Amarahku pada dia hilang sebaik saja selesai entri semalam ku publishkan. Biar ada saki baki geram tapi semua beransur reda bila sampai ke rumah. Alhamdulillah. Ada jua niat nak delete entry tu tapi biarlah...sekurang-kurangnya itu peringatan untuk aku juga. Iyela, kadang-kadang kita tak tau apa yang kita buat ni ok ke tak ok pada pandangan orang. Apepun aku nak mogok taknak tegur dia sebulan. kalau terpaksa pun aku nak buat bodo je...hehe, boleh ke? sebab aku ni pengasih orangnya, kalau marah kat orang sekejap cuma, pastu confirm tak sampai ati nak confront. itu lah aku.
ok, sampai rumah aku keluarkan ayam, sayur dan tauhu dari fridge. Kupas bawang putih, bawang merah dan halia. Ku ambil periuk kecil, letak air , bubuh bawang dan halia yang telah di hiris dan panaskan diatas dapur. Setelah air menggelegak, ku letak isi ayam, tauhu dan garam secukupnya, kemudian aku potong sawi. nanti nak letak bila rebusan dah mendidih. Sambil-sambil tu aku amik lagi satu periuk kecil dan rebus makaroni. Rumah aku kehabisan stok bihun, jadi buat sup ayam makaroni pun sedap jugak. ye dakkk?
Makaroni dah masak, sup ayam pun dah sedia. oh, aku kena mandi dulu. Mandi sambil cuci baju. Selesai semua, sementara tunggu maghrib, aku makan malam sambil tengok citer Spa Q. Bosan gak cerita ni tapi layan kan aje, furthermo, aku suke bangat tengok muka norish karman, sangat elegen + cool.
habis makan, habis solat, ku pandang tafsir quran di rak paling atas. Dah lama aku tak pegang mukjizat paling utama Rasullullah tu... hati berbolak-balik, nanti la malam jumaat aku baca yaasin. getusku sendirian.
Mama sms, bagitau sakit giginya masih belum berubah. Setiap 6 jam perlu mengambil ubat penahan sakit. Aduhai kesiannya mama... aku sarankan mama untuk buat check-up semula di klinik gigi, mungkin ada saki baki akar gigi yang tertinggal masa dicabut tempohari.
alahai, kan baik kalau semua perkara yang kita tak suka tu boleh hilang sekelip mata.
hilang... hmmm...ya ...hilang...

2 comments:
nani dear...
windu kat puding roti dia... hehehe
takpe... lepas marah tu lagi baik dari simpan...
haha muha, miss u jugak, sorry lah, sungguh lama tak contact muha. sangat banyak nak cerita. Will see how this weekend maybe. Kita lepak kat luar. ok?
Post a Comment