26 December 2008

X'mas Eve & Holiday

Oleh kerana jiwa kacau, banyak perkara yang aku plan tak menjadi. Tapi aku stil buat perkara bangang...

Ari tu, plan balik ofis nak buat spa kat Thai Oddysey, tapi, instead of pegi sana, aku bawak Imran balik umah dan tido... pukul 8.00malam, aku ngan Juju g Jusco jumpa sarah. Makan kat Johny's ...sakit perut aku...

Lepas hantar Juju balik umah, aku ke Ampang. Konon nak hang out ngan dia, kul 12.00 tengahmalam aku terpacak depan Ampang Point, dia ajak clubbing...apekah! aku terus merajuk... muncik! dia janji nak ajak aku kuar malam esok nya, tapi aku tau tu semua tipu belaka.

Aku hilang punca, balik rumah mesti jiwa lagi kacau. Aku call Ina, tanya location Salam kat mana, setengah jam kemudian aku terpacak di Ofis baru Salam. Lepak sana sampai pukul 2 pagi. Alhamdulillah, hati sedikit terhibur... aku terlupa dengan masalah sebenarnya...

Drive balik sorang-sorang di tengah malam (baca : dah pagi) memang tak seronok. Aku tukar channel radio dua tiga kali sebab tiada lagu best yang boleh boost mood aku. Sampai rumah, aku tak ambil masa yang lama untuk melelapkan mata. Ni semua kerana beban yang sarat diminda.

Pagi xmas, aku seakan taknak bangun, puas ku pejam mata... dan aku berjaya bangun ketika matahari tegak dikepala. Megi jadi alas perut untuk tengahari itu kemudian lepak tengok TV, tidur balik...

Pukul 4.00 bersiap nak ke Putrajaya. Berkelah dengan adik-adik Rumah Solehah. Singgah di Alamanda beli aiskrim, tapi jalan sesak nak mati. Sudahnya setelah sejam setengah baru aku tiba disana. Seronok melihat adik-adik tu gembira.

Balik Bangi, singgah pasar malam, beli makan malam dan balik rumah. Lepak sambil sembang-sembang ngan Juju sambil makan-makan. Tengok cerita Puaka Niang Rapik yang kami akan menjerit sama-sama... bongok tak? wakakakaaaa...

Pukul 11.00 malam aku dah masuk tidur... Penat kahhhh? entah laaa... aku ingin cepat menutup diari 2008 yang kelam... yang suram...

No comments: