27 October 2008

Jalan Jalan Raya 5

huhhh... hopefully this is the end of the story jalan2 hari raya... penat siot. This week sangat pack, dengan keje punye hal, dengan Program Open Hse NIOSH lagi, dengan nak g Penang lagi... otak ni agak jammed... and ada lah sekali dua tersentap, tersintak dimana-mana...

Alhamdulillah, program Noise Monitoring berakhir dengan selambanya... nasib baik peserta yang datang baik-baik belaka... hangpa nak mengumpat belakang aku tak kira laaaa...ahax...

Then, pgrm Hari Raya NIOSH on 24th October. A day after memang pack, dengan kelas, pastu terkejar pulak menziarah Ir Daud yang baru je masuk wad biasa selepas menjalani pembedahan pintasan jantung, pastu drive like crazy ke Nilai beli barang-barang hiasan pelamin...opsss... bukan, beli barang hiasan pentas utama untuk Majlis Hari Raya.

24hb memang tak lama duduk dalam ofis sebab lebih banyak berada di MPC. Setup sana, kemas sini, angkut sana, letak kat sini... petang tukar baju sebab nak jadi penyambut tetamu. So far everything seems to be okay kecuali cuaca agak mendung... macam tak menjadi je mantera pak dukun tolak hujan nih... tu laaa... lain kali cakap la siang-siang, ble aku bawak baju yang pakai semalam buat letak atas bumbung NIOSH...kekekekeke... tapi, tu semua kan usaha, hanya Allah yang berhak ke atasnya.

Sebelum selesai majlis aku sudah mohon diri untuk permisi. Esok pagi-pagi nak ke Parit Buntar, menghadiri Majlis Perkahwinan Zaliha & Shaifol. Lepas tu terus ke USM, saje jalan-jalan cuci mata sambil maki hamun pemandu di Pulau Pinang yang agak kurang sopan. Pastu singgah umah sepupu kat Permatang Pauh sebelum ke rumah makcik di Seberang Jaya. Pukul 10.30malam baru berangkat pulang ke bangi...

Perjalanan waktu malam kurang melelahkan cuma agak cuak. Mujur cuaca cerah sepanjang hari menambah kelancaran pemanduan. di R & R Semanggol, Tapah dan Ladang Bikam kami berhenti, qadha hajat + menghilangkan lenguh-lenguh dibadan.

Hati semakin lega tatkala mula memasuki KL. Namun kelegaan sirna bila mat-mat rempit sesuka hati bermaharajalela...menjadikan jalan dia yang punya. Teringin jugak melihat mereka berlaga.. biar padan muka...mencikkkk!

Sampai rumah, masing-masing tak larat buka mata, selepas menukar baju dan membersihkan badan, aku terus tak sedar apa.... hehehe...

Hari ni, setelah terbayar hutang tidur, aku g beraya lagi, umah teman-teman... esok dah start keje... huwaaa...

No comments: