A very tight day... pagi-pagi lagi dah g keje, hari ni ada Seminar yang akan diuruskan di Bukit Jalil Golf & Country Resort. Pukul 8.30 pendaftaran peserta. Agak ramai yang datang untuk seminar ni walaupun masih tidak menyamai COSH yang kami anjurkan setiap tahun.
Sekitar jam 9.30pagi, keadaan yang sebelum ini sesak dengan peserta seminar kini sudah semakin sunyi. Tinggal aku dan beberapa orang Sekretariat yang sibuk mengira hasil jualan...ehehhe...mengira berapa banyak payment yang sudah diterima, ada juga yang sibuk mengemas kawasan hadapan kaunter, mencetak tag peserta, mengurus press yang juga semakin ramai etc.
Selesai mengira duit dan cek yang diterima daripada peserta, serta sempat menulis separuh daripada resit pembayaran,aku dan Yus duduk berehat sementara menunggu turn untuk makan...hakikatnya perut berdondang sayang, dah la malam tadi habis isi perut aku keluarkan dek muntah disebabkan batuk yang semakin berlarutan. Luckily tak pitam atau pengsan, kalau tu yang terjadi pasti kecoh jadinya ...sapelah pulak yang malang kene mengangkat aku yang maha berat ni...muahahahhaaa
Usai makan pagi yang juga merangkap makan tengahari, aku mula menyusun nota-nota untuk diedarkan kepada peserta seminar. Nota yang lambat dihantar oleh penceramah jemputan. Terdengar juga rungutan peserta kursus yang tidak puas hati dengan hal tersebut namun hal sedemikian biasa berlaku dalam mana-mana program lebih-lebih lagi apabila membabitkan manusia... a very difficult creature to understand...
Pukul 2.30, setelah semua peserta seminar dihambat masuk ke dalam dewan untuk slot seterusnya, aku balik ke NIOSH untuk proses pensijilan... waduh-waduh, kali ni memang aku jadi runner je. Sampai kat ofis, dengan batuk yang semakin teruk, aku mula menaip nama-nama peserta yang datang sebagai Walk-In Participant, juga mengemaskini nama-nama dan IC yang salah ejaannya. Naik biru mata lense aku bile mengadap Pc hampir sejam. Selesai proses mengedit, senarai pesera terus aku emel pada Masni, person incharge yang akan memprint sijil-sijil.
Usai semua, baru aku boleh menarik nafas lega sedikit... sekejap lagi aku kene mulakan memproses invois serta mengisih sijil-sijil. Sementara menunggu Linda, Maya dan yang lain-lain dari Bukit Jalil sampai, aku sempat membeli tiket pergi-balik ke KK pada penghujung Mei nanti.Kali ni, cuti yang ku ambil sempena perkahwinan abang agak singkat, cuma dua hari. Itu semua kerana pada 5 dan 6 Jun 2008, ada satu seminar lagi dibawah jagaanku., Seminar "Mental Health". Seminar ni aku yang mengoffer diri sementelah aku merasakan aku perlu untuk dimotivasi untuk hidup....argh..."Life is suck"
Penat sangat-sangat... tibaa-tiba aku menerima sms darinya, " I need to see you at de limau nipis restoran at 9.15...plz reply my msg..." wut a suprise!!! tapi itulah manusia, teramat sukar untuk dimengerti... yang teraasa hampeh tu, nape la pegi De Limau Nipis, bukan kah sekarang ni musim hujan, takkan nak berhujan kat luar restoran tu, furthermore, tempat tu sesak sangat ngan orang-orang yang melepak, kadang-kadanag aku naik rimas dibuatnya. Lantas aku usulkan agar pertemuan diadakan di Kopitiam Oldtown Whitecoffee d Sg. Chua. Tempat yang agak selesa untuk sebarang pertemuan. Namun, tiada jodoh antara kami...huhuhu...sedih la kononnya... atas macam-macam alasan, akhirnya kami sepakat untuk membatalkan pertemuan ini. Dengan ini juga aku harus bersiap sedia untuk bila-bila masa menerima sms ajakannya untuk bertemu?
Namun demikian? untuk apa pertemuan ini dibuat? adakah semata-mata ingin mengenali perempuan gile-gile macam aku, atau nak mengherdik perbuatan aku yang ternyata sudah mengganggu hidupnya, atau mungkin ingin memberi amaran bahawa dia sudah berpunya, atau mungkin saja ajak aku jadi kawan dia...semuanya serba mungkin dan kerana itu jualah aku resah gelisah dan menyesal tak sudah... kalau aku tak mulakan semua ni takkan berlaku, aku takkan ada perasaan seperti apa yang aku rasai sekarang... waaa.... mak! tolong!
Apapun, hidup kena berani terima kenyataan... itulah hakikatnya...biar apapun yang berlaku nanti aku pasti Allah ada sebab tertentu mengadakannya. Lagipun, bak kata mak ety, berani buat beranilah tanggung...wah!... is it?
No comments:
Post a Comment