18.03.08
Hari yang cukup memboringkan bagiku...mana taknya, aku dah plan nak kuar g KK, konon nak lepak kat Warisan Plaza atau jalan-jalan hirup udara kat negeri di bawah bayu ni tapi Rasid, adik lelaki ku dari pagi morning lagi dah keluar buat passport. Ingatkan dia cuma keluar siang sahaja namun pukul 10 malam baru nampak batang hidung. Aku apa lagi... sentap ahhhh... hehehe... ya laaaa, mane tak sentap, aku dah plan baik punye but he spoilt all the plan.
so all day duduk kat umah, tgk tv, makan, tgk tv lagi, kemas umah, cuci pakaian, tidur,jemur n lipat pakaian, makan lagi, tengok tv lagi n now nak tidur lagi...aiyooooooooooo.... kalau macam ni makin debab lah aku.
Tadi aku sempat lah tengok cerita Sindarela..entah nape aku minat sangat tengok citer yang dlakonkan oleh Syarifah Amani, bagi aku dia pelakon yang versatile dan bersahaja. Setiap lakonannya nampak natural. I tot dats the reasons why i like her. Abih tengok citer tu aku beralih arah ke Channel Hallmark, talkshow Oprah yang banyak memberi sumber inspirasi kepada aku ntuk menghadapi hari-hari mendatang..chewah...
Rancangan Oprah kali ni membincangkan pasal Live "The Best Life" ... ada 6 orang akan menjalani program menguruskan berat badan. Hmmm... tetibe aku rasa berazam nak mengikuti program ni secara online. Orang akan cakap aku mungkin cuma angan-angan kosong tapi aku cuba tekadkan azam, balik je KL nanti aku nak mulakan semula aktiviti lama aku, turun gym. At least bila aku balik Sabah untuk wedding abang bulan mei nanti, orang akan nampak perubahan aku. Harap-harap kali ni usaha aku menjadi dan akan konsisten.
Hmmm... ptang tadi gak Piee call aku tanya tentang rancangan kitaorang nak pergi Tg Simpang Mengayau, Kudat. Aku pun dah dapat sewa kereta dengan harga yang agak murah. Tapi....nak pegi ngan Piee ke? ahhhhh... malasnya... apa alasan patut aku bagi ekkk? kang kalau menipu, pastu kantoi lak jumpa dia kat sana...mampos jeeee....wargh!!!
Aduhhhh,batuk aku ni tak berubah dari mula-mula aku balik sabah. Risau jugak tapi nak keluar ke klinik tu malas gile dibuatnya... mak aku pulak asyik bising suh aku minum air banyak-banyak, terkucil-kucil aku togak air tau...hehehe...
ngantuk lah...nak tido lagi...end of the day...
No comments:
Post a Comment