Lepas Leha balik semalam, aku dah mula kecacing-panasan, lantas teringat Muha, kenalan istimewa yang aku kenali semasa kursus di Asiaworks awal bulan lepas. Istimewanya Muha kerana dia yang telah hilang deria penglihatan serta hilang upaya berdiri dek kerana serangan kanser otak, tetap tabah menghadapi hari-hari mendatang tanpa gentar. Pantas ku capai henpon disisi dan mula mencari nama Muha...
Seronok mendengar cerianya suara Muha... selepas bertanya khabar Muha menjemput aku berbuka puasa di rumahnya... Ok... aku terus memberi persetujuan tanpa berfikir panjang. Seperti biasa, kerana masih dalam kondisi teruja, sekali lagi aku membuat puding roti, kali ini untuk dibawa ke rumah Muha...
Pukul 7.25 petang, azan maghrib telah pun berkumandang semasa aku sampai di Kondominium Seri Kenari. Muha berbuka dengan menghisap rokok, "tak padan dengan sakit... nak kena babab ni"... kataku dalam hati... tapi Muha bukan budak kecil, dia sudah terlalu mengerti tentang hidup. Biarlah begitu andai itu membahagiakan dia.
Muha menyediakan ayam masak asam pedas berempah dan sayur kubis. Ditambah dengan puding roti, kuih lapis serta sirap bandung selasih. Lengkaplah menu berbuka kami. Alhamdulillah...
Usai makan, kami bersembang, bercerita tentang kehidupan, isu semasa, politik, ekonomi, keluarga, etc... semakin aku kenal Muha, semakin aku kagum padanya... duhai, dimanakah kekuatan yang dia perolehi sehingga mampu setegar ini... Oh ya, Muha juga seorang blogger.
Hari itu aku belajar beberapa perkara , cara-cara membuat kuih lapis.... ahax... aku turut belajar sesuatu tentang hidup... belajar melalui ketabahan seseorang. Ah, mudahnya aku menjadikan Muha suatu inspirasi... boleh kan Muha?...
2 comments:
patut la aku ajak berbuka kat umah aku belagak...tak per...
uiks... taklaaa sarah, aku nak gak berbuka kat umah ko... tapi bukan ari tu... kire ko ari lain arrr... aku nak lasagna daging ngan chicken ape yang kita makan kat cafe lui tu? ble?
Post a Comment