30 March 2008

Hello Tomorrow

Tomorrow is our chance to share our destiny
To change ourselves
To break ground
To exceed expectations...

I cant wait for tomorrow!
hmmm....

27 March 2008

Masa penentu segala

27.03.08
Malam tadi aku gatal hantar sms kat dia... alih2 tak boleh mengelak lalu pertemuan diatur di parking rumah. kebetulan dia baru sahaja balik dari kerja... mungkin...

Baru kutahu siapa dia sebenarnya... Orang Kedah, kerja di Perbadanan Putrajaya Sebagai Asst Director, muda dua tahun dari aku. Graduan Engineering dari UPM...hmmm...

Pertemuan cuma seketika, sekadar bersapa lantaran hari sudah agak lewat malam. Kondisi aku yang asyik batuk-batuk juga turut memendekkan jangka masa pertemuan kali pertama ini.

Lega rasanya bila sudah selesai, namun tiba-tiba aku rasa kosong... seolah-olah aku sudah kehilangan sesuatu dalam hidup... aku turut merasakan pertemuan ini merupakan titik noktah antara aku dan dia, tamatlah riwayat untuk aku mengintai dia, Suzaini Sulaiman...satu nama yang pasti akan aku igt sampai bila-bila...

Pagi ini, aku mengharap untuk melihat dia untuk kesekian kalinya namun hampa. Kondisi batukku juga semakin membimbangkan ditambah tekanan perasaan sejak seminar berakhir semalam. Aduhai... bagaimana harus aku tempuhi masa-masa di pejabat dengan fikiran yang melayang enah kemana.

Pukul 12.30tengahari, dek lantaran terlalu lemah,aku meminta izin untuk keluar rehat lebih awal... semata-mata untuk balik ke rumah dan berehat. Dari jauh ku lihat kereta Gen-2 nya tersadai di parking kereta. SMS ku kirim kan namun tiada jawapan... hampa? begitulah lebih kurang. Niat untuk balik tidur terbantut dek melihat kereta sidia...susahnya untuk aku menafikan apa yang tersirat di hati ni...huwaaaa...help!

Sampai dirumah asyik menjenguk ke tingkap sampai aku terlelap. Pukul 2.15pm bersiap untuk balik ofis... kelihatan keretanya masih berada di bawah...sakitkah dia? biarlah..aku menanam tekad untuk senyap seketika. Biar masa menentu segala.

26 March 2008

tiada jodoh antara kita

A very tight day... pagi-pagi lagi dah g keje, hari ni ada Seminar yang akan diuruskan di Bukit Jalil Golf & Country Resort. Pukul 8.30 pendaftaran peserta. Agak ramai yang datang untuk seminar ni walaupun masih tidak menyamai COSH yang kami anjurkan setiap tahun.

Sekitar jam 9.30pagi, keadaan yang sebelum ini sesak dengan peserta seminar kini sudah semakin sunyi. Tinggal aku dan beberapa orang Sekretariat yang sibuk mengira hasil jualan...ehehhe...mengira berapa banyak payment yang sudah diterima, ada juga yang sibuk mengemas kawasan hadapan kaunter, mencetak tag peserta, mengurus press yang juga semakin ramai etc.

Selesai mengira duit dan cek yang diterima daripada peserta, serta sempat menulis separuh daripada resit pembayaran,aku dan Yus duduk berehat sementara menunggu turn untuk makan...hakikatnya perut berdondang sayang, dah la malam tadi habis isi perut aku keluarkan dek muntah disebabkan batuk yang semakin berlarutan. Luckily tak pitam atau pengsan, kalau tu yang terjadi pasti kecoh jadinya ...sapelah pulak yang malang kene mengangkat aku yang maha berat ni...muahahahhaaa

Usai makan pagi yang juga merangkap makan tengahari, aku mula menyusun nota-nota untuk diedarkan kepada peserta seminar. Nota yang lambat dihantar oleh penceramah jemputan. Terdengar juga rungutan peserta kursus yang tidak puas hati dengan hal tersebut namun hal sedemikian biasa berlaku dalam mana-mana program lebih-lebih lagi apabila membabitkan manusia... a very difficult creature to understand...

Pukul 2.30, setelah semua peserta seminar dihambat masuk ke dalam dewan untuk slot seterusnya, aku balik ke NIOSH untuk proses pensijilan... waduh-waduh, kali ni memang aku jadi runner je. Sampai kat ofis, dengan batuk yang semakin teruk, aku mula menaip nama-nama peserta yang datang sebagai Walk-In Participant, juga mengemaskini nama-nama dan IC yang salah ejaannya. Naik biru mata lense aku bile mengadap Pc hampir sejam. Selesai proses mengedit, senarai pesera terus aku emel pada Masni, person incharge yang akan memprint sijil-sijil.

Usai semua, baru aku boleh menarik nafas lega sedikit... sekejap lagi aku kene mulakan memproses invois serta mengisih sijil-sijil. Sementara menunggu Linda, Maya dan yang lain-lain dari Bukit Jalil sampai, aku sempat membeli tiket pergi-balik ke KK pada penghujung Mei nanti.Kali ni, cuti yang ku ambil sempena perkahwinan abang agak singkat, cuma dua hari. Itu semua kerana pada 5 dan 6 Jun 2008, ada satu seminar lagi dibawah jagaanku., Seminar "Mental Health". Seminar ni aku yang mengoffer diri sementelah aku merasakan aku perlu untuk dimotivasi untuk hidup....argh..."Life is suck"

Penat sangat-sangat... tibaa-tiba aku menerima sms darinya, " I need to see you at de limau nipis restoran at 9.15...plz reply my msg..." wut a suprise!!! tapi itulah manusia, teramat sukar untuk dimengerti... yang teraasa hampeh tu, nape la pegi De Limau Nipis, bukan kah sekarang ni musim hujan, takkan nak berhujan kat luar restoran tu, furthermore, tempat tu sesak sangat ngan orang-orang yang melepak, kadang-kadanag aku naik rimas dibuatnya. Lantas aku usulkan agar pertemuan diadakan di Kopitiam Oldtown Whitecoffee d Sg. Chua. Tempat yang agak selesa untuk sebarang pertemuan. Namun, tiada jodoh antara kami...huhuhu...sedih la kononnya... atas macam-macam alasan, akhirnya kami sepakat untuk membatalkan pertemuan ini. Dengan ini juga aku harus bersiap sedia untuk bila-bila masa menerima sms ajakannya untuk bertemu?

Namun demikian? untuk apa pertemuan ini dibuat? adakah semata-mata ingin mengenali perempuan gile-gile macam aku, atau nak mengherdik perbuatan aku yang ternyata sudah mengganggu hidupnya, atau mungkin ingin memberi amaran bahawa dia sudah berpunya, atau mungkin saja ajak aku jadi kawan dia...semuanya serba mungkin dan kerana itu jualah aku resah gelisah dan menyesal tak sudah... kalau aku tak mulakan semua ni takkan berlaku, aku takkan ada perasaan seperti apa yang aku rasai sekarang... waaa.... mak! tolong!

Apapun, hidup kena berani terima kenyataan... itulah hakikatnya...biar apapun yang berlaku nanti aku pasti Allah ada sebab tertentu mengadakannya. Lagipun, bak kata mak ety, berani buat beranilah tanggung...wah!... is it?

24 March 2008

Kisah si Burung Murai

Video ni aku dapat dari Linda, ntah anak sapa lah yang jadi mangsa but i do love this video... check it out!

Kita hanya mampu merancang namun...

18.03.08
Hari yang cukup memboringkan bagiku...mana taknya, aku dah plan nak kuar g KK, konon nak lepak kat Warisan Plaza atau jalan-jalan hirup udara kat negeri di bawah bayu ni tapi Rasid, adik lelaki ku dari pagi morning lagi dah keluar buat passport. Ingatkan dia cuma keluar siang sahaja namun pukul 10 malam baru nampak batang hidung. Aku apa lagi... sentap ahhhh... hehehe... ya laaaa, mane tak sentap, aku dah plan baik punye but he spoilt all the plan.

so all day duduk kat umah, tgk tv, makan, tgk tv lagi, kemas umah, cuci pakaian, tidur,jemur n lipat pakaian, makan lagi, tengok tv lagi n now nak tidur lagi...aiyooooooooooo.... kalau macam ni makin debab lah aku.

Tadi aku sempat lah tengok cerita Sindarela..entah nape aku minat sangat tengok citer yang dlakonkan oleh Syarifah Amani, bagi aku dia pelakon yang versatile dan bersahaja. Setiap lakonannya nampak natural. I tot dats the reasons why i like her. Abih tengok citer tu aku beralih arah ke Channel Hallmark, talkshow Oprah yang banyak memberi sumber inspirasi kepada aku ntuk menghadapi hari-hari mendatang..chewah...

Rancangan Oprah kali ni membincangkan pasal Live "The Best Life" ... ada 6 orang akan menjalani program menguruskan berat badan. Hmmm... tetibe aku rasa berazam nak mengikuti program ni secara online. Orang akan cakap aku mungkin cuma angan-angan kosong tapi aku cuba tekadkan azam, balik je KL nanti aku nak mulakan semula aktiviti lama aku, turun gym. At least bila aku balik Sabah untuk wedding abang bulan mei nanti, orang akan nampak perubahan aku. Harap-harap kali ni usaha aku menjadi dan akan konsisten.

Hmmm... ptang tadi gak Piee call aku tanya tentang rancangan kitaorang nak pergi Tg Simpang Mengayau, Kudat. Aku pun dah dapat sewa kereta dengan harga yang agak murah. Tapi....nak pegi ngan Piee ke? ahhhhh... malasnya... apa alasan patut aku bagi ekkk? kang kalau menipu, pastu kantoi lak jumpa dia kat sana...mampos jeeee....wargh!!!

Aduhhhh,batuk aku ni tak berubah dari mula-mula aku balik sabah. Risau jugak tapi nak keluar ke klinik tu malas gile dibuatnya... mak aku pulak asyik bising suh aku minum air banyak-banyak, terkucil-kucil aku togak air tau...hehehe...

ngantuk lah...nak tido lagi...end of the day...

Catatan Perjalanan...

12.03.08
Flight aku delay sejam lebih... alahai, bosan gile duduk sorang-sorang kat balai berlepas LCCT ni. Nak buat keje gile tegur-tegur n borak2 ngan orang lain takde mood pulak. Hati dok pikir macamanalah suasana kat Sabah nanti... Jiwa tengah berserabut..ok ke aku nanti atau akan ada insiden mengguris jiwa kat sana, maklumlah aku kan jenis ikut kepala aku je, dengan aku yang akan kehilangan seorang kakak pulak,huhuhu sedihnya..

Pukul 8.30 malam baru kami naik fliaght AK5110 ke Kota Kinabalu... tak lama lagi aku akan sampai di tanah tumpah darahku yang hampir setahun tidak kujejaki.

Hmmm, sukar pula untuk mata ini dilelapkan dalam flight. 2 1/2 jam bukan jangka masa yang singkat andai bepergian seorang diri. Akhirnya aku hanya mendengar lagu dalam koleksi hp ku. Hakikatnya aku masih terkenang kerja-kerja yang kutinggalkan selama dua minggu, risau dengan keadaan rumah yang tiada orang, jua perasaan gusar akan merindui si dia...ahahaha...gile kannnn....

11.00pm flight selamat mendarat di KKIA terminal 2. Fuhhh..lega rasa hati tapi rupanya perasaan tu sekejap je sebab aku terpaksa pula menunggu hampir sejam di airport...meleleh jugak air mata, sedih seh..am feel dat i was left behind...uhuks

Rasid sampai almost 12.00am, new day,... ku paksa rasid untuk singgah membeli Kepak Ayam Bakar di Medan Selera Tg Aru. Takdelah lapar sgt tapi sengaja nak lambat-lambat sampai kerumah. Kire merajuk lah tu...hehehe

Sampai je kat rumah, usai bersalam-salaman, aku terus mulakan tugas-tugas memasukkan kerongsang dan butang baju melayu ke dalam bekasnya. Jam menghampiri 5 pagi baru semuanya selesai. Tinggal aku dan Nizah yang setia menghabiskan kerja-kerja menyediakan cenderahati untuk tetamu.Lepas mandi aku bergegas pula mencari tempat tidur...alahai... kat mane nak tido ni? nak tak nak pagi khamis ni aku tidur kat rumah sebelah... nasib-nasib...

Aku hanya tidur 3 jam bila aku dengar suara riuh-rendah di bawah sana. Nampaknya dah ramai yang datang merewang hari ni. Lepas mandi dan bersiap seadanya aku menolong mak di dapur. Mengemas ruang tamu, membentang permaidani dan menolong kakak menghias bilik pengantin. Jauh di sudut hati, aku semakin sayu... tak lama lagi tinggallah aku seorang diri. Satu-satunya kakak yang aku ada akan jadi milik orang lain. waaaaa....sedihhhh....actually aku wonder gak, macam ni ke perasaan orang yang ahli keluarganya akan kahwin? lebih-lebih lagi she was the only sister i have....is it?

Pukul 1.30petang aku bergegas ke kk nak ambil Ujie di airport n membeli barang-barang di Segama, KK. Usai mebeli semua barang kiriman Mama, Bungsu dan Kakak, aku dan Ujie balik ke rumah da terus pengsan...penat siot...

Malam, aku cuma membuat kerja-kerja biasa, mengemas ruang tamu dan menyusun kuih-kuih kering ke dalam bekas untuk hidangan orang yang merewang. Aku seakan berjauh hati melihat perhatian lebih diberikan kepada kakak... sepatutnya macam tu lah, dia kan bakal jadi raja sehari... (tak patut betul aku nak terusik hati kan, is isk isk)... Malam ni aku sengaja tidur lebih awal, perlu menyimpan tenaga kerana pasti esok akan bertambah sibuknya, itu alasan lisan yang kuberikan. Hakikatnya semua ini menutup perilaku aku yang sedari petang tadi hilang cerianya.

14.03.08
Tarikh ni pasti tarikh yang cukup bermakna bagi kakak, begitu jua kami. Aku cuba sedaya mungkin bersikap seperti biasa walaupun hati bergejolak seribu rasa. Hari ini kami akan menerima kehadiran orang baru. Orang yang pastinya cukup istemewa di hati kakak. Pagi morning lepas mandi dan selepai menggosok baju, aku menyibukkan diri mengisi kuih ke dalam bekas. Bila terasa hati semakin sayu, aku beralih arah membuat kerja-kerja lain. Pukul 1 petang, kakak sudah siap di andam oleh Apek. Aku cepat-cepat melarikan diri. Tak sanggup rasanya melihat kakak menjadi isteri orang.

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 3 petang kakak sah menjadi isteri orang. Aku ape lagi terus cabut ke bahagian dapur, melarikan diri daripada terpaksa ikut mengambil gambar bersama. Lebih baik aku menolong family dari Labuan menyiang ikan. Usai menyiang ikan, aku menyambung kerja memotong ayam pula. Hatiku lebih tenang kini, kerana itu aku bersetuju menjadi pengapit kakak sedangkan sebelum ini aku minta dikecualikan... pukul 6.30 petang lagi aku dah mandi dan bersiap untuk majlis malam ini, majlis berinai.

Majlis berinai dan Potong Jambul anak Mila dilakukan serentak. Semuanya berjalan lancar dan aku kini lebih ceria. Majlis juga cukup meriah ditambah dengan adanya karaoke. Teringin juga untuk 'menyumbangkan' lagu khas untuk Kakak tapi tak kesampaian. Malu dan malas...hahaha... end of the nite...need to sleep then...

15.03.08

Bangun pagi terus mandi dan bersiap. Hari ni adalah hari meraikan pasangan pengantin. Majlis ini diserikan dengan kehadiran team 'Kulintangan Moden' yang akan diselang-selikan dengan karaoke.Aku bertanggungjawab memberikan cenderahati kepada tetamu yang datang bertandang. Ramai jugak yang datang meraikan hari yang bersejarah ini termasuklah YB Datuk Ghulam, Datuk Rahim dan isteri serta Isteri Datuk Sapawi. Sempat juga Datuk Ghulam menyanyikan dua tiga buah lagu.

Cuaca cukup baik sehinggalah majlis tamat pada pukul 2 petang. Naik ke bilik, berborak serba sedikit mendegar komentar dari sedara mara aku terus ke alam lain....zzzzzz rupanya...hehehe. Bangun-bangun je baru terasa lapar, cariklah makanan kat bawah, makan sikit lepas tu buat pula kerja-kerja selepas majlis...ape lagi...membersih dan mengemas lah..huhuhu...penat seh...dah la maghrib tu blackout, jawabnya kami mencuci bahagian belakang bercahayakan lampu neon. ahhhh...macam bercinta pulak....

Selesai semua, masing-masing balik ke rumah. Saudara-mara dari sebelah bapa dari Labuan, Keningau dan Sandakan masing-masing sudah pulang usai majlis siang tadi berakhir. Tinggal saudara sebelah mama dan jiran-jiran yang masih ada menemani kami membersihkan 3 buah rumah, mencuci penggan mangkuk, periuk belanga etc. Nizah pun sudah balik petang tadi, kesian dia, mesti penat seminggu suntuk mengabdikan diri di sini menemani mama membuat persiapan perkahwinan sedangkan kami anak-anak mama masih belum sampai saat itu. Sikap kawan-kawan amin yang peramah dan ringan tulang
juga turut meringankan beban kerja.fuhhhhh lega... end of the day... penat....

12 March 2008

Genting in Memories!


Mase mula-mula nak beli makanan ni memang tengah lapar. masing-masing dah rambang mata ngan jenis lauk yang ada... tengok apa dah jadi...


Syazwi masa ni tengah merajuk ngan mama dia...hehehe


Cup of Coffee Latte, yummmmy sedapnya.... Hazim pun syok tau...


My cousin, Rahim...do we look alike? naaaaa.....


Me and my niece and nephew.... Hazim & Nabila


It's Me...bulatnyaaaaa muka ku...


Ujie and her kids


Nabila yang memang pandai posing

Go Genting Go!

Pagi ahad, aku bangun agak lewat, sempat jugak jenguk kat tingkap...saje nak tengok kereta Gen-2 hitam kepunyaan dia. Hmmm... takde :( takpelah, ada lah program dia hari ni agaknya ...itu andaianku...

Ujie dan anak-anak masih tidur di ruang tamu. keletihan perjalanan dari Penang serta kejutan Nabila yang tercucuk lidi satay malam tadi membuatkan tidur mereka agak polos...Mujur abang sudah balik ke sabah, jadi Ujie dan keluarganya lebih selesa duduk dirumah.

usai mandi dan ketika ingin bersiap untuk ke ofis,aku sempat melihat ke bawah sekali lagi...aku nampak dia memakai t-shirt merah dan seluar track hitam. Nampak seperti baru balik dari joging lagaknya...ahhhh... takkan kali ni nak g tasik cempaka pulak? hehehe...

sampai di ofis, Akma ada, rupa2nya dia cuma bercuti sehingga sabtu. Maknanya aku ada peluang nak g Genting bersama Ujie dan famili... yes yes...Genting! tunggu! aku datang!

Kami bertolak pukul 2.00pm, Rahim yang bawak masa tu... masyaAllah, sejak bile pulak sepupu aku yg sorang ni bawak kete lembab nak mampos...hehehe... sampai kat area ampang, rahim membelok ke kiri, rupa-rupanya dia ingin mengajak kami berjumpa dengan keluarga angkatnya dahulu. Sempat bertanya khabar dan bertukar cerita, seronok juga berjumpa dengan orang baru....

Kami meneruskan perjalanan ke Genting. Kali ni, Syed mengambil-alih pemanduan. Perjalanan lebih lancar. Nampak gaya aku tak boleh melelapkan mata sebab hanya aku penunjuk jalan ke Genting.

Sampai di Genting, suasana agak panas walaupun awan mendung, mungkin hujan akan turun sekejap lagi. Itu telahan ku. Penat juga mencari parking, alhamdulillah, dapat juga sebelah pintu masuk utama First World Plaza.

Kami makan tengahari di Lobby Cafe. Lapar punye pasal makan jugaklah... kemudian, bawak anak-anak uji jalan-jalan sampailah ke arked mainan. Aku tak melepaskan peluang memanjakan diri di M SPA sementara yang lain bermain.

Cuaca yang panas bertukar menjadi sejuk. Anak-anak ujie semua menggigil kesejukan.. Hujan lebat melanda Genting jadi hajat nak main flying coaster pun terbantut.

Kami balik pada pukul 11.00malam, selepas makan di The Bakery, sempat juga ujie membeli bekalan untuk dibawa balik ke Penang esok.

Kami selamat sampai di KL pada pukul 12tengah malam, Syed berhajat nak jumpa kawannya di KLCC namun tak kesampaian. akhirnya pukul 1 pagi sampai kat bangi, pegi makan kejap kat Dee Seafood then balik umah, mandi, tido...ZZZZZ

09 March 2008

The day you went away...

Semalam, lepas balik dari keje, aku heret zai pegi Seremban. Sebelum tu aku singgah umah Leha kat Senawang dulu sebab nak hantar beg. Lepas tu baru g umah Maya. Tiada sambutan meriah yang dibuat namun aku tau mak maya cukup gembira semua anak-anaknya ada dirumah (kecuali abang lang yang sibuk berkempen di Pulau Pinang).

Kami makan mee hailam dan sate kajang sebelum balik ke Bangi. Kebetulan Ujie ada di kajang, juga tengah bersantap sate kajang. On the way balik, aku sempat call ujie, dia bagitau diorg skrg teangah kalut nak cari klinik sbb Nabila, anak sulung ujie tercekit lidi sate. Aduh.... macam-macam pulak yang jadi kat diorang. Tak lama lepas tu ujie msg mengatakan mereka di Hospital kajang, berdesup jugak aku bawak Cik Viva menuju hospital kajang... nak dijadikan cerita, dek tak pernah g hospital tu, aku tersalah masuk di laluan keluar.hahaha... kalut punye pasal aku main redah je...furthermore, masa tu dah almost 11pm... bukan ramai sgt pun org... tak sibuk pun... heheheh

Selumbar di tekak Nabila selamat dikeluarkan oleh Ujie sendiri. Ini sebab nabila takut bila doktor suruh bukak mulut. alih-alih, ujie sendiri terpaksa jadi bidan terjun merawat anak sendiri hinggakan ada pesakit lain yang turut menunggu disitu keliru samada Ujie doktor atau ibu pada nabila...hahahhaha...

AKu terus pulang ke rumah sesudah aku menghantar Zai. Balik rumah, berkemas ala kadar, mandi, siapkan minuman untuk ujie sekeluarga (ops, lupa nak ckp, diorg tidor umah aku mlm ni), lepak kejap tengok tv, tgk keputusan pilihanraya, kemudian jam 2 aku masuk tidor. Hari ahad aku kene keje lagi.... ZZZZZzzzzzzzz

08 March 2008

Lookin

Today is the Malaysian Election Day. I'm supposed to vote in my hometown Labuan F.T but due to money and time constraint, i have to let this opputunity gone for second time... first time on 2004 belum register lagi bah padahal aku dah 24yrs masa tu.

Kebetulan pula next wednesday ni aku fly balik Sabah, purposely attending my sis punye wedding ceremony. Agak lama cuti aku kali ni, 10 hari berada di sana dengan 6 hari cuti tahunan ku korbankan demi membantu kakak menguruskan majlis perkahwinannya. Bukan selalu pun, futhermore, she is the only sister i have. Tu tak cerita lagi wedding abang aku yang akan dilangsungkan pada cuti persekolahan bulan Mei nanti....

Apa? cuti bulan mei? kan sekarang bulan mac, kenapa tak sekalikan je majlis tu?

mesti tu antara persoalan yang timbul dibenak semua orang tatkala mengetahui perbezaan majlis perkahwinan abang dan kakak cuma 2 bulan... apa boleh buat... dah itu pilihan masing-masing, aku sebagai adik juga ahli keluarga harus menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan mahupun tenaga dan masa. (erm, nampak gaya 2008 adalah tahun pokai dan penat aku... hehehe...and tahun mama & bapa terima menantu).

jadi sedikit masa harus kuluangkan untuk menguruskan hal-hal kerja sepanjang pemergian aku nanti. Kebetulan aku harus mengendalikan Seminar yang akan diadakan 3 hari selepas aku balik dari Sabah nanti. Pasti banyak benda yang harus aku dahulukan sebelum memberi komitmen kepada majlis perkahwinan kakak nanti. Dan untuk itu, aku tak pegi mengundi, dan hari ini dan esok aku kene kerja. Terpaksa jugak masuk ofis hari ni dan esok sebab takut kalau-kalau ada peserta kursus yang datang. Sempat juga siapkan invoice untuk peserta seminar yang sudah berdaftar, sediakan memo kelulusan bayaran kepada Pengarah Eksekutif, menyediakan nota-nota serahan tugas sepanjang ketiadaan aku nanti. Tapi percayalah, confirm diorg call carik aku nanti... :)

Menunggu tarikh 12hb Mac ini aku diburu perasaan bimbang lantaran kesihatan aku yang kurang memuaskan. Teringat kisah setahun yang lalu, pada penghujung bulan mac aku balik ke sabah sempena majlis perkahwinan sepupu, Mila. Selang 4 hari selepas balik dari sabah, aku terpaksa dimasukkan ke Kajang Plaza Medical Centre atas masalah appendics pecah. 2 minggu aku berkurung di hospital dan di rumah selepas penbedahan pembuangan appendics. Trauma ini berterusan menghantui apatah lagi keadaan batuk berkahak yang berterusan dan memeritkan.

... eh nak balik lah dulu...lepas ni nak g Serembang, g umah Maya, nak celebrater birthday ayah dia. Lepas tu nak jumpa leha kat Senawang sebelum balik Bangi. Malam ni Uji and family akan datang tidor kat umah.

esok sambung lagi...tata titi tutu...

Hampir ke situ

kali pertama dengar lagu ni terasa macam lagu dolu-dolu... i tot it was an oldy song yang diberi nafas baru. Hakikatnya, inilah Single pertama Kumpulan Mendua. Pemenang ke-2 dalam acara gangstarz yang dianjurkan TV3 tahun lepas.

Namun, bila aku hayati lirik lagu ni takdelah terkena apa lagi mengena kat diri aku. hahaha..kire aku nih bukan lah takat jiwang karat yang kaw-kaw...

meh kita hayati sama-sama liriknya... erk..tak pun belilah CD yang original... or... beli soundtrack Duyung...confirm ade...

here we go...

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Thanx to brother budi (www.budihermawan.com) sbb bagi site lagu nih. boleh lah dengar klu boring-boring..hehehe...

Adik-adik rumah solehah at Astro Fest 2008


Me and my dearie Nasif... buat masa sekarang, Nasif masih bebas dari HIV, but there are long ways to go for him...


Bile nampak ikon kartun, semua pun lupa nak amik gambar betul-betul...hmmm


Si Nasif nih asyik gigit jari je...


Amik gambar ramai2 kat depan pintu pagar Rumah Solehah

07 March 2008

Rumah Solehah

Hmmm... dah lama aku nak citer pasal community service yang aku buat... "Hang around wiv adik-adik dari Rumah Solehah"...

Let me begin the story, every middle of the month, Yayasan Salam's Volunteers will get together at Rumah Solehah, in Bandar Tun Razak Cheras. Rumah Solehah is a shelter home for about 20 kids whom are indirectly affected by HIV.

Our activities were simple. We play, we ate, we hang around after we gave a lesson to those children who are really special.(Some of them are normal but others will have disability like syndrom down, hyperactive, dyslexsia etc). We teach them just like normal kids thou we have some difficulty to attract them to listen us.

here are some picture i've taken during the time we brought them to Astro Fest 2008. Take a look...