26 September 2008

Salam Aidilfitri

Ari ni aku balik kampung...yeay yeay... kepada semua , hati-hati balik raya, kemsalam famili, kalau ada prospek baik, jangan lupa rekemen tuk aku ye..hehehe...

22 September 2008

Majlis Buka Puasa Genting

Sabtu lalu, ada program buka puasa Rumah Solehah... tapi aku tak dapat datang pun sebab aku sudah punya acara lain... meronggeng ke Genting...hahaha!

Petang tu, kitaorang berbuka di Resort Hotel, Genting Highlands. Juadah berbuka so-so je, tak ghairah pun nak melantak, ada malay cuisine, ada indian cuisine, ada terubuk bakar, ayam goreng berempah, ada eskrim...ish ish... ada salad, ada sup ekor, ada bubur lambuk, ada bubur kacang, ada pengat labu, ada buah, ada kuih... apapun, alhamdulillah... kenyang sampai tak pergi terawih... ops!

pas tu, kitaorang dapat pas tengok persembahan Dreamz kat Pavilion. Persembahan kali ni lagi seronok dan mengkagumkan daripada persembahan yang pernah aku lihat sebelum ni. Best-best... tapi tak boleh nak concentrate sebab otak dan minda bersiar-siar. Melilau-lilau memikirkan tentang sesuatu, tentang dia... nape tak muncul tiba? kita sedih tau...

malam, aku biarkan ju dan 'ros' tidur sebilik sedangkan aku tidur di bilik yang lain... tiada apa yang berlaku sebab aku paksa diri cepat-cepat masuk tidur. Hakikatnya hati dah bengkak memikirkan dia...cesss bedebah! mencik! dia selalu buat aku macam ni, kenapa aku tak serik-serik lagi? huwaaaa!

4.00 pagi, mata tak boleh lelap, tidur sensorang dalam bilik hotel di Genting agak scary. Macam-macam cerita keluar menjelma... sejuk mencengkam... ah! takkan aku nak lari ke bilik ju pagi-pagi begini. Buatnya terserempak makhluk yang bukan-bukan, mau pengsan dibuatnya...

4.30 pagi, ju buat panggilan rindu, kejut sahur daaaa.... kitaorang bersahur di First World Cafe. Lepas solat subuh, aku layan tidur balik... kali ni agak selesa, mungkin memikirkan hari telah pagi lantas kututup semua lampu...biar kelam... sekelam hati ini...

Apepun, thanx to Anita, thanx to all Government Sales Team MICE, Resort World Berhad for inviting us to ur Majlis Berbuka Puasa... next time jemput lagi kay...hehehe

huwargh!

jumaat ari tu, dek kerana lambat tidur kerana layan bersembang dan meronggeng sakan pusing putrajaya dan KL, aku pun melajakkan tidur... sudahnya aku lewat ke pejabat.

Mujur juga baju telah digosok. Tak sampai 10 minit, aku sudah sedia... erks...bukan macam tu ke hari-hari? ehehehe...

16 September 2008

Kursus dua hari, cuti sehari

hmmm, tengok pada tajuk macam seronok je... sebab 5 hari tak payah fikir pasal kerja... tapi hakikatnya otak ni tetap nak memikio mende-mende cenggini... tengah memasak terfikir pasal sijil yang perlu diisih(baca : sort), tengah mandi, teringat penceramah yang masih belum confirm, uish, baru nak baring teringat pula dengan jadual kursus...aduh...fenin-fenin, patutlah aku mengalami masalah sakit kepala sejak akhir-akhir ini, otak ni belum bisa berhenti mencerna situasi di tempat baru... semua perkara dianalisis, diambil-kira dari pelbagai perspektif... tapi itu bukan punca... ada masalah lain yang lagi membebankan...

"manusia, kalau setakat letih bekerja, dia masih boleh tersenyum dalam keluh, masih boleh berjalan biarpun perlahan...tapi ... kalau ada masalah melanda jiwa, badan yang sihat jadi lesu,gembira bertukar sendu, rasa penat sangat-sangat... sebenarnya lebih kepada penat minda, penat jiwa... badan lebih longlai dari letih bekerja, sakit sengal dimana-mana.."

Kursus dua hari tadi lebih kepada kaunseling diri, menerima masalah dengan senyuman...(baca: apekah...) .. "Menangani Pelanggan Bermasalah", macam-macam karenah, tawar-menawar, rasuah malah ugutan... ada juga sesi mencari jodoh... ala-ala dalam iklan sunsilk yang terkini... semua dirumus menjadi satu, menukarkan emosi dengan cuba berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengannya kemudian cuba mengeksploitasikan emosi marah kepada yang lebih baik... mudah sebenarnya.

Esok, cuti sempena memperingati tarikh penurunan Al-Quran, Kalam Allah yang tiada taranya. Agenda esok biasa-biasa saja, duduk di rumah tengok TV, tidur dan petang bersedia dengan juadah untuk santapan berbuka puasa... oh ya, esok nak jamu orang berbuka puasa kat rumah. Nampaknya malam ni kena setkan menu apa yang perlu. Kepada semua, jemput-jemput datang kalau tak malu..ahax... (baca : jahatnya aku, main-main je laaaa)...

By the way, to all readers, u are invited to my Jamuan Berbuka Puasa yang akan aku buat esok, 17 September 2008. Habaq kat aku kalau nak mai k... (baca: purposely untuk budget makanan).

Selamat berpuasa, selamat berbuka puasa and, selamat bercuti kepada mereka yang berkenaan, kepada yang tak berkenaan, keje elok-elok yeeerzzzz..;)

13 September 2008

waaaa!

Petang semalam aku berbuka puasa kat rumah seorang kawan, kitaorang buat pot-luck jadi aku bawa nasi, begedil ayam dan sambal udang. Dek kerana leka buat bergedil sambil tunggu cerita upin-ipin, sudahnya aku sampai kat rumah member tu semasa azan magrib berkumandang... sampai kat sana, kaum adam sudah selesai minum, masing-masing dah ready nak mengasap pula... alahai... takpe-takpe, yang seronoknya ada baby... wah! suke aku tengok Imran Haikal ni, umur tak sampai dua bulan tapi mulut dah kecoh macam abah dia...

Masa nak balik, sempat sembang-sembang, tetiba kawan aku cakap yang kitaorang ni tengah melalui fasa baru dalam hidup, fasa dimana masing-masing sudah dan bakal berumahtangga... wah! sentap mak nyahhhh... iyelaaa... aku tak terpikir pun lagi hal tu... hakikatnya aku masih belum punya calon sesuai... korang carikan untuk aku boleh? hehehe

Tapi betul juga kata kawan tadi, di usia sebegini, kebanyakan sahabat handai sudah berumah tangga, ada juga yang dalam perancangan untuk menamatkan zaman bujang. Dalam masa 5 tahun akan datang anak pun dah bersusun. Topik yang bakal dibincangkan juga pasti berbeza, si ibu bercerita tentang anak, tentang kehidupan berkeluarga, si ayah pula bercerita tentang ekonomi dunia yang turut menguasai ekonomi rumah tangga. Nak beli pampers, nak beli susu, nak hantar nursery, nak cari bibik, nak sekolahkan anak lagi...uh...

Bilalah sampai masa aku pula ye? time-time ni la aku nak call mama suh carikan je orang kat sana tapi aku dah tau jawapan mama... "Cari sendiri..." waaaa!

12 September 2008

citer pasal love quote

masa kemaskini blog ni dulu, aku turut kemaskini Quote for the day tu, instead of amik yang general quote aku amik Love Quote.

Dulu, aku suka baca quote ni setiap hari tapi lama-kelamaan kebiasaan tu telah berkubur kerana kesibukan kerja...ahax ...(baca : poyos)...

tapi tadi aku terperasan, dan aku sangat suka quote ari ni...

"We waste time looking for the perfect lover,instead of creating the perfect love"

Ya, kita selalu mencari pasangan yang sempurna sedangkan kita sendiri tak pernah berusaha atau boleh dikatakan, kita tak mampu untuk menjadi sesempurna itu. Lepas tu kita akan cakap No body is perfect ...sangat klise...huhhh

jadi, di pagi jumaat ni, renung-renungkan dan selamat beramal...

cerita satu malam

semalam aku g umah nenek... berlaku sedikit kekacauan jiwa. Balik dari opis, aku drive tanpa haluan, sedar2 dah sampai depan umah nenek (baca : poyos!)... jangan risau, aku sempat singgah bazar ramadhan kat sri nanding beli juadah berbuka untuk nenek... fyi, nenek busu suka makan kole kacang, nenek melah (baca : ramlah a.k.a nenek along) tak berkira, belilah ape-ape dia akan makan untuk jaga hati... uh uh... aku teringat lagu menjaga hati yang berkumandang kat Era FM pagi tadi... :(

balik dari umah nenek aku singgah umah sarah, nenek kirim makanan untuk cucu kesayangan dia nih... hahaha... sebenarnya aku yang taknak bawak balik makanan-makanan yang sedap tu lantas teringat sarah... aku cakap la ngan nenek, "Nenek nak bagi sarah ke? saya boleh singgah umah sarah, lagipun dia duduk ngan adik dia", maka nenek pun bekalkan aku dengan sambal tempoyak udang campur petai, murtabak daging yang tak abih kitaorang makan, luak sikit je, pastu putu piring dan kuetiaw goreng yang memang tak bukak dari plastik (baca : aku suh sarah letak sume dalam freezer, bekukan)...

lepak kat umah sarah sambil tunggu dia download lagu Lucky nyanyian Jason Mraz featuring Colbie Caillat kitaorang bercerita pasal program ari sabtu, lepas bukak puasa ngan jawi nak konvoi g umah nenek, tidur kat sana dan buat program ala-ala singgah sahur... hehehe... baru teringat, petang tadi juju text aku, nak datang tidur kat umah minggu ni... huhuu...cane nih? juju dah la tengah demam... kesian lak tinggal dia sorang-sorang kat umah nanti kan...ececeee...

balik rumah, mandi, pastu tidur... aku sempat basahkan kepala... ni semua gara-gara sakit kepala yang datang dari petang tadi... lepas bubuh minyak angin, urut-urut tengkuk, kuar angin dua tiga kali... alhamdulillah, aku lena lepas tu...

Pukul 4.30 pagi aku tersedar, bangun, mandi, solat isya...hahaha! pastu g dapur siapkan sahur. Sahur aku simple je, nasi + telur dadar + gulai lemak pucuk manis ngan lokan... tapi selera aku agak terbantut pagi ni... sakit kepala + mata masih mengantuk, nasi separuh je luak, selebihnya menjadi habuan plastik sampah. Aku makan kurma sebiji, minum air suam, lepak depan tv sambil tunggu subuh masuk.

Lepas solat subuh, cepat-cepat aku capai selimut...ahax... tak senonoh kan, patutnya bacalah quran ke, mathurat ke, ni tak... aku terus layan tidur. bukan pe... aku ngantuk sangat... nasib baik baju, tudung dah iron, boleh la aku bangkit kul 7.30... aku bersiap 5 minit je, jadi 7.40 dah ready nak keluar, masuk keje pukul 8.00 pagi, perjalanan dari rumah ke ofis tak sampai sepuluh minit... amacam? mesti korang jeles kan... har har har (baca : menggunakan intonasi gayour dalam komik ujang)...

pagi ni,kat opis sakit kepala dah kurang, dalam erti kata lain dah tak rasa sangat... tapi mata aku terasa kecik je... mengantuk... dalam kepala dah terbayang katil untuk aku baringkan kepala tengahari nanti... hmmm, ari ni kan ari jumaat, masa rehat pun agak panjang... huhhhh! orang ajak tadarus quran, aku mengelak, konon ada plan... hakikatnya plan aku hanyalah untuk balik ke rumah dan tidur... ops, sebelum tu nak kena singgah Bintang, nak beli kentang dan telur...dah lama aku tak buat bergedil. Boleh buat banyak-banyak sedekah kat orang, sebab itu janji aku dulu.

oklah, nak sambung buat keje pulak... selamat berpuasa semua!

Psst...kepada mereka yang berbuka puasa besar-besaran di Topaz Ballroom, Ground Floor, Salam World Hotel, masa baca doa buka puasa tu, ingat-ingatlah kat aku yer...hehehe

11 September 2008

poyos

Wah! terasa dah lama tak blogging padahal entri sebelum ni baru beberapa hari... poyo je kata ari tu tak bz, skali melambak-lambak keje...hehehe.. tu arr takbur lagi.

Moral of the story jangan berangan, buat keje elok-elok k

muahahahaa

08 September 2008

Hatiku berdebar

..:: Entah kenapa
dua tiga hari kebelakangan ini
hatiku sering berdebar-debar...
Kenapa ya?
aku menoleh ke belakang
masa lampauku
aku melihat ke depan
hari-hari mendatangku
namun debaran tak kunjung padam
semakin kuat
getaran jiwa dan rasa
menoktahkan setiap konsentrasi yang ada
nyata aku tewas
untuk menzahirkan biasa-biasa saja
kerana hati gundah gulana
debaran ini masih bersisa
dan aku tak pernah tahu apa puncanya... ::..

04 September 2008

LIMA vs Rumah Solehah dan pengajaran disebaliknya

Pagi tadi aku terjaga pukul 4.30 pagi. Sebenarnya aku dah setkan jam pukul 5 tapi entah kenapa awal pula aku terjaga... ni mesti kes suh aku langsaikan solat isya cepat-cepat...hehehe

Lepas tanak nasi kat Rice Cooker baru pemberian *** aku terus mandi... ops! jangan salah sangka ye, aku memang biasa mandi pagi dulu sebelum sembahyang. Sekurang-kurangnya aku yakin kat badan aku takde sisa air liur basi ke, taik idung ke, yucks! iyelaaa, kita tidur bukan sedar apa-apa, garu-garu kena gigit nyamuk lah, korek-korek lah... hahaha... betulkan? sapa yang geleng kepala tu memang penipu besar... dengan diri sendiri pun nak tipu... tak baik nokkkk...

Usai solat, aku pun sahur... menu : nasi + sambal tempe + kacang panjang rebus air ngan daging. Makan sambil tengok TV. Hehehe... Sambil makan, aku sms mama n Kakak, kemudian, aku bersihkan dapur, aku iron baju, dan sementara menunggu azan subuh, aku layan tengok cerita LIMA kat astro Ria.

Lima ni cerita pasal seorang isteri beranak 5 (Lakonan Irma Hasmee), suami masuk penjara sedangkan dia pula mengidap kanser (baca : tak logik sikit la, sebab rambut dia masih lebat walaupun selepas menjalani kemoterapi).Dek kerana kesempitan hidup dan masalah kesihatan, dia terpaksa menyerahkan 3 orang anaknya ke rumah anak yatim. Masa si Irma tu tinggalkan anak dia, anak dia berlari mendapatkan Irma sambil menangis dan menjerit-jerit panggil "ibu-ibu, jangan tinggalkan kami ibu"... dan dan tu jugak aku meleleh ayaq mata... Part ni memang berjurai-jurai air mata aku.

Tetiba teringat adik-adik Rumah Solehah... biarpun ada diantara mereka masih punya ibu disisi, cuba kalian bayangkan tatkala mereka terpaksa ditinggalkan disana sendirian. Ada juga ibu-ibu yang akhirnya pergi meninggalkan mereka terus dari dunia ni ... seperti Along, seperti Azirah... ada pula yang terpaksa diserahkan kepada orang lain seperti syuhadah. Bagaimana dengan Mamu, Ayip dan adik-adik yang lain? Hakikatnya mereka terlalu kecil untuk memahami situasi ini, waima kita yang sudah boleh berfikir panjang seakan ralat andai ini yang menimpa.

Masa ni la teringat zaman kocik-kocik dulu nakal yang amat tapi masih dalam limpahan kasih sayang dan perhatian dari kedua orang tua. Masih dalam lingkungan keluarga yang sempurna. Bertuah rupanya aku ni jika dibandingkan adik-adik RS, ingin aku kongsikan semua ini dengan mereka yang dambakan kasih sayang melebihi harta benda.

Moral value kat sini, hargailah apa yang kita ada selama mana pun ia bersama kita kerana Allah cukup mengerti dan tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya... nak aku bercerita tentang kisah kaktus pulak ke? uish... tu entri lain k...

03 September 2008

update blog

bulan puasa ni aku memang takde keje, jadi google-google and surfing-surfing blog orang... ada yang bikin aku ketawa terbahak-bahak, ada juga yang buat aku rasa sedih, simpati, ada juga yang bikin aku benci... mencik mak...

pastu aku pun mula la berangan nak mekap-mekap blog aku. Lama bebenor dia dalam mood suram, kali ni cam nak ubah mood kepada mood ceria a.k.a kuntum mewangi lalala... pinkish jadi theme sebab aku kan pompuan, erkz... ape kaitan pompuan ngan warna merah jambu? oh tidak!

aku pilih template ni sesuai ngan jiwa aku yang sekarang tengah berada di zon lemah lembut gemalai... zon yang memilih happy sebagai sebahagian dari kehidupan dan menerima segala macam dugaan dengan senyuman... wah! melankoliknya aku...

02 September 2008

1st Day Ramadhan 1429 Hijrah

Lepas Leha balik semalam, aku dah mula kecacing-panasan, lantas teringat Muha, kenalan istimewa yang aku kenali semasa kursus di Asiaworks awal bulan lepas. Istimewanya Muha kerana dia yang telah hilang deria penglihatan serta hilang upaya berdiri dek kerana serangan kanser otak, tetap tabah menghadapi hari-hari mendatang tanpa gentar. Pantas ku capai henpon disisi dan mula mencari nama Muha...

Seronok mendengar cerianya suara Muha... selepas bertanya khabar Muha menjemput aku berbuka puasa di rumahnya... Ok... aku terus memberi persetujuan tanpa berfikir panjang. Seperti biasa, kerana masih dalam kondisi teruja, sekali lagi aku membuat puding roti, kali ini untuk dibawa ke rumah Muha...

Pukul 7.25 petang, azan maghrib telah pun berkumandang semasa aku sampai di Kondominium Seri Kenari. Muha berbuka dengan menghisap rokok, "tak padan dengan sakit... nak kena babab ni"... kataku dalam hati... tapi Muha bukan budak kecil, dia sudah terlalu mengerti tentang hidup. Biarlah begitu andai itu membahagiakan dia.

Muha menyediakan ayam masak asam pedas berempah dan sayur kubis. Ditambah dengan puding roti, kuih lapis serta sirap bandung selasih. Lengkaplah menu berbuka kami. Alhamdulillah...

Usai makan, kami bersembang, bercerita tentang kehidupan, isu semasa, politik, ekonomi, keluarga, etc... semakin aku kenal Muha, semakin aku kagum padanya... duhai, dimanakah kekuatan yang dia perolehi sehingga mampu setegar ini... Oh ya, Muha juga seorang blogger.

Hari itu aku belajar beberapa perkara , cara-cara membuat kuih lapis.... ahax... aku turut belajar sesuatu tentang hidup... belajar melalui ketabahan seseorang. Ah, mudahnya aku menjadikan Muha suatu inspirasi... boleh kan Muha?...

Memantai atau momantai atau membantai atau memandai-mandai...

erk... tapi tu lah aktiviti aku dari sabtu dan ahad sebelum menerima kehadiran Ramadhan.

Kalau orang Negeri Sembilan, menggelar aktiviti ini sebagai MEMANTAI... aku yang berasal dari Negeri di Bawah Bayu pun turut sama terkena tempiasnya... oleh yang demikian, aku pun memandai-mandai bersuka ria di hari sabtu bersama penghuni Rumah Solehah... Birthday Bash & Merdeka Celebration... theme baju warna merah gitu, jadi sungguh meriah sebab hanya berapa kerat je pakai baju ikut tema...huhhhh! apepun memang happening party kali ni walaupun hanya dihadiri oleh beberapa orang sukarelawan Salam dan juga Sahabat Positive.

Owh! untuk itu, aku dengan berani berkongsi puding roti yang aku baru master membuatnya penghujung tahun lepas masa kat kampung. Sebenarnya aku yang dari dulu terliur nak makan puding roti ni tapi kalau buat untuk aku sorang, alamatnya tak habislah, jadi aku buat untuk adik-adik rumah solehah ni makan ramai-ramai... sedap nyahhh... (baca :lalalalala... aku puji diri sendiri)... dan aku bawak juga agar-agar cendol untuk adik-adik ni.

Balik dari Rumah Solehah, aktiviti diteruskan dengan bertemu kawan lama... so that malam tu kitaorang bantai makan steamboat. Pukul 10.30 malam baru sampai kat rumah dan mula memarinate ayam untuk program esok hari.

Ahad pagi morning, juju, Mani & fren dah nak sampai masa aku bukak mata, ape lagi, kelam kabut dibuatnya... mujur program pagi ni program mandi-manda jadi aku hanya perlu cuci muka dan berus gigi untuk kelihatan segar. Kami mengambil Sarah dan Fizah (baca : adiknya si sarah) di Kajang sebelum meneruskan perjalanan ke Sg Gabai.

Dekat pekan batu berapa tah kitaorang berenti beli nasi lemak, aku lak terliur nak makan roti canai, sudahnya jenuh pula menunggu roti siap..huhuhu... sampai kat Sg Gabai, keadaan masih lengang. Cepat-cepat kitaorang panjat tangga, konon nak chop tempat...separuh pendakian,Juju berhenti dan tersengih memandang kitaorang, "Alamak! arang tinggal dalam kereta lah...", nasib la kena turun balik and amik arang...kalau tak sia-sia je lah bawak ayam naik atas...

Sampai kat atas, satu lagi masalah timbul, takde mancis, takde lighter, makanya aku kena buat muka kakak-kakak pegi pinjam lighter kat adik-adik yang tengah pasang khemas sebelah port kitaorang. Dengan sekali percubaan, Juju berjaya memarakkah arang dan dengan keyakinan api takkan padam, dia suh aku pulangkan balik lighter tu... huhhh! tak sampai seminit, api padam dan dengan sengih manja juju mohon aku pinjam semula... waddah***! takpe2, aku tau aku lapar... hehehe

lepas makan dan selepas berpuas hati dengan hasil marinate ayam malam tadi, aku mula membasahkan diri...sejuk gile... tapi akukan makhluk berdarah panas, aku layan je...lama-lama dah biasa, siap boleh bertafakur dan mengusya orang lagi...erkzzz...

pukul 1.30petang, kami bersiap-siap untuk turun (baca : kami tu merujuk kepada aku, juju dan sarah sebab 3 orang yang lain dah turun awal). Dah siap tukar baju, kitaorang singgah minum kat cafe lui. Cafe ni cozzy jugak... best! nanti korang pegi laaaa...




3.30 petang, awal lagi nak balik, jadi kitaorang setuju nak main layang-layang kat bagan Lalang... wakakakakakaaa! ini memang kes momantai... sampai kat sana kitaorang rasa sedikit hampa... sungguh ramai hamba allah di sana, sesak!... angin pun takde, ada satu dua sahaja layang-layang di udara. Air laut tengah pasang... semuanya membunuh berahi kitaorang untuk berlari-lari di gigi air sambil menaikkan layang-layang...owh! anganku musnah begitu sahaja :(

Kami tidak menunggu lama di sana, ketika matahari ingin membenamkan wajahnya didasar laut, (baca : chewah ayat aku ni kelakar sungguh)... kitaorang beransur pulang, iyelaaaa...malam ni nak sembahyang terawih lagi... Kami berpisah disitu, Juju pulang dengan Mani dan kawanya, aku pula bersama Sarah dan Fiza bergerak balik ke Bangi melalui jalan lama.

Kami sempat singgah makan di Tasik Idaman. Kemudian, bergegas balik ke rumah memandangkan maghrib hampir tiba ke penghujungnya.

Sampai kat rumah, aku cepat-cepat mengemas rumah mana yang patut, malam ni Leha nak mai, tidur kat rumah. Usai semua aku langsung terbongkang atas sofa... baru terasa lelahnya seharian suntuk berjimba...

10.30 malam, Leha sampai, bersembang sepatah dua, aku mohon permisi merehatkan diri, penat gile siot... tapi aku sempat menyediakan Mee segera dan roti telur untuk dia... cukup baik bukan...hehehe..

genap pukul 12.30 malam, aku sudah lena dibuai mimpi yang agak kelaut... lalalalalala