14 Jun 2008
Seperti yang aku ceritakan didalam entri sebelum ini, aku telah mengikuti program anjuran Yayasan Salam Malaysia iaitu Program Pertandingan Mewarna dan Perasmian Projek Bekalan Elektrik dan Air ke Perkampungan Orang Asli, Kampung Bukit Manchung, Rawang, Selangor.
Perjalanan bermula dari pejabat Salam di Petaling Jaya. Kami berkonvoi 3 buah kereta. Bibah aku tinggalkan di Salam. Sampai di Perkampungan Orang Asli, dari jauh kedengaran suara kanak-kanak menyanyi… erk… ada sessi karaoke ke?... sungguh meriah kedengarannya… sesuatu yang berbeda di perkampungan ini. Ya, ku kira penduduknya sudah lama menerima perubahan baik dari segi kemudahan infrastruktur, penempatan dan pembangunan kendiri. Anak-anak orang asli di sini lebih mesra dan berani berbanding tempat-tempat yang pernah aku lawati sebelum ini. Begitu juga dengan ibu bapa mereka. Biarpun tipikal mereka yang pemalu masih menghiasi diri namun aku cukup senang dengan penerimaan ini.
Hanya kanak-kanak berusia 5 & 6 tahun mengikuti pertandingan Mewarna, selebihnya lagi mengerumuni kami untuk sesi suka-suka yang beraneka cerita dan warna, ada kuiz, ada permainan, ada nyanyi-nyanyi, ada makan-makan biskut dan gula-gula. Sakan aku melayan karenah mereka… Azinah misalnya beria-ia mengajak aku berjalan-jalan keliling kampung… cuak jugak, kang dibuatnya aku tak balik-balik…macamana ngan kekasih-kekasih gelapku di luar sana? Ah! Cepatnya aku berprasangka…
Majlis Perasmian yang sepatutnya berlangsung pukul 2.00 petang bermula agak lewat dek kelewatan YB perasmi… huh! Mentaliti sebeginilah yang amat memigrainkan kepala aku. Patutnya sebagai pemimpin, dia kena bagi contoh yang baik pada rakyat. Kesian tau kat anak-anak orang asli ni dah kelaparan sebab bajet makan sepatutnya pukul 2.30pm… YB perasmi semestinya sudah kenyang makan hidang dan lauk suap tengahari tadi.
Jam menghampiri angka 3 bila YB perasmi datang. Anak-anak orang asli dikumpulkan satu tempat kerana acara perasmian kali ini akan disudahi dengan gimik pancuran air ke atas anak-anak kecil ini. Haaaa…. Part ni aku suka laaa… sebab adik-adik ni memang happening… diorang selamba je berebut-rebut nak mandi air pancuran tu sampai kitaorang cuak-cuak takut batang paip tu tumbang ke patah ke dek kena serbu.
Usai majlis, sesi makan-makan… aku lihat semua penduduk menyerbu meja makan di belakang khemah… terkejut gak…. Tadi aku lihat menunya sekadar mee dan ayam goreng yang bagiku biasa-biasa saja… tapi mungkin amat berbeza bagi pandangan mereka… ya! Dunia kita mungkin sedikit berbeza kannnn…kemudian aku perasan sesuatu, seoarang anak kecil lingkungan 4-6 tahun membawa pinggan yang penuh dengan mee… mak aih! Kata aku dalam hati, biar betul budak kocik ni, makan banyak… kalah aku zaman kocik-kocik dulu… ku ekori lagi telatahnya melalui ekor mataku… ops… dia bagi pinggan tu kat mak dia…. Kemudian dia berlari lagi meyusup didalam rimbunan orang untuk mengambil makanan dan perkara yang sama berterusan sehingga pinggan ke-3… selepas itu mak dia blah macam tu je dan adik tadi menyusup semula mungkin mencari makanan untuk dirinya pula… aku mengandaikan dalam hati, makanan yang diambil ibunya tadi mungkin untuk adik-adik dirumah, atau mungkin jua untuk santapan makan malam mereka… insaf aku seketika… ternyata, dunia mereka jauh bezanya dengan duniaku dan aku patut bersyukur dengan itu.
Sebelum meninggalkan Perkampungan Orang Asli, kami sempat berziarah dan melihat rumah-rumah mereka sambil memberikan t-shirt seorang satu sponsor dari kompeni Zam bekerja… sempat juga kurembat sehelai t-shirt biru… sebab zam cakap “takpe, ada banyak lagi”…hahaha… aku turut berkesempatan merasai ‘Nasi Buluh’ yang mati-mati aku ingatkan lemang… persamaannya cuma ia dimasak di dalam buluh dan dibakar, namun ia tidak menggunakan daun pisang tapi cukup sekadar daun hutan seperti daun kunyit, bahannya pula hanya beras biasa dan bukan beras pulut serta santan. Rasanya? Erm… macam nasi kukus pun ada, tapi aroma daun tu memang sedap… makan dengan sambal dan ayam goreng… makan lak ramai-ramai sambil berdiri… ahahahah… urm, gud experience ape… Balik dari sana, kami singgah lepak-lepak kacau uncle David kat kedai dia Cafe Cow ape tahh…ekkk aku dah tak hengat. Arip kata roti telur peanut butter kat situ sedap…jadi aku pun orderlaaa… kemudian order kopi o ais… pastu diorang order roti bakar, roti steam (baca: first time jumpa nih tapi memang sedap), then bihun goreng, mee seafood masak lomak kari berkunyit (baca : ni yati yang order, dia pun tak ingat nama jadi aku bagi lah nama baru sebab tak sedap…. Kan yati kan kan kan), kue teow kungfu wacchhhaaa kak mas, erk fries, owh! Ah Kit telah memesan Sosej dan telur… pergh! Sedap je aku tengok diorang pow sosej tu …hehehe… nasib baik aku sudah diserang migrain jadi keinginan untuk merasa setiap makanan tu sedikit terbatas… nasib baik jugak … aku tak bawak bibah aku bersama… kalau tak dengan dia-dia sekali migrain… ahax
Abih sumer skali, lepak kejap kat pejabat salam, asalnya nak dengar citer pasal program Sukaneka Asdaf esok tapi sebab masing-masing dah penat jadi aku dan Ida pun undur diri… biarpun lelah tapi aku puas hati, aku berjaya mengisi hari-hari istimewaku dengan sesuatu yang bermakna…

No comments:
Post a Comment