06 February 2009
kerana gigi
Dua hari lepas, pagiku indah seperti biasa. Owh, seminggu dua kebelakangan ni aku memang bersiap awal untuk ke pejabat. Azam selepas balik dari Phuket kot. heh!
Dalam kereta, ku dengar radio, celoteh AM Krew di Hot FM. Topik kali ni agak menarik, tentang perpisahan.
Kisah 1 : Bercerai hanya kerana ubat gigi
Ceritanya, si isteri ni selalu la mengajar si suami untuk memicit ubat gigi dari bawah. Tapi, dah nama pun lelaki, mula2 mungkin ikut saranan isteri... lama-lama dia kembali ke tabiat asal, picit tiub ubat gigi dari atas. Dijadikan kisah, Si isteri ni bengang, gaduh2 pastu cerai... alasannya, kalau benda simple macam tu suami dia tak ble buat, maknanya perkara lain yang lagi susah suami dia confirm tak boleh atasi...apekahhhhh!
aku terkesima dengar citer nih, pastu aku membebel sendiri... hello, aku tak kisah pun nak picit ubat gigi dari atas ke bawah ke... ape punya cerewet lah pompuan tu... kussss...simpang dijauhkan aku dari bertemu jodoh macam tu...
Kisah 2 : Putus tunang kerana tiada gigi
Kisah ke-2 ni pulak lagi sadis. Perempuan ni dah kapel ngan sorang mamat sampailah tahap bertunang. Satu hari, tunang dia tu tergelak besar tanpa menutup mulut (baca: aku saspek sebelum ni lelaki tu akan tutup mulut setiap kali bercakap, ketawa dan menguap... sungguh sopan lagaknya)
Terbukalah rahsia lelaki tu takdak gigi. Gigi mana aku tak tau lah, tapi yang aku tau, pompuan tu cakap, dia putuskan hubungan sebab lelaki tu takdak gigi...apekah! pastu si Fafau cakap tak baik dia buat macam tu, nanti dia akan dapat lelaki yang langsung takdak gigi lagi susah.
Pompuan tu selamba je cakap," takpe, saya dah kawin, husband saya ada gigi"...bzzzzz... aku lak hangin. tetiba dalam hati aku doa, janganlah aku jadi macam perempuan nih... memilih tak bertempat. ko hengat kalau comolot tu ble rasa gigi ke? erkzzz... ape aku kelaut nih?
tapi korang... tu la, aku rasa macam tak adil plak, kenapa lah wujud manusia macam kisah2 di atas kan... tak bersyukur, manusia, mencari kesempurnaan sedangkan diri sendiri tak sempurna...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment