31 December 2008

hari tidak bekerja 6

31 Disember

Pagi tadi ada meeting kat ofis, kejap je, selebihnya aku melepak di ofis. Petang karang dah buat temujanji buat spa. wah wah wah...

Aku sedikit gumbira, kurang dari 24 jam untuk ke tahun baru. Malam tadi terima sms berkata begini :
We sailed thru all d hurdless before us to have a gud year last year. Lets
have d same spirit n welcome d new year wiv joy

aku tak sabar menutup buku 2008 dan menghadapi 2009 dengan tenang.

hari tidak bekerja 5

30 Disember

Aku tak kemana-mana, boring sungguh... aku pun mula mencari pasal, masuk salon, potong rambut... pendek... yeah! new look la nih.

Pastu masuk opis...kwang kwang kwang... memang takde keje...

hari tidak bekerja 4

29 Disember - Cuti Maal Hijrah

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430Hijrah

- Pagi, kuar ngan leha , pegi Mines, main bowling, cuci mata, lepak bagan lalang, beli layang-layang...yeay-yeay, semalam, aku tertinggal layang-layang hitam putih di PD, hari ni aku beli layang-layang warna pelangi... besar sikit dari yang dulu. Bestttttt!

- Malam, lepas berjimba ngan Leha, aku teruskan perjimbaan ngan Sarah. Pegi karok kat Metropoint. 2 orang = RM60.95 untuk 2 jam...

Sampai rumah, aku layan tengok TV, cerita apa ntah, sedar-sedar dah pukul 2 pagi. Masuk bilik langsung tertidur.

hari tidak bekerja 3

28 Disember, pagi morning bersiap, hari ni ada Program Bersantai di Port Dickson dengan adik-adik Rumah Solehah anjuran Sahabat Positive. Sampai kat sana almost tengahari, adik-adik RS ngan mak-maknye tengah sakan mandi-manda dan buat sun bathing kat tepi pantai nunn...

Pastu kitaorang main layang-layang... seronok sangat bila tengok layang-layang aku terbang bebas... hinggakan ia bebas lepas ke belukar...

Pastu aku ngan Aibah menyediakan bihun goreng untuk Sambutan Birthday Party Shafik dan Amin... Sebahagian yang lain masih berusaha menaikkan layang-layang dan sebahagian lagi gigih membakar ayam.

Pukul 3.30petang, party bermula. Meriah ngan tema Football... mentang-mentangla birthday boys... so that tema pun maskulin. Lepas makan-makan, kami sambung aktiviti pantai. Azira ngan Sham ajak aku mandi laut...yeay yeay... tapi ombak sangat kuat dan air pun agak keruh. Tak berani nak pergi jauh-jauh.

Puas berendam aku naik kedarat, kali ni buat aktiviti istana pasir ngan Azira & Ayip tapi telah disabotaj oleh sarah n rejab. Cesssss! tapi namapun istana pasir...

Aku ikut mak-mak cari remis, seronok melihat diorang gigih menguis pasir. Entah makan entah tidak remis tu, hehehe.

Malam, lepak-lepak ngan makwan sambil urut2 kaki, kemudian, lepak2 kat luar ngan tiah, ngan sarah, ngan aibah ngan mak-mak sambil makan-makan sebelum balik ke bangi.

Sampai bangi, penat sangat. langsung tertidur. kebetulan Isnin cuti Maal Hijrah.

Aku penat, tapi aku gumbira...kenapa? adalahhhhh...

Resolusi Tahun Baru

Telah 3 hari Tahun Baru Islam berlalu dan tinggal sehari sebelum Tahun Baru Masihi tapi aku masih menilai dan menimbang samada impian 2008 terlaksana sudah atau belum.

Pastinya, 2008 mengukir seribu satu cerita baik suka ataupun duka. Pertambahan ahli keluarga baru, kehilangan nenek, naik pangkat, masalah pejabat, soal hati, argh! too much conflict!

Resolusi 2009:

1. Make-up Imran aku, nak buat paint brush munge-munge kaler pink... ok tak? Bajet dalam 2k...owh, dimanakan kucari duit...

2. Mencari empunya tulang rusukku yang bengkok. Sebelum ia patah baik cari cepat-cepat. Jadi,2009 nanti kena gigih berusaha... aku dah ada shortlist the talented candidates tapi...

3. Nak consistent saving 500 per month. Darab 12 bulan = RM6k... erm... macam sikit je... takpe-takpe...buat je... Makcik aku cakap "sebarang gunanya"...

4. Punya mesin basuh sendiri. Ini merupakan fasa melangkah ke alam baru...apekah! Ehem-ehem...Kalau ada yang nak hadiahkan mesin basuh pun bagus jugak... sebenarnya aku dah malas nak hantar baju ke dobi. Imagine, seminggu RM10, sebulan dah jadi RM40, darab 12 bulan = RM480, dah boleh beli mesin basuh semi-auto. Jadi, baik beli mesin basuh. Ye dakkkk?

5. Nak spent lebih masa untuk charity. Tak kisah la buat ape pun. Nak masuk kampung orang asli, more commitment ngan Rumah Solehah, nak jadi part of Disaster Team yang tegar etc.. bak kata alisah, this is the time to give it back to society.

Nevertheless, nak bantu dan bahagiakan keluarga aku...mama & bapa serta amin dan rasid yang masih belajar.

hmmm... rasanya cukup lah itu untuk 2009...

30 December 2008

hari tidak bekerja 2

26 Disember, ingatkan pagi nak ke Asdaf, ada program merewang disana sempena Majlis Ihtifal. Tapi aku malas sungguh nak bangun pagi, tau la ari ni aku cuti...lalalalalala... lagipun, semalam dapat sms dari Ketua AJK Sambutan & Protokol, suh datang petang...

Sudahnya tengahari tu aku ke ofis, yang ada cuma wana dan Kak ani, yang lain semua bercuti. Pukul 2, aku bergerak ke Nur Salam, jumpa Mat amik pas ke Final Sehati Berdansa. Dari Nur Salam, aku terus ke Asdaf. Rupanya acara merewang dah bermula, bawang dah siap dipotong, giliran aku untuk mengisar bawang dan cili. Alisah dan Bada datang lebih kurang sejam kemudian, lega aku melihat mereka. Takde la rasa kekok seorang diri buat kerja

Selesai semuanya, aku pulang ke rumah. Esok pagi-pagi kena datang lagi

--------------------------------------------------------------------------

27 Disember, aku terlajak tidur... sampai Asdaf hanya bila jam mencecah angka 9, lewat sejam dari yang dijanjikan...isk isk aku nih

Aku terlepas program walkaton, bukan nak join tapi saje nak menyebok. Ada satu insiden yang aku tak boleh lupa. Bila pasukan polis meminta beras sebagai habuan hasil kerja mereka... apekahhhhh... sungguh aku tak puas hati... nak tergelak pun ada... semua tergamam melihat reaksi kakak Polis yang agak lantang tu bersuara meminta beras... euuu... dan yang lagi hampeh, setelah mendapat beras, mereka terus pulang... what da h***... tergamak diorang buat macam tu kat penghuni Asdaf. isk isk isk... Moral of the story, jangan kawin ngan polis, ops... choy choy!

Balik dari Asdaf, aku berkejar pula ke Final Sehati Berdansa di PICC, bagi menyokong pasangan Lisda & Fauzi yang mewakili Rumah Nur Salam, hatiku sangat gumbira bila melihat ligatnya Lisda dan Fauzi dilantai dansa. They deserve it...

Balik dari sana, aku, Sarah dan Kak Syihan makan di Steak House Serdang..Dah lama aku tak lepak kat sana. Sedapnya.... yummmy

Pukul 12 lebih, sampai rumah... tukar baju dan tido, sok ada program lain pula bersama Rumah Solehah dan Sahabat Positive di PD...tunggu next entry yaaa

hari tidak bekerja 1

25hb, krismas, aku bangun agak lewat. Pukul 7.00 awal sangat, ku pejam mata semula, pukul 8.00, aku langsung terlena, pukul 9.00 aku terjaga hanya untuk ke bilik air dan menyambung tidur semula...hanya setelah jam menunjuk angka 10.00 baru aku bangkit dari pembaringan dengan mata sedikit berkaca... aku cuba padamkan memori semalam namun hampa. Tiada plan hari ini kecuali membawa adik-adik rumah Solehah berkelah di Putrajaya petang nanti. Niat ke Sinar Salam kulupakan lantaran mood swing, tak sesuai kubawa diri kesana.

Aku hanya bermalas-malas di rumah sambil melihat siaran di TV. Penatnya, mata melihat skrin di TV tapi hati melayang entah kemana.

Pukul 4.00petang, aku bersiap. Singgah di Alamanda yang penuh dengan orang ramai semata-mata untuk membeli aiskrim untuk adik-adik RS. Sampai di Taman Rekreasi Air Putrajaya, terasa menyesal tidak membawa persalinan baju namun aku terhibur melihat adik-adik RS bergembira bermain air.

Balik, aku singgah pasar malam, makan di rumah kemudian lepak tengok TV dengan Juju. Pukul 11 malam aku dah masuk bilik, ape lagi tido la... lalala lalala...esok cuti lagi...

26 December 2008

X'mas Eve & Holiday

Oleh kerana jiwa kacau, banyak perkara yang aku plan tak menjadi. Tapi aku stil buat perkara bangang...

Ari tu, plan balik ofis nak buat spa kat Thai Oddysey, tapi, instead of pegi sana, aku bawak Imran balik umah dan tido... pukul 8.00malam, aku ngan Juju g Jusco jumpa sarah. Makan kat Johny's ...sakit perut aku...

Lepas hantar Juju balik umah, aku ke Ampang. Konon nak hang out ngan dia, kul 12.00 tengahmalam aku terpacak depan Ampang Point, dia ajak clubbing...apekah! aku terus merajuk... muncik! dia janji nak ajak aku kuar malam esok nya, tapi aku tau tu semua tipu belaka.

Aku hilang punca, balik rumah mesti jiwa lagi kacau. Aku call Ina, tanya location Salam kat mana, setengah jam kemudian aku terpacak di Ofis baru Salam. Lepak sana sampai pukul 2 pagi. Alhamdulillah, hati sedikit terhibur... aku terlupa dengan masalah sebenarnya...

Drive balik sorang-sorang di tengah malam (baca : dah pagi) memang tak seronok. Aku tukar channel radio dua tiga kali sebab tiada lagu best yang boleh boost mood aku. Sampai rumah, aku tak ambil masa yang lama untuk melelapkan mata. Ni semua kerana beban yang sarat diminda.

Pagi xmas, aku seakan taknak bangun, puas ku pejam mata... dan aku berjaya bangun ketika matahari tegak dikepala. Megi jadi alas perut untuk tengahari itu kemudian lepak tengok TV, tidur balik...

Pukul 4.00 bersiap nak ke Putrajaya. Berkelah dengan adik-adik Rumah Solehah. Singgah di Alamanda beli aiskrim, tapi jalan sesak nak mati. Sudahnya setelah sejam setengah baru aku tiba disana. Seronok melihat adik-adik tu gembira.

Balik Bangi, singgah pasar malam, beli makan malam dan balik rumah. Lepak sambil sembang-sembang ngan Juju sambil makan-makan. Tengok cerita Puaka Niang Rapik yang kami akan menjerit sama-sama... bongok tak? wakakakaaaa...

Pukul 11.00 malam aku dah masuk tidur... Penat kahhhh? entah laaa... aku ingin cepat menutup diari 2008 yang kelam... yang suram...

24 December 2008

suatu hakikat yang harus ku akui

Minggu-minggu terakhir 2008 ni aku sedikit murung,
Bebanan kerja...kisah keluarga...soal cinta... erkzzz...

Aku terasa kehilangan ghairah hidup, hilang ceria...
aku rindukan seseorang,
seseorang yang kian kerap menjelma dalam jaga dan lenaku... muncik!

Malam tadi,
aku buat kerja gilo dan rasanya tak pernah dibuat orang...(baca: kalo dalam drama tu lain cerita lah) tapi since aku dah terlanjur buat perkara bangang tu, serve me right lah kannnn...

sekarang ni kene redha dengan apapun yang bakal terjadi... wink*
(baca: aku tengah berusaha menenangkan hati neh....help!)

Cuma ada 2 kebarangkalian,
1: aku gumbira,
2: aku sedih...

urm, dat's life... ye dak?

mengantuk

Semalam, lepas balik dari keje aku g Alamanda ngan Juju. Dia nak beli travel bag. Susahnya mencari beg mengikut selera Juju. Nasib baik akhirnya dapat sebiji beg coklat.

Lepas tu singgah carrefour, survey vacuum untuk mak juju dan beli susu untuk nenek Along. Kami makan di Pizza Hut sebelum pergi ke Medan Sate Kajang dekat KPMC untuk jumpa Uncle, syed, Aibah & Mah.

Sembang punye sembang, kami balik bila jam dah mencecah angka 12 tengah malam... mak!!! mengantuknya aku hari ni...

22 December 2008

Kenapa ari isnin je aku berdebar?

entah mengapa... pagi morning tadi aku macam nak amik EL, sebab malas bangun. Tapi tepat pukul 8.00 pagi aku dah terpacak depan opis. Hehe...

Pastu mula buat keje, ari ni aku fokus depan PC sebab nak selesaikan isu trainer untuk half year 2009. Wah! tak lama lagi dah masuk tahun baru, kena setup new resolution nampaknya... ape yekkkk? urm, rasanya azam taun ni dah tertunai ke belum? ntah, aku pun dah lupa apa azam aku tahun ni... poyossssss...

Lepas tea break tadi, dapat 3 buah kabinet kayu , kabinet yang orang admin buang tapi aku amik dan betulkan sikit2, hajat dihati nak cat baru, tengah siap mengemas, datang ofismet, tetiba lak nak minta kabinet yang aku dah susun tu, pastu cakap tak adil aku dapat 3 buah...ek eleeeee... abih tu, yang dulu ko amik meja aku tu adil ke? dah la tak bagitau. Sentap!!!...

Bila dah siap susun sume, sedap mata memandang dekat territory aku tu. Nampaklah tersusun tapi confirm mende ni seminggu je, pastu sure bersepah balik...lalalala...

Tetiba hati berdebar, entahlaaaa... kenapa ekkk? hmmm, rupanya keje menyusun Trainer 2009 aku terbengkalai dek kabinet kayu yang tak berapa nak baru tu...alahai...

20 December 2008

pagi sabtu ku kelam

Pagi tadi... Niat dihati nak pegi Mid Valley, tengok team NIOSH dalam perlawanan persabahatan bowling anjuran TNB, kemudian nak ke Salam mengikuti Training Tarian sempena VRC, lepas tu nak drop by Rumah Sinar Salam nak bagi magazine dan kembali ke Bangi masuk ofis... tapi... pagi-pagi lagi aku diserang senggugut.

Bila bangkit dari pembaringan, terasa lemah lutut melihat ada stain di atas comforter sedangkan comforter yang satu lagi baru kuhantar ke dobi malam tadi. Bila kutarik comforter, aku mengeluh lagi, stain tembus hingga ke cadar... aduhai... kubogelkan tilam lalu ku rendam kesan kotoran. ah bencinya! dah la sakit perut...

Selesai mencuci baju dan mandi, aku bersarapan depan TV. Susu + Coco Crunch, terima sms dari mama, bertanya pasal tiket rasid. Kemudian sms Rizal ajak keluar, kemudian sms Ju dengan berita tentang dia akan diposting ke Sarawak...

huhhhh! disaat-saat hormon tidak stabil dan mood masih belum cukup panas enginnya (pagi), aku rasa sangat kecewa, lantas ku masuk kebilik... pasang cadar baru dan sambung tidur lagi...hehehe...

semua plan sehari yang kurancang semalam lebur begitu saja...

tengahari, bangun, terasa malas, lepas bertukar 'lampin', aku sambung tidur lagi...

2.30petang, terima call rasid, bagitau confirm tukar tiket, kemudian baca sms Rizal, menyakitkan hati... pengecut!... aku bingkas bangun... ini tak boleh jadi, aku kena buat sesuatu... aku kena pegi ofis. sekurang-kurangnya aku akan lupa semua masalah melanda biarpun sekejap cuma...

and now, im blogging...wah! sakit perut, cane nak buat keje nih...

19 December 2008

Dia masih bertakhta di hati

Aku ada sorang kawan, suatu hari dia bercerita soal hati, tentang perasaan dia kepada seseorang yang lain. Sebagai kawan, mestilah kena support kawan kan... so aku pun bagi la kata semangat dan kekuatan untuk dia berterus terang. Aku kan kawan yang baik... ahax!

baru-baru ini, kawanku ini bercerita lagi, tentang perasaannya yang telah terluah melalui tinta siber. Yang kemudiannya mencarik semula kenanganku pada suatu kisah... yang suatu ketika dulu pernah meluahkan rasa diatas pena yang sama serta cerita yang lebih kurang sama.

Sesungguhnya kenangan itu membuatkan aku menangis, entah kenapa... biarpun kini dia sudah sah menjadi milik orang tapi dia tetap dihati... aku rasa macam nak nyanyi lagu "bertahta di hati" laaa... erm, macam nak g karok... erm...

Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut

Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala

Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta

Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan

Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya

Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang


huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... sedihnyaaaa :((

18 December 2008

Tribute to Nenek Hamsah Ibrahim



Hari ni genap 15 hari nenek pergi.
Lalu aku mula menghitung hari untuk mengunjungi pusara nenek.

4 Disember 2008...
nenek pergi meninggalkan 10 orang anak, 30 orang cucu dan 5 orang cicit.
Biarpun sedih, kami terpaksa merelakan pemergiannya, semoga nenek aman disana...
Al-Fatihah...

17 December 2008

tidur nyenyak maknanya hati gumbira

Erkz, betulke statement aku?

Semalam aku balik awal,kemudian g klinik gigi, bahana makan daging korban tak hengat gigi aku berlubang jadinya. Nasib baik tak sakit. Kalau tak mau aku moody lebih lama.

Agak ramai di klinik gigi tersebut. mesti diorang pun sama ngan aku... Setelah menunggu sekian lama, aku mendapat rawatan dengan Dr Hazreen yang baik dan peramah, aku dikenakan caj sebanyak RM235 untuk rawatan scaling & Cleaning RM70, Tampalan Gigi Silver RM55, Tampalan Crystal (Menebalkan tampalan sedia ada) RM110.

Malam, aku kuar makan malam ngan Mahfuzah bagi meraikan kejayaan Mah masuk KPLI. Tapi kitaorang share2 bayar...apekah! Apepun tahniah noks! Yang buat aku tergelak besar, dia bakal di tempatkan di Institut Perguruan Keningau, Sabah.... hahaha! makin dekat lah dia ngan jodohnya... ops..jangan marah ye Mah.

Balik dari makan malam, aku bawa Imran ke Car Wash, hampir sebulan Imran tak mandi dan disnow washkan, jadi malam tadi aku cuci la dia dan sekarang Imran aku dah berseri semula... yeay yeay!

Balik rumah cuci baju, mandi, tengok TV citer tak best aku masuk bilik.

Tetiba sorang kawan call, minta tolong... pastu berlaku luahan hati...kah kah kah! apekah! lepas tu aku tengok TV balik, terbantut niat nak tidur sebenarnya.

Pukul 1am baru masuk tidur... tapi tidur dengan nyenyaknya... alhamdulillah.

dan hari ni semuanya berjalan dengan lancar. Kelas, mesyuarat etc.Oh! aku dah beli tiket balik sabah 11 Januari ni. Best best best...

Jadi, kesimpulannya, kalau tidur nyenyak tu maknanya hati gumbira... ahax

16 December 2008

Tidur tak lena, hati gundah gulana

Malam tadi, seperti biasa aku masuk tidur. Biarpun mengantuk tapi ternyata aku sukar melelapkan mata. Hanya lena 15 minit kemudian mataku segar didalam kelam malam. takut je rasa sebab sebelum tidur tadi gatal tengok gazet Filem Histeria. Terus hati berdebar-debar. Wah! takutnyaaaaa...

Puas bergolek pelbagai aksi, pusing dari utara ke selatan, hujung katil ke kepala katil tapi mata tak mahu pejam. Hanya ketika jam menghampiri angka 4, aku mula hanyut. Mujur deringan jam loceng mengejutkan aku dari lena yang sedikit cuma.

Di pejabat, semua berjalan seperti biasa. Tiba-tiba, saat jam menunjuk angka 9.30 pagi... alamak! trainer tak sampai lagi... mampos! jenuh mencari pengganti, akhirnya kata sepakat diambil, menunda kelas hari ini ke hari lain... mujur abang kakak di kelas tersebut tidak cerewet... lega... fuhhhh...

Kini, aku duduk menghadap PC dan menyedari, aku mengalami premonition malam tadi...wah wah! apekah!

15 December 2008

aku terjaga di pagi yang gelap

Awal pagi lagi ku terjaga dari lena. Semalam, petang,ku langsung tertidur sesampainya dirumah dan nak dekat azan maghrib baru bangun.

Sebelum tu kak ana bagi bahagian daging korban...wah wah wah! rejeki nggak boleh ditolak yaaaa... sebelum tu lagi abang ipar aku pun ada menitipkan daging korban dari Terengganu untuk aku... nampaknya kenduri daging la aku bulan ni.

Malam, konon2 ku nak tengok Sehati Berdansa, sudahnya ku berdansa di dapur menghiris daging untuk dibuat "lalap",ie daging yang diperam bersama gula dan garam, kemudian digoreng jika hendak memakannya... rasanya? urm...sedap... ia merupakan salah satu makanan yang aku gemari zaman sekolah dulu.

Selesai hal di dapur, ku lepak depan TV, ku tukar channel. Tengok TV1...citer ape tah tapi layannnn...masa kat Kemboja ari tu, cuma TV1 saja yang mampu mengubat rindu kami pada Malaysia... hakikatnya, seminggu di sana banyak mengajar aku erti hidup sebenar dan sesungguhnya aku merasa bertuah dilahir dan dibesarkan di Malaysia and im become more patriotic than ever.

Pukul 11.30malam, mata dah bagi signal, tak lama lepas tu ku sudah mula lena. Sebabtu pagi ni bangun dengan awalnya... lalalala...

14 December 2008

Selamat tiba dari Misi Kemboja

Setelah seminggu bersama-sama menjayakan "Humanitarian Mission at Cambodia" serta program=program lagho bermakna yang lain... aku selamat tiba di LCCT pada pukul 12 tengahari tadi.

Now kat ofis, buat keje sikit n lepas ni nak balik rumah.

Will update the entry later. Pasal arwah nenek pun tak sempat nak call mama lagi.

04 December 2008

Nenek sudah tiada

I received sms, juz three words...
and im gonna miss her forever :(