09 August 2009

5 perkara sebelum datang 5 perkara

lately memang kurang sihat. Sakit kepala dah masuk minggu ke-4, kejap ok, kejap tak. Selsema dan batuk at the middle range. tak serius pon, kengkadang je berhingus dan terasa berkahak... dah telan 2 jenis antibiotik tapi ku kira aku dah imun dengan semua jenis ubat. Perut rasa sebu, loya2 dan often vomit. Muntah kaw-kaw punya sampai berair mata. huhhh! Bila cek kat spital, nothing abnormal. Dari bulan lepas dan masuk hari ni 4 kali darah aku diambil. Sekali untuk hormon, sekali untuk denggi, sekali untuk infection, sekali lagi untuk glucose ....hohhhh!

Malam tadi puasa, (sebab nak amik darah), pagi tadi dah amik satu kali sample, pastu dia bagi minum air glukos, 2 jam kemudian aku datang balik untuk ambil sample darah lagi. Kali ni darah takmo keluar. huwaaaaaa... aku rasa darah aku dah merajuk. sebab tu tak mo keluar. sakit wei kena cucuk banyak2 kali tapi takde darah. caitttt... Tu tak kira kena cucuk masa masuk air isnin lepas. Macam penagih pulak, abih lengan2 ada kesan kena jarum.

Selera makan pun dah slow. Aku dah tak reti nak makan apa. I'd lost my appetite! Semua tak boleh masuk. Aku makan sekadar memikir perut perlu diisi untuk dapatkan tenaga. Kalau dulu, bila tak sihat, atleast ada jugak makanan yang aku teringin nak makan tapi kali ni semua takde nafsu. nape ekkk? Kengkadang pagi2 pegi cafe nak sarapan, eventhou tak berselera aku sumbat jugak,. Biasanya pukul 10 nanti mulalah loya dan muntah. cam orang mengandung... hehhhh... kakak dan kakak ipar yang sarat mengandung aku lak yang lebih2.

Orang kata aku overworked, maybe kot
Orang kata aku stress, maybe kot
Orang kata aku kurang rehat, maybe kot...

orang suh aku rehat, sometimes, weekend aku cuba layan duk umah, lepak2, rehat2, tapi sama jugak. Entah la. Betullah tu kot, aku perlu rehat dalam ertikata rehat yang total.

lantas aku teringat petikan hadith ini;

5 perkara sebelum datang 5 perkara;
1.masa mudamu sebelum tua
2.masa sihatmu sebelum sakit
3.masa lapangmu sebelum sibuk
4.masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin
5.masa hidupmu sebelum mati.


jeng jeng jeng... aku macam dah rasa semua tu kecuali yang 5 tu je belum... macam nak dekat dah tu. 'Asyhaduallailahaillallah'...

3 comments:

Unknown said...

jaga diri nani..

saracocohoney said...

take care beb!

mOEha Aziz said...

salam nani,

ciannye sakit... rest and relax... will work insya'allah... miz u