19 August 2009

rehat sebentar!


Semalam mood kurang baik. Menunggu ke tengahari aku masih berbolak balik untuk ambil cuti separuh hari. tepat 12.30 tengahari aku terus cakap ngan bos nak minta cuti. Alasannya kurang sihat. memang betul pun kurang sihat... kurang sihat mental..hehehe...

Pukul 1petang, jumpa kakak ipar dan makan tengahari dekat Restoran Ani Sup Utara di Seksyen 9, kemudian balik rumah terus bukak kotak mesin jahit Mah. hahaha... lebih setengah tahun dalam bilik tak terusik, semalam aku merajinkan diri buka kotak tu dan mula menjahit kain sarung untuk kakak.

Bosan menjahit, aku tengok TV, bosan tengok TV aku masuk bilik dan layan tidur. Hehhhh... Malam pun tak kemana-mana aku rehat sahaja. Seronok rupanya sekali-sekala berehat begini.

Ironinya, aku segar ke pejabat pagi ni walaupun kepala berdenyut.

ok, sekarang mau balik ... mata pedih pakai lense. (sebenarnya mengantuk...)...kwang kwang kwang

1 comment:

mOEha Aziz said...

salam nani,

seronoknya dapat berjeda... hahaha... meminjam kata2 syed munawar... sungguh sofistikated abg itu...:)