Aku tak sabar nak bercerita tentang pemergianku ke Langkawi minggu lepas namun hingga ke saat ini aku masih belum menerima sebarang gambar dari empunya kamera (baca : ni la malangnya takde kamera, tapi yang seronok sebab aku yang sakan menumpang amik gambar)... tapi aku tak kire, aku nak citer gak...
5 Ogos 2008
Tayar bas mula bergolek jam 10.00malam, destinasi : Kuala Perlis
6 Ogos 2008
Selamat tiba di Jeti Kuala Perlis pada jam 5.55pagi, check-in di T Hotel, solat subuh, mandi, sarapan dan sambung tidur...
10.00 pagi, berkumpul di jeti Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi, sejam sebelum tu aku dah makan ubat tahan mabuk... aku sangat alah naik feri nih sebab dia confined, kalau naik bot masa candat sotong dulu aku tahan la pulak...
11.30 pagi, Selamat mendarat di Jeti Pulau Langkawi... here i come! sangat seronok... sms mama bagitau dah sampai, mama siap bagi semangat lagi...maklumlah, ni kan tempat aku menimba ilmu dulu... miss dat moment so much... Langkawi dah banyak berubah hakikatnya...
12.30 tengahari, sampai kat Pantai Chenang, we stay at Malibest Resort & Chalet... memang best lah sebab sampai2 je mata dijamu ngan pandangan yang diluar kebiasaan... hangpa imagine la mat & minah saleh tengah sunbath kat tepi pantai...pergh!... meremang bulu roma aku tengok... lunch then rehat... aku masih dilanda mabuk laut...kwang kwang kwang
3.30 petang, brkumpul semula di dewan utama, ada briefing dan penyerahan kepada Layang Adventure, team ni yang akan conduct kitaorang lepas ni... petang ni lebih pada ice breaking, form a group, buat nama kumpulan, cipta war cry and prepare persembahan untuk mendapatkan sebuah Perdana V6 dan duit RM100 untuk Race esok.
5.30 petang, aku ngan 9 orang yang lain bergerak ke Kuah semula untuk mengambil kereta.
8.00 malam, makan malam pastu ada briefing pasal program esok... dapat t-shirt, pastu 'reiki' checkpoint.
7 Ogos 2008
7.00 pagi, Morning exercise menari poco-poco, kalau dulu miss the oppurtunity dekat Rumah Sinar Salam, now i got the chance! Best gak, happening sehhh... penat jugak... Then sarapan, prepare for the race!
9.30 pagi, berkumpul depan restoran India, belek-belek keta, pasang sticker, owh! group aku ada 10 orang, dan setiap group dibahagi lagi kepada dua kumpulan a.k.a 2 kereta, grup A & B. Aku satu kete ngan Zaki, Azri, Kak Ton & Kak Fiza, Kereta satu lagi Sham, Shaffuan, Shahrul, Kak Lina & Kak Yan. Pagi ni ada Amusing Race, ada 7 checkpoint, 3 barang perlu didapatkan dalam race ni...
10.00 pagi, acara bermula, oleh kerana kereta geng aku no 10, maka group kami merupakan group paling last berlepas. CP pertama dituju Pantai Kok, kemudian kami mula menuju Pekan Kuah ke pejabat Belia & Sukan Daerah , selesai tugasan disana, kami bergegas ke Kampung Buku Malaysia di Lubuk Semilang sebelum mengambil makan tengahari dan meneruskan perjalanan ke Nusantara Gamat. Kemudian, kami bergegas menuju Pekan Kuah semula mencari lokasi CP di Shopping Arcade. Jenuh siot cari semua kedai tiang hijau... kedai Ismail Group pula merata-rata... Lepas dari Kuah, kami ke Ladang Kerbau di Nyior Cabang... tugasan paling menarik sebab kitaorang kena suruh bagi makan kerbau, pindahkan kerbau dan minum susu kerbau... euuu... hangpa pernah ke minum susu kerbau? dahla bau kat kandang tu sangat machemmm...fenin tau... Menuju Tg Rhu, CP terakhir dalam Amusing Race ni, En Johari memberi laluan chortcut maka merasalah lalu di atas empangan... best tau... Sampai kat Tg Rhu, selesai melapor diri, kami terus balik ke starting point di Lighthouse. Makan tengahari dan kembali ke Pekan Kuah, shopping time!
6.00 petang, sampai kat Malibest, rehat sekejap, kemudian mandi laut... orang lain sibuk menjahit baju untuk fachion show malam ni, kumpulan aku lak bersenang lenang, shopping la, main go-kart la, mandi laut laa..... lalala lalala...
8.00 malam, makan malam.menu : BBQ, macam-macam ada!... perut sebu mungkin sebab terlalu penat Amusing race ditambah shopping sakan ditambah main-main ombak...
9.00 malam, acara Fashion Show bermula, masing-masing gelakkan pakaian renang muslim masing-masing, group aku lagi sempoi, takde jahit2 jadi model ala-ala duyung dan orang g Umrah... Malam ni gak keputusan Amusing Race, group aku no 4 dari 5 kumpulan....kah kah kah!, untuk fashion show lak, kitaorang dapat no.3.... ok arrr kannnnn...
8 Ogos 2008
7.00 pagi, jenuh Kak Lina kejut aku ajak pegi morning exercise tapi aku lebih rela melayan mata. Tetiba, sayup-sayup kedengaran lagu poco-poco berkumandang, dan dan tu gak aku bangun... hehehe... sempatlah setengah jam memanaskan badan. Lepas sarapan terus pack barang sebab lepas ni terus check out.
9.00 pagi, bertolak ke Oriental Village, yay yeyyy! naik cable car lagi... fyi, cable car ni dibina menuju puncak Gunung Mat Cincang, mengikut sejarah, pada zaman dahulu ada dua gergasi, Mat Cincang & Mat Raya, diorang ni bersahabat baik, satu hari tu mereka bergaduh kerana berebutkan Dayang (Baca : akhirnya menjadi Dayang Bunting), gaduh punye gaduh, akhirnya si Mat Raya berkecai lalu menjadi Gunung Raya, Mat Cincang lak berkecai lalu membentuk Gunung Mat Cincang. Owh! kecerunan pendakian cable car ni sehingga 45 darjah, jadi masa ni agak lucu bila melihat muka-muka cuak orang yang stratosphobia... yang rasanya ganteng pun dah jadi cam kentang...wakakaka! uiks! Kat atas, kitaorang buat Deklarasi NIOSH...agak-agak ble masuk dalam sejarah tak? urm, sejarah hidupku je lah...
12.00 tengahari, kitaorang selamat turun ke bawah. Lepak-lepak kejap sambil masing-masing bercerita pengalaman menaiki cable car. Lepas ni kami semua di lepas bebas kemana-mana sementara menunggu masa bertolak jam 3.00 petang. Tiba-tiba Zaki dapat panggilan emergency, dia kena fly balik ke Kuching hari ni juga disebabkan ayahnya terpaksa dimasukkan ke hospital. Kami menghantar Zaki di airport sebelum menuju pekan Kuah, selepas hantar Azri untuk solat Jumaat, aku, Kak Fiza dan Kak Ton layan jalan-jalan kat Langkawi Fair... McD masih sama macam dulu, air terjun buatan pun masih tak berubah, jika dulu Samudera, kini telah menjadi Pasaraya Billion...food court masih terletak di tingkat 2 tapi aku tak sempat pekena Nasi Goreng Tomyam kat sana sebab tadi dah melantak kat McD. Kemudian, kami bergerak ke Kg Kuah, menziarah Mak Long.
2.30 petang, amik Azri, terus menuju jeti Kuah, unload barang, hantar kereta, terus masuk ke jeti untuk pemeriksaan Kastam. Tepat pukul 3.00 feri mula bertolak ke Kuala Perlis. Aku apa lagi, cepat-cepat lah tidur...hehehe, takut mabuk.
4.05 petang, selamat sampai di Jeti Kuala Perlis, load barang, bas mula bergerak meninggalkan Jeti pada pukul 5.00 petang. Perjalanan balik lebih lama disebabkan banyak berhenti... nasib baik esok tak keje... hmmmm..
9 Ogos 2008
2.30 pagi, kami selamat sampai di NIOSH Bandar Baru Bangi... masing-masing mamai + mengantuk + jet leg (baca : naik bas pun ada jet leg ke? mengarut-mengarut....), lepas antar kak Netty kat umah dia, aku terus balik umah. Sampai umah, keluarkan barang-barang yang lembab, masukkan coklat dalam fridge, cuci muka, cuci gigi, cuci kaki, tukar baju... terus tidur... bangun pukul 7.30 pagi, awal lagi...sambung balik, pukul 10.30 pagi, erm... sambung lagi, 12.30 tengahari... sakitnya kepala... tapi bila teringat kisah-kisah sepanjang berada di Langkawi, hatiku berbunga riang... ibarat centaku tertinggal di Langkawi arrrr... hehehe....
-----------------------------------------------------------------------
So guys, ni lah cerita perjalananku sepanjang mengikuti program Teambuilding kat Langkawi. Kalau hangpa nak tau lagi, sebenarnya nama aku tak tersenarai pun dalam list yang akan pergi ke Langkawi disebabkan boss lama tak bagi, tapi kalau dah nama pun rezeki, aku bertukar department, kemudian seorang kakak tak dapat pergi... ape lagi? akulah yang ganti...lalala lalala... kuat jodoh ni...hehehe...later aku bubuh pix lak k... sabar....

1 comment:
bestnyer...jeles...
Post a Comment