27 February 2009

salah siapa

tadi, jumpa sorang kakak, sembang-sembang kejap pasal dia nak amik anak angkat... tapi... *sigh

salah budak tu ke kalau dia dilahirkan tanpa seorang bapa yang sah?

salah budak tu ke kalau dia disahkan ada penyakit?

salah budak tu ke kalau kelahirannya kerana hasil perkosa orang?

salah budak tu ke kalau darah yang mengalir dibadannya adalah darah penagih dadah?

salah budak tu ke kalau darah yang mengalir dibadannya adalah darah pelacur jalanan?

salah budak tu ke kalau darah yang mengalir dibadannya adalah darah pelanggan pelacur jalanan?

atau

salah budak tu ke kiranya dia lahir kerana rela sang dara kepada teruna?



lantas


kenapa perlu skeptikal?


dia cuma seorang budak naif yang masih mentah untuk mengenal dunia

dia cuma seorang budak hingusan yang kepingin hidup bahagia

tapi dia juga insan yang punya warna darah yang sama dengan kita



p/s : aku sebak, wujud jugak orang macam ni ye...huhuhu
p/s/s : aku teringin punya anak sendiri tapi belum kawin, jadi aku nak amik anak angkat, tapi aku tak yakin boleh jadi 'single mabeles mommy'...owh boleh ke aku... ape korang rasa?

26 February 2009

i've made mistake :(

aku teringat seorang kenalan ada entri pasal dia pernah buat silap. aku tak tau apa silap dia, aku taknak amik tau pun walaupun hatiku meronta-ronta nak tau, tapi sampai sekarang pun aku tak pernah argue dengan dia. bagi aku masing-masing pernah buat silap dan takdehal lah semua tu bagi aku.

tapi minggu ni, dua malam lepas to be exact, aku dah buat silap, kesilapan yang bagi orang lain biasa je tapi bagi aku suatu silap besar

Oh gosh! only if I cud turn back time...

24 February 2009

owh!

Semalam, terima berita gembira lagi, im gonna get double prosperity tis year. My sis-in-law was one and half month pregnant. oh yeah... So that, bulan sept dapat baby, bulan oct pun dapat baby lagi...wahhhh, seronoknya saya. berganda-ganda jugak happy mama dan bapa, taun lepas terima menantu serentak, taun ni pun dapat timang cucu serentak...

Semalam, an oldfren call, ajak kuar. Ikutkan saja. Lama tak lepak ngan dia. Tapi saya dah mula terasa simptom2 tidak enak dikepala, tekak dan hidung. Silap saya minum white coffee, migrain datang menyerang sampai muntah-muntah. Pukul 2 pagi baru boleh tidur. Tu pun dengan badan separuh menggigil. kesian saya...

Hari ni, batuk saya makin teruk, tapi saya masih gagah pegi kerja. Pukul 9 pagi, saya terkejut dapat tahu sis-in-law warded. Dia sangat lemah sebab lebih seminggu tak boleh makan. Asal makan je muntah, dapur memang takboleh masuk. Kat ward, kena masuk air 6 botol. Huhhh! banyak tu.

Lalu, tengahari tadi saya kunjungi sis-in-law di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bandar Baru Bangi, sebelum menjenguk dia, saya jadi out-patient dulu, jumpa dokter tentang masalah kesihatan saya. Confirm selsema. luckily tak demam tapi sekarang rasa macam nak demam, huhuhu...

Kejap lagi, saya nak balik, buat agar-agar laici permintaan sis-in-law, harap2 buatan tangan saya yang ini mampu masuk di tekak sis-in-law. kesian dia kan...

Kejap lagi, saya juga kena bersiap, temujanji makan malam ngan oldfren. Mungkin saya heret dia sekali ke hospital nanti sebelum makan malam.

Laratkah saya? dengan batuk, tekak gatal-gatal, hidung berair, kepala berat... owh!

**tetiba saya rasa skema menggunakan ganti nama 'saya'...

23 February 2009

dan sebenarnya

haiyaaaa, lately nih selalu je mood kuntum ;)
tapi lagu dendangan Yuna ni memang menusuk kalbu...arghhh!

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku


ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabilakau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku


pabila kau merenung matanya
ku rebah,jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku


oh...

suka dengan lagu ni? ble download kat sini

Plan B

Gegirl tido umah aku, plan asal nak makan kat luar tapi since aku tengah sangap, plan B nya kitaorang makan malam kat umah je. Menu Ayam Goreng dan Kacang Buncis tumis udang.

So mula-mula nak masak sendiri tapi to be suprised, gegirl berebut nak tolong aku memasak. Oleh itu, Plan B nya, aku pun bagi diorang experience memasak, masing-masing berpeluang meggoreng ayam, dari proses menyalut dengan telur dan tepung, hinggalah kepada meletak ayam atas minyak yang panas dan angkat ayam yang dah masak. Bukan tu je, aku kena bahagi tugas memotong kacang buncis. Nasib kat umah ni ada pisau lebih yang kecik-kecik.

Ahad, bangun pagi, lepas bagi diorang makan ubat, aku siapkan sarapan sementara diorang mandi dan bersiap. Kami bertolak ke Jusco Cheras Selatan tepat pukul 10.00 pagi. Masa kitaorang sampai kat depan TGV, hanya Aniza yang ada. Yang lain tengah parking dan selebihnya belum sampai.

Menjelang 11pagi, orang semakin ramai. Kanak-kanak luar biasa ramainya. Confirm diorang nak tengok citer yang sama. Ada 13 orang adik RS dan ada 17 Kakak/abang volunteer. So seperti plan, seorang abang/kakak akan jaga dan duduk bersama seorang adik. Aku dapat seat c11 dan C12, seat untuk aku dan Hisyam. Apepun, since aku masuk agak lambat, seat aku dah occupied, nak tak nak aku kena duduk tempat lain dan duduk ngan orang lain.Plan B nya, instead of duduk ngan adik, aku kena duduk ngan abang. lalalalalala... huhhh! kesian Nik sebab kena duduk sebelah aku. Mampus aku gelak tak hengat.

Lepas habis Upin Ipin, kitaorang makan tengahari kat McD. Lepas tu hantar diorang balik. Nazira dah mula buat perangai, penat kot tu yang keluar perangai diluar kawalan. Dalam kereta, masing-masing tertidur. Si Aishah siap mamai terbawak bantal dalam kereta balik Rumah Solehah. hehehe.

Lepas hantar diorang balik, aku pun balik umah. Hajat nak buat closing kelas OHD terbantut sebab penat sangat. Jadi, plan Bnya, sampai rumah, dengan hujan yang agak lebat, aku tutup langsir dan tido. wah nikmatnya!

-Life is about choosing and I choose to live happily ever after-

21 February 2009

Plan

Pagi tadi, tengahari dan sekarang, ada program recycle Salam. Amik barang IT yang NIOSH nak lupuskan. Alhamdulillah, dapatlah dalam RM750.

Kejap lagi, nak g Rumah Solehah (RS) , nak amik Aishah, Balqis, Munawarah dan Azira. Malam ni diorang tidur umah aku.wah! bestnyeee...

Esok pagi, bawak adik-adik RS tengok Geng Pengembaraan Bermula Upin & Ipin. Kitaorang dapat tiket early bird kat Jusco Cheras Selatan. Sistemnya seorang kakak/abang, seorang adik RS. Aku nak jaga sapa ye? must be girl lah.

Petang esok, lepas hantar adik2 RS, balik ofis, kena buat closing kelas pulak. Malam taknak pegi mana-mana, masa untuk sendiri di rumah.

hmmm... ok jugak kalau plan weekend nih...

20 February 2009

Hati kata takpe

aku tersentak terima emel dari Juju ni, ia membuat aku diam seribu bahasa. menangis tidak, ketawa apatah lagi. Tapi nak buat macamana? aku pernah sayang dia dulu... dulu... ya... dulu...

Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yg org tu kata
Tapi bila dia kata kita?
Ati kata takpe semua manusia tak sempurna...

Bila kita sayang org tu
Kita tunggu dia lama pun x per
Tapi bile dia tunggu kita???
Dia marah2
Ati kata alaaaa...adatlah ada yang menunggu dan ditunggu..

Bila kita sayang org tu
Kita x tido pun x pe janji layan dia yg tgh bosan
Tp bila kita bosan, Ada dia layan kita???
Ati kata x pe dia busy kot..

Bila kita syg org tu
Kita gaduh ngan dia
kita diam je
Tp dia heboh 1 dunia
Ati kate x pe, dia tension tuu....

Bila kita syg org tu
Kita call nak cakap dgn dia
Tp dia gayut dgn org lain..
Bila jd camtu,
Ati kata x pe,
dia ada hal nak cakap dgn kwn dia...

Bila kita syg org tu
Kita bercerita dgn dia, cerita ngan tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita..
Kita dgr, sepatah2 kita ingat
Ati kata x pe, syglah katakan..

Bila kita syg org tu
Kita n dia lapar
Tp kita bg semua roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalah hati dia, sian dia...

Bila kita syg org tu
Kita sanggup bg dia rest bila dia letih
Tp bila kita letih,
dia nak jugak kita layan dia bila dia bosan..
Adil ke?
Ati kata, ala bukan selalu pun..

Bila kita syg org tu
Kita jadi macam org gila dgr dia sakit
Tp bila kita sakit,
Dia siap bole kuar ngan kwn2 dia
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam...

Bila kita syg org tu
Kita x penah pentingkan diri sendiri
Tp dia hipokrit tahap cipan gaban
Ati kata x per, dia mmg camtu kena lah terima..

Bila kita syg org tu
Nmpk lalat kat makanan dia,
kita halaukan
Tp dia lak kalau Nampak lalat kat makanan kita,
dia biarkan je
Ati kata, takpelah,
takkan dia asik nk buat semua benda utk kita..

Bila kita syg org tu
Kita x sanggup tgk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kita,
Ati kata, tau x betapa kita syg kan dia?

Bila kita syg org tu
Kita sanggup tinggalkn dia selama2nya utk dia bahagia
Tp adakah dia tahu pengorbanan kita??
Ati kata, x pe, janji dia bahagia...

aku agak tak puas hati dengan poet nih, tapi aku takde masa nak membalas. Tunggulah hati kembali tenang. Sekarang ni jiwa tengah bergelora... :(

19 February 2009

Gemuk

"Orang kata saya gemuk? saya peduli ape?"

Mungkin korang familiar ngan tagline di atas. Tu adalah iklan slot bual bicara Ally di TV3 yang bersiaran secara langsung setiap hari Rabu jam 11 malam. Aku pun baru dua episod tengok program bual bicara Ally nih. Minggu ni citer pasal gemuk... Ya, Gemuk itu comel! oh yea oh yea...

"Kenapa kita takut untuk jadi gemuk? Adakah kerana gemuk membawa tanggapan yang kita mudah mendapat penyakit? Kalau benar kenapa orang gemuk dipanggil ’sihat’? Adakah kerana gemuk juga membuatkan penampilan kita kurang menarik? Kalau benar kenapa orang gemuk digelar ’comel’ dan sering mendapat perhatian"... (adapted frm Cerita Ally)

haaaa...sape nak jawab tu? aku nak bawa lagi satu fakta, fakta yang aku dapat sendiri dari kawan2 kurusku, rata-rata mereka (kawan2) yang kurus ini mempunyai tahap kolestrol lebih tinggi dari aku...la la la la la la... bukan nak kata besar, tapi sehingga ke hari ini, paras gula, darah, kolestrol dan semua paras2 kesihatanku masih berada di tahap normal. alhamdulillah.

Aku takde la nak bongkak cakap its okay to be chubby ni and yes, aku tak nafikan yang aku kena aware ngan kesihatan aku but as long as im okay with it, who cares! yaaa...who cares!

Apepun, aku sempat menonton slot ni semalam dan serious ia beri impak yang agak besar dalam hidup aku. Towards end of the slot, Ally come out ngan Hakikat vs Mitos tentang gemuk nih, moh kita cek sama-sama;

Mitosnya : Orang gemuk kuat makan
Hakikatnya : Tak semua orang gemuk kuat makan, it depends on the individu, antara penyebab gemuk adalah kadar metabolisme yang rendah. Yes, memang ada yang kuat makan tapi hanya segelintir.

Mitosnya : Orang gemuk ni lembab
Hakikatnya : Pun bergantung pada individu, memang benar ada yang lembab+look dumb disebabkan berat tapi kebanyakkanya energetic. Contoh penyanyi Dina, she can sing a high beat song for an hour siap terkinja-kinja lagi and hello, aku pun buat keje cepat tau, takde la terhegeh2 macam 'orang tu'. Kalau berjalan pun takdelah nak menyeret selipar macam orang-orang yang perasan kurus...ahax. Poyos la 'orang itu'... perasan bagus la tueeee...

Mitosnya : Orang gemuk ni suaranya sedap
Hakikatnya : oh yes oh yes... memang ada yang suara sedap... tapi kalau tengok kat audition mana-mana ada jugak yang off key. Urm, antara artis yang bersuara sedap adalah pojaan ku Adibah Noor. Fuhhh... aku memang admire ngan dia nih. Tapi cam celine dion tu cekediang jugak sora boleh tahan jugak... so aku ble cakap hakikatnya pun DEPEND ON THE INDIVIDUAL ITSELF... hehhhh

Mitosnya : Orang gemuk ni selekeh
Hakikatnya : Hahaha... apa punya bangangla orang yang kata macam ni. Sebab aku seorang yang organize. Aku bukan seorang yang obses menjaga penampilan sebab bagi aku biar nampak kemas dan tak selekeh sudah memadai. To be frank, ex-bf aku dulu sangatlah selekeh dan dia dikategorikan sebagai kurus melidi... jadi, apakah maknanya dengan gemuk dan selekeh itu? sungguh tak sesuai!... sekali lagi aku nyatakan, IT DEPENDS ON THE INDIVIDUAL ITSELF...

Jadi, apa yang kita cari dalam hidup ni sebenarnya? setakat nak hina aku gemuk? nak panggil aku Jibam? panggil aku Adibah Noor? aku peduli ape... ye dakkk? hehehe

3 cerita satu malam

cerita 1 : A girl who lives in the dark

Ni bukan drama, bukan jugak filem, tapi dokumentari tentang seorang budak kat Cina yang ada ketumbuhan di muka yang menyebabkan mukanya nampak hodoh, bernanah dan busuk.

Ketumbuhan tu dah merebak sampai efek kat mata kiri dia.

Then, ada one doctor yang willing nak tolong budak Lai Yang nih, it took 2 days dari kampung diorang tu nak ke Hospital Shanghai for the treatment. Very long journey tapi aku sangat kagum dengan ketabahan budak tu. Walaupun penat dan feel awkward ngan tempat baru, tapi budak tu tetap bersemangat dan gembira.

Dua pembedahan, dua bulan special care treatment, dua hari perjalanan jang jauh (kalah journey aku ke phuket ari tu), at last, Lai Yang kembali ke kampung halamannya dengan muka baru, lubang disana-sini. Mata kiri dan hidung terpaksa dibuang kerana tumor telah merebak dan mematikan kawasan tersebut. Walaupun sedikit hodoh, tapi kini tiada lagi bau busuk, nanah dan sakit akibat ketumbuhan. Lai Yang sangat gembira dengan dirinya kini and im pretty sure ada somebody yang baik hati akan willing nak buat plastic surgery kat dia. InsyaAllah.

Moral of the story :
Biar luaran nampak lemah tapi di dalam teguh seteguh karang di lautan. No matter who you are, you still got your own specialities
.

----------------------------------------------------------------------
Cerita 2 : Ku Milikmu

Siri terakhir Lestari di TV3 ni takde la best sangat. Ending pun mengarut ntah apa-apa ntah. Tapi apa yang aku harapkan menjadi jugak akhirnya. Iqbal akan kembali pada Anisa dan Anisa tu confirm anak Tuan Syed Muzaffar. hehehe... aku dah agak dahhhhh...

Moral of the story:
Berhati-hati dengan orang sekeliling, he/she might look gud, no harm, but just give extra careful.

----------------------------------------------------------------------
Cerita 3 : 28 Days

Filem lakonan Sandra Bullock memang best-best. So far aku tak pernah keciwa tengok filem-filem lakonannya.

28 Days ni mengisahkan Sandra yang kena masuk rehab sebab drunk & drug addicted. Masa dalam rehab tu off course banyak complication yang dihadapi and educated and career women, mesti dia refuse ngan mende2 rehab nih. Mana ada orang nak mengaku dia tu buat salah, ye dakkk?

Banyak gak pengajaran dalam filem nih dan aku sangat suka ngan kata-kata Sandra on the last day member sebilik kat rehab centre tu "Dont bother someone's slogan coz you're poetry"... yeay! kita memang unik. I agreed!

Moral of the story :
Kita tak boleh lakukan semua perkara maka kita perlu belajar melepaskan separuh

18 February 2009

hilang

Amarahku pada dia hilang sebaik saja selesai entri semalam ku publishkan. Biar ada saki baki geram tapi semua beransur reda bila sampai ke rumah. Alhamdulillah. Ada jua niat nak delete entry tu tapi biarlah...sekurang-kurangnya itu peringatan untuk aku juga. Iyela, kadang-kadang kita tak tau apa yang kita buat ni ok ke tak ok pada pandangan orang. Apepun aku nak mogok taknak tegur dia sebulan. kalau terpaksa pun aku nak buat bodo je...hehe, boleh ke? sebab aku ni pengasih orangnya, kalau marah kat orang sekejap cuma, pastu confirm tak sampai ati nak confront. itu lah aku.

ok, sampai rumah aku keluarkan ayam, sayur dan tauhu dari fridge. Kupas bawang putih, bawang merah dan halia. Ku ambil periuk kecil, letak air , bubuh bawang dan halia yang telah di hiris dan panaskan diatas dapur. Setelah air menggelegak, ku letak isi ayam, tauhu dan garam secukupnya, kemudian aku potong sawi. nanti nak letak bila rebusan dah mendidih. Sambil-sambil tu aku amik lagi satu periuk kecil dan rebus makaroni. Rumah aku kehabisan stok bihun, jadi buat sup ayam makaroni pun sedap jugak. ye dakkk?

Makaroni dah masak, sup ayam pun dah sedia. oh, aku kena mandi dulu. Mandi sambil cuci baju. Selesai semua, sementara tunggu maghrib, aku makan malam sambil tengok citer Spa Q. Bosan gak cerita ni tapi layan kan aje, furthermo, aku suke bangat tengok muka norish karman, sangat elegen + cool.

habis makan, habis solat, ku pandang tafsir quran di rak paling atas. Dah lama aku tak pegang mukjizat paling utama Rasullullah tu... hati berbolak-balik, nanti la malam jumaat aku baca yaasin. getusku sendirian.

Mama sms, bagitau sakit giginya masih belum berubah. Setiap 6 jam perlu mengambil ubat penahan sakit. Aduhai kesiannya mama... aku sarankan mama untuk buat check-up semula di klinik gigi, mungkin ada saki baki akar gigi yang tertinggal masa dicabut tempohari.

alahai, kan baik kalau semua perkara yang kita tak suka tu boleh hilang sekelip mata.

hilang... hmmm...ya ...hilang...

17 February 2009

babi punya orang

(Peringatan : Ini adalah entri amarah menggelegak panas membara, jangan baca kalau anda sakit jantung, sakit jiwa atau mengalami asma)

wah! sarcastic betul tajuk entri aku kali ni. Dulu aku pernah membabikan orang. Pastu aku cool down. Dari babi, orang tu dah bertukar jadi kucing...wakakaka...ello, kucing comel ape lebih-lebih lagi kucing 'Hermione Granger dalam Harry Potter' (dipetik dari entri erme).

tapi, sekarang ni, aku nak membabikan orang lagi sebab orang tu memang babi... bukan orang yang sama tapi orang baru. Aku namakan dia babibaru...wakakaka

babibaru

babibaru

babibaru

babibaru

babibaru

babibabu

.
.
.

isk, tak baik la aku ni
sebab aku bukan siapa2

tapi dia memang babi...

pegi mamposlah ngan impian ko tu!
ko nak kelangit ke , kelaut ke, kegunung ke, kejora ke... erkzzz...

Ingat aku heran

.
.
.

kussss... lega...

16 February 2009

Hari berumahtangga

apalah malang nasib menimpa...ecece...habis semua plan mimpi belaka. Sudahnya aku buat keputusan, hari Ahad adalah hari berumahtangga (baca : meminjam kata sarah).

Ahad, konon nak pegi gym pagi-pagi buta, tapi rupanya aku membuta sampai pukul 9. Bangun-bangun je, lepas kemas katil, aku g dapur, keluarkan ayam kat peti ais, pastu rendam baju kat bilik air, pastu buat ovaltine dan terus lepak kat hall sambil tengok tv. surf channel tv sumer citer tak best.

Aku bangkit, tengok bilik, macam biasa ikat langsir, bukak tingkap, pastu rasa-rasa tapak kaki, ishhh, berpasir je rasanya. Terus amik penyapu dan mula membersihkan rumah. Aku dah tak rajin nak deko2 jadi aku cuma bersihkan habuk dan kemas mana yang patut.

Habis menyapu, aku mula kumpulkan botol2 plastik terpakai. Uish! 2 plastik besar sehhhh... tu tak masuk botol kaca ngan tin. Ah! itu kasi next trip. Kemdian aku cuci baju, sidai baju, cuci bilik air dan mandi... la la la...

Bila dah mandi, badan pun dah rasa segar, rumah lak dah bersih dan rasa best je nak lepak. perut pun mula rasa lapar. Jeng jeng jeng, tapi dah nak dekat tengahari. Imran aku lak dah berkurun tak kena mandi, last time masa buat Charity Car Wash, Imran mandi tak bersih sangat pun... maka aku pun keluarlah rumah, bawak 2 beg botol plastik nak hantar recycle + bawak Imran g car wash.

Pukul 1.00petang, kereta aku dah berseri kembali...Imran dah ensem, ngehehe. Dengan senang hati aku balik rumah, tgk TV, pastu g dapur dan siapkan makan tengahari. Menu hari ni fries ngan ayam goreng je. Aku malas nak masak nasi. Kemudian makan sambil tengok TV. Habis rancangan Nona, kebosanan melanda. Nak keluar, malas. Sudahnya, 3.15petang, aku dah siap baring-baring atas katil, tutup langsir, pasang kipas full blast dah ZZZZzzzzzz

4.30 petang, bangun, tengok TV lagi, boringnyaaa... aku tidur balik, sejam kemudian baru bangun. Tu pun sebab badan dah lenguh tidur lama sangat. apa aku nak buat nih? tengok bilik tamu, ada selonggok pakaian, malasnya nak lipat baju... aku mengeluh dalam hati. Kemudian pegi dapur. aku keluarkan udang dari freezer untuk dinner, kemudian aku selongkar kabiner dapur, ada tepung, ada butter, hmmm buat pan cake a.k.a lempeng untuk tea break sedap jugak... makan ngan susu pekat, pergh! sedap sehingga menjilat jari.

Siap minum petang aku bersihkan dapur, kumpul bekas-bekas kaca, susun tin-tin kosong, kemudian buang sampah. Lepas maghrib, aku lipat baju depan TV bersambung pulak tengok Oprah Winfrey Show, pastu g dapur prepare makan malam. Menu ; Mee Rebus Udang ngan Sawi. Asal resepi adalah isi ayam tapi disebabkan aku dah makan ayam siang tadi jadi kena tukar menu lain waktu malam. Menu ni kakak aku yang bagi, dia cakap ni makanan orang Kelantan. Very simple tapi sangat berkhasiat.

Bahan-bahannya cuma air 2 cawan, isi ayam (aku tukar ngan udang), bawang putih (aku tambah bawang merah jugak), sayur sawi, garam dan mee kuning(dicelur).

cara masak, Rebuskan ayam dan bawang sehingga menggelegak, masukkan batang sawi, garam secukup rasa dan biarkan dalam 30 saat sebelum masukkan daun sawi. Tutup api dah curah dalam mangkuk yang berisi mee kuning. Kalau nak pedas bolehla taruh cili ikut selera. tadaaaa!enjoy ur dinner...
so ni adalah mee rebus yang aku buat semalam. Sedap tau nyahhhh...cuba lah. Very da simple and berkhasiat. Kalau ble sayur tu tak mo masak terlalu lama. Stail aku, bila dah letak daun sawi, aku terus tutup api.

Ok, makan malam dah, lipat baju pun dah, tengok tv lagi, uish, hari ni memang sakan aku tengok TV. Berbaloi bayar astro kalau macam ni hari-hari... tapi ni cuma terjadi sebulan sekali, huhhh, apekahhhh!

pukul 12 malam, mata tak mengantuk tapi aku mesti masuk tidur. penat guling-guling atas katil tapi mataku tak jugak terpejam lena... menyesal pulak layan tido tak hengat siang tadi. Sudahnya setiap jam aku bangun basahkan kaki, berangan, pastu tertido, pastu bangun lagi, basahkan kaki, mimpi, berangan lagi hahaha...

berbekalkan pengalaman sehari berumahtangga yang membosankan, aku cam kesian lak kat suri rumah sepenuh masa yang baru kawen, mesti boring gile sebab siang hubby keje, pastu duk umah sensorang tak tau nak buat apa... kalau yang dah kawin lama ngan ada anak2 tu lain cerita lah... aku yang tak sampai sehari bawak 3 orang budak Rumah Solehah tidur rumah pun dah kelam kabut. Hehehe.

sekian dahulu entri panjang lebar dari aku yang telah merasai hari berumahtangga di hari minggu :)

14 February 2009

ari sabtu pun keja

huh! semalam aku plan taknak ke ofis ari ni. Kelas aku pun ada satu je yang run, selebihnya kelas orang lain.

Tapi, pagi tadi aku dikejutkan dengan deringan talipon dari opis... huwargh! ni mesti ada kes.

Telahanku benar belaka, trainer kelas tak datang. Aku ingatkan trainer kelas aku tapi rupanya trainer kelas orang lain. Kusss semangat. Apepun since aku yang lead sume2 mende nih, aku pun cepat2 ke opis, setelkan apa yang patut.

Thanx to Kak Su dengan idea spontan lagi bernas, combine kelas dan buat mass lecture. Thanx jugak pada encek Param sebab very da relax setelkan semua problem sebelum aku sampai pejabat. and sorry to wana sebab kalutkan pagi dia... dah la pas ni nak jumpa encek abang exam...ha ha... celebrate valentine ekkkkk... and kak syihan yang memang buat bodo dari awal kes kejadian...huhhh...

aku? kejap lagi nak balik umah. Nak sambung berangan..eh eh, tak, kejap lagi nak g kedai, beli ayam, beli sosej, beli kentang, malam ni nak marinate sume2. Sok nak berkelah kat Bagan Lalang plak. hehehe... kali ni nak berkelah ngan famili... ok tak? ok la tue... tadaaaaa!

13 February 2009

hujung minggu ni nak wat pe ekkk?

aiyooo! aku semacam blur ngan minggu nih. Tak tau nak buat apa baik kat pejabat ataupun rumah. Sedar-sedar seminggu dah berlalu. esok dah ari sabtu. Valentine's day gitu... tapi aku tak celebrate pun. Takde maknenyeeee...

Tadi, masa makan pagi ngan Ayu, perbualan ni sempat ku rakam

Ayu : Nani buat apa hujung minggu ni?
Aku : Bila? minggu ni? ntah... ha'ah ekkk... minggu ni nak buat ape? Nape Ayu?
Ayu : Nak ikut Ayu balik Kedah tak esok pagi?
Aku : Balik Kedah? best gak... tapi orang keje Isnin la Ayu
Ayu : Takpe, Ayu balik Ahad, tunang Ayu keje hari Isnin sama cam Nani
Aku : Oooo... tunang Ayu pun ikut ye? urusan kawin la ni?
Ayu : Ha'ah, tunang Ayu nak try baju pengantin, Ayu lak nak sumbit borang nikah
Aku :Best jugak, tapi ntahlaaa... rasa macam ada program je minggu ni tapi x ingat
(Pikir2, g Kedah saja2 memang best, tapi ikut orang buat urusan nikah kawen nih mesti tak best, diorang sibuk2 pasal kenduri, mesti aku jadi beban diorang lak... betul tak?)
Ayu : Takpe, nanti Nani nak ikut bagitau ye, ramai sikit member.
Aku : Ok, nanti orang cek dulu...

(hehehe...kusssss semangat)

hmmm... Kesimpulannya aku tak ikut ayu balik kedah, tapi aku nak buat apa minggu nih? macam nak g Rumah Solehah, nak main2 ngan diorang. Pastu nak bawak budak RS kuar, bawak main layang2 kat Bagan Lalang. Pastu tidor umah, pastu ahad hantar diorang balik. Tapi nak bawak sape? Kalau bawak balqis, Azira ngan Aishah ok tak? ble wat feminin punye xtvt. Tapi aktiviti ape? takkan menjahit...apekahhhhh... dem it! aku dah jem

Kalau bawak diorang g National Library okay tak? uhhhhh...daripada buat mende tu baik aku wat tuisyen je kat diorang. Tak pun bawak diorang lepak kat KLPac. Tengok orang, tengok ikan... lalala... haaaa... aku nak bawak diorang bagi makan ikan. Tapi kat mana?

banyak sangat cengkerot daaaaaaa... tengok lah aku nak watpe esok dan lusa. ntah2 tido memanjang kat rumah saja... ngehehe

12 February 2009

XPDC Angsi : Uniten - Salam - Rumah Solehah

hehhhh... aku mulakan dengan sengihan kecil... :)

Asal plan, shuk ajak budak2 uniten je, pastu dia ajak arep dan arep pula ajak "bukan super bukan setar Sesalaman" join, maka kami yang "bukan super dan bukan setar" ni pun join, pastu timbul niat nak bawak adik2 rumah solehah, maka adalah beberapa orang adik-adik Rumah Solehah yang turut serta.

Plan program ni hanya seminggu, bermula dari seorang dua, meningkat hingga tak terkira... dari projek mendaki sahaja, terus jadi program berjimba-ria... ngeheheee

Congrate to all climbers yang berjaya hingga ke puncak. Aku sorang je pun yang turun balik bila dah sampai bukit botak. Alasannya cukup mudah... "aku ngeri mengingat detik cemas mendaki takat terakhir sebelum sampai di puncak Angsi", siapa yang pernah mendaki mesti faham maksud aku.

and congrate juga untuk mereka yang setia menunggu di bawah sambil mandi2, layan adik-adik RS main, buat BBQ... seronoknyeeeee....

Juga kepada 3 wira Solehah... tabik spring ngan Along, Syafiq dan Fairuz eventhou 5ruz muntah kat atas sana dan Along sakit-sakit badan sehari selepas pendakian. Lepas ni bolehlah bawak you all buat extreme outdoor. Next trip ke Air Terjun Berkelah, kalau tak clash ngan program Solehah, nanti nak bawak Amin dan Syafiq kesana... tak pun ajak Zul yang gile ngan air ngan buddy dia 5ruz. ok tak?

Dan plan seterusnya dengan Ina (cakap-cakap semasa mendaki) adalah trip ke Gunung Datok. Aku memang dah bertahun nak panjat gunung Datok nih. Entahlaaaa... terasa macam nak bertemu si encek tulang rusuk di sana...wah wah, apekah!

Yang pasti lagi confirm, aku sakit kaki rite after balik dari Ulu Bendul. Azabnya nak panjat rumah aku kat tingkat 5 tu dan aku membayangkan situasi yang lagi kronik di esok hari... dan semalam, sebab mood tengah kacau ditambah ngan sakit kaki, aku amik EL. Terus berkurung dalam rumah, ubati hati, ubati kaki...huhuhu...

moral of the story, lain kali kalau ada trip lagi, aku nak pegi lagi...la la la... aku tak serik sebab alam buat aku hepi.

10 February 2009

everyday i love you... mood kuntum nih!

ari tu looping lagu, ntah cane ble tersyok balik ngan lagu nih. lagu boyzone, kumpulan ni femes dulu, zaman muda2 , zaman aku gila bayang kat Ronan Keating...erkzzzz... aku sekarang pun masih muda belia...uwekkkkssss... tapi macam nak menguntum je lately, huhuhu padahal bukan ada sape2 pun. *sigh
----------------------------------------------------------------

I don't know but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you
'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.
It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you
Everyday I love you boy
Everyday I love you
'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul
If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you

Jam tangan baru


Last few weeks, aku ada redeem Casio Ladies Watch (LTP-2069D) kat Maybank guna treatpoint yang aku berjaya kumpul. Im not expecting to get the redemption sangat awal... but suprisingly, last friday, aku dah terima jam tu... and I really love it!

Nota Kaki : Bersusah payah aku nak dapatkan jam tangan baru ni selepas jam pemberian mama hilang 4 tahun lalu. Semuanya kerana jam lain tu bukan selera aku. huhhhh!

06 February 2009

kerana gigi


Dua hari lepas, pagiku indah seperti biasa. Owh, seminggu dua kebelakangan ni aku memang bersiap awal untuk ke pejabat. Azam selepas balik dari Phuket kot. heh!

Dalam kereta, ku dengar radio, celoteh AM Krew di Hot FM. Topik kali ni agak menarik, tentang perpisahan.

Kisah 1 : Bercerai hanya kerana ubat gigi
Ceritanya, si isteri ni selalu la mengajar si suami untuk memicit ubat gigi dari bawah. Tapi, dah nama pun lelaki, mula2 mungkin ikut saranan isteri... lama-lama dia kembali ke tabiat asal, picit tiub ubat gigi dari atas. Dijadikan kisah, Si isteri ni bengang, gaduh2 pastu cerai... alasannya, kalau benda simple macam tu suami dia tak ble buat, maknanya perkara lain yang lagi susah suami dia confirm tak boleh atasi...apekahhhhh!

aku terkesima dengar citer nih, pastu aku membebel sendiri... hello, aku tak kisah pun nak picit ubat gigi dari atas ke bawah ke... ape punya cerewet lah pompuan tu... kussss...simpang dijauhkan aku dari bertemu jodoh macam tu...

Kisah 2 : Putus tunang kerana tiada gigi
Kisah ke-2 ni pulak lagi sadis. Perempuan ni dah kapel ngan sorang mamat sampailah tahap bertunang. Satu hari, tunang dia tu tergelak besar tanpa menutup mulut (baca: aku saspek sebelum ni lelaki tu akan tutup mulut setiap kali bercakap, ketawa dan menguap... sungguh sopan lagaknya)

Terbukalah rahsia lelaki tu takdak gigi. Gigi mana aku tak tau lah, tapi yang aku tau, pompuan tu cakap, dia putuskan hubungan sebab lelaki tu takdak gigi...apekah! pastu si Fafau cakap tak baik dia buat macam tu, nanti dia akan dapat lelaki yang langsung takdak gigi lagi susah.

Pompuan tu selamba je cakap," takpe, saya dah kawin, husband saya ada gigi"...bzzzzz... aku lak hangin. tetiba dalam hati aku doa, janganlah aku jadi macam perempuan nih... memilih tak bertempat. ko hengat kalau comolot tu ble rasa gigi ke? erkzzz... ape aku kelaut nih?

tapi korang... tu la, aku rasa macam tak adil plak, kenapa lah wujud manusia macam kisah2 di atas kan... tak bersyukur, manusia, mencari kesempurnaan sedangkan diri sendiri tak sempurna...

02 February 2009

Keranamu Palestin!

weekend baru nih, kakak tido umah aku, abg ipar balik kg... penat rupanya jaga orang mengandung nih... kesian kakak, kesian jugak abg yus... sabar yeeee... kejap je. Baby kuar nanti mesti gumbira.

Aku bawak kakak g Rumah Solehah, saja nak bagi dia rasa macamana ada anak nanti... kebetulan Sahabat Positive buat program disana, To My Friend in Gaza, ada lukis2, kaler2, deco2, Dr haryati dari Mercy turut hadir memberi gambaran lebih jelas untuk ekspress perasaan diorang. Very the touching... ada juga wakil dari kedutaan palestine untuk translate ayat. nanti aku buh gambo.

Adik2 RS memang bersungguh memberi semangat. Menitis air mata aku baca hasil karya mereka. Sungguh... aku tak setabah mereka. Tapi perangai nakal tu memang tak lekang. Ulasan kakak, adik2 RS macam anak-anak murid dia kat skola, kalau lama2 mau dia jerit je suh duk diam2...huhhh! kakak tak suka budak rupanya.

Malam, kubawa kakak ke Istana Budaya, menonton konser Malam Amal Kemanusiaan Palestin dibawah kelolaan Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Malaysia yang dinaungi oleh YAB Datin Seri Rosmah Mansor. Sob-sob...aku yang terover sedih menghayati erti peperangan dan mengimaginasi penderitaan sahabat di palestin sana. Tapi kakak takde perasaan...mungkin ada tapi kakak pandai sembunyikan rasa. Apepun aku puas, kakak gembira tengok artis kesayangannya suatu ketika dulu, Datuk Siti Nurhaliza.
--------------------------------------------------------------
Ahad pagi-pagi lagi kakak keluar ikut Kak Ipar, ada ceramah Women Wellness anjuran Pusat Rawatan Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi. Aku? masih terbongkang atas katil hingga jam loceng berdering.

Kalau kakak menghadiri majlis ilmu di Bangi, aku pula memerah keringat membuat amal di Shah Alam... huhhh! macam mulia sangat gamaknya... tapi aku memang baik... wakakakaaa!

Charity Car Wash ni adalah anjuran Perodua Viva Club (VIVAC), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Nasyeed.com dan a few organization plus Yayasan Salam sendiri. Dana yang diperolehi hasil cucian amal ini akan disalurkan ke Tabung Palestin.

Balik dari Charity Car Wash di Shah Alam, aku balik umah kat Bangi. Penat sangat tapi hati meronta-ronta nak keluar lagi. Sudahnya malam, aku ngan Leha pegi Rumah Pena. Ada Malam Puisi Amal 'Di Bawah Langit Gaza'.... tetiba teringat sesuatu... kalaulah aku boleh ungkapkan ini pada saudara di Gaza

Jangan menangis teman...
dulu pernah kau ungkapkan
'Lihat nun di langit sana
bulan terang'
indahnya saat itu
kerna kau dan aku tahu
kita melihat bulan yang satu

kini
lihat nun di langit sana
bulan kelam
ditabiri debuan sisa mortar
diselubungi kepulan asap
bedilan meriam durjana
bagimu kini bulan tiada makna

kau meratap
menangis hiba
bulan tetap disitu
menjadi saksi
penderitaanmu
ku tunggu khabar darimu
namun hanya perkhabaran duka
kau kini terkulai kaku
tinggalkan derita
tinggalkan sengsara
dan tinggalkan bulan kita
wah wah wah.... apekah! burok bebenor puisi aku,takde unsur2 seni langsung huhhh!

Ari tu kakak tanya, apa seronoknya mengikuti program-program sebegini, aku sendiri tak tahu jawapan hakiki. Something we give to our community, coz we never knew what will happen in the future. betul tak?