02 July 2008

Pagi yang gelap, kini sudah terang

1 Julai 2008
Semalam, agak kelam kabut… mana tidak… turn aku jaga abang long kat HKL, time tu juga keja aku tiba-tiba melambak. Sedar-sedar jam dah ke angka 6.00 pm. Tiba-tiba arif call, bagitau Abg Long dah nangis… alamak! Aku dah lambat ke? Aku sebenarnya dah bajet 7.30pm sampai sana…

Balik rumah, pilih-pilih baju,iron-iron baju, mandi-mandi, bersiap, 7.10pm bergerak ke HKL. Dalam kereta aku sms Abg Long, menyatakan aku sudah dalam perjalanan kesana. Kemudian, aku sms Kak Ita dan En. Zul, bertanyakan laluan alternatif mana patut aku ikut untuk ke HKL dalam suasana orang tengah balik dari kerja. Aku bimbang dengan kesesakan lalulintas. En. Zul menyarankan agar aku mengikuti lebuhraya putrajaya-kl, namun ketika sms diterima, aku sudah berada di lebuhraya seremban-kl. “Tawakal je lah”,kataku dalam hati… sebuah demi sebuah kereta aku potong… takdelah laju mana dalam keadaan lebuhraya yang penuh dengan kereta.

Alhamdulillah, semuanya dimudahkan bagiku… melepasi tol dan melalui lebuhraya Sungai Besi, aku cepat-cepat menyusur ke laluan SMART… mujur juga terowong SMART tidak ditutup sedangkan hari agak mendung sepanjang hari. 5 minit kemudian, aku sudah memasuki Jalan Tun Razak… jalan sedikit perlahan di susur persimpangan ke Ampang/Hulu Kelang, kemudian, tepat 7.30pm, aku berjaya memakirkan bibah di tempat letak kereta kakitangan HKL… hahaha…

Tak banyak dibualkan bersama Along, nyata aku agak kurang mesra dengan anak-anak sebaya along. Kesian along, lawak aku mungkin tidak sehebat lawak
Sarah, atau tidak sekelaut lawak Dewi Maya yang dikatakan banyak cakap oleh Along…hahahaha…sms pun along kata panjang berjela… Namun aku amat berharap kehadiran aku setidak-tidaknya menghilangkan gusar dihati along… kesian tau dia nangis petang tu, siap call abang Aqim and kak Ina dia lagi… mau aku tak panik? Furthermore, part nangis2 ni aku touching seh, lebih-lebih lagi bila mengetahui latar belakang along… owh… im gonna cry now

Pukul 10.00 malam, along mula menunjukkan symptom mengantuk… selepas kutitiskan ubat dimatanya, aku suruh along tidur sambil aku meneruskan pembacaan. Tapi kitaorang layan dengar lagu pulak sambil blutut2 sampai jam 11.00mlm. Lepas bagi ubat mata untuk kesekian kalinya, aku suh along tido… pastu turn aku lak gilo sensorang boring tak tau nak buat apa… nak baca buku lampu dah malap, nak dengar lagu, orang lain dah tido, nak tido? “Alamak…cane aku nak tido malam ni ekkk? tido atas katil macam yang orang terdahulu buat ke atau tidur je kat kerusi?” …

Aku sms skandal-skandal… bagitau aku boring… n miraculously, one guy a.k.a “dat guy” reply my sms… what a surprise! Aku tak expect pun dia response text aku… seronoknyeee… hatiku berlagu riang… mood kuntum sudah menjelma…hehehe…

Selepas dua tiga sms, dia dah senyap… alamak! Marah kat aku ke? Aku ni pun satu, dah dapat sms dia tu reti-reti lah nak behave… ngantuk punye pasal, lupakan pasal sms, lupakan pasal tak tau nak tido mana, aku panjat jugak katil no.1 sebelah katil along, n kucuba lelapkan mata. Percubaan pertama, gagal… tak selesa...aku cabut tudung dan buka ikatan rambut, percubaan kedua melelapkan mata juga gagal… agak kurang selesa rasanya bila tidur tak nampak along… akhirnya, ku alih posisi kepala dan kaki… taddddddaaaa… aku sudah boleh tidur lena dalam posisi boleh melihat kondisi along.

Apapun, aku jenis orang yang lambat membiasakan diri ditempat baru, tidur malamku juga agak terganggu. Sekejap-sekejap terjaga… pikir benda bukan-bukan, tengok-tengok keliling, pejam-pejam mata, berangan dan tidur balik… setengah jam kemudian aku terjaga lagi… pikir benda bukan-bukan, tengok-tengok keliling, pejam-pejam mata, berangan dan tidur balik…sampailah pukul 5.15pagi bila nurse datang nak bagi ubat. Masa tu mata aku serta merta segar… nak layan tido pun dah tak seronok.

Alang-alang aku dah ceroboh katil no.1 tu, aku guling-guling dulu sementara menunggu pukul 6.00pagi. , namun mata tak mau lelap…siot je… 6.15, aku dah siap mandi… dah tak tau nak buat apa. Katil sudah siap kukemas semula. Kalau tak kemas kang mau kena ngumpat ngan kakak misi. Hehehe..

Pukul 6.50 pagi, selepas memberi Along makan ubat oren dan memberi ubat mata, aku tinggalkan dia dengan kucupan mesra…cewah… iyelaaa… aku dah tido ngan dia satu malam…mesti nak bagi kucupan mesra kat dia… but please don’t get me wrong… kucupan seorang kakak yer… tu pun aku bagi kat ubun-ubun n dahi dia je… U ols nanti dah ada suami/isteri dan anak-anak…amalkan kaedah ni untuk menzahirkan kasih. Erk…sebenarnya aku tujukan ini kepada bakal hubby aku je… sebab aku sangat suka orang buat begitu kat aku… rasa aman dan selamat je. Wah! Terlebih sudah…

Masa bayar parking, aku terkedu sekejap… RM10 untuk satu malam? Mak aih… tapi kerana Along… aku relakan saja… Aku tawakal lagi menggunakan lebuhraya Mahameru menuju lebuhraya Sungai Besi pada waktu pagi begini… Alhamdulillah, perjalanan pagi tadi juga lancar. 7.40 pagi aku sudah siap memakirkan bibah di tempat biasa. Dengan menjinjing baju menuju mesin perakam waktu, semua orang agak kaget melihat aku berpakaian santai (baca : t-shirt kaler hijau dan suar pijama). Usai punch, aku terus menukar baju di tandas. Kemudian turun ke café untuk sarapan pagi… baru teringat, dari semalam aku belum menjamah makanan.

Dipendekkan cerita, sarapan pagiku telah disponsor oleh En.Zul… orang yang sangat-sangat susah nak belanja orang,dia belanja aku sorang pulak tu… what a surprise? And again, miraculously, makan tengahari aku juga ditaja oleh Fendy, husband Ety. Ya Allah, maha besar pemberianMu ini. Aku baru berhabis hampir RM20 untuk Along dan Kau gandakan ganjaran dengan sesuatu yang lebih bernilai… biarpun nilai yang dibelanja tadi tidak menyamai nilai yang aku keluarkan, namun kegembiraan dan keceriaan aku sepanjang hari ini melebihi segalanya…

“kadang-kadang Allah hilangkan matahari, Dia datangkan hujan, puas
kita menangis, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi”

4 comments:

garb_ina said...

Nani, sekali kita buat baik,10 kali kita dibalas dengan kebaikan.

saracocohoney said...

Allah bayar cash!

nobody said...

tak kisah laa kan.. yg penting.. kitee enjooooooooyyyy!!!!

Nani said...

ina
betul tu... buat baik sokmo... jadi kita akan terima kebaikan berganda-ganda... (expect for nothing)

Sara,
Allah bayar cash! ko tau tak aku suke gune statement ni kalau nak perli orang yang buat silap... nampaknya aku juga boleh guna untuk setiap kebaikan yang diterima...

elly,
enjoy jugak... new experience kan... tapi insaf pun ade... huhuhu