08 March 2008

Lookin

Today is the Malaysian Election Day. I'm supposed to vote in my hometown Labuan F.T but due to money and time constraint, i have to let this opputunity gone for second time... first time on 2004 belum register lagi bah padahal aku dah 24yrs masa tu.

Kebetulan pula next wednesday ni aku fly balik Sabah, purposely attending my sis punye wedding ceremony. Agak lama cuti aku kali ni, 10 hari berada di sana dengan 6 hari cuti tahunan ku korbankan demi membantu kakak menguruskan majlis perkahwinannya. Bukan selalu pun, futhermore, she is the only sister i have. Tu tak cerita lagi wedding abang aku yang akan dilangsungkan pada cuti persekolahan bulan Mei nanti....

Apa? cuti bulan mei? kan sekarang bulan mac, kenapa tak sekalikan je majlis tu?

mesti tu antara persoalan yang timbul dibenak semua orang tatkala mengetahui perbezaan majlis perkahwinan abang dan kakak cuma 2 bulan... apa boleh buat... dah itu pilihan masing-masing, aku sebagai adik juga ahli keluarga harus menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan mahupun tenaga dan masa. (erm, nampak gaya 2008 adalah tahun pokai dan penat aku... hehehe...and tahun mama & bapa terima menantu).

jadi sedikit masa harus kuluangkan untuk menguruskan hal-hal kerja sepanjang pemergian aku nanti. Kebetulan aku harus mengendalikan Seminar yang akan diadakan 3 hari selepas aku balik dari Sabah nanti. Pasti banyak benda yang harus aku dahulukan sebelum memberi komitmen kepada majlis perkahwinan kakak nanti. Dan untuk itu, aku tak pegi mengundi, dan hari ini dan esok aku kene kerja. Terpaksa jugak masuk ofis hari ni dan esok sebab takut kalau-kalau ada peserta kursus yang datang. Sempat juga siapkan invoice untuk peserta seminar yang sudah berdaftar, sediakan memo kelulusan bayaran kepada Pengarah Eksekutif, menyediakan nota-nota serahan tugas sepanjang ketiadaan aku nanti. Tapi percayalah, confirm diorg call carik aku nanti... :)

Menunggu tarikh 12hb Mac ini aku diburu perasaan bimbang lantaran kesihatan aku yang kurang memuaskan. Teringat kisah setahun yang lalu, pada penghujung bulan mac aku balik ke sabah sempena majlis perkahwinan sepupu, Mila. Selang 4 hari selepas balik dari sabah, aku terpaksa dimasukkan ke Kajang Plaza Medical Centre atas masalah appendics pecah. 2 minggu aku berkurung di hospital dan di rumah selepas penbedahan pembuangan appendics. Trauma ini berterusan menghantui apatah lagi keadaan batuk berkahak yang berterusan dan memeritkan.

... eh nak balik lah dulu...lepas ni nak g Serembang, g umah Maya, nak celebrater birthday ayah dia. Lepas tu nak jumpa leha kat Senawang sebelum balik Bangi. Malam ni Uji and family akan datang tidor kat umah.

esok sambung lagi...tata titi tutu...

No comments: