Pagi ahad, aku bangun agak lewat, sempat jugak jenguk kat tingkap...saje nak tengok kereta Gen-2 hitam kepunyaan dia. Hmmm... takde :( takpelah, ada lah program dia hari ni agaknya ...itu andaianku...
Ujie dan anak-anak masih tidur di ruang tamu. keletihan perjalanan dari Penang serta kejutan Nabila yang tercucuk lidi satay malam tadi membuatkan tidur mereka agak polos...Mujur abang sudah balik ke sabah, jadi Ujie dan keluarganya lebih selesa duduk dirumah.
usai mandi dan ketika ingin bersiap untuk ke ofis,aku sempat melihat ke bawah sekali lagi...aku nampak dia memakai t-shirt merah dan seluar track hitam. Nampak seperti baru balik dari joging lagaknya...ahhhh... takkan kali ni nak g tasik cempaka pulak? hehehe...
sampai di ofis, Akma ada, rupa2nya dia cuma bercuti sehingga sabtu. Maknanya aku ada peluang nak g Genting bersama Ujie dan famili... yes yes...Genting! tunggu! aku datang!
Kami bertolak pukul 2.00pm, Rahim yang bawak masa tu... masyaAllah, sejak bile pulak sepupu aku yg sorang ni bawak kete lembab nak mampos...hehehe... sampai kat area ampang, rahim membelok ke kiri, rupa-rupanya dia ingin mengajak kami berjumpa dengan keluarga angkatnya dahulu. Sempat bertanya khabar dan bertukar cerita, seronok juga berjumpa dengan orang baru....
Kami meneruskan perjalanan ke Genting. Kali ni, Syed mengambil-alih pemanduan. Perjalanan lebih lancar. Nampak gaya aku tak boleh melelapkan mata sebab hanya aku penunjuk jalan ke Genting.
Sampai di Genting, suasana agak panas walaupun awan mendung, mungkin hujan akan turun sekejap lagi. Itu telahan ku. Penat juga mencari parking, alhamdulillah, dapat juga sebelah pintu masuk utama First World Plaza.
Kami makan tengahari di Lobby Cafe. Lapar punye pasal makan jugaklah... kemudian, bawak anak-anak uji jalan-jalan sampailah ke arked mainan. Aku tak melepaskan peluang memanjakan diri di M SPA sementara yang lain bermain.
Cuaca yang panas bertukar menjadi sejuk. Anak-anak ujie semua menggigil kesejukan.. Hujan lebat melanda Genting jadi hajat nak main flying coaster pun terbantut.
Kami balik pada pukul 11.00malam, selepas makan di The Bakery, sempat juga ujie membeli bekalan untuk dibawa balik ke Penang esok.
Kami selamat sampai di KL pada pukul 12tengah malam, Syed berhajat nak jumpa kawannya di KLCC namun tak kesampaian. akhirnya pukul 1 pagi sampai kat bangi, pegi makan kejap kat Dee Seafood then balik umah, mandi, tido...ZZZZZ
No comments:
Post a Comment