04 November 2009

Trip ke Bandung ~ Jakarta : Part 2

Day 2 ~ 30 Oktober

Hari wisata... Pukul 7.00pagi lagi kami dah siap dan bersarapan di Hotel. 7.30 pagi, Pak Sukimin, datang untuk membawa kami berjalan-jalan sekitar Bandung. Sewa kenderaan untuk 12 jam bersama pemandu cuma RP400,000.

Kami ke Gunung Tangkuban Parahu. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam setengah melewati Ladang Teh dimana pembikinan filem Heart pernah dibuat disini. Entrance RP15,000 per pax. Sampai kat atas, suasanya nyaman, sejuk, dan pemandangan juga agak menarik. Pening sedikit sebab bau belerang/sulfur agak kuat disini. Tangkuban Parahu, biarpun tidak aktif, masih mengeluarkan asap dan belerang. Aku tak pegi pun Kawah Domas (kawah yang masih aktif) sebab pakaian tak sesuai. Nak ke Kawah Domas harus trekking sejauh 1.2km dan wajib ambil guide yang ongkosnya pasti agak mahal. Jadi, kami cuma amik gambar dan beli souvenir sebelum meneruskan perjalanan ke Sari Ater Hot Spring.

Sari Ater ni lebih kurang Air Panas Poring di Ranau Sabah. Letaknya lebih kurang 6km dari simpang nak naik ke Gunung Tangkuban Perahu. Ada resort maknanya boleh bermalam. Nak masuk kena bayar RP16,000 seorang. Ada swimming pool, ada air terjun, ala-ala macam taman tema air. Tapi menariknya sebab air dia ni panas/suam, Ph rendah dan amat sesuai bagi mereka yang mengalami penyakit seperti rheumatism, arthitis, psoriasis dan segala macam penyakit berkenaan kulit. Nyesal tak bawak baju salin, kalau tak, mesti sempat berendam dan mandi manda disini. Terasa bayar duit entrance tu sia-sia je...huhhh. Kalau ada yang nak datang melawat tempat ni, aku cadang korang menginaplah semalam di sini. Boleh mandi puas-puas dan boleh explore lagi banyak tempat yang berhampiran.

Dari Sari Ater, singgah beli dan makan tauhu goreng giler sedap di Lembang. Hmm, kat Lembang ni banyak juga kereta kuda, ia menjadi salah satu pengangkutan di sini. Kalau nak naik kereta kuda, tak silap harganya cuma RP15,000 seorang. Kemudian ke Diaz di Jl Sederhana yang menjual pelbagai koleksi Beg tangan berjenama. Mula-mula masuk kedai aku tergelak tengok Beg LV dan Prada dipamer. Harga memang lumayan murah. Kak Su dan Makcik Asmah sempat sambar beg kat sini.

Dari Diaz, Pak Sukimin bawa kami ke Kawah Putih which is about 2 hours drive from Bandung. Berlaku misscommunication disini, ingatkan kawah Putih ni tempat petik strawberi, rupa-rupanya sebuah kawah gunung berapi jugak. Jalan nak ke atas memang teruk tapi berbaloi rasanya. Pemandangan sawah padi dan perkampungan orang jawa barat. Sempat tengok landasan keretapi yang pernah digunakan semasa penjajahan Belanda dulu yang masih tersergam melintangi sungai. Reward juga sebab view disini berganda cantiknya dari Tangkuban Parahu. Im speechless bila melihat air di kawah putih ni berwarna putih. Serius cantik. Semasa kami disana, Ada 3 pasangan pengantin tengah buat pre-wed/Post-wed shoot disini. Mulalah aku berangan nak buat macam tu jugak...kui kui kui... Tak ramai orang disini, mungkin kerana jalannya masih mengerikan untuk naik sampai ke atas.

Di kawah putih, kitaorang beli strawberi. Sepeket besar cuma RP10,000. Niat nak petik strawbery tak jadi sebab hari dah lewat, lagipun macam tak best je tengok strawberi kecik-kecik. Turun dari Kawah Putih, terus ke Cibaduyut, syurga barangan kulit kata orang. Cibaduyut ni lebih kurang chowkit, agak sibuk dan banyak pilihan kasut serta beg kulit. Kalau rajin jalan memang ketemu apa yang berkenan dihati. harga jangan risau, memang murah.

Destinasi dan aktiviti terakhir hari ni adalah dinner di Kampung Daun. Aku pun tak sure samada tu nama kampung atau nama restoran sahaja. kampung daun ni memang terkenal, siapa yang datang ke bandung harus mencuba makan disini... Since hari dah gelap jadi tak nampak sangat view sepanjang jalan menuju Kampung Daun, cuma perasan tepian jalan dipenuhi dengan bunga-bunga nurseri. Must be cantik...

Makan malam di Kampung Daun pun menarik. Masuk je kami disajikan dengan pelita buluh... terasa cam nak raya je... hehhh... menariknya di Kampung Daun ni, makan bersila di tepi sungai... tempatnya memang cozy tapi traditional attraction tu tetap ada. Siap ada unggun api dan air terjun buatan. Makanan? aku makan nasik komplit ape tah aku tak ingat kepanjangan namanya... ada nasi, telur masin, daging penyet, ayam goreng, ulam, sambal, sate, meat ball... hmmm, memang kenyang.

Pastu kitaorang order side dishes , Ayam Tangkap ape tah namanya... seekor ayam dipotong-potong dan digoreng bersama rempah spesial dan bawang goreng dihidang bersama pelbagai jenis ulam daun dan sambal belacan sedap gilak yang cuma berharga RP90,000. Tak bestnya, ayam ni digoreng sekali dengan kepala dan kaki (boleh imagine tak kepala ayam dan kaki ayam goreng sekali?)... spoil selera aku malam tu. Nasib baik ayam nih sampai masa aku dah nak abih makan. hehhh...

Di Kampung Daun, aku jumpa satu couple nih, dari Jakarta, sempat bertukar kad. Oh ya, orang kat Bandung memang sangat ramah dah helpful ok.

So, itu dulu cerita untuk hari kedua di Bandung... penat namun puas hati. Maybe next trip boleh pegi lagi dengan proper itinerary. hehehe

to be continue...

1 comment:

Anonymous said...

Hai nani

Saya akan ke jakarta pd bln dpn..sy perlukan bantuan pak supir..skrg ni saya dpt hg pergi n blk dr jakarta ke bandung lbh kurang 850k rupiah ..compare ngan nani mcm mhl je..leh advice x..

Boleh email sy di jelin81@yahoo.com

THanks