Seperti dijanjikan, aku sambung balik cerita jalan-jalan raya masa kat sabah baru ni... enjoy!
Raya ke-4, pegi Keningau ikut newly wed Salam dan Mar. Sebenarnya dah 10 tahun aku tak jejak kaki ke Keningau ni. Rasa berdebar-debar, cuak, menggelabah, suspen, gumbira, semua bercampur baur. Jalan-jalan kali ni ikut laluan baru, Laluan Kimanis - Keningau (baca : dahulunya laluan ini hanya untuk laluan lori balak) ... laluannya mencanak sampai 20% kecerunan... gerun tak gerun...tak percaya cuba dan rasai sendiri... Bermalam satu malam di keningau sempat pergi majlis Sambutan Hari Raya diorang. Meriah!
Raya ke-5, Pagi, aku sempat berkunjung ke rumah saudara apek, tengok orang buat satay, makan bertih...pergh...tengahari, aku pusing sawah bendang, cuci mata... best... petang, selepas makan tengahari, balik semula ke Papar, asalnya nak naik bas tapi kebetulan ada sedara nak turun bawah so aku tumpang sebontot dalam kete diorang. Malam, sempat beraya rumah jiran-jiran, pastu g umah nenek...salam-salam cium-cium ah! i will miss her...
Raya Ke-6, im goin back to KL today. Malas je rasanya. Tak tau nak pack apa tapi sempat lah membersihkan ruang tamu dan cuci dapur buat kali terakhir, sempat juga masak juadah makan tengahari untuk semua. Biar nanti mama dan bapa balik rasa sedikit lega... aku kan anak yang baik...ahax! Sampai KL almost 7.30pm, kawan aku amik... sembang-sembang, lepak-lepak, makan-makan, geli-geli... apekahhhhh... aku akhirnya sampai kat umah bila angka jam menuju angka 12tengah malam...
penat? memang penat, tapi aku puas... biar duit tiada agar mereka gembira. biar kering peluh dibadan tapi mereka yang ditemui tetap menyambut dengan senyuman... manis kannn...
No comments:
Post a Comment