Pagi tadi aku terjaga pukul 4.30 pagi. Sebenarnya aku dah setkan jam pukul 5 tapi entah kenapa awal pula aku terjaga... ni mesti kes suh aku langsaikan solat isya cepat-cepat...hehehe
Lepas tanak nasi kat Rice Cooker baru pemberian *** aku terus mandi... ops! jangan salah sangka ye, aku memang biasa mandi pagi dulu sebelum sembahyang. Sekurang-kurangnya aku yakin kat badan aku takde sisa air liur basi ke, taik idung ke, yucks! iyelaaa, kita tidur bukan sedar apa-apa, garu-garu kena gigit nyamuk lah, korek-korek lah... hahaha... betulkan? sapa yang geleng kepala tu memang penipu besar... dengan diri sendiri pun nak tipu... tak baik nokkkk...
Usai solat, aku pun sahur... menu : nasi + sambal tempe + kacang panjang rebus air ngan daging. Makan sambil tengok TV. Hehehe... Sambil makan, aku sms mama n Kakak, kemudian, aku bersihkan dapur, aku iron baju, dan sementara menunggu azan subuh, aku layan tengok cerita LIMA kat astro Ria.
Lima ni cerita pasal seorang isteri beranak 5 (Lakonan Irma Hasmee), suami masuk penjara sedangkan dia pula mengidap kanser (baca : tak logik sikit la, sebab rambut dia masih lebat walaupun selepas menjalani kemoterapi).Dek kerana kesempitan hidup dan masalah kesihatan, dia terpaksa menyerahkan 3 orang anaknya ke rumah anak yatim. Masa si Irma tu tinggalkan anak dia, anak dia berlari mendapatkan Irma sambil menangis dan menjerit-jerit panggil "ibu-ibu, jangan tinggalkan kami ibu"... dan dan tu jugak aku meleleh ayaq mata... Part ni memang berjurai-jurai air mata aku.
Tetiba teringat adik-adik Rumah Solehah... biarpun ada diantara mereka masih punya ibu disisi, cuba kalian bayangkan tatkala mereka terpaksa ditinggalkan disana sendirian. Ada juga ibu-ibu yang akhirnya pergi meninggalkan mereka terus dari dunia ni ... seperti Along, seperti Azirah... ada pula yang terpaksa diserahkan kepada orang lain seperti syuhadah. Bagaimana dengan Mamu, Ayip dan adik-adik yang lain? Hakikatnya mereka terlalu kecil untuk memahami situasi ini, waima kita yang sudah boleh berfikir panjang seakan ralat andai ini yang menimpa.
Masa ni la teringat zaman kocik-kocik dulu nakal yang amat tapi masih dalam limpahan kasih sayang dan perhatian dari kedua orang tua. Masih dalam lingkungan keluarga yang sempurna. Bertuah rupanya aku ni jika dibandingkan adik-adik RS, ingin aku kongsikan semua ini dengan mereka yang dambakan kasih sayang melebihi harta benda.
Moral value kat sini, hargailah apa yang kita ada selama mana pun ia bersama kita kerana Allah cukup mengerti dan tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya... nak aku bercerita tentang kisah kaktus pulak ke? uish... tu entri lain k...
5 comments:
isk..isk..isk..isk...
aku sayang adik-adik kat RS tuh.
aku pun sayang diorang... semenjak dua menjak ni, desire nak ada famili bertambah2..cane?huhuhu
Apa khabar adik Along? Berapa umur dia sekarang. Baca pasal dia last year. Hope he is doing fine.
Along sihat, mata dia je asyik berair... Along dah 13 tahun sekarang. Yeap... i oso hope along will be fine...
Oh sorang adik RS, Azira masuk wad semalam... paru2 berair khabarnya... pegi la melawat, Wad pediatrik HKL
Post a Comment