Malam tadi, seperti biasa aku masuk tidur. Biarpun mengantuk tapi ternyata aku sukar melelapkan mata. Hanya lena 15 minit kemudian mataku segar didalam kelam malam. takut je rasa sebab sebelum tidur tadi gatal tengok gazet Filem Histeria. Terus hati berdebar-debar. Wah! takutnyaaaaa...
Puas bergolek pelbagai aksi, pusing dari utara ke selatan, hujung katil ke kepala katil tapi mata tak mahu pejam. Hanya ketika jam menghampiri angka 4, aku mula hanyut. Mujur deringan jam loceng mengejutkan aku dari lena yang sedikit cuma.
Di pejabat, semua berjalan seperti biasa. Tiba-tiba, saat jam menunjuk angka 9.30 pagi... alamak! trainer tak sampai lagi... mampos! jenuh mencari pengganti, akhirnya kata sepakat diambil, menunda kelas hari ini ke hari lain... mujur abang kakak di kelas tersebut tidak cerewet... lega... fuhhhh...
Kini, aku duduk menghadap PC dan menyedari, aku mengalami premonition malam tadi...wah wah! apekah!
3 comments:
inikah yg dinamakan cinta...itukah cinta...
ya.. mungkinkah?
wei... aku citer pasal premonition, pasal instinct, pasal intuition...ape kene mengena ngan cinta-cinta nih?
ops...aku lupa2, dua-dua tengah dilamun centa...ahax!
Post a Comment