27 August 2008

ku pilih DIA

yeay yeay! pilihanraya kecil Permatang Pauh sudah sampai ke penamat. Semua orang pun tahu siapa yang menang dengan undi majoriti lebih 15 ribu... wah!

Seminggu sebelum tu, tiapkali aku melihat berita baik di TV1, TV2 (baca: tipulaaa...aku mana faham mandarin dan tamil), TV3, NTV7, TV9 dan sebagainya semua mencanangkan keterukan (baca : ada ke perkataan ni?) yang berlaku di sana dek kerana pemerintah yang dipilih dahulu tidak menjalankan apa-apa pembangunan, lantas tersiarlah keluhan-keluhan hati yang keciwa dan berlakulah proses kasihan mengasihani... etcetera etcetera...

aku disini? lidah kelu tak bisa berbicara... aku pun bukan minat sangat pasal politik ni...

melihat ini, aku tersenyum lebar :D


Walaubagaimanapun, aku tetap pilih DIA, Erkz.. bukan DSAI, bukan jua DASOS apatah lagi HM...aku pilih DIA laaa... eiii korang ni tak paham lagi la tueee... hehehe

No comments: