing-masing menidurkan diri selepas itu kerana esok pagi ada program lain menanti…

8 Jun
Pukul 11pagi, selepas sarapan keropok losong dan bihun goreng, aku bawa mama, bapa, amin dan babu ke warta. Asalnya sekadar membeli Healin Gamat namun bapa sempat membeli handphone baru, amin pula membeli thumdrive. Kami bertemu dengan Faizal dan Izul, anak babu Nor. Kami makan nasi beriani gam di restoran Anje berhampiran dengan ofis. Diorang kagum tengok restoran ni meriah, pastu pilihan lauk pun banyak. Usai makan tengahari, aku bawa mereka ke Alamanda, sempat ku bawa mama mengurut kaki di OSIM…

Pukul 5 petang, bergegas balik ke rumah, ambil beg dan barang-barang terus shoot ke LCCT… aku kan suka terkejar-kejar…hahaha… cuak gak, takut terlepas flight. Alhamdulillah… kini semuanya sudah selesai… mama tinggalkan aku dengan pertanyaan “bila lagi turn aku? Bulan ogos?”…aduh… mana bisa ku jawab soalan ni dong, calonnya juga belum ada...gimana ni?…

No comments: