hehhhh... aku mulakan dengan sengihan kecil... :)
Asal plan, shuk ajak budak2 uniten je, pastu dia ajak arep dan arep pula ajak "bukan super bukan setar Sesalaman" join, maka kami yang "bukan super dan bukan setar" ni pun join, pastu timbul niat nak bawak adik2 rumah solehah, maka adalah beberapa orang adik-adik Rumah Solehah yang turut serta.
Plan program ni hanya seminggu, bermula dari seorang dua, meningkat hingga tak terkira... dari projek mendaki sahaja, terus jadi program berjimba-ria... ngeheheee
Congrate to all climbers yang berjaya hingga ke puncak. Aku sorang je pun yang turun balik bila dah sampai bukit botak. Alasannya cukup mudah... "aku ngeri mengingat detik cemas mendaki takat terakhir sebelum sampai di puncak Angsi", siapa yang pernah mendaki mesti faham maksud aku.
and congrate juga untuk mereka yang setia menunggu di bawah sambil mandi2, layan adik-adik RS main, buat BBQ... seronoknyeeeee....
Juga kepada 3 wira Solehah... tabik spring ngan Along, Syafiq dan Fairuz eventhou 5ruz muntah kat atas sana dan Along sakit-sakit badan sehari selepas pendakian. Lepas ni bolehlah bawak you all buat extreme outdoor. Next trip ke Air Terjun Berkelah, kalau tak clash ngan program Solehah, nanti nak bawak Amin dan Syafiq kesana... tak pun ajak Zul yang gile ngan air ngan buddy dia 5ruz. ok tak?
Dan plan seterusnya dengan Ina (cakap-cakap semasa mendaki) adalah trip ke Gunung Datok. Aku memang dah bertahun nak panjat gunung Datok nih. Entahlaaaa... terasa macam nak bertemu si encek tulang rusuk di sana...wah wah, apekah!
Yang pasti lagi confirm, aku sakit kaki rite after balik dari Ulu Bendul. Azabnya nak panjat rumah aku kat tingkat 5 tu dan aku membayangkan situasi yang lagi kronik di esok hari... dan semalam, sebab mood tengah kacau ditambah ngan sakit kaki, aku amik EL. Terus berkurung dalam rumah, ubati hati, ubati kaki...huhuhu...
moral of the story, lain kali kalau ada trip lagi, aku nak pegi lagi...la la la... aku tak serik sebab alam buat aku hepi.
No comments:
Post a Comment