Macam tajuk novel lak... "Thursday with Morrie"...erm...
Jumaat yang lepas, aku dengan secara paksa rela mengikuti Program Santaian Minda, anjuran Yayasan Salam Malaysia... Program ini membawa kami dan adik-adik dari Rumah Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa' ke Pulau Pinang bermula 16 - 19 Mei 2008. Apepun, terima kasih pada Alisah, kalau tak kerana ajakan kali ke-2 aku pasti akan terlepas peluang ini.
Perjalananku bermula selepas balik dari ofis, sekitar jam 6.30 petang aku sudah berada di Stesen Komuter UKM, Bandar Baru Bangi. Hampir sejam menunggu, 7.30 petang baru komuter dari Seremban muncul tiba... lega dalam hati... kalau tau, mau aku kene tinggal..hahaha..
8.20 malam, aku sampai di Stesen KL Sentral, terus menuju meeting point berhampiran Kedai Buku Nile dan Dunkin Donat... mujur tak terlambat... hehehe.. Pertama kali bertemu dengan adik yang bakal aku dampingi sepanjang Program nanti, Zinas Binti Pilus... erk...adik-beradik Izwan Pilus ke? erm...
8.40 malam, kami masuk ke dalam gerabak keretapi... alahai... jauh bonar gerabak kitaorang... jenuh nak menapak... Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Butterworth memakan masa hampir 10 jam... sempat berkejaran semata-mata nak mengambil gambar di Stesen Keretapi Ipoh. gempak juga rasanya masa ni sebab semua orang terpinga-pinga tengok kitaorang... adik-adik shifa' hanya mampu melihat dari dalam gerabak kami berposing didepan jurugambar...hahaha... (baca : mesti dalam hati diorang berkata "betulke kakak-kakak fasi ni?")
6.00 pagi (17 Mei), kami selamat sampai di Stesen Keretapi Butterworth. Setelah semua selesai menunaikan Solat Subuh, kami mula bergerak menuju terminal Feri Pulau Pinang. "Penang! Here I come"...kataku dalam hati...
Sessi bergambar didalam feri aku tak turut serta, menikmati angin pagi amat menyamankan bagi aku yang dah berlengas ni daripada berlari-lari mengejar lensa kamera...erk...berlari ke? poyos jeeee...
Bas Kastam sedia berkhidmat membawa kami kesemua destinasi Program kali ni... Selepas daftar masuk di Desasiswa Indah Kembara,USM, kami dibawa ke Fort Cornwallis bersebelahan Padang Kota Lama sebelum bergerak ke Bukit Bendera. Sempat juga merasa makan Nasi Kandar di Restoran Kassim... ape ekkk? Sessi mengambil gambar pula satu kemestian... bagaimanapun, adik-adik Shifa' masih kelihatan malu-malu untuk mengambil gambar bersama kakak-kakak fasi. (baca : diorang pelik kot tengok perangai kakak-kakak diorang ni over nyahhhhh)
Malam itu Kak Mas dan Hubby membuat sessi motivasi bersama adik-adik shifa', rasanya bukan adik-adik yang sedih,tapi aku yang sebak lebih-lebih... sedih bila mengenang aku yang rasanya masih belum cukup membahagiakan mama dan bapa. Masih belum nampak hasil seorang aku yang berjaya seprti yang aku impikan (baca : dia kuntum dahhhhh)... semua tu buat aku sedar, perjalanan ni masih jauh untuk aku hadapi dan tanpa mama dan bapa, aku takkan teguh selama ini...
Malam itu juga, aku sempat mengenali Zinas lebih dekat... anak ke-2 dari 9 orang adik-beradik... dia juga kudapati agak lemah dalam pembelajaran... sangat sukar untuk membaca, menulis malah untuk menyebut juga agak sukar... teringat seorang sahabat di zaman sekolah rendah... Zinas kurasakan mempunyai masalah dyslexia... ya Allah, tunjukkan aku jalan untuk membantu adik seorang ini...
6.30 pagi (18 Mei) aku terpisat-pisat bangun, nampaknya Zinas mendahului aku bangun pagi...malu makkk.... tapi nak buat cane, aku dah biasa bangun waktu begini. Adik-adik Shifa' pula khabarnya sudah dididik untuk bangun seawal 6.00 pagi...
Tak perlu mandi, cukup dengan mencuci muka dan menggosok gigi, selesai solat subuh, kami terus bersiap untuk aktiviti seterusnya...Sukaneka di Batu Feringgi... Thanx to Cikgu yang bagi games bukan-bukan kat kitaorang... mandi laut dan bermain ombak tidak ketinggalan mengisi porgram santaian minda ni. Hari ini, adik-adik Shifa' sudah mula membiasakan diri dengan kami..sudah berani berposing apabila diminta, sudah yakin untuk bertanya sekiranya tidak tahu... cuma adik Zinasku masih malu-malu... duhai...
Selepas makan tengahari di McDonald Sungai Dua, kami ke Muzium Perang di Batu Maung, melihat dan merasai sendiri bagaimana pengalaman dizaman darurat dahulu. Insaf seketika dan kesyukuran dipanjatkan kerana aku lahir dizaman Malaysia sudah benar-benar merdeka...
Singgah seketika di Pasar Chowrasta memberi kesempatan untuk aku membeli Refrigataor Magnitto... ngeh ngeh ngeh... hobi aku yang baru... (baca: aku baru beli peti ais LG 2 pintu, maka aku sangat teruja menghias pintunya)... untuk Zinas? erk...takdelaaa...ingat nak bagi benda lain je kat dia nanti...
Kembali ke Desasiswa Indah Kembara untuk mandi dan mengemas barang-barang. Pukul 7 nanti kami akan bergerak ke Seberang Perai merentasi Jambatan Pulau Pinang untuk menikmati Char koey Teow Sg Dua,yang telur-telurnya sudah dibasuh... ah... itu yang menariknya... hehehe... yang pasti, ada juga yang meminta lebih dari sepinggan... sangat-sangat sedap...
8.15 malam, kami sampai di Stesen Keretapi Butterworth, sementara menunggu keretapi tiba, kami menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Stesen Keretapi. 8.45 malam, keretapi mula meninggalkan stesen Butterworth... 10 jam lagi aku akan tiba di Kuala Lumpur... mujur kali ni kami mendapat katil... walaupun tidak terus tidur, namun cukup untuk aku berehat dengan aman dibuai oleh hayunan keretapi...best woooo...
7.00 pagi (19 Mei), sampai di KL Sentral. Sarapan, Post mortem dan balik ke rumah masing-masing... dan bila dah sampai rumah, apa lagi yang aku buat melainkan tidur...ZZZzzzzz

No comments:
Post a Comment