30 December 2008

hari tidak bekerja 2

26 Disember, ingatkan pagi nak ke Asdaf, ada program merewang disana sempena Majlis Ihtifal. Tapi aku malas sungguh nak bangun pagi, tau la ari ni aku cuti...lalalalalala... lagipun, semalam dapat sms dari Ketua AJK Sambutan & Protokol, suh datang petang...

Sudahnya tengahari tu aku ke ofis, yang ada cuma wana dan Kak ani, yang lain semua bercuti. Pukul 2, aku bergerak ke Nur Salam, jumpa Mat amik pas ke Final Sehati Berdansa. Dari Nur Salam, aku terus ke Asdaf. Rupanya acara merewang dah bermula, bawang dah siap dipotong, giliran aku untuk mengisar bawang dan cili. Alisah dan Bada datang lebih kurang sejam kemudian, lega aku melihat mereka. Takde la rasa kekok seorang diri buat kerja

Selesai semuanya, aku pulang ke rumah. Esok pagi-pagi kena datang lagi

--------------------------------------------------------------------------

27 Disember, aku terlajak tidur... sampai Asdaf hanya bila jam mencecah angka 9, lewat sejam dari yang dijanjikan...isk isk aku nih

Aku terlepas program walkaton, bukan nak join tapi saje nak menyebok. Ada satu insiden yang aku tak boleh lupa. Bila pasukan polis meminta beras sebagai habuan hasil kerja mereka... apekahhhhh... sungguh aku tak puas hati... nak tergelak pun ada... semua tergamam melihat reaksi kakak Polis yang agak lantang tu bersuara meminta beras... euuu... dan yang lagi hampeh, setelah mendapat beras, mereka terus pulang... what da h***... tergamak diorang buat macam tu kat penghuni Asdaf. isk isk isk... Moral of the story, jangan kawin ngan polis, ops... choy choy!

Balik dari Asdaf, aku berkejar pula ke Final Sehati Berdansa di PICC, bagi menyokong pasangan Lisda & Fauzi yang mewakili Rumah Nur Salam, hatiku sangat gumbira bila melihat ligatnya Lisda dan Fauzi dilantai dansa. They deserve it...

Balik dari sana, aku, Sarah dan Kak Syihan makan di Steak House Serdang..Dah lama aku tak lepak kat sana. Sedapnya.... yummmy

Pukul 12 lebih, sampai rumah... tukar baju dan tido, sok ada program lain pula bersama Rumah Solehah dan Sahabat Positive di PD...tunggu next entry yaaa

No comments: