25 July 2008

Alhamdulilah

I got promoted at last...

Mungkin ini jalanku... tapikan... to be frankly and after got the offer letter, aku rasa cam tak best je nak tinggalkan ITD (read : formelly known as ISCTD) , nak tinggalkan boss yang baik... (baca: walaupun aku ada isu besar ngan dia masa COSH tahun lepas kat genting, hehehe) , nak tinggalkan teammates yang besh... kengkawan seopis, semeja makan, sesama mengulor,hehehe, seronok!.

Di imbas semula, kat ITD masa kerja flexible, memang la datang pukul 8 balik pukul 5.15 tapi nak keluar rehat tu bergantung kepada masa (baca : aku duduk dalam library), kerja pun relax which i dont need to made decision...suma orang arah...kita buat je...

1st ogos ni, aku dah tukar jabatan ke Higher Education, Training & Development Department (HETD), basically keje coordinate training and mengajar for sure (read : not now laaa...kena blajar dulu), and one thing, lepas ni, instead of menerima arahan dari pihak atasan, aku juga harus mengeluarkan idea dan pendapat yang pendapatannya tak seberapa best...hehehe

yeah! Gaji ni pun part of juga kenapa aku cam sedih... kalau keje sekarang, aku ble claim OT, jadi biasanya gaji aku setiap bulan boleh mencecah 2-3k. But bila kena promote ni, OT dah tak boleh apply, and bila congak2, nanti nett yang aku akan dapat sama macam basic aku sekarang... huwaaaa!... nampak gaya kene buat keje sampingan nih...erm, bisness internet mungkin...pergh...

Apepun, bak kata Kak D, kalau dah dapat tu, tak payah la nak nyesal2... semua tu dah rezeki daripada-Nya. Lagipun, kalau difikir-fikirkan inilah saja caranya aku boleh keluar dari kepompong yang maha selesa dari 3 tahun lalu. This is path in my career... who knows better than yourself kannnn... jadi, belajarlah untuk menerima sesuatu yang tidak kamu gemari... urm...i like it! i like it! ni kena semat dalam hati hari-hari ni...

Zillion thanx to my parents yang sentiasa sokong setiap apa yang aku lakukan, my bro n sis, my colleagues, my fren, my pal and whoever wish and pray for my success... Hanya Dia yang mampu membalas jasa kalian... Thanx!

22 July 2008

Bahasa Isyarat Malaysia

hahaha...poyos je cakap nak balik, tengah-tengah kemas meja, aku ternapka sijil dari KKM yang sengaja diselitkan dalam buku... so nak cite pasal buku ni lah...

tadi kat Program jom dengar, aku beli Buku Bahasa Isyarat Malaysia keluaran Persekutuan Orang Pekak Malaysia... sempat juga belajar sign langguage ngan diorang. Ni semua gara-gara kelas Bahasa Isyarat yang sepatutnya berlangsung minggu lepas dibatalkan dan minggu ni pula aku ada agenda lain (Baca : aku masih dalam dilema samada pergi ke Perkampungan orang Asli atau ke majlis perkahwinan Bad)...

Aku harap ini permulaan untuk aku cuba mengenali golongan pekak - bisu. Selama ini, aku cuma melihat dari jauh mereka berinteraksi sesama sendiri... sekurang-kurangnya bila aku menyapa mereka dengan bahasa yang mereka boleh fahami nanti, mereka akan tersenyum girang dan gembira. erk...gumbira ke?

penatnya

fuh... aku sedih jumaat ari tu, last minit program yang dirancang lebur begitu saja... pergh ayat!... tetiba dapat tugasan kena pegi Segamat... ape citer? kalau tugasan tu untuk minggu depan takpe gak...tapi hari yang sama aku kena bertolak kesana.

Jadi, sabtu ari tu, instead of pegi program rumah soleha (baca : yang telah ditukar hari) dan ke rumah sinar salam, aku telah berada di Segamat, Johor.

Ahad, misi tidak berubah... alaaa... misi aku tak g memana pun, duduk rumah study... sebab monday (baca : semalam) aku ada interview. Interview kali ni mengalahkan interview nak jadi PTD...seram sejuk macam nak demam dibuatnya. Ini sume gara-gara aku cukup mengenali 3 orang personaliti yang akan menginterview aku... hehehe... so, alhamdulillah, misi aku sepanjang hari ahad berjaya walaupun sekejap-sekejap aku terbongkang tidor depan TV...yang kelakar, plan nak tengok Melodi kat TV3 pun turut terbantut sebab tertidur. Aku sedar pun bila rancangan Nona mula mengambil alih siaran.huhu

Semalam, macam yang aku bagitau tadi, aku ada interview, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Mula-mula cuak, tapi lelama tu aku dah boleh tune rythm jantung aku...keh keh keh... iyelaaa...dah la kene buat presentation depan diorang, pastu kena soal macam2... now, ape jadi aku redha je... aku tetap ingat "Allah tak akan membebankan seseorang dengan apa yang tak termampu olehnya..." surah al-Baqarah ayat keberapa aku tak berapa ingat. Jadi...kalau aku meet the requirement yang diorang nak, dan kalau itu memang rezeki aku, dapat lah aku job tu...kalau tak? ...

Ari ni... ada program Jom Dengar anjuran KKM,UKM,NIOSH dan Per...erk..ape ekkk? ntah... buat kat UKM, it suppose to end by 5.00 but aku dah lari bila jam baru mencecah angka 3.00 petang... rush pegi Warta Bangi, beli piza kat Pizza Hut, kemudian ke Secret Recipe beli Kek... semuanya untuk Farewell Party Shuth yang akan berhenti bekerja makan gaji, sebaliknya bergiat lebih serius dengan perniagaan internetnya...

Penat packing barang dekat UKM tak habis, aku terkejo-kejo pulak membeli barang untuk jamuan perpisahan... Sampai kat opis, kebulur + penat... hmmm... bila cakap pasal penat...eh memang betullah... aku penat sangat... nak balik lah... tadaaa...

17 July 2008

i made up my mind!

tadi sembang ngan dia, sok sek sok sek bla bla bla...
tetiba aku rasa menyampah pulak...
macam bagus... ptuiiiii! (baca : geram terlampau sampai aku meludah nyah)
erk... ingat dia bagus sangat ke? huhhh!...

tapi kan korang... ngilu rasanya kat hati ni :(
aku ingin nyahkan dia dari dalam hati tapi tak boleh
cane korang?
tolong aku...
tolong aku lupakan dia...

minggu ni?

hehehe... ape daaa tajuk entri aku nih..dah kekeringan idea...nanti nak bikin entri pendek tapi lawak...tajuk pun satu perkataan je...macam azzam..hehehe... (baca : kecuali entri dia yang baru nih agak panjang).

Isnin, pegi Mandarin Oriental Hotel, ada pameran.
Selasa, ada kerja di UPM tapi setengah hari je, petang balik opis siapkan kerja-kerja COSH
Rabu, duduk dalam opis... buat-buat baik, tapi betul...aku buat keje betul2
Khamis, pegi UKM pulak...ada pameran di FSSK...erk betulke?
Jumaat..esok...ntah...boss takde... hehehe...apa ada dalam fikiran anda?
Sabtu, aku dah plan nak g umah soleha pagi, petang lak g rumah sinar salam... amacam? nak join ke?
Ahad, takmo g memana... preparation sebab isnin ada agenda besar... ada misi yang harus dilaksanakan... (baca: ina, ko ingat ko sorang je ke ada misi? hehehe)

minggu lepas? cont'-

hehehe...ape laaa...aku lupa lak ahad lepas aku kemana...rupa-rupanya aku ada plan besar... pagi morning dah bangun, misi pertama memasak. Menunya, bubur nasi, sup ayam, sambal tempe.

Mula-mula, goreng tempe, kentang dan ikan bilis berasingan. Sejukkan minyak. Sambil-sambil tu, bersihkan ayam yang telah di defroze tadi. Potong-potong pastu rebus kosong, kemudian baru dimasukkan rempah ratus sup yang telah disegerakan didalam bunjut Adabi. hehehe, kemudian lagi, masukkan halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam yang telah ditumbuk. Biarkan mendidih...ops, jangan lupa garam dan kentang.

Itu cerita di stove 1, stove ke-2 pula aku buat bubur nasi. tak banyak. segelas setengah beras je... Sementara tunggu sup ayam mereneh, aku siapkan bumbu untuk sambal tempe...simple je, bawang putih, bawang merah, sedikit halia, semuanya dihilir halus-halus kemudian ditumis bersama dengan cili blender... aku tak gemar sangat beli cili boh yang dah siap tu sebab biasanya diorang bubuh pewarna dan macam-macam additive. Bila dah pecah minyak (baca : maknanya cili dah betul-betul masak), aku tuang semua tempe, kentang dan ikan bilis yang telah digoreng awal tadi. Tabur garam dan gula secukup rasa... tadaaaa...siap!

tapi cam ade problem lak... cam tak masin je masakan aku kali ni...erk..orang cakap, kalau masakan kita kurang masin/manis, maknanya lambat jodoh...erkkkk.... cuak-cuak!

Ok, makanan dan siap packing, mangkuk plastik -done, cawan kertas - done, sudu -done...start kerete menuju umah Sarah. Tengah-tengah drive tu aku sempat msg sarah dan call nenek bagitau aku dah on d way...

Kami sampai di HKL almost 2.30pm... kesian along, aku suh dia tidur dulu masa ina pergi tengahari tadi...kalau tak mesti asyik sms je "kak nani kat mana?", "kak nani dah smpai mana?". Jalan macam semalam juga, roadblock polis sana-sini...sengal betullah...aku mengutuk tapi sarah cepat-cepat tune mind aku...dia cakap, polis ni jalankan arahan je. lagipun kalau tak buat operasi macam ni nanti polis makan gaji buta je duduk kat balai... aku iyekan je lah kata-kata sarah, setidak-tidaknya sejuk sikit ati aku tengoko abang polis bertempiaran mencari tempat berteduh tatkala hujan mula merintik...hahaha

Along ceria hari ni, kitaorang layan lepak sampai petang, sampai arif, ina, elly dan zam sampai. Bertambah-tambah ceria lah si Along tengok Abang Aqim dia. Aku pun puas hati sebab apa yang aku masak tadi habis licin. Sempat juga patient katil sebelah along merasa bubur nasi aku. hehehe.. dan kalau nak tau, semua orang cakap, masakan aku tak kurang garam...maknanya...dah ngam-ngam lah masa ni tuk aku mencari tulang rusuk....ahax

Pukul 6, aku, sarah dan nenek beransur pulang. Lagipun Nenek busu tinggal sorang kat rumah tadi. Dia tak ikut hari ni sebab anak nenek busu yang bongsu balik. Sampai kat Sg Congkak hari dah beransur gelap... lepas lepak-lepak sembang ngan nenek sambil mencecah biskut kering dalam teh,aku ngan sarah minta diri untuk balik.

Lepas hantar sarah, balik rumah... baru terasa penat yang amat sangat... Malam, aku tidur agak awal...tengah baring-baring baru teringat bekas-bekas bawak bekal tengahari tadi tertinggal dalam keta... argh! esok pagi je la.... tidur lebih baik...Zzzzz

minggu lepas?

erm, minggu lepas sangat pack... monday - thursday aku keje kat PWTC. Ada pameran sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan anjuran DOSH (Department of Occupational Safety & Health). Sempat lah menjenguk Along di HKL selasa, rabu dan khamis...

Jumaat? duduk kat ofis, setelkan mana yang patut. Badan dah mula menunjukkan simptom demam... adeshhhh... dah la pagi tu masa bangun tidur aku buat 'bangkit bersambut' pastu rasa something kat pinggang...erk... cuak!

Sabtu... pagi-pagi lagi Ida dah tanya, "jadi ke tak pegi rumah Ehsan"... Niat nak sambung tidur terbantut...hakikatnya hati aku pun meronta-ronta nak join program ni walaupun fizikal tidak mengizinkan. Tawakal dan alhamdulillah, berjaya juga mengharungi saat-sata manis di Rumah Ehsan Kuala Kubu Baru.

Malam sabtu Ida temankan aku betulkan balik tulang pinggul yang lari...ish... berlari-lari lak tulang ni... sakit tau... ni sumer gara-gara buat bangkit bersambut... huhuhu... lepas jumpa mbak, kitaorang layan pegi downtown kajang... sampai umah, sakit yang dah hilang tadi datang balik...padan muka aku...patutnya lepas berurut terus duduk berehat di rumah tapi aku lak bantai jalan-jalan lagi... hehehe... mujur mbak ada bekalkan jamu... bilangnya untuk buang angin pada urat-urat ...erk macamtu ke?

Ahad... aku buatr ape ye? ntah... tak ingat... tolong! aku tetiba blank... aku buat ape ari ahad?

07 July 2008

haruskah ku mati?

Ari tu dia call, apekesss call aku pukul 4.30pagi? silapnya, aku layan juga bersembang walau mataku tertutup rapat.

Dia call semata-mata nak cerita pasal Dia... aduh... gamaknya dia masih menyayangi dia... bisa gawat kok kalau begini... namun kali ni aku dah tak rasa-rasa sedih sebaliknya aku boleh jadi adviser yang baik....

tetiba, dia pasang lagu...
"biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu..."

dia kata lagu tu ex-dia yang dulu bagi, tapi dia rasa lagu tu lebih sesuai untuk hubungan dia dan dia... gulp... apakah aku yang buta kerana masih menutup mata atau memang benar apa yang kudengar?...

oleh yang demikian, terimalah pula lagu dari ADA BAND ini yang kudedikasikan khas untuk dia...huhuhu...sob sob sob... :((

Bagaimana mestinya
Membuatmu jatuh hati kepadaku
Tlah kutuliskan sejuta puisi
Meyakinkanmu
Membalas cintaku
Haruskah ku mati karenamu
Terkubur dalam kesedihan...sepanjang waktuku
Haruskah kurelakan hidupku
Hanya demi cinta yang mungkin bisa membunuhku
Hentikan denyut nadi jantungku
Tanpa kau tahu betapa suci hatiku
Untuk...memilikimu
Adakah keikhlasan
dalam palung jiwamu...mengetukmu
Ajarkanmu bahasa perasaan
Hingga hatimu tak lagi membeku
Tiadakah ruang di hatimu untukku
Yang mungkin bisa tuk kusinggahi
Hanya sekedar penyejuk
Di saat ku layu
Kusetia menantimu hingga akhir masa

cerita hari ahad

7.15am, mata dah celik, aku paksa tutup ... berjaya...

9.30am, sekali lagi mataku celik, dah cerah rupanya... lihat kat sebelah, Juju dah kemas tempat pembaringanya malam tadi. Juju tak kelihatan... mana kawan aku ni? dah balik Maktab ke? ish ish... tak mungkin...dia janji nak ajak aku pegi Mines ari ni... aku terus bangkit dari pembaringan, usai membersihkan muka, aku terus ke dapur... membikin sarapan untuk kitaorang.

10.30am, sarapan siap! Nasi goreng + Ayam goreng + kentang campur mayonaise kesukaan juju + teh o nipis... lepas mandi, aku ngan juju bersenang lenang menyantap sarapan pagi sambil tengok tv. (baca : baru ku tahu channel 301 - 303 kat saluran astro tu citer korea...alahai...lembab betul aku explore)

11.00am, kami sudah siap untuk pergi ke Mines. Naik keta Juju. Pusing-pusing Mines konon nak cari blazer, sampai ke sudah aku setakat cuci mata dan berangan je. Juju lak sudah selesai memberi fancy wrapping paper dan bekalan-bekalan untuk dibw balik ke Lipis.

2.15pm, Aku dan Juju mula bergerak pulang. Juju kata dia dah lewat, nak kena antar aku, pastu kena amik kawan dia kat hentian Komuter UKM, pastu nak gerak ke Bandar Tasik Selatan amik kawan kat sana sebelum amik penumpang terakhir di Gombak... ahaha... Juju dah terkena badi aku jadi supir...

2.35pm, aku dah sampai kat bawah umah, taknak naik dulu sebab destinasi aku seterusnya adalah opis... lalala... masuk sekejap je sebab nak amik jaket + air revos + gula-gula + kasut. Lapar...

3.00pm, aku pegi Sg Chua, hajat dihati nak try buat refleksologi dekat spa di sana yang kelihatannya sangat eksklusif. Pegi sana, tak sempat masuk, kat pintu sebelah aku nampak promosi gunting rambut... terus tukar plan, panjat tangga kedai... tadaaaaa.... aku dah potong rambut.... lalalalalala... masa tengah gunting tu aku text kat juju, tak lama pastu dia balas " Aik! potong rambut? kata sayang nak potong", gulp!...alamak! aku lupa yang aku sayang gile ngan rambut aku... tapi dah potong kan... nak buat cane... aku pun cepat-cepat balas "new life, new look"....ngeh ngeh ngeh... dalam maknanya tu :)

3.45pm, aku tak balik lagi, pegi lak buang duit kat pusat refleksologi Indo China tu... tak sempat tidur sebab aku dok tengok rancangan cina kat tv.

5.00pm, balik ke rumah. Baru rasa lapar yang teramat... badan dah separuh menggigil, mungkin isi perut habis digunakan sebagai tenaga aku mengelilingi mines tadi. Masak nasi sambil kuarkan sayur dan sotong dalam fridge. Masak... sebelum tu aku alas perut dengan wafer coklat.

6.30pm, lepas mandi, makan nasi. Dia sms aku ajak online...aik! tak tengok jam ke orang tua ni.... ahaha! dia kan tua 2 tahun dari aku... kire orang tua lah kan.... aku cakap pukul 8.00pm lah... dia pun reply, "OK".

8.15pm, aku online... Identity ku invisible kan... kononnya nak privasi... tapi memang hampeh... kelibatnya langsung tiada... bila aku tanya, dia kata kejap lagi...

9.00pm, penat menunggu, akupun log out, lagipun ada sorang kakak datang nak tumpang tidur umah aku sepanjang minggu ni. Lepas makan malam sekali lagi ngan akak tu,. aku tidor... sok pagi nak bangun awal...

hmmm... so dat, tis sunday kire bermakna lah jugak bagi aku sebab aku dah ada new look... tapi bile cuci rambut aku geram sebab rambut yang dah cantik kena blow, dah tak cantik... huhuhu... kesimpulannya, sayangilah rambut anda...trim je, takyah potong... nanti nyesal.... huwaaaa!!!

06 July 2008

cerita hari sabtu

jumaat minggu lepas patutnya aku jaga abang Long, tapi disebabkan Ina nak jaga, aku pun bagi leee... ahad semalam pun patutnya turn aku jaga along lagi tapi disebabkan hari ni pagi morning dah kena gerak ke pwtc, kena cari pengganti, and thanx to Zam yang willing gantikan tempat aku.

Apepun, sabtu ari tu, aku sekali lagi g Sg Chongkak amik nenek Esah & nenek Busu, sebelum tu aku dah siap goreng mihun dan kepak ayam. Kali ni pegi ngan Juju sebab sarah tak available... bile mak ayah dia datang, sarah akan pretend jadi budak baik, jadi gadis pingitan yang terperuk kat rumah gitooo...ahax... tapi credit kat sarah gak, dia ni slalu je available kalo parents dia takde... slalu je ikut aku g memana especially kalau yang berkaitan ngan community service.

Jalan sesak on d way ke Sg Congkak, sampai kat umah nenek lak, nenek busu takde, kena lah menapak ke rumah jiran panggil nenek busu. On the way ke HKL kena tempuh jammed disebabkan roadblock... kalau satu aku boleh sabar lagi... tapi ni 2... nak maki hamun pak polisi tu pun ada... tapi aku kan berbudi bahas orangnya... ku ulangi... berbudi bahasa orangnya... jadi aku maki dalam hati je lah... nyesal lak kuar ari sabtu, hari orang sibuk buat demo atau protes kat kl...

Sampai kat HKL agak lewat, kesian Along asyik sms aku "kak nani dah sampai mana?". Lega bila aku tengok along senyum sesampainya aku kat wad 17 tu... hehehe...ingatkan sentap... Along makan bihun yang aku bawa, biarpun along komplen pedas tapi aku suka sangat bila dia tambah dua kali... mesti along dah bosan ari-ari makan nasi dan roti. kesian kannnn...

Jam menghampiri pukul 4 bila kami tinggalkan along...ikutkan hati, aku nak berlama-lama disana menemani along sementelah belum ada yang datang melawat ketika itu. Apakan daya, jue kena ambil myvinya yang ditinggalkan di pusat servis perodua di hentian kajang sebelum pukul 5 petang.

Ku singgahkan nenek Esah & Nenek busu di rumah mereka di sungai ramal sebelum aku menghantar juju ke Hentian Kajang, kemudian aku halakan semula Imz (baca : nama ganti untuk Bibah) aku ke rumah nenek Busu di Sungai Ramal... Sempat juga berkenalan dengan anak cucu nenek... tak sangka juga Kak Ngah tu adalah jiran aku di Seri Tanjung... alahai keciknya dunia.

Berseorangan menghantar Nenek berdua balik ke kediaman mereka di sg congkak agak menggusarkan hati lebih-lebih lagi hari beransur senja. Sampai disana, aku tidak berlama-lama dirumah mereka dan memohon untuk permisi lebih awal. Alhamdulillah pukul 7.00 petang aku sudah berada di rumah... dah boleh bersenang lenang...hehehe...lega siot!

Malam, tak buat apa melainkan menyambung kerja-kerja membersihkan rumah. Niat untuk meng'make over'kan rumah masih belum tertunai... tunggu lah satu hari yang tenang agaknya... Tengok Grey's Anatomy dan private Practice di NTV7 lepas tu baca buku sambil gaduh ngan Rizal, topiknya pasal penakut...hampeh betul kawan aku sorang ni...

Juju sampai tengah malam... sembang sekejap lepas tu aku terus merebahkan diri di atas katil... empuk? lu pikirlah sendiri.... erk...

02 July 2008

Pagi yang gelap, kini sudah terang

1 Julai 2008
Semalam, agak kelam kabut… mana tidak… turn aku jaga abang long kat HKL, time tu juga keja aku tiba-tiba melambak. Sedar-sedar jam dah ke angka 6.00 pm. Tiba-tiba arif call, bagitau Abg Long dah nangis… alamak! Aku dah lambat ke? Aku sebenarnya dah bajet 7.30pm sampai sana…

Balik rumah, pilih-pilih baju,iron-iron baju, mandi-mandi, bersiap, 7.10pm bergerak ke HKL. Dalam kereta aku sms Abg Long, menyatakan aku sudah dalam perjalanan kesana. Kemudian, aku sms Kak Ita dan En. Zul, bertanyakan laluan alternatif mana patut aku ikut untuk ke HKL dalam suasana orang tengah balik dari kerja. Aku bimbang dengan kesesakan lalulintas. En. Zul menyarankan agar aku mengikuti lebuhraya putrajaya-kl, namun ketika sms diterima, aku sudah berada di lebuhraya seremban-kl. “Tawakal je lah”,kataku dalam hati… sebuah demi sebuah kereta aku potong… takdelah laju mana dalam keadaan lebuhraya yang penuh dengan kereta.

Alhamdulillah, semuanya dimudahkan bagiku… melepasi tol dan melalui lebuhraya Sungai Besi, aku cepat-cepat menyusur ke laluan SMART… mujur juga terowong SMART tidak ditutup sedangkan hari agak mendung sepanjang hari. 5 minit kemudian, aku sudah memasuki Jalan Tun Razak… jalan sedikit perlahan di susur persimpangan ke Ampang/Hulu Kelang, kemudian, tepat 7.30pm, aku berjaya memakirkan bibah di tempat letak kereta kakitangan HKL… hahaha…

Tak banyak dibualkan bersama Along, nyata aku agak kurang mesra dengan anak-anak sebaya along. Kesian along, lawak aku mungkin tidak sehebat lawak
Sarah, atau tidak sekelaut lawak Dewi Maya yang dikatakan banyak cakap oleh Along…hahahaha…sms pun along kata panjang berjela… Namun aku amat berharap kehadiran aku setidak-tidaknya menghilangkan gusar dihati along… kesian tau dia nangis petang tu, siap call abang Aqim and kak Ina dia lagi… mau aku tak panik? Furthermore, part nangis2 ni aku touching seh, lebih-lebih lagi bila mengetahui latar belakang along… owh… im gonna cry now

Pukul 10.00 malam, along mula menunjukkan symptom mengantuk… selepas kutitiskan ubat dimatanya, aku suruh along tidur sambil aku meneruskan pembacaan. Tapi kitaorang layan dengar lagu pulak sambil blutut2 sampai jam 11.00mlm. Lepas bagi ubat mata untuk kesekian kalinya, aku suh along tido… pastu turn aku lak gilo sensorang boring tak tau nak buat apa… nak baca buku lampu dah malap, nak dengar lagu, orang lain dah tido, nak tido? “Alamak…cane aku nak tido malam ni ekkk? tido atas katil macam yang orang terdahulu buat ke atau tidur je kat kerusi?” …

Aku sms skandal-skandal… bagitau aku boring… n miraculously, one guy a.k.a “dat guy” reply my sms… what a surprise! Aku tak expect pun dia response text aku… seronoknyeee… hatiku berlagu riang… mood kuntum sudah menjelma…hehehe…

Selepas dua tiga sms, dia dah senyap… alamak! Marah kat aku ke? Aku ni pun satu, dah dapat sms dia tu reti-reti lah nak behave… ngantuk punye pasal, lupakan pasal sms, lupakan pasal tak tau nak tido mana, aku panjat jugak katil no.1 sebelah katil along, n kucuba lelapkan mata. Percubaan pertama, gagal… tak selesa...aku cabut tudung dan buka ikatan rambut, percubaan kedua melelapkan mata juga gagal… agak kurang selesa rasanya bila tidur tak nampak along… akhirnya, ku alih posisi kepala dan kaki… taddddddaaaa… aku sudah boleh tidur lena dalam posisi boleh melihat kondisi along.

Apapun, aku jenis orang yang lambat membiasakan diri ditempat baru, tidur malamku juga agak terganggu. Sekejap-sekejap terjaga… pikir benda bukan-bukan, tengok-tengok keliling, pejam-pejam mata, berangan dan tidur balik… setengah jam kemudian aku terjaga lagi… pikir benda bukan-bukan, tengok-tengok keliling, pejam-pejam mata, berangan dan tidur balik…sampailah pukul 5.15pagi bila nurse datang nak bagi ubat. Masa tu mata aku serta merta segar… nak layan tido pun dah tak seronok.

Alang-alang aku dah ceroboh katil no.1 tu, aku guling-guling dulu sementara menunggu pukul 6.00pagi. , namun mata tak mau lelap…siot je… 6.15, aku dah siap mandi… dah tak tau nak buat apa. Katil sudah siap kukemas semula. Kalau tak kemas kang mau kena ngumpat ngan kakak misi. Hehehe..

Pukul 6.50 pagi, selepas memberi Along makan ubat oren dan memberi ubat mata, aku tinggalkan dia dengan kucupan mesra…cewah… iyelaaa… aku dah tido ngan dia satu malam…mesti nak bagi kucupan mesra kat dia… but please don’t get me wrong… kucupan seorang kakak yer… tu pun aku bagi kat ubun-ubun n dahi dia je… U ols nanti dah ada suami/isteri dan anak-anak…amalkan kaedah ni untuk menzahirkan kasih. Erk…sebenarnya aku tujukan ini kepada bakal hubby aku je… sebab aku sangat suka orang buat begitu kat aku… rasa aman dan selamat je. Wah! Terlebih sudah…

Masa bayar parking, aku terkedu sekejap… RM10 untuk satu malam? Mak aih… tapi kerana Along… aku relakan saja… Aku tawakal lagi menggunakan lebuhraya Mahameru menuju lebuhraya Sungai Besi pada waktu pagi begini… Alhamdulillah, perjalanan pagi tadi juga lancar. 7.40 pagi aku sudah siap memakirkan bibah di tempat biasa. Dengan menjinjing baju menuju mesin perakam waktu, semua orang agak kaget melihat aku berpakaian santai (baca : t-shirt kaler hijau dan suar pijama). Usai punch, aku terus menukar baju di tandas. Kemudian turun ke cafĂ© untuk sarapan pagi… baru teringat, dari semalam aku belum menjamah makanan.

Dipendekkan cerita, sarapan pagiku telah disponsor oleh En.Zul… orang yang sangat-sangat susah nak belanja orang,dia belanja aku sorang pulak tu… what a surprise? And again, miraculously, makan tengahari aku juga ditaja oleh Fendy, husband Ety. Ya Allah, maha besar pemberianMu ini. Aku baru berhabis hampir RM20 untuk Along dan Kau gandakan ganjaran dengan sesuatu yang lebih bernilai… biarpun nilai yang dibelanja tadi tidak menyamai nilai yang aku keluarkan, namun kegembiraan dan keceriaan aku sepanjang hari ini melebihi segalanya…

“kadang-kadang Allah hilangkan matahari, Dia datangkan hujan, puas
kita menangis, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi”