20 July 2009

layang-layang, durian dan mandi sungai

Last saturday, aku, aibah, uncle & his 'anak ikan' pegi bagan lalang. Konon nak main layang-layang but, to be sad angin tak kuat langsung. Pantai bagan lalang agak lengang dari biasa. Lepak sampai maghrib sambil tengok orang menjala ikan. Teringat zaman kanak-kanak dulu masa bapa bawa kami adik beradik 'menarik ikan'. Kami makan malam di Gerai Wak Lan, Bagan Lalang. Menu kali ni agak berbeza, tiada pepahat masak cili, tiada ikan bakar, tiada sotong goreng tepung, sebaliknya kitaorang order sotong masak cili, siakap kukus dan kerang bakar. Beda nggak? tapi... tak sedappppp... sies aku tak galakkan korang order ikan kukus kat sini. OK

Dari Bagan Lalang, aku dan Aibah beransur ke rumah nenek di Hulu Langat. Kitaorang sampai kat umah nenek dalam pukul 11.30 malam. Mujur datang berdua, kalau setakat aku sorang-sorang je, confirm tak pegi. Sampai umah nenek, sembang kejap kemudian memasing tidur. Ntah cane, aku tak selesa tidur, asyik-asyik terjaga. Mula lah aku pikir yang bukan-bukan. mongoks kannnn... semenjak dua menjak ni aku mengalami rasa kurang selesa pada abdomen bawah. Macam nak kena senggugut pun iye. Kadang-kadang rasa sakit macam ditarik-tarik. Sakit nyahhhh...

Pagi ahad, pukul 6.30 lagi dah terjaga. Lepas solat aku tarik selimut balik. Rumah nenek kalau pagi-pagi buta memang best membuta. Hehehe... pukul 7 aibah dah kejut ajak beli nasi lemak buat sarapan pagi. Terpisat-pisat aku bangun. Tak senonoh kan jadi perempuan melayu terakhirlah kononnya bangun lewat. Nenek tua hanya makan nasi lemak, nenek busu pulak makan roti canai cecah ngan durian. Aku ngan Aibah? melantak durian, nasi lemak, murtabak daging dan roti canai... ahax!, banyak tak kitaorang makan? hehehe.... omputih kata, breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a pauper... haruslah breakfast banyak-banyak...hahaha

Lepas sarap, aku ngan Aibah pegi sungai. Pusing-pusing dari Chongkak sampailah ke kaki Gunung Nuang. Sudahnya kami beli durian dan manggis lagi. Lepas tu park kete dekat Sungai Lopo. Kali ni nak cuba mandi kat air terjun Lolo. Its about 1 hour walking at 3.5km distance. Apekah aku ngan Aibah gamble nak pegi sana. Iyelaaa, ingatkan laluan dia sama macam nak ke air terjun Kipungit di Hot Spring, Poring Ranau, Sabah nunnn... hehehe...

Dalam sepuluh minit perjalanan merentasi denai. Ada motor orang kampung lalu. Dia tanya kami nak kemana, kami pun cakap lah nak pegi air terjun, abang tu gelakkan kami, dia cakap, laluan kami tu akan tembus ke Sg Chongkak...patutnya kami ikut simpang satu lagi baru boleh sampai ke air terjun... kah kah kah! sesat rupanya...

Dek kerana telah tersasar dan disebabkan aku dan Aibah pun dah tak tahan dengar bunyi air mengalir, tak sabar nak neutralkan cas ion positif dalam badan dengan ion negatif yang sangatlah banyak disekeliling kawasan hutan, maka aku ngan Aibah putuskan untuk mandi sahaja di sungai lopo, dibelakang pondok orang tunggu durian. Tapi sies, tempat ni cantik dan terjaga. Aku rasa empunya tanah memang jaga tanah tu dan kawasan sungai sekitarnya. Kolam yang dibina pun agak dalam dan luas dan selesa untuk aku dan aibah berendam. Air pulak memang jernih. Lagi best ada ikan kecik kat sungai ni yang sesedap rasa gigit suar aku, main-main ngan jari kaki aku...besssshhhh... aku ngan Aibah gile nak tangkap ikan2 ni pakai key tapi haram tak dapat walau seekor. lain kali nak pegi tempat ni lagi dan nak bawak jaring. lalalalalala...

Balik dari sungai, dah tengahari pun, aku ngan aibah pegi Pekan Bt 14 konon nak beli ikan dan sayur untuk nenek. Kelakarnya bila orang kat Pekan tu cakap "Hari ahad takde pasar kak, pagi tadi je ada pasar tani"... caittttttttttt... mujur ada kedai yang jual barang basah kat pekan satu lagi. Beli udang,ikan kembong, ikan tongkol dan ikan belanak. Sayur semua tak fresh, bek suh nenek masak pucuk manis kat belakang dapur je.

Sampai umah, mandi, makan durian, lepak2, kebetulan uncle ada sekali. baru sampai ngan anak ikan dia... (hehehe) . pastu makan tengahari berulamkan petai bakar, tempoyak, ikan masak cili , telur dadar dan pucuk paku masak lemak tempoyak. Makan bertambah-tambah...

habis makan, makan durian lagi, manggis lagi, langsat lagi...adoyaiiii... kesian cik perut, macam-macam makanan masuk ari ni.

Petang, masa nak balik, macam biasa nenek mesti akan sedih. tapi tak boleh tunggu jugak sebab aibah kena balik ke Tg malim. Sampai umah kul 6.00petang, kemas barang, pastu tertidor. Sedar-sedar je hari dah gelap. boring duduk rumah. sunyi... goreng sosej dan makan dengan roti. Pastu tengok tv dan tidur lagi, mengharap isnin pagi bangun dengan ceria. oh yea oh yea... hehehe.

2 comments:

Anonymous said...

spot men layang2 plg best dkt tmn metropilitan kepong.
angin kuat.
tp hopefully ad pihak yg nk bersihkn ikan2 mati dlm tasik 2
busuk!

Nani said...

kepong jauh sangat nak pegi for me yang duduk kat bangi plus takde pantai.

hmmm...

kini aku mengerti kenapa aku suka pegi bagan lalang... kerana pantainya. aku kan orang pulau...