Day 5 - 2 November
Lepas sarapan pagi, main dengan Zarra dan Zafran (cucu ibu nelly), aku bersiap untuk balik ke Bandung. naik teksi ke Terminal Bas Lebak Bulus, Jakarta. Dari sana aku naik bas express Prima Jasa ke Bandung yang kosnya hanya RP45,000.
Dalam perjalanan ke Lebak Bulus, sempat bersembang dengan pemandu teksi yang peramah tu. Lain kali kalau ke Jakarta, harus pergi ke Tana Abang (lebih kurang macam Pasar Baru), Manga Dua (Shopping Complex), Puncak (kawasan tanah Tinggi), Taman Safari dan Ragunan. maybe dalam wisata akan datang pasti aku explore Jakarta pulak.
Bas aku bertolak jam 11.30 pagi. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam melalui lebuh raya Jakarta-Bandung (hahaha, pandai2 aku je kasik nama)... Seronoknya sebab lebuhraya ini bersimpang siur dengan laluan keretapi. Means, pemandangan sekitar juga indah sekali.
Sampai di Terminal Lewi Panjang, aku kena naik bas buruk takde ekon untuk ke Jalan Dago. Ekceli aku nak ke Jalan Cihampelas tapi kena naik 2 tempat. Sedikit cuak masa ni sebab nampak sangat aku ni tak tau tempat,merata-rata tanya orang. Tapi yang best, dalam bas ada pemuzik jalanan datang dan menghiburkan penumpang...erk, sekali sumbang daaaa... lepas habis sebuah lagu haruslah dia minta duit. peminta sedekah ada tapi tak ramai kat sini, mostly yang ada adalah penjaja serta pemuzik jalanan.
Dalam perjalanan aku terpandang papan tanda Jl Pasar Barat, ku perhati sekeliling dan nampak seakan-akan bangunan Pasar Baru dihujung sana. Kebetulan pula bas yang kunaiki tu berhenti, terus bertanya kepada pemandu bas, beliau nyatakan itu merupakan station keretapi, aku langsung turun dan berjalan kaki melewati lorong belakang pasar menuju ke pasar baru. FYI, stasiun keretapip bandung ni terletak berhampiran dengan Pasar Baru.
Sampai kat pasar baru, terus menuju Lantai 6... lapar dowh... makan nasik ikan goreng dengan harga RP12,000...sedap... lepas tu mula misi bershopping. Aku beli 6 helai t-shirt bandung RP90,000, 3 pasang kain baju kurung bernilai RP340,000, tudung dan inner RP50,000, 2 pasang telekung RP85,000. Cukup dulu untuk di Pasar Baru.
Dari pasar baru, naik angkot ke Jl Cihampelas. Jalan jam sebab masing-masing balik kerja. waduh...dahla beg aku dah beranak jadi dua beg. hangkut depan belakang. Penuh angkot oleh barang aku je. Satu hal pulak aku tak tau nak berenti kat mana... mujur ada seorang mbak tu tanya. dia lah yang bagitau aku nak benti kat mana.
Aku check in di Hotel Cihampelas 1, amik bilik paling murah kat sanaRP180,000... lepas bayar duit hotel, masuk bilik...gulp...menyesal aku pilih hotel ni. Dah la duduk bawah tanah, lepas tu bau hapak + hancing... huwargh...stress mak... Mujur duduk kat sini untuk satu malam je, abih separuh minyak wangi aku sembur untuk hilangkan bau yang kureng enaks itew.
Dalam bilik, aku hamburkan semua barang-barang belian, tujuannya nak sort semula barang yang dah dibeli dan barang yang masih hendak dicari. Lepas mandi dan solat maghrib, aku keluar berjalan kaki ke ci-walk (Cihampelas Walk), sampai kat sana, masuk Toko Agung, beli Novel Perahu Kertas yang harganya cuma RP69,000. kemudian makan malam di ci-walk, lepas tu jalan-jalan cuci mata sekitar Jalan Cihampelas. Usha-usha toko Eiger, kedai peralatn sukan dan aktiviti lasak tapi tak jumpa, nak tanya malas... end-up aku masuk kedai Odjojoli, kedai oleh-oleh bandung, beli 2 kotak pisang bolen dan 7 bungkus salai pisang keju. Total semua RP120,000.
Otw nak balik ke hotel, aku beli fridge magnet Bandung dari penjaja. Tawar punya tawar dapatlah 4biji untuk RP40,000. Murah ke? ntah laaa... malas nak pikir since ni malam terakhir aku di sini. Sampai kat bilik, kemas barang-barang dan layan tengok citer sinetron sampai kul 2 pagi...aku layan dari cerita Doa dan karunia, kemudian cerita apetah tapi pasal pesakit HIV, pastu tengok lak catch me if you can, dan last sekali tersangatlah suka citer Sweet Latte, best dowh. Muka pelakon tu ala-ala macam Dira. sweet je...
siap packing barang, baru tidur, tu pun tak berani tutup lampu.takut terlajak tidur plus agak cuak sebab bilik aku ni cam tak selamat je... awal-awal aku dah pesan kat kakak minta kejut pukul 4 pagi.hehehe...
----------------------------------
Day 6 - 3 November
Pukul 4 pagi lagi aku dah terjaga. Mandi dan bersiap seringkas yang mungkin kemudian check out. Tunggu teksi kat luar Hotel Cihampelas. Aku sampai kat airport terus check in, pagi-pagi tak ramai penumpang so airport agak lengang. Selesai urusan imigresen, aku buka Perahu Kertas, cuba menghayati ceritanya tapi tak boleh concentrate, mengantuk.
tepat 6.10am (waktu tempatan), kami berlepas menaiki pesawat Air Asia QZ 7595. Perjalanan yang sepatutnya seramai 8 orang kini tinggal hanya aku sahaja. Dalam flight, sempat ambil gambar gunung. lepas tu sambung tidur.baca novel, makan, berangan...erk...
Since aku travel seorang, ikut suka akulah nak buat apa, selamba je aku baring kat seat. pastu nyanyi-nyanyi pastu ngobrol ngan sterwards dan a few passengers. Aku selamat tiba di LCCT pada pukul 9.15 pagi, tunggu kakak datang amik. Sarapan dekat mamak then balik rumah untuk berehat. Berahir sudah siri jalan-jalan Bandung~ Jakarta aku. Next time nak datang lagi...hehehe...
Apepun, zillion thanx to Elli, Kak D, Kak Zarina, dan Cik Lin sebab banyak bagi guide kat aku pasal Bandung. Thanx jugak kepada author blog-blog* ni sebab banyak info aku dapat dari you all.... len kali kita ble buat trip sesama ok... hehhhh..
*
1.http://aryssaiman.blogspot.com2.http://ziggurats.wordpress.com/
3.http://cakkkkkkkkkk.blogspot.com
4.http://nkamri.multiply.com/
Ingin info lebih tentang Bandung? Layari juga http://www.bandungtourism.com/
The End...
2 comments:
wat a great vacation... wishing i was there...hehehe...
Thanks tinggalkan pautan laman blog sy disini. ;D Amri
Post a Comment