29 July 2009

Do you think you're free form H1N1?

Few days ago, i went to Hospityal Putrajaya. Just wanna check if I were affected wiv H1N1 (na'uzubillah). I had experienced all the symtomps almost two weeks, got flu, got cough, got headache, tired, dizziness, etc. The pandemic become worst day by day.

Until one fine day, on my way home after office, while driving , I have a difficulty to breath. I got a chest pain and short breath. Terasa macam kena athma tapi kali ni di ikuti dengan sakit dada. Ntah iye ntah tidak ,sebab aku takde athma...hehhhhh

I text Abang and Uncle, asked for opinion and they urged me to direct go to GH. So that, malam tu, lepas habis berkemas, makan dan mandi, aku pun dengan fenin2 lalat slowly drive ke Hospital Putrajaya as Uncle told me better pegi Putrajaya rather than pegi Hospital Serdang.

Kat sana, sangat ramai orang. Rasa weird ada, ngeri pun ada, bosan pun iye jugak almaklumlah hospital kerajaan. Mesti sangat ramai orang dan mesti sangat lambat. Tapi aku tak kisah pun semua tu, im juz wondering why d petugas2 not wearing face mask. Takkan dah confirm ada orang yang positive H1N1 baru nak pakai... and yet, tak lama lepas tu aku nampak diorang mula pakai face mask. Then ada seorang mamat (pesakit) keluar juga pakai face mask dan masuk dalam bilik rawatan lain. wah wah! lagi berdebar.

Turn aku, kena cek macam2... lepas tu confirm, it just a "congenial"apetah namanya, infeksi yang terjadi sekiranya seseorang tu telah lama menghidap selsema. confirm bukan the deadly virus. Dan aku pun balik dengan hati yang lega. alhamdulillah

No matter what, please give extra precautionsl wiv tis pandemic. Anyone could affected with the viral. If you think you are not into it, fikir-fikirkan semula,pagi ni saja kita dikejutkan dengan kematian ketiga yang melibatkan warga tempatan yang tidak keluar negara. Juz imagine the real situation... takotttttttttttttt

27 July 2009

Belasungkawa : Yasmin Ahmad 1958 - 2009

Takziah kepada ahli keluarga arwah Yasmin Ahmad. Sekelip mata beliau meninggalkan persada seni, meninggalkan kita yang masih berada disini.

Begitu banyak cabaran arwah hadapi dalam menaikkan status industri seni di Malaysia. Seiring pujian dan dorongan, begitu jua dengan cacian dan makian.

Allah noktahkan sampai disini sahaja. Bergembiralah mereka yang tidak suka dan terdiamlah mereka yang mencinta.

Alfatihah buat Arwah...

Picture taken from this site

25 July 2009

Everything happen for a reasons

Nowadays, I hate talking about soulmate. I just dunno why, maybe i was over into his phase, getting married or having someone you luv is just an option. Macamana nak bagi komitmen kalau sendiri pun ada bad experience dengan lelaki. ye dak?

But yet, at certain time, i do feel the loneliness... benci bila perasaan sunyi tu datang lebih-lebih kalau kita tau orang tu tengah berkasih. damn! Kengkadang colleague cerita pasal their love one pun boleh sentap... apekah!

Sometimes, I do feel that Im ready for marriage, ready to be a hot and sexy (gud lah) wife and be a kinda lovely mama. But Allah must have the answer of this thing. He knows what is gud for His slave. Yeah, everything happen for a reasons.

tekad semangat

Malam tadi umah takde elektrik. Problem kat pencawang kot, ingatkan sekejap tapi dekat 2 jam jugak aku berlilin ditemani nyamuk...dah la panas. cait! must be boring. dah la duduk sensorang. Suddenly got sms from an old fren. Almost 2 years tak jumpa dia. Kebetulan dia datang KL. Ape lagi... i drove my car to KL and lepaking wiv my fren, sembang-sembang, mengumpat etc... best gile.

Tis morning, since im currently on menses, bangun agak lewat. Tu pun sebab aku tengok dia tido lagi makanya aku tido balik, dia pun sama, tengok aku masih membongkang dia pun tarik selimut semula. Sudahnya kitaorang brekfast pukul 11 pagi. Then balik bangi and lepak lagi tengok TV sampai tertido.

Now, feel sleepy, terlebih tido pun jadi mengantuk. rasa nak sambung tido tapi kejap lagi nak g tapak ekspo MAHA. Ada buat Jumbo Sale barangan terpakai kat sana anjuran volunteer part time tegar Yayasan Salam... fund raising untuk Majlis Imarah Ramadhan nanti. Hati berbolak balik, nak pegi ke tak... sengal dowh aku ni...

warghhhhhhhhhhh!!! kena kuatkan tekad... semangat!!!

24 July 2009

anyone can help me on this?

Tengah gugel-gugel cari lirik lagu Bengang nyanyian Akim AF7, aku jumpa url ni.

Serius aku terus jatuh centa bila dengar lagu yang blogger ni tengah pasang. Aku try carik tajuk lagu based on lirik dia tapi tak jumpa. Boleh tak sape2 tolong bagitau aku nama lagu dan empunya lagu neh...

"Pejamkan matamu tenangkan hatimu ku kan ada disisimu
jangan kau risau tenangkan dirimu kita kan melangkah jauh selalu

tidurlah kasih bawalah diriku, ingatlah selalu ku kan denganmu
mimpilah kasih kupeluk diri mu, bawalah semua hatiku"

20 July 2009

He's 62 years old today


Tadi pagi call bapa, ceria je suara dia. When I sang a birthday song to him, suddenly he realize that today is 20th July, his birthday!. Yah...my dad memang suka dengan nombor-nombor neh... sebab tu dulu kecik-kecik selalu kena force supaya score dalam math.
Apepun, Selamat menyambut ulang tahun yang ke-62 buat bapa tersayang, Hj Japar Tassim. Hope you will have many reasons to smile this year!...dapat cucu, dapat menantu baru (mebe...hik hik hik)...

layang-layang, durian dan mandi sungai

Last saturday, aku, aibah, uncle & his 'anak ikan' pegi bagan lalang. Konon nak main layang-layang but, to be sad angin tak kuat langsung. Pantai bagan lalang agak lengang dari biasa. Lepak sampai maghrib sambil tengok orang menjala ikan. Teringat zaman kanak-kanak dulu masa bapa bawa kami adik beradik 'menarik ikan'. Kami makan malam di Gerai Wak Lan, Bagan Lalang. Menu kali ni agak berbeza, tiada pepahat masak cili, tiada ikan bakar, tiada sotong goreng tepung, sebaliknya kitaorang order sotong masak cili, siakap kukus dan kerang bakar. Beda nggak? tapi... tak sedappppp... sies aku tak galakkan korang order ikan kukus kat sini. OK

Dari Bagan Lalang, aku dan Aibah beransur ke rumah nenek di Hulu Langat. Kitaorang sampai kat umah nenek dalam pukul 11.30 malam. Mujur datang berdua, kalau setakat aku sorang-sorang je, confirm tak pegi. Sampai umah nenek, sembang kejap kemudian memasing tidur. Ntah cane, aku tak selesa tidur, asyik-asyik terjaga. Mula lah aku pikir yang bukan-bukan. mongoks kannnn... semenjak dua menjak ni aku mengalami rasa kurang selesa pada abdomen bawah. Macam nak kena senggugut pun iye. Kadang-kadang rasa sakit macam ditarik-tarik. Sakit nyahhhh...

Pagi ahad, pukul 6.30 lagi dah terjaga. Lepas solat aku tarik selimut balik. Rumah nenek kalau pagi-pagi buta memang best membuta. Hehehe... pukul 7 aibah dah kejut ajak beli nasi lemak buat sarapan pagi. Terpisat-pisat aku bangun. Tak senonoh kan jadi perempuan melayu terakhirlah kononnya bangun lewat. Nenek tua hanya makan nasi lemak, nenek busu pulak makan roti canai cecah ngan durian. Aku ngan Aibah? melantak durian, nasi lemak, murtabak daging dan roti canai... ahax!, banyak tak kitaorang makan? hehehe.... omputih kata, breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a pauper... haruslah breakfast banyak-banyak...hahaha

Lepas sarap, aku ngan Aibah pegi sungai. Pusing-pusing dari Chongkak sampailah ke kaki Gunung Nuang. Sudahnya kami beli durian dan manggis lagi. Lepas tu park kete dekat Sungai Lopo. Kali ni nak cuba mandi kat air terjun Lolo. Its about 1 hour walking at 3.5km distance. Apekah aku ngan Aibah gamble nak pegi sana. Iyelaaa, ingatkan laluan dia sama macam nak ke air terjun Kipungit di Hot Spring, Poring Ranau, Sabah nunnn... hehehe...

Dalam sepuluh minit perjalanan merentasi denai. Ada motor orang kampung lalu. Dia tanya kami nak kemana, kami pun cakap lah nak pegi air terjun, abang tu gelakkan kami, dia cakap, laluan kami tu akan tembus ke Sg Chongkak...patutnya kami ikut simpang satu lagi baru boleh sampai ke air terjun... kah kah kah! sesat rupanya...

Dek kerana telah tersasar dan disebabkan aku dan Aibah pun dah tak tahan dengar bunyi air mengalir, tak sabar nak neutralkan cas ion positif dalam badan dengan ion negatif yang sangatlah banyak disekeliling kawasan hutan, maka aku ngan Aibah putuskan untuk mandi sahaja di sungai lopo, dibelakang pondok orang tunggu durian. Tapi sies, tempat ni cantik dan terjaga. Aku rasa empunya tanah memang jaga tanah tu dan kawasan sungai sekitarnya. Kolam yang dibina pun agak dalam dan luas dan selesa untuk aku dan aibah berendam. Air pulak memang jernih. Lagi best ada ikan kecik kat sungai ni yang sesedap rasa gigit suar aku, main-main ngan jari kaki aku...besssshhhh... aku ngan Aibah gile nak tangkap ikan2 ni pakai key tapi haram tak dapat walau seekor. lain kali nak pegi tempat ni lagi dan nak bawak jaring. lalalalalala...

Balik dari sungai, dah tengahari pun, aku ngan aibah pegi Pekan Bt 14 konon nak beli ikan dan sayur untuk nenek. Kelakarnya bila orang kat Pekan tu cakap "Hari ahad takde pasar kak, pagi tadi je ada pasar tani"... caittttttttttt... mujur ada kedai yang jual barang basah kat pekan satu lagi. Beli udang,ikan kembong, ikan tongkol dan ikan belanak. Sayur semua tak fresh, bek suh nenek masak pucuk manis kat belakang dapur je.

Sampai umah, mandi, makan durian, lepak2, kebetulan uncle ada sekali. baru sampai ngan anak ikan dia... (hehehe) . pastu makan tengahari berulamkan petai bakar, tempoyak, ikan masak cili , telur dadar dan pucuk paku masak lemak tempoyak. Makan bertambah-tambah...

habis makan, makan durian lagi, manggis lagi, langsat lagi...adoyaiiii... kesian cik perut, macam-macam makanan masuk ari ni.

Petang, masa nak balik, macam biasa nenek mesti akan sedih. tapi tak boleh tunggu jugak sebab aibah kena balik ke Tg malim. Sampai umah kul 6.00petang, kemas barang, pastu tertidor. Sedar-sedar je hari dah gelap. boring duduk rumah. sunyi... goreng sosej dan makan dengan roti. Pastu tengok tv dan tidur lagi, mengharap isnin pagi bangun dengan ceria. oh yea oh yea... hehehe.

17 July 2009

apesal tetiba semua idea nak blogging ilang?

aku nak citer sume mende yang aku nampak semalam dan ari ni yang aku dok protes-protes dalam ati tapi bila nak buat ayat je aku lost. Aku tak tau nak mula dari mana. Bukan lagi tak tau nak mula dari mana, tapi aku terus lupa apa aku nak cerita.

meh aku start sikit2...

Aku ingat semalam aku g pasar malam, beli yong tau fu utk makan malam, sambil tu dok perati kakak jurujual tu sangat lah loving couple sampai nak peluk2 husband dia tengah buat gunting2 makanan. Sikit-sikit nak raba lah, nak peluklah... Aku tau lah malam jumaat... hahaha... (wut do u think then?) ... at first oklah, tapi bile asik2 interfere husband dia buat keje rasa menyampah pulak. Korang, tolong lah kalau dah kawen sekalipun over-action macam ni. Meluat tengok.

Aku ingat lagi semalam aku hangin ngan sorang mamat. Aku dah call dia banyak kali sebelum ni tapi haram dia tak angkat. Then lepas tu semalam bila dapat call dan aku maklumkan situasi dia, banyak pulak cekadak dia. Ni pun pesen nak bawak pak menteri masuk campur. Aku cukup benci bila nak bawak isu kecik macam ni sampai atas. Padahal ikutkan salah dia lah...sape suh tak angkat dulu. Bukan sekali aku call, tapi banyak-banyak kali... senang cakap kalu, aku bagi kata dua, dia nak dia akan datang, dia tak nak tu bukan masalah aku. hahahaha... sudahnya tadi dia datang juga... hehhhh! aku menang!

lagi, aku konon-konon nak tengok keliwon, tapi haram tak best citer semalam. Apekah citer pasal hantu air... ekceli aku takot tengok sensorang...kui kui kui.

Ape lagi ekkk... malam tadi aku consume ubat terakhir untuk pack kedua. Next week start makan pack ketiga. boring gile 4 bulan treatment. Hopefully abih je semua ni, keadaan kembali macam biasa. Tu pun bergantung pada keputusan sample yang aku buat this week. Harap-harap semua ok. ok la ok laaaa...

oh ya, semalam call mama, tanya khabar. macam biasa, kalau call mama mesti mengumpat...kekeke... mama dan bapa turun KL hujung bulan ogos nanti.(Purposely datang nak tengok kakak aku bersalin lah) Tak sabar nak bawak diorang jalan-jalan... erk..sempat ke jalan-jalan? mesti diorang sibuk layan cucu sulung nanti.

wah! tak lama lagi aku akan dapat anak sedara... the real nephew and niece... harap2lah dapat sepasang... kakak dapat baby boy, kakak ipar dapat baby girl... wah! berangannya aku...

k lah, aku dah menceceh banyak. Asalnya tadi takde idea. ni rasa berkajang-kajang pulak. OK...Titik

16 July 2009

What do you understand with redha?


last nite, i was a bit terkilan wiv my fellow. She promised to accompany me go to massage centre. wah wah...apekah pegi urut-urut neh. Well, on 5pm, tengah mamai-mamai baru bangun tido, she text me saying dat she will have a date with her darling and so apa lagi, I do feel dissapointed lah kan.. Aikkk... takkan lupa, sebelum ni dia yang beria-ia ajak aku pegi buat refleksologi rabu malam.

Aku pun malas nak argue jadi biarlah dia nak dating pun. Macam aku tak boleh pegi sorang-sorang...ye dakkk...

9.00pm, i was 'leisurely' packing my comforter, blanket, towels, shirts semua nak hantar pegi dobi. Hahaha... malas dowh nak cuci sendiri. Dah lama tak buat houskeeping, memang melambaklah semua kat ruang tamu. Buat Jualan Amal pun bolehhhhh... ahax

9.15pm,She called and telling me that she was involved in the car accident somewhere in Bukit Mahkota. She asked if I could amik diorang kat sana since Im the only person yang duduk berhampiran. Ayoyo... Bukit Mahkota bukan area yang aku familiar. Harus bagaimana? 15 minutes later, dia cakap amik kat Balai Polis Kajang je...huhhh, lega...Walaupun masih terkilan, aku lupakan semua tu sebab dia kawan aku. So aku pun dengan muka sembab pegi lah amik diorang.

What exactly i want to share here is, NEVER EVER MAKES YOUR COLLEAGUE (BELOVED) FEEL DISSAPOINTED. Aku ni baru kawan, bukan mak ayah dia. Imagine kalau kawan pun Allah dah tunjuk macam ni. Lagi-lagilah kalau Mak Ayah tak redha. Betul tak?

Dear fren (itu pu kalau ko baca blog aku...hahaha), aku bukan niat nak malukan ko, aku tak sebut pun nama ko, kan kan kan. Ini pengajaran untuk aku juga supaya tak buat macam ni kat orang-orang lain. Mungkin kita tak sedar apa yang kita buat tu menyakitkan hati orang lebih-lebih lagi orang yang sayang pada kita.

Dear fren, aku sayang ko dan aku sayang kat semua kawan-kawan aku. Tak mo lah perkara kecik macam ni nak sentap2 sebab tu aku cuba sejukkan hati bila ko cancel plan ngan aku. Awang pernah berkata "Lets bygone be bygone"... buang yang keruh, amik yang jernih... apa yang penting ko selamat.ok...

jadi? ni ada kena mengana dengan redha ke? hehhh

Disclaimer : gambar di atas tiada kena mengena dengan entri ini. Sumber dari http://en.wikipedia.org/wiki/Traffic_collision

15 July 2009

life is full of up and down



yeahueeeeaaaahahahaaa!

urm, what kind of laugh is that? gile ape...

This morning i woke up early, have to prepare 'sambal udang' for our pot-luck dekat ofis.

Everything goin smooth eventhou agak rushing. Today's weather quit calm, its rainy. Kalau tak keje confirm ble sambung tido.

At the car park, I open the car, put the thingy things aside and ready to start the engine...

ops... apesal nih? kete tak ble start... confirm battery weak...adeshhhh... patutlah dua tiga hari ni agak pelik tiapkali nak start engine. Call abang, he's in Bintulu for a week. Adoyai! nak minta tolong sape lagi? Jiran-jiran pun tak nampak kat bawah. Call Jack, pun dekat Bintulu, call shahir, on his way go to office, at-last, got fellow, bahtiar yang juga ada jumper, minta dia datang and alhamdulillah, kete dah boleh start but sound macam tak best je.

Masuk ofis kejap isi borang cuti and balik. nak g servis kete, nak carik batteri kete baru, nak sambung tido... ahax... but yet, melayang $500. Major Service + Battery. fuhhhh...

Yang best, dah setel kete, aku balik rumah dan sambung tido puas-puas... memang nikmat!

Apepun, Thanx abang, Jacko, Shahir, Kamarul for gimme some support walaupon tak ble nak tolong. Atleast you all bagi jugak idea cane nak buat, sape nak dihubungi etc. Pada Shahir sebab willing nak amik aku dulu pegi keje dan tengok kete menjelang tengahari.(tapi aku taknak sebab aku kesian ko dari seremban, takkan nak melajakkan perjalanan amik aku kat umah, ye dakkk) . And the most zillion thanx pada Bahtiar, yang datang dalam ujan bawak jumper. Nasib parking sebelah takde kete so proses mengecas bateri agak mudah dan cepat. Thanx jugak pada penerangan ringkas ko pasal kat mana nak beli bateri walaupun pastu aku terus g Perodua Services.

Then, i would say, life is full of up and down aite.

14 July 2009

antara fasa sedih dalam hidupku

aishhhh... mengeluh lagi.

Bukan itu yang aku mahukan. Bukan jua kamu dan bukan jua dia. Aku terkedu bila perkara itu harus diungkapkan. Perlu apa cerita ini disiulkan?

Menyesali apa yang terjadi itu pasti namun untuk kita mengulangi semula detik lalu lantas menjadikannya lebih baik hanya berlaku dalam mimpi. Semua ini tidak bisa berulang waima kamu percaya wujudnya kelahiran semula.

ingin aku buang jauh-jauh semuanya. Lupakan dia, lupakan kenangan bersama. Tapi palitan duka tetap ada, harus bagaimana untuk menghindarkannya?

Tolong aku Ya Allah... aku mohon pada-Mu
Andai dia bukan ditakdirkan untukku, berikan aku kekuatan untuk melupakannya, berikan aku kesabaran untuk redha kehilangan dirinya, lorongkan aku jalan menghindari dirinya...
namun,
Andai dia ditakdirkan untukku, cambahkanlah sayangnya padaku sebagaimana dalamnya aku mengasihinya, permudahkanlah hubungan ini agar dapat menuju redha-Mu... ameen...

Ikut nafsu

Malam tadi terliur nak makan sate. Sudahnya cancel masak kat umah. Aku makan satay dekat Gerai Penjaja Pemadam berhampiran KPMC, pekan Kajang.

Kerana lapar, kerana cam sedap je bau sate kat situ, aku order banyak gile,

5 cucuk perut tembusu,
10 cucuk ayam,
10 cucuk daging
4 ketul nasi impit mini
5 keping otak-otak
2 Laicikang

Yang makan cuma 2 orang. wakakaka!

kesudahannya kitaorang kena bungkus 15 cucuk sate yang tak habis. Siap kasik kat anak kucing bawah umah aku lagi.

Moral of the story,

ikut rasa binasa
ikut hati mati
ikut nafsu haru-biru

masyaAllah...

09 July 2009

ingatkan tak jadi

kadang-kadang kita idamkan pelangi, tapi Allah berikan kita matahari.
Kadang-kadang kita impikan mentari, tapi ribut taufan pula yang melanda.
Kita mesti rasa dizalimi.

isk...apekah nak citer pasal dizalimi pulak nih... aku cuma nak bagitau, aku ingatkan aku tak jadi pegi Bingkas Penang, kalau tak jadi boleh join family day department aku. Tapi tadi baru confirm bas tengah malam ni. huwaaaaa! baju tak pack lagi pastu kena stayback pulak...adeshhh...

takpe, tunggu hapdet Bingkas Penang pulok deh.

08 July 2009

gerak hati seorang perempuan

pagi tadi aku berazam nak senyum sepanjang hari... ngehehe... and its work! Takdelah senyum all the way but atleast aku rasa macam released... release ape pun aku tak tau... tense kot. Oklah kan macam tu.

tetiba petang dapat panggilan dari PSMB mintak submit borang tnp hari ni jugak. Terus call Kuching minta proceed ngan submission diorang yang pending dari semalam. Aduhhhh...tak pasal-pasal kena buat on behalf Kuching punya task dan harus stay-back lagi malam nih. mencik mak!

tapi tu lah life. Kalau takde mende2 merapu yang menensenkan kepala macam ni must be rasa hambar je idop. Atleast merasa gak geram, marah, nak nangis, ngeheheeee... and then, this thing lah yang mengajar erti sabar...owh! bersabar kah aku?

wachaaaaa!


**poyo gila tajuk entri kali nih...apekah!

Children Learn What They Live

If children live with criticism, they learn to condemn.
If children live with hostility, they learn to fight.
If children live with fear, they learn to be apprehensive.
If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves.
If children live with ridicule, they learn to feel shy.
If children live with jealousy, they learn to feel envy.
If children live with shame, they learn to feel guilty.
If children live with encouragement, they learn confidence.
If children live with tolerance, they learn patience.
If children live with praise, they learn appreciation.
If children live with acceptance, they learn to love.
If children live with approval, they learn to like themselves.
If children live with recognition, they learn it is good to have a goal.
If children live with sharing, they learn generosity.
If children live with honesty, they learn truthfulness.
If children live with fairness, they learn justice.
If children live with kindness and consideration, they learn respect.
If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those about them.
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.


Poem By Dorothy Law Nolte, Ph.D.
----------
Teringat kat adik-adik Rumah Solehah...

06 July 2009

Bertamu di kalbu

Kakak aku kata, dia suka lagu Jaclyn Victor ni sebab lagu ni dari low hingga hi beat, macam tangga. Mula-mula dengar biasa je tapi bila dah selalu dengar jadi tersuka pula. Hahaha.

Tadi opismet aku suh carik lagu ni. suh aku looping lagu ni. suh aku carik lirik dia... banyak cantik!... hahaha

takpe, aku pun suka lagu ni, satu sebab rhytm dia, satu lagi sebab lirik dia. Dah lama tak dapat lagu puitis camnih...erk...puitis ke? puitis le kot sebab aku tak paham pon keseluruhan lagu ni. hahaha

urm...baca dan hayati sendirilah baru tau...

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma di naluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

03 July 2009

Ya Allah, beri aku kekuatan

kadang-kadang aku give up dengan rutin harianku kini. Setiap hari mengabdikan diri demi kerja, demi famili dan demi orang lain hinggakan aku hilang waktu untuk sendiri.

Aku lelah, melengkapkan kehidupan orang lain sedangkan aku masih disini, sendiri.

Sunyi? tidak kunafikan kesibukan aktivitiku bisa membuat aku lupa nasib diri tapi tatkala lewat malam atau ketika harus memandu sendirian menguruskan rutin ini, aku pasti memikirkan tentangnya.

Siapa aku sebenarnya, untuk apa aku dijadikan, kenapa aku dilahirkan di dunia dan apa harus ku lakukan pada dunia dan seribu satu soalan berlegar-legar di minda. dem... i hate when this moment comes... boleh mengalir air mata. (infact aku dah mula menangis nehhhh...sob sob)

But life is about keep moving on! Sesungguhnya apa yang aku hadapi ini adalah ketentuan dari Ilahi yang Maha Mengetahui kekuatan yang aku ada. Itu kata-Nya...