Kenapa blog? bukankah dengan menulis di halaman bisu itu juga membuka rahsia diri sendiri... orang akan masuk dan baca blog kita, maknanya orang akan masuk dalam kehidupan kita... tak bolehke kalau kita gunakan medium lain selain mencanang perihal kehidupan diri sendiri melalui laman bisu tersebut?
erk...ada jugak orang berfikiran macam ni,blog tu satu cara untuk kita meluah apa yang tersirat dalam minda. Kerana itu terkadang kita dihidangkan dengan rencana-rencana yang agak sarkastik bahasanya, jujur dan mulus penceritaannya. Blog mampu mencetuskan seribu satu rasa kerana manusia itu sensitif kejadiannya... blog mampu mencetus kasih sayang, walau ada juga yang berakhir dengan pertelingakahan dan rasa tidak puas hati segelintir pihak... yang selalunya kepingin mendominasi dunia...sungguh angkuh lagaknyaaa...
Tentang blog aku ni pulak, hanyalah cetusan rasa seorang aku yang tidak berani meluahkan kata-kata tidak puas hati , seorang aku yang malu untuk menyatakan mahu, seorang aku yang cukup sensitif hati dan nurani. lantaran itu, setiap helaan deru nafas, kutitipkan dalam bicara sepi dilaman ini... untuk itu juga, aku tiba-tiba je rasa nak memprivasikan blog ni... dan mengaktifkan semula blog di friendster untuk tatapan umum... tapi bile ekkkk? tunggu je laaaa....
**sigh
2 comments:
Dik Nani,
Kadang2 naluri kita hanya mampu terluah secara bisu. Bisu yg bermakna, kdg2 secara solo ia ingin berbicara. Bukan malu. Bukan kelu. Tapi hanya ingin melontar rasa dan kata. Blog satu medium yg jelas memenuhi kehendak dan keperluan itu.
Memang, bila dlm blog, ia mungkin tiada privasi lagi. Tapi, sekurang2nya rasa dan kata itu sudah terluah. Blog kita, suka hati kita nak cakap apa, kan? Suka hati kita nak corakkan ia bagaimana. Gila, weng, angau, bongkak, ilmiah, suka hati kita la kan? Suka, baca. Tak suka, tinggalkan saja. Tepuk dada, tanya selera kan? Demokrasi!
thanx kak acu... tu laaa.. tgk blog kak acu n d gang sangat2 mengujakan... it gimme strength to keep blogging... bak kata 'abang' kak acu sendiri : Jadilah seteguh karang… terhempas, dihempas, ia tetap dengan keindahannya
Post a Comment