24 March 2008

Catatan Perjalanan...

12.03.08
Flight aku delay sejam lebih... alahai, bosan gile duduk sorang-sorang kat balai berlepas LCCT ni. Nak buat keje gile tegur-tegur n borak2 ngan orang lain takde mood pulak. Hati dok pikir macamanalah suasana kat Sabah nanti... Jiwa tengah berserabut..ok ke aku nanti atau akan ada insiden mengguris jiwa kat sana, maklumlah aku kan jenis ikut kepala aku je, dengan aku yang akan kehilangan seorang kakak pulak,huhuhu sedihnya..

Pukul 8.30 malam baru kami naik fliaght AK5110 ke Kota Kinabalu... tak lama lagi aku akan sampai di tanah tumpah darahku yang hampir setahun tidak kujejaki.

Hmmm, sukar pula untuk mata ini dilelapkan dalam flight. 2 1/2 jam bukan jangka masa yang singkat andai bepergian seorang diri. Akhirnya aku hanya mendengar lagu dalam koleksi hp ku. Hakikatnya aku masih terkenang kerja-kerja yang kutinggalkan selama dua minggu, risau dengan keadaan rumah yang tiada orang, jua perasaan gusar akan merindui si dia...ahahaha...gile kannnn....

11.00pm flight selamat mendarat di KKIA terminal 2. Fuhhh..lega rasa hati tapi rupanya perasaan tu sekejap je sebab aku terpaksa pula menunggu hampir sejam di airport...meleleh jugak air mata, sedih seh..am feel dat i was left behind...uhuks

Rasid sampai almost 12.00am, new day,... ku paksa rasid untuk singgah membeli Kepak Ayam Bakar di Medan Selera Tg Aru. Takdelah lapar sgt tapi sengaja nak lambat-lambat sampai kerumah. Kire merajuk lah tu...hehehe

Sampai je kat rumah, usai bersalam-salaman, aku terus mulakan tugas-tugas memasukkan kerongsang dan butang baju melayu ke dalam bekasnya. Jam menghampiri 5 pagi baru semuanya selesai. Tinggal aku dan Nizah yang setia menghabiskan kerja-kerja menyediakan cenderahati untuk tetamu.Lepas mandi aku bergegas pula mencari tempat tidur...alahai... kat mane nak tido ni? nak tak nak pagi khamis ni aku tidur kat rumah sebelah... nasib-nasib...

Aku hanya tidur 3 jam bila aku dengar suara riuh-rendah di bawah sana. Nampaknya dah ramai yang datang merewang hari ni. Lepas mandi dan bersiap seadanya aku menolong mak di dapur. Mengemas ruang tamu, membentang permaidani dan menolong kakak menghias bilik pengantin. Jauh di sudut hati, aku semakin sayu... tak lama lagi tinggallah aku seorang diri. Satu-satunya kakak yang aku ada akan jadi milik orang lain. waaaaa....sedihhhh....actually aku wonder gak, macam ni ke perasaan orang yang ahli keluarganya akan kahwin? lebih-lebih lagi she was the only sister i have....is it?

Pukul 1.30petang aku bergegas ke kk nak ambil Ujie di airport n membeli barang-barang di Segama, KK. Usai mebeli semua barang kiriman Mama, Bungsu dan Kakak, aku dan Ujie balik ke rumah da terus pengsan...penat siot...

Malam, aku cuma membuat kerja-kerja biasa, mengemas ruang tamu dan menyusun kuih-kuih kering ke dalam bekas untuk hidangan orang yang merewang. Aku seakan berjauh hati melihat perhatian lebih diberikan kepada kakak... sepatutnya macam tu lah, dia kan bakal jadi raja sehari... (tak patut betul aku nak terusik hati kan, is isk isk)... Malam ni aku sengaja tidur lebih awal, perlu menyimpan tenaga kerana pasti esok akan bertambah sibuknya, itu alasan lisan yang kuberikan. Hakikatnya semua ini menutup perilaku aku yang sedari petang tadi hilang cerianya.

14.03.08
Tarikh ni pasti tarikh yang cukup bermakna bagi kakak, begitu jua kami. Aku cuba sedaya mungkin bersikap seperti biasa walaupun hati bergejolak seribu rasa. Hari ini kami akan menerima kehadiran orang baru. Orang yang pastinya cukup istemewa di hati kakak. Pagi morning lepas mandi dan selepai menggosok baju, aku menyibukkan diri mengisi kuih ke dalam bekas. Bila terasa hati semakin sayu, aku beralih arah membuat kerja-kerja lain. Pukul 1 petang, kakak sudah siap di andam oleh Apek. Aku cepat-cepat melarikan diri. Tak sanggup rasanya melihat kakak menjadi isteri orang.

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 3 petang kakak sah menjadi isteri orang. Aku ape lagi terus cabut ke bahagian dapur, melarikan diri daripada terpaksa ikut mengambil gambar bersama. Lebih baik aku menolong family dari Labuan menyiang ikan. Usai menyiang ikan, aku menyambung kerja memotong ayam pula. Hatiku lebih tenang kini, kerana itu aku bersetuju menjadi pengapit kakak sedangkan sebelum ini aku minta dikecualikan... pukul 6.30 petang lagi aku dah mandi dan bersiap untuk majlis malam ini, majlis berinai.

Majlis berinai dan Potong Jambul anak Mila dilakukan serentak. Semuanya berjalan lancar dan aku kini lebih ceria. Majlis juga cukup meriah ditambah dengan adanya karaoke. Teringin juga untuk 'menyumbangkan' lagu khas untuk Kakak tapi tak kesampaian. Malu dan malas...hahaha... end of the nite...need to sleep then...

15.03.08

Bangun pagi terus mandi dan bersiap. Hari ni adalah hari meraikan pasangan pengantin. Majlis ini diserikan dengan kehadiran team 'Kulintangan Moden' yang akan diselang-selikan dengan karaoke.Aku bertanggungjawab memberikan cenderahati kepada tetamu yang datang bertandang. Ramai jugak yang datang meraikan hari yang bersejarah ini termasuklah YB Datuk Ghulam, Datuk Rahim dan isteri serta Isteri Datuk Sapawi. Sempat juga Datuk Ghulam menyanyikan dua tiga buah lagu.

Cuaca cukup baik sehinggalah majlis tamat pada pukul 2 petang. Naik ke bilik, berborak serba sedikit mendegar komentar dari sedara mara aku terus ke alam lain....zzzzzz rupanya...hehehe. Bangun-bangun je baru terasa lapar, cariklah makanan kat bawah, makan sikit lepas tu buat pula kerja-kerja selepas majlis...ape lagi...membersih dan mengemas lah..huhuhu...penat seh...dah la maghrib tu blackout, jawabnya kami mencuci bahagian belakang bercahayakan lampu neon. ahhhh...macam bercinta pulak....

Selesai semua, masing-masing balik ke rumah. Saudara-mara dari sebelah bapa dari Labuan, Keningau dan Sandakan masing-masing sudah pulang usai majlis siang tadi berakhir. Tinggal saudara sebelah mama dan jiran-jiran yang masih ada menemani kami membersihkan 3 buah rumah, mencuci penggan mangkuk, periuk belanga etc. Nizah pun sudah balik petang tadi, kesian dia, mesti penat seminggu suntuk mengabdikan diri di sini menemani mama membuat persiapan perkahwinan sedangkan kami anak-anak mama masih belum sampai saat itu. Sikap kawan-kawan amin yang peramah dan ringan tulang
juga turut meringankan beban kerja.fuhhhhh lega... end of the day... penat....

No comments: