29 November 2009

Imran tak sihat

Semalam, seharian duduk kat rumah. Boring... Aku terlupa ada xtvt mengemas bilik volunteer kat 'Rumah Pink' a.k.a Yayasan Salam. Menjelang tengahari, aku berangan nak masuk opis, buat keje sikit. Tak lama kemudian, awan mendung berarak menggelapkan sekitar Bandar Baru Bangi diikuti pancaran kilat dan dentuman guruh. Sah, nak hujan lebat dan mungkin juga ribut.

Lepas tutup tingkap dan cabut plug TV. Aku amik novel dalam bilik. Sambung baca novel sambil ratah coco-crunch. Hujan semakin menggila di luar sana. Tempias masuk dalam rumah waima aku dah tutup tingkap. Banjir sekejap bilik dan ruang tamu. Cepat-cepat amik kain buruk dan letak kat tempat yang basah. Guruh berdentum dan kilat sabung menyabung... saspen nih...

Pukul 5 petang, hujan makin reda dan awan cerah semula. Niat nak ke opis terbantut, aku bersiap nak ke rumah nenek pulak.

Kat bawah, tekan remote kete, imran tak menyala. Takkan bateri buat hal. Aku naik atas semula, ambil remote kedua tapi tetap sama.Aik... Imran merajuk ke? atau Imran tak sihat kena hujan ribut tadi? waduh... gimana nih...

Mujur husband kak Ina ada, dah boleh bukak kereta dan dah boleh start enjin, lega sikit. Mungkin ada masalah dengan transmitter. Selasa nanti nak amik cuti bawak imran g klinik, kebetulan perjalanan Imran dah mencecah 50,000km ...hehehe... patut sangatlah bawak g servis. ngehehe

25 November 2009

berani mati

malam tadi, aku kuar makan ngan juju n sarah kat Satay Hj Samuri, Kajang. Tengah tunggu sarah, aku kuarkan statement berani mati depan juju, "orang pertama yang aku kenal dan jumpa kat Hj Samuri ni consider jodoh aku...hehhh"

tak sampai 5 minit, aku nampak kelibat seseorang... dowh, aku ingatkan akmal, rupa2nya ofismet aku....cait!...diorang datang bertiga, sume geng-geng seopis... terus kensel nak carik jodoh.

20 November 2009

Teater 'Cuci the Musical' ~ 6/11/09


Tak kiralah siapapun dia, tapi aku suka gilak ngan Hans Isaac yang hensem itew you know... ngehehehe... apekahhh... Sebenarnya aku suka ngan 4 sekawah ni...hahaha...kawah meh? ahax!diorang ni kalau 4 orang je memang boleh pecah perut kalau buat lawak.

untuk Teater Cuci the Musical ni haruslah aku gelak sampai haus OK. Nampaknya percubaan Hans membawa filem cuci ke dewan teater boleh dikira berjaya lah jugak... TAHNIAH BRO... (aku kasik rate based on enjoy ke tak enjoy teater nih)...

Walaupun banyak jugak terkantoi gelak masa tengah acting tapi depa pandai cover, mujur citer lawak so bila diorang tergelak memang tak perasanlah. And I adore kat Adibah Noor jugak lah. Dia ni memang dari dulu aku kagum. Bila jumpa in person memang gumbira cuma takde lak nak terhegeh2 nak take picca ke hape kan... tengok gambar yang aku amik pon blur. Saja bikin bukti.

Dan aku tak sabar nak tunggu buah tangan Erma Fatima pulak dalam Teater Natrah...

16 November 2009

pagi yang gelap

huwarghhh...

pagi yang gelap
makin kelam
kian suram

bahang monday blues
atau penangan pms
suit je...keh keh keh

08 November 2009

I'm leaving again

last week cuti seminggu for a trip

tis week lak takde seminggu for a course

Keje melambak...aku buat bodo... ngehehe...

dan aku tak sabar nak tulis pasal teater Cuci The Musical... besh besh! gelak sampai haus :D

tunggu deh...

06 November 2009

Trip ke Bandung ~ Jakarta : Part 4

Day 5 - 2 November

Lepas sarapan pagi, main dengan Zarra dan Zafran (cucu ibu nelly), aku bersiap untuk balik ke Bandung. naik teksi ke Terminal Bas Lebak Bulus, Jakarta. Dari sana aku naik bas express Prima Jasa ke Bandung yang kosnya hanya RP45,000.

Dalam perjalanan ke Lebak Bulus, sempat bersembang dengan pemandu teksi yang peramah tu. Lain kali kalau ke Jakarta, harus pergi ke Tana Abang (lebih kurang macam Pasar Baru), Manga Dua (Shopping Complex), Puncak (kawasan tanah Tinggi), Taman Safari dan Ragunan. maybe dalam wisata akan datang pasti aku explore Jakarta pulak.

Bas aku bertolak jam 11.30 pagi. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam melalui lebuh raya Jakarta-Bandung (hahaha, pandai2 aku je kasik nama)... Seronoknya sebab lebuhraya ini bersimpang siur dengan laluan keretapi. Means, pemandangan sekitar juga indah sekali.

Sampai di Terminal Lewi Panjang, aku kena naik bas buruk takde ekon untuk ke Jalan Dago. Ekceli aku nak ke Jalan Cihampelas tapi kena naik 2 tempat. Sedikit cuak masa ni sebab nampak sangat aku ni tak tau tempat,merata-rata tanya orang. Tapi yang best, dalam bas ada pemuzik jalanan datang dan menghiburkan penumpang...erk, sekali sumbang daaaa... lepas habis sebuah lagu haruslah dia minta duit. peminta sedekah ada tapi tak ramai kat sini, mostly yang ada adalah penjaja serta pemuzik jalanan.

Dalam perjalanan aku terpandang papan tanda Jl Pasar Barat, ku perhati sekeliling dan nampak seakan-akan bangunan Pasar Baru dihujung sana. Kebetulan pula bas yang kunaiki tu berhenti, terus bertanya kepada pemandu bas, beliau nyatakan itu merupakan station keretapi, aku langsung turun dan berjalan kaki melewati lorong belakang pasar menuju ke pasar baru. FYI, stasiun keretapip bandung ni terletak berhampiran dengan Pasar Baru.

Sampai kat pasar baru, terus menuju Lantai 6... lapar dowh... makan nasik ikan goreng dengan harga RP12,000...sedap... lepas tu mula misi bershopping. Aku beli 6 helai t-shirt bandung RP90,000, 3 pasang kain baju kurung bernilai RP340,000, tudung dan inner RP50,000, 2 pasang telekung RP85,000. Cukup dulu untuk di Pasar Baru.

Dari pasar baru, naik angkot ke Jl Cihampelas. Jalan jam sebab masing-masing balik kerja. waduh...dahla beg aku dah beranak jadi dua beg. hangkut depan belakang. Penuh angkot oleh barang aku je. Satu hal pulak aku tak tau nak berenti kat mana... mujur ada seorang mbak tu tanya. dia lah yang bagitau aku nak benti kat mana.

Aku check in di Hotel Cihampelas 1, amik bilik paling murah kat sanaRP180,000... lepas bayar duit hotel, masuk bilik...gulp...menyesal aku pilih hotel ni. Dah la duduk bawah tanah, lepas tu bau hapak + hancing... huwargh...stress mak... Mujur duduk kat sini untuk satu malam je, abih separuh minyak wangi aku sembur untuk hilangkan bau yang kureng enaks itew.

Dalam bilik, aku hamburkan semua barang-barang belian, tujuannya nak sort semula barang yang dah dibeli dan barang yang masih hendak dicari. Lepas mandi dan solat maghrib, aku keluar berjalan kaki ke ci-walk (Cihampelas Walk), sampai kat sana, masuk Toko Agung, beli Novel Perahu Kertas yang harganya cuma RP69,000. kemudian makan malam di ci-walk, lepas tu jalan-jalan cuci mata sekitar Jalan Cihampelas. Usha-usha toko Eiger, kedai peralatn sukan dan aktiviti lasak tapi tak jumpa, nak tanya malas... end-up aku masuk kedai Odjojoli, kedai oleh-oleh bandung, beli 2 kotak pisang bolen dan 7 bungkus salai pisang keju. Total semua RP120,000.

Otw nak balik ke hotel, aku beli fridge magnet Bandung dari penjaja. Tawar punya tawar dapatlah 4biji untuk RP40,000. Murah ke? ntah laaa... malas nak pikir since ni malam terakhir aku di sini. Sampai kat bilik, kemas barang-barang dan layan tengok citer sinetron sampai kul 2 pagi...aku layan dari cerita Doa dan karunia, kemudian cerita apetah tapi pasal pesakit HIV, pastu tengok lak catch me if you can, dan last sekali tersangatlah suka citer Sweet Latte, best dowh. Muka pelakon tu ala-ala macam Dira. sweet je...

siap packing barang, baru tidur, tu pun tak berani tutup lampu.takut terlajak tidur plus agak cuak sebab bilik aku ni cam tak selamat je... awal-awal aku dah pesan kat kakak minta kejut pukul 4 pagi.hehehe...

----------------------------------

Day 6 - 3 November

Pukul 4 pagi lagi aku dah terjaga. Mandi dan bersiap seringkas yang mungkin kemudian check out. Tunggu teksi kat luar Hotel Cihampelas. Aku sampai kat airport terus check in, pagi-pagi tak ramai penumpang so airport agak lengang. Selesai urusan imigresen, aku buka Perahu Kertas, cuba menghayati ceritanya tapi tak boleh concentrate, mengantuk.

tepat 6.10am (waktu tempatan), kami berlepas menaiki pesawat Air Asia QZ 7595. Perjalanan yang sepatutnya seramai 8 orang kini tinggal hanya aku sahaja. Dalam flight, sempat ambil gambar gunung. lepas tu sambung tidur.baca novel, makan, berangan...erk...

Since aku travel seorang, ikut suka akulah nak buat apa, selamba je aku baring kat seat. pastu nyanyi-nyanyi pastu ngobrol ngan sterwards dan a few passengers. Aku selamat tiba di LCCT pada pukul 9.15 pagi, tunggu kakak datang amik. Sarapan dekat mamak then balik rumah untuk berehat. Berahir sudah siri jalan-jalan Bandung~ Jakarta aku. Next time nak datang lagi...hehehe...

Apepun, zillion thanx to Elli, Kak D, Kak Zarina, dan Cik Lin sebab banyak bagi guide kat aku pasal Bandung. Thanx jugak kepada author blog-blog* ni sebab banyak info aku dapat dari you all.... len kali kita ble buat trip sesama ok... hehhhh..

*

1.http://aryssaiman.blogspot.com2.http://ziggurats.wordpress.com/

3.http://cakkkkkkkkkk.blogspot.com

4.http://nkamri.multiply.com/

Ingin info lebih tentang Bandung? Layari juga http://www.bandungtourism.com/

The End...

05 November 2009

Trip ke Bandung ~ Jakarta : Part 3

Day 3 ~ 1 November

Hari yang tenang, lepas subuh sambung tidur balik...oh yeah!. 8.30 pagi baru bergerak ke pasar baru. Hari ni try nak Angkutan Kota (Angkot). Agenda hari ni hanya shopping dan shopping lagi... Tukar duit di Pasar Baru, agak rugi, kalau tukar kat mesia rate RP 1Juta boleh tukar dengan RM363 sahaja, tapi kat sini dah naik RM373... rugi dowh, RM10 dah boleh beli Kerepek Pisang Keju tu 3 bungkus tau...

Habis 'menabung' di Pasar Baru, kami lunch nasi padang di Simpang Raya dekat Jalan Dago. Rumah Makan Simpang Raya ni selalu menerima pengunjung dari Malaysia. Tempat cozy dan paling penting, makanannya jugak sedap dan cepat. Lepas makan, kami menapak ke Dago Plaza bersebelahan dengan Simpang Raya. Takde apa yang menarik di sana. Naik Angkot ke Jalan Riau dan mula menapak menuju Hotel Progo. Penat juga berjalan, ingatkan dekat, almost 10 minutes nak sampai ke Progo. Sempat lagi singgah Riau Junction dan Terminal Tas.

Sampai kat hotel, aku lepak kat lobi, bersembang dengan owner hotel Progo. Banyak info aku dapat dari dia, tentang Bandung dan tempat-tempat yang menarik disini. Betullah Elly cakap, kena banyak bertanya, orang kat sini pun very helpful.

Then masuk bilik, rehat, solat, tidur. hehehe.. petang, sambung balik mengukur jalan di area Jalan progo dan jalan riau. Singgah kat Giant, asalnya aku ingatkan Giant hypermarket cam kat malaysia tapi rupa-rupanya Giant ni kedai yang menjual peralatan sukan lasak dan outdoor. Letaknya cuma selang 3 buah rumah dari Hotel Progo. Tak banyak barang disini dan harga barang standard harga kat malaysia je.

Kami ke Heritage dan Cascade. Shopping (aku terjebak jugak beli baju kat cascade...caittt!) dan makan malam di sana. Merasa Batagor Karasa... rasa? hmmm... maybe next time nak try Batagor Riri dan Batagor Kingsley pulak as they told me to do so.

Sampai bilik, panggil khidmat mengurut, gatal nak buang duit. hehehe... dan langsung tertidur lepas tu karna esok hari pengalaman baru menanti...

-----------------------------------------

Day 4 ~ 2 November

Pagi-pagi dah pack barang, beg kak su dan makcik asmah dah beranak sampai 4 buah beg troli. dan 3 buah beg sandang. Aku masih maintain satu beg.

Kami singgah ke Amanda Brownies dan Kartika Sari untuk membeli buah tangan. Kak su beli kek dan kerepek pisang keju untuk dibawa pulang ke Malaysia. Aku pulak memborong Pisang Bolen, Kek Kukus dan kerepek pisang keju sebagai buah tangan untuk Ibu Nelly dan Bapak Hadi di Jakarta.

Aku menghantar Kak Su dan Makcik Asmah ke airport sebelum ke stasiun keretapi. Oh ya, hari ni, kak su dan maknya balik malaysia sementara aku menyambung journey ke jakarta pulak. Plannya ke Jakarta naik keretapi, tidur semalam disana dan balik ke bandung semula naik bas keesokan harinya.

Harga tiket keretapi dari Bandung ke Jakarta RP60,000 untuk Argo Gede. Kalau naik Pariangan mungkin dapat lagi murah sebab tren Pariangan ni ada kelas satu dan kelas dua. Argo gede ni fully aircond, fasiliti juga cukup selesa.



Perjalanan dari Bandung ke jakarta memakan masa lebih kurang 2 jam setengah dan akan berhenti di Stasiun Bekasi dan Jatinegara. Melalui terowong terpanjang di Jawa Barat, terowong sasaksaat dibina semasa zaman penjajahan Belanda, keretapi ini juga merentasi dua buah jambatan. Scenery superb...aku pasti kalau bawak bapa kesini mesti dia suka tengok sungai yang mengalir dibawah landasan dan sawah padi serta tanaman menghijau nun terbentang luas melatari cerun-cerun bukit.

Aku selamat tiba di stasiun gambir pada pukul 2.30 petang, terus naik teksi ke rumah Pak Hadi di Jalan Kebayoran Baru. Sampai di sana, sangatlah excited bila nampak ibu nelly. kali pertama dan terakhir bertemu Ibu Nelly dua tahun lepas semasa Pak Hadi ada lawatan kerja ke NIOSH dan aku menjadi salah seorang jurupandu a.k.a supir dan tourist guide mereka sepanjang berada di Malaysia.

Selepas membersihkan diri dan solat jamak, aku ikut ibu nelly ke ITC Fatimah, salah sebuah shopping complex di Jakarta. Masa ni baru tersedar HP ku tertinggal di dalam teksi...hahaha...kelakar... mujur dapat balik.

Malam tak kemana-mana, rehat dan bermain dengan cucu ibu nelly. Harus tidur awal jugak sebab nak balik ke bandung esok pagi.

to be continue...

04 November 2009

Trip ke Bandung ~ Jakarta : Part 2

Day 2 ~ 30 Oktober

Hari wisata... Pukul 7.00pagi lagi kami dah siap dan bersarapan di Hotel. 7.30 pagi, Pak Sukimin, datang untuk membawa kami berjalan-jalan sekitar Bandung. Sewa kenderaan untuk 12 jam bersama pemandu cuma RP400,000.

Kami ke Gunung Tangkuban Parahu. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam setengah melewati Ladang Teh dimana pembikinan filem Heart pernah dibuat disini. Entrance RP15,000 per pax. Sampai kat atas, suasanya nyaman, sejuk, dan pemandangan juga agak menarik. Pening sedikit sebab bau belerang/sulfur agak kuat disini. Tangkuban Parahu, biarpun tidak aktif, masih mengeluarkan asap dan belerang. Aku tak pegi pun Kawah Domas (kawah yang masih aktif) sebab pakaian tak sesuai. Nak ke Kawah Domas harus trekking sejauh 1.2km dan wajib ambil guide yang ongkosnya pasti agak mahal. Jadi, kami cuma amik gambar dan beli souvenir sebelum meneruskan perjalanan ke Sari Ater Hot Spring.

Sari Ater ni lebih kurang Air Panas Poring di Ranau Sabah. Letaknya lebih kurang 6km dari simpang nak naik ke Gunung Tangkuban Perahu. Ada resort maknanya boleh bermalam. Nak masuk kena bayar RP16,000 seorang. Ada swimming pool, ada air terjun, ala-ala macam taman tema air. Tapi menariknya sebab air dia ni panas/suam, Ph rendah dan amat sesuai bagi mereka yang mengalami penyakit seperti rheumatism, arthitis, psoriasis dan segala macam penyakit berkenaan kulit. Nyesal tak bawak baju salin, kalau tak, mesti sempat berendam dan mandi manda disini. Terasa bayar duit entrance tu sia-sia je...huhhh. Kalau ada yang nak datang melawat tempat ni, aku cadang korang menginaplah semalam di sini. Boleh mandi puas-puas dan boleh explore lagi banyak tempat yang berhampiran.

Dari Sari Ater, singgah beli dan makan tauhu goreng giler sedap di Lembang. Hmm, kat Lembang ni banyak juga kereta kuda, ia menjadi salah satu pengangkutan di sini. Kalau nak naik kereta kuda, tak silap harganya cuma RP15,000 seorang. Kemudian ke Diaz di Jl Sederhana yang menjual pelbagai koleksi Beg tangan berjenama. Mula-mula masuk kedai aku tergelak tengok Beg LV dan Prada dipamer. Harga memang lumayan murah. Kak Su dan Makcik Asmah sempat sambar beg kat sini.

Dari Diaz, Pak Sukimin bawa kami ke Kawah Putih which is about 2 hours drive from Bandung. Berlaku misscommunication disini, ingatkan kawah Putih ni tempat petik strawberi, rupa-rupanya sebuah kawah gunung berapi jugak. Jalan nak ke atas memang teruk tapi berbaloi rasanya. Pemandangan sawah padi dan perkampungan orang jawa barat. Sempat tengok landasan keretapi yang pernah digunakan semasa penjajahan Belanda dulu yang masih tersergam melintangi sungai. Reward juga sebab view disini berganda cantiknya dari Tangkuban Parahu. Im speechless bila melihat air di kawah putih ni berwarna putih. Serius cantik. Semasa kami disana, Ada 3 pasangan pengantin tengah buat pre-wed/Post-wed shoot disini. Mulalah aku berangan nak buat macam tu jugak...kui kui kui... Tak ramai orang disini, mungkin kerana jalannya masih mengerikan untuk naik sampai ke atas.

Di kawah putih, kitaorang beli strawberi. Sepeket besar cuma RP10,000. Niat nak petik strawbery tak jadi sebab hari dah lewat, lagipun macam tak best je tengok strawberi kecik-kecik. Turun dari Kawah Putih, terus ke Cibaduyut, syurga barangan kulit kata orang. Cibaduyut ni lebih kurang chowkit, agak sibuk dan banyak pilihan kasut serta beg kulit. Kalau rajin jalan memang ketemu apa yang berkenan dihati. harga jangan risau, memang murah.

Destinasi dan aktiviti terakhir hari ni adalah dinner di Kampung Daun. Aku pun tak sure samada tu nama kampung atau nama restoran sahaja. kampung daun ni memang terkenal, siapa yang datang ke bandung harus mencuba makan disini... Since hari dah gelap jadi tak nampak sangat view sepanjang jalan menuju Kampung Daun, cuma perasan tepian jalan dipenuhi dengan bunga-bunga nurseri. Must be cantik...

Makan malam di Kampung Daun pun menarik. Masuk je kami disajikan dengan pelita buluh... terasa cam nak raya je... hehhh... menariknya di Kampung Daun ni, makan bersila di tepi sungai... tempatnya memang cozy tapi traditional attraction tu tetap ada. Siap ada unggun api dan air terjun buatan. Makanan? aku makan nasik komplit ape tah aku tak ingat kepanjangan namanya... ada nasi, telur masin, daging penyet, ayam goreng, ulam, sambal, sate, meat ball... hmmm, memang kenyang.

Pastu kitaorang order side dishes , Ayam Tangkap ape tah namanya... seekor ayam dipotong-potong dan digoreng bersama rempah spesial dan bawang goreng dihidang bersama pelbagai jenis ulam daun dan sambal belacan sedap gilak yang cuma berharga RP90,000. Tak bestnya, ayam ni digoreng sekali dengan kepala dan kaki (boleh imagine tak kepala ayam dan kaki ayam goreng sekali?)... spoil selera aku malam tu. Nasib baik ayam nih sampai masa aku dah nak abih makan. hehhh...

Di Kampung Daun, aku jumpa satu couple nih, dari Jakarta, sempat bertukar kad. Oh ya, orang kat Bandung memang sangat ramah dah helpful ok.

So, itu dulu cerita untuk hari kedua di Bandung... penat namun puas hati. Maybe next trip boleh pegi lagi dengan proper itinerary. hehehe

to be continue...

Trip ke Bandung ~ Jakarta : Part 1

Lega... tu je yang boleh aku ungkapkan tatkala kapal terbang selamat mendarat di LCCT semalam. Lega sebab dah selamat tiba setelah 6 hari bercanda di Bandung dan Jakarta.

Ni merupakan catatan perjalanan aku selama berjimba. Mungkin boleh dijadikan guide bagi mereka yang ingin kesana.
-----------------------
Day 1 ~ 29 Oktober

Aku, kak su n makcik Asmah (Mak Kak Su) fly ke Bandung menaiki flight Air Asia, QZ 7594 yang ongkosnya cuma RM90/seorang untuk pergi dan balik... Asalnya trip kitaorang ni ada 8 orang tapi since wifenya Shafuan pregnant, so kena cancel 5 orang (ni sume kroni2 shaffuan lah).
Sampai je kat Airport Bandung dalam pukul 10.45am(waktu tempatan), terus cari teksi ke Hotel Progo, it only cost you RP40,000. Plan asal nak jalan terus ke Pasar Baru tapi since kak su dan makcik asmah bawak beg troli seorang satu, so that kena jugak check in dan letak barang dulu. Aku? cukup bawak beg COSH coklat. Isinya cuma sebiji lagi beg sandang, toiletries dan baju tidur. Baju lain, telekung dan lainnya memang dari awal plan nak beli kat Bandung je.

Hotel Progo ni paling murah RP200,000 semalam tapi masa aku bboko bilik dulu, yang available cuma bilik yang harga RP235,000/semalam untuk 2 orang for weekdays, kalau tambah extra bed, kena tambah lagi RP95,000. Bilik utk 2 orang memang just nice tapi bila tambah extra bed dah jadi kecik tapi still boleh bernafas. Hehhh... hotel ni letaknya di jalan Progo 8, sangat2 dekat dengan Factory Outlet(FO) sekitar Jalan Riau (also known as Jl Ir Martadinata) seperti Summit, Heritage, The Secret, Oasis, Riau Junction, Terminal Tas etc. Semuanya walking distance aja kok...

Dah letak barang, naik teksi yang sama menuju Pasar Baru. Pasar Baru ni lebih kurang Pasar Payang di Terengganu atau Pasar Khadijah di kelantan yang menjual dari barang basah hinggalah barangan tekstil. Bedanya, pasar baru ni 8 tingkat dan setiap tingkat mempunyai pilihan barang yang tersendiri. Contohnya, di bawah sekali adalah pasar sayur-sayuran, tingkat 1 untuk kain-kain baju kurung/kebaya, tingkat 2 untuk telekung, tingkat 3 untuk jeans etc... tapi WAJIB pegi semua tingkat OK, so that tak menyesal... furthermore, harga barang-barang disini memang murah dan pilihan sangatlah banyak. Kena pandai bargain. Jangan jadi macam aku, terasa murah je terus amik, tak reti nak tawar menawar nih. hehe...

Jadi, hari pertama, agendanya shopping... aku pun sempat rembat sepasang kain untuk baju kurung at RP100,000, sepasang baju Kalong RP50,000, sehelai tudung RP15,000 dan 2 helai t-shirt bandung RP 50,000. Sikit je kalau dibandingkan ngan Kak Su dan Makcik Asmah, takpe2, aku ada masa lagi nak shopping...

Balik dari Pasar Baru, letak barang kat bilik dan usai solat, kami menyusuri pula FO disekitar Jalan Riau dan dinner di Food Court The Secret. Merasa Ayam Penyet version Bandung. Sedap dowh! FO The Secret ni sangatlah cantik... aku suka deko dia sebab memang ala-ala secret gito. Kat luar cam takde ape, tapi bila masuk mabeles! main kaler itam putih lagi... ada taman landskap serta unsur air (kolam ikan dan air terjun)... Almost FO kat sini konsepnya begitu, so convenience untuk orang yang shopping dan convenience jugak untuk orang yang mengekor orang yang shopping (macam aku)...

Malam, lepas dinner, balik ke hotel, capek banget (Penat sangat-sangat) coz menapak all the way dari Hotel ke FO. Time to get rest sebab esok acara wisata (ziarah) pula.


to be continue...