19 February 2009

Gemuk

"Orang kata saya gemuk? saya peduli ape?"

Mungkin korang familiar ngan tagline di atas. Tu adalah iklan slot bual bicara Ally di TV3 yang bersiaran secara langsung setiap hari Rabu jam 11 malam. Aku pun baru dua episod tengok program bual bicara Ally nih. Minggu ni citer pasal gemuk... Ya, Gemuk itu comel! oh yea oh yea...

"Kenapa kita takut untuk jadi gemuk? Adakah kerana gemuk membawa tanggapan yang kita mudah mendapat penyakit? Kalau benar kenapa orang gemuk dipanggil ’sihat’? Adakah kerana gemuk juga membuatkan penampilan kita kurang menarik? Kalau benar kenapa orang gemuk digelar ’comel’ dan sering mendapat perhatian"... (adapted frm Cerita Ally)

haaaa...sape nak jawab tu? aku nak bawa lagi satu fakta, fakta yang aku dapat sendiri dari kawan2 kurusku, rata-rata mereka (kawan2) yang kurus ini mempunyai tahap kolestrol lebih tinggi dari aku...la la la la la la... bukan nak kata besar, tapi sehingga ke hari ini, paras gula, darah, kolestrol dan semua paras2 kesihatanku masih berada di tahap normal. alhamdulillah.

Aku takde la nak bongkak cakap its okay to be chubby ni and yes, aku tak nafikan yang aku kena aware ngan kesihatan aku but as long as im okay with it, who cares! yaaa...who cares!

Apepun, aku sempat menonton slot ni semalam dan serious ia beri impak yang agak besar dalam hidup aku. Towards end of the slot, Ally come out ngan Hakikat vs Mitos tentang gemuk nih, moh kita cek sama-sama;

Mitosnya : Orang gemuk kuat makan
Hakikatnya : Tak semua orang gemuk kuat makan, it depends on the individu, antara penyebab gemuk adalah kadar metabolisme yang rendah. Yes, memang ada yang kuat makan tapi hanya segelintir.

Mitosnya : Orang gemuk ni lembab
Hakikatnya : Pun bergantung pada individu, memang benar ada yang lembab+look dumb disebabkan berat tapi kebanyakkanya energetic. Contoh penyanyi Dina, she can sing a high beat song for an hour siap terkinja-kinja lagi and hello, aku pun buat keje cepat tau, takde la terhegeh2 macam 'orang tu'. Kalau berjalan pun takdelah nak menyeret selipar macam orang-orang yang perasan kurus...ahax. Poyos la 'orang itu'... perasan bagus la tueeee...

Mitosnya : Orang gemuk ni suaranya sedap
Hakikatnya : oh yes oh yes... memang ada yang suara sedap... tapi kalau tengok kat audition mana-mana ada jugak yang off key. Urm, antara artis yang bersuara sedap adalah pojaan ku Adibah Noor. Fuhhh... aku memang admire ngan dia nih. Tapi cam celine dion tu cekediang jugak sora boleh tahan jugak... so aku ble cakap hakikatnya pun DEPEND ON THE INDIVIDUAL ITSELF... hehhhh

Mitosnya : Orang gemuk ni selekeh
Hakikatnya : Hahaha... apa punya bangangla orang yang kata macam ni. Sebab aku seorang yang organize. Aku bukan seorang yang obses menjaga penampilan sebab bagi aku biar nampak kemas dan tak selekeh sudah memadai. To be frank, ex-bf aku dulu sangatlah selekeh dan dia dikategorikan sebagai kurus melidi... jadi, apakah maknanya dengan gemuk dan selekeh itu? sungguh tak sesuai!... sekali lagi aku nyatakan, IT DEPENDS ON THE INDIVIDUAL ITSELF...

Jadi, apa yang kita cari dalam hidup ni sebenarnya? setakat nak hina aku gemuk? nak panggil aku Jibam? panggil aku Adibah Noor? aku peduli ape... ye dakkk? hehehe

3 comments:

Anonymous said...

sbnrnya ada jugak orang kurus pun ada masalah macam orang yang berisi.

kakak opis aku ni asyik stress je kalu orang cakap dia kurus. siap nak lemak aku lagi wakakakaka

sepenuhjiwe said...

sihat yg plg utame.

Nani said...

betul betul betul! yang penting sihat.