14 October 2008

pica pica raya 2

Seperti dijanjikan, ni sedikit gambar yang aku amik masa jalan-jalan raya 2.
Pix1 : Kat Keningau, pagi morning dah serbu rumah orang, hasilnya dapat tengok orang mencucuk satay sambil makan kuih-kuih raya dan kuih tradisional + kopi + sirap... seronoknya.
Pix 2 : Ni la bendang makcik aku, best siot, pagi-pagi bangun tengok kat luat hijau menjauh...sejuk mata memandang, sejuk lak, aku tidur la balik...keh keh keh

Pix 3 : Ni Amar, anak sepupu aku. Sangat nakal, orang cakap kalau nakal ni bijak... harap-harapnya begitulah. Tapi dia memang bijak, senang je nak manipulate mak dia. anak bongsu lah katakan...
Pix 4 : Bagi yang hanya tahu makan ikan, jadi dia akan nampak ikan ni biasa, tapi bagi penggemar ikan dalam ertikata menangkap, memancing dan sebagainya, mendapat ikan lampam dan kelah sebesar ini di Sungai Tenom memang mengasyikkan. Yang makan, kitaorang la...sedap woooo... fresh.


Pic 5 : Tu bukan asap, tapi tu kabus. Gambar ni di ambil semas berhenti merehatkan enjin kereta selepas pendakian yang agak memenatkan. Kami berhenti di Taman Banjaran Crocker. Sejuk? ala-ala macam kat Genting bila musim hujan. Pemandangan sangat cantik, tak boleh nak describe kena rasai sendiri pengalaman ni.

2 comments:

saracocohoney said...

best nyer...bila ko nak ajak kitorg join balik kg ko neh?...tunggu ko kawin la yek?

Nani said...

aku sentiasa ajak...korang je yang xnak. Erk... Nak tunggu aku kawin? ko datang ke nyah? hahaha...