05 November 2009

Trip ke Bandung ~ Jakarta : Part 3

Day 3 ~ 1 November

Hari yang tenang, lepas subuh sambung tidur balik...oh yeah!. 8.30 pagi baru bergerak ke pasar baru. Hari ni try nak Angkutan Kota (Angkot). Agenda hari ni hanya shopping dan shopping lagi... Tukar duit di Pasar Baru, agak rugi, kalau tukar kat mesia rate RP 1Juta boleh tukar dengan RM363 sahaja, tapi kat sini dah naik RM373... rugi dowh, RM10 dah boleh beli Kerepek Pisang Keju tu 3 bungkus tau...

Habis 'menabung' di Pasar Baru, kami lunch nasi padang di Simpang Raya dekat Jalan Dago. Rumah Makan Simpang Raya ni selalu menerima pengunjung dari Malaysia. Tempat cozy dan paling penting, makanannya jugak sedap dan cepat. Lepas makan, kami menapak ke Dago Plaza bersebelahan dengan Simpang Raya. Takde apa yang menarik di sana. Naik Angkot ke Jalan Riau dan mula menapak menuju Hotel Progo. Penat juga berjalan, ingatkan dekat, almost 10 minutes nak sampai ke Progo. Sempat lagi singgah Riau Junction dan Terminal Tas.

Sampai kat hotel, aku lepak kat lobi, bersembang dengan owner hotel Progo. Banyak info aku dapat dari dia, tentang Bandung dan tempat-tempat yang menarik disini. Betullah Elly cakap, kena banyak bertanya, orang kat sini pun very helpful.

Then masuk bilik, rehat, solat, tidur. hehehe.. petang, sambung balik mengukur jalan di area Jalan progo dan jalan riau. Singgah kat Giant, asalnya aku ingatkan Giant hypermarket cam kat malaysia tapi rupa-rupanya Giant ni kedai yang menjual peralatan sukan lasak dan outdoor. Letaknya cuma selang 3 buah rumah dari Hotel Progo. Tak banyak barang disini dan harga barang standard harga kat malaysia je.

Kami ke Heritage dan Cascade. Shopping (aku terjebak jugak beli baju kat cascade...caittt!) dan makan malam di sana. Merasa Batagor Karasa... rasa? hmmm... maybe next time nak try Batagor Riri dan Batagor Kingsley pulak as they told me to do so.

Sampai bilik, panggil khidmat mengurut, gatal nak buang duit. hehehe... dan langsung tertidur lepas tu karna esok hari pengalaman baru menanti...

-----------------------------------------

Day 4 ~ 2 November

Pagi-pagi dah pack barang, beg kak su dan makcik asmah dah beranak sampai 4 buah beg troli. dan 3 buah beg sandang. Aku masih maintain satu beg.

Kami singgah ke Amanda Brownies dan Kartika Sari untuk membeli buah tangan. Kak su beli kek dan kerepek pisang keju untuk dibawa pulang ke Malaysia. Aku pulak memborong Pisang Bolen, Kek Kukus dan kerepek pisang keju sebagai buah tangan untuk Ibu Nelly dan Bapak Hadi di Jakarta.

Aku menghantar Kak Su dan Makcik Asmah ke airport sebelum ke stasiun keretapi. Oh ya, hari ni, kak su dan maknya balik malaysia sementara aku menyambung journey ke jakarta pulak. Plannya ke Jakarta naik keretapi, tidur semalam disana dan balik ke bandung semula naik bas keesokan harinya.

Harga tiket keretapi dari Bandung ke Jakarta RP60,000 untuk Argo Gede. Kalau naik Pariangan mungkin dapat lagi murah sebab tren Pariangan ni ada kelas satu dan kelas dua. Argo gede ni fully aircond, fasiliti juga cukup selesa.



Perjalanan dari Bandung ke jakarta memakan masa lebih kurang 2 jam setengah dan akan berhenti di Stasiun Bekasi dan Jatinegara. Melalui terowong terpanjang di Jawa Barat, terowong sasaksaat dibina semasa zaman penjajahan Belanda, keretapi ini juga merentasi dua buah jambatan. Scenery superb...aku pasti kalau bawak bapa kesini mesti dia suka tengok sungai yang mengalir dibawah landasan dan sawah padi serta tanaman menghijau nun terbentang luas melatari cerun-cerun bukit.

Aku selamat tiba di stasiun gambir pada pukul 2.30 petang, terus naik teksi ke rumah Pak Hadi di Jalan Kebayoran Baru. Sampai di sana, sangatlah excited bila nampak ibu nelly. kali pertama dan terakhir bertemu Ibu Nelly dua tahun lepas semasa Pak Hadi ada lawatan kerja ke NIOSH dan aku menjadi salah seorang jurupandu a.k.a supir dan tourist guide mereka sepanjang berada di Malaysia.

Selepas membersihkan diri dan solat jamak, aku ikut ibu nelly ke ITC Fatimah, salah sebuah shopping complex di Jakarta. Masa ni baru tersedar HP ku tertinggal di dalam teksi...hahaha...kelakar... mujur dapat balik.

Malam tak kemana-mana, rehat dan bermain dengan cucu ibu nelly. Harus tidur awal jugak sebab nak balik ke bandung esok pagi.

to be continue...

No comments: