17 July 2009

apesal tetiba semua idea nak blogging ilang?

aku nak citer sume mende yang aku nampak semalam dan ari ni yang aku dok protes-protes dalam ati tapi bila nak buat ayat je aku lost. Aku tak tau nak mula dari mana. Bukan lagi tak tau nak mula dari mana, tapi aku terus lupa apa aku nak cerita.

meh aku start sikit2...

Aku ingat semalam aku g pasar malam, beli yong tau fu utk makan malam, sambil tu dok perati kakak jurujual tu sangat lah loving couple sampai nak peluk2 husband dia tengah buat gunting2 makanan. Sikit-sikit nak raba lah, nak peluklah... Aku tau lah malam jumaat... hahaha... (wut do u think then?) ... at first oklah, tapi bile asik2 interfere husband dia buat keje rasa menyampah pulak. Korang, tolong lah kalau dah kawen sekalipun over-action macam ni. Meluat tengok.

Aku ingat lagi semalam aku hangin ngan sorang mamat. Aku dah call dia banyak kali sebelum ni tapi haram dia tak angkat. Then lepas tu semalam bila dapat call dan aku maklumkan situasi dia, banyak pulak cekadak dia. Ni pun pesen nak bawak pak menteri masuk campur. Aku cukup benci bila nak bawak isu kecik macam ni sampai atas. Padahal ikutkan salah dia lah...sape suh tak angkat dulu. Bukan sekali aku call, tapi banyak-banyak kali... senang cakap kalu, aku bagi kata dua, dia nak dia akan datang, dia tak nak tu bukan masalah aku. hahahaha... sudahnya tadi dia datang juga... hehhhh! aku menang!

lagi, aku konon-konon nak tengok keliwon, tapi haram tak best citer semalam. Apekah citer pasal hantu air... ekceli aku takot tengok sensorang...kui kui kui.

Ape lagi ekkk... malam tadi aku consume ubat terakhir untuk pack kedua. Next week start makan pack ketiga. boring gile 4 bulan treatment. Hopefully abih je semua ni, keadaan kembali macam biasa. Tu pun bergantung pada keputusan sample yang aku buat this week. Harap-harap semua ok. ok la ok laaaa...

oh ya, semalam call mama, tanya khabar. macam biasa, kalau call mama mesti mengumpat...kekeke... mama dan bapa turun KL hujung bulan ogos nanti.(Purposely datang nak tengok kakak aku bersalin lah) Tak sabar nak bawak diorang jalan-jalan... erk..sempat ke jalan-jalan? mesti diorang sibuk layan cucu sulung nanti.

wah! tak lama lagi aku akan dapat anak sedara... the real nephew and niece... harap2lah dapat sepasang... kakak dapat baby boy, kakak ipar dapat baby girl... wah! berangannya aku...

k lah, aku dah menceceh banyak. Asalnya tadi takde idea. ni rasa berkajang-kajang pulak. OK...Titik

2 comments:

kasut-gombak said...

baru kawen kot.

hehehe

sepenuhjiwe said...

"Sikit-sikit nak raba lah"
uit... bio betik nih...
mgkin aku yg lebih2 pkir bukan2.. hihi..