Erkz, betulke statement aku?
Semalam aku balik awal,kemudian g klinik gigi, bahana makan daging korban tak hengat gigi aku berlubang jadinya. Nasib baik tak sakit. Kalau tak mau aku moody lebih lama.
Agak ramai di klinik gigi tersebut. mesti diorang pun sama ngan aku... Setelah menunggu sekian lama, aku mendapat rawatan dengan Dr Hazreen yang baik dan peramah, aku dikenakan caj sebanyak RM235 untuk rawatan scaling & Cleaning RM70, Tampalan Gigi Silver RM55, Tampalan Crystal (Menebalkan tampalan sedia ada) RM110.
Malam, aku kuar makan malam ngan Mahfuzah bagi meraikan kejayaan Mah masuk KPLI. Tapi kitaorang share2 bayar...apekah! Apepun tahniah noks! Yang buat aku tergelak besar, dia bakal di tempatkan di Institut Perguruan Keningau, Sabah.... hahaha! makin dekat lah dia ngan jodohnya... ops..jangan marah ye Mah.
Balik dari makan malam, aku bawa Imran ke Car Wash, hampir sebulan Imran tak mandi dan disnow washkan, jadi malam tadi aku cuci la dia dan sekarang Imran aku dah berseri semula... yeay yeay!
Balik rumah cuci baju, mandi, tengok TV citer tak best aku masuk bilik.
Tetiba sorang kawan call, minta tolong... pastu berlaku luahan hati...kah kah kah! apekah! lepas tu aku tengok TV balik, terbantut niat nak tidur sebenarnya.
Pukul 1am baru masuk tidur... tapi tidur dengan nyenyaknya... alhamdulillah.
dan hari ni semuanya berjalan dengan lancar. Kelas, mesyuarat etc.Oh! aku dah beli tiket balik sabah 11 Januari ni. Best best best...
Jadi, kesimpulannya, kalau tidur nyenyak tu maknanya hati gumbira... ahax
2 comments:
ko gembira...tapi aku...
erk...kenapa tidak?
Post a Comment